Kelihatan dalam episod 40 nanti Jesnita akan diculik kot, apa pun nanti aku update lagi tentang episod akhir drama ini nanti okey. Syok juga layan drama Jesnita ni sebab ramai pelakon kot semua pelakon best - best belaka. Plus lama tak tengok Nasha Aziz berlakon dalam drama yang panjang episodnya, jadi watak jahat pula tu tapi maintain lawa hehehe. Aku tertunggu - tunggu juga bila Shafinaz tu akan tahu hal sebenarnya mengenai Zaid yang bukan anak kandungnya tetapi Aidil (Hafidz Roshdi) Syafinaz dah bunuh anak kandungnya sendiri tanpa tahu kebenarannya. Mungkin dalam episod akhir baru dia tahu kot, meroyan jugaklah kot si Shafinaz tu kalau tahu hal sebenar. Apa pun mungkin ada plot twist dalam episod akhir nanti kot, sama - sama kita nantikan..
30 Dis 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Jesnita (Astro Prima)
Kelihatan dalam episod 40 nanti Jesnita akan diculik kot, apa pun nanti aku update lagi tentang episod akhir drama ini nanti okey. Syok juga layan drama Jesnita ni sebab ramai pelakon kot semua pelakon best - best belaka. Plus lama tak tengok Nasha Aziz berlakon dalam drama yang panjang episodnya, jadi watak jahat pula tu tapi maintain lawa hehehe. Aku tertunggu - tunggu juga bila Shafinaz tu akan tahu hal sebenarnya mengenai Zaid yang bukan anak kandungnya tetapi Aidil (Hafidz Roshdi) Syafinaz dah bunuh anak kandungnya sendiri tanpa tahu kebenarannya. Mungkin dalam episod akhir baru dia tahu kot, meroyan jugaklah kot si Shafinaz tu kalau tahu hal sebenar. Apa pun mungkin ada plot twist dalam episod akhir nanti kot, sama - sama kita nantikan..
14 Dis 2022
Ending Drama Kampung People 3
Apa pun episod akhir drama Kampung People 3 ni memang happy endinglah kan bila identiti tuan Suhaimi terdedah bila dia dah tukar badan jadi lebih muda dan telah pun ditangkap. Jadi geng Cengkih Manis dah tumpas manakala Mona, Razif, Yummy dan Laila boleh kembali jadi kampung people semula dan tak perlu menyamar lagi. Tak tahulaa kalau ada sambungan lagi jadi Kampung People 4 pula kan. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Budak Tebing 3.
9 Dis 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Rindu Kasih (TV3)
Apa pun geram betul aku dengan mak mertua si Salina ni dengan suaminya si Amir tu, moga mak mertua dia tu dapat balasan setimpal dengan semua perbuatannya. Amir ni pun satu, dah janji macam - macam dengan Salina tapi satu janji pun tak tertunai. Moga Amir nampak semua perbuatan jahat mak dia sebelum ini, lagi best kalau Salina tu bercerai dengan Amir dan cari kebahagiaannya sendiri dengan anaknya Fayyad. Murni patutnya kahwin dengan Hisyam bukan jadi isteri kedua Amir. Apa pun tak sabar nak tahu ending drama Rindu Kasih ini nanti pada hari Isnin ni. Hope endingnya best kan. Apa pun nanti aku update lagi mengenai endingnya nanti okey. Apa pun lakonan semua pelakon drama Rindu Kasih ini memang terbaik.
28 Nov 2022
Final Gegar Vaganza 9 dan Keputusan Markah Konsert
Keputusan Pemenang Gegar Vaganza 9 (GV9)
17 Nov 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati
Irma (Shakilla Khoriri) gagal memujuk Hakim untuk rujuk semula, lalu membuat satu rancangan jahat untuk perangkap Sarah namun rancangannya gagal apabila telah diketahui oleh Hakim, Suraya dan Atikah. Lebih memeranjatkan bila Laila turut terlibat sama dalam rancangan Irma itu. Laila mengugut akan mencederakan Sarah jika ada sesiapa yang datang dekat. Laila turut menceritakan tentang penderitaannya selama ini yang dirahsiakan pada kawan - kawannya itu. Apa pun aku ingatkan bila Laila dah kemalangan semua, dia akan insaf tapi hampeh tetap jadi diri dia jugak yang benci melihat kebahagiaan kawan - kawannya tu. Laila tu kalau boleh nak tengok semua kawan dia menderita dan hidup lonely macam dirinya. Ending drama Suri Hati ini menyaksikan semua kawan - kawan Laila ada kebahagiaan masing - masing dan Laila tetap jadi dirinya yang masih meratapi nasib malangnya itu.
8 Nov 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Takdir Cinta Dhia
Walaupun begitu Dhia tidak sampai hati untuk melaporkan Fayyad pada polis kerana tahu hal ini semuanya berpunca dari ayahnya dan ayah Huzair juga. Dia juga simpati pada adik - adik Fayyad iaitu Nadia dan Tasha yang bergantung pada Fayyad. Dhia bertindak ingin menyembunyikan bukti namun Huzair berjaya menghalang Dhia dan akhirnya Fayyad ditangkap polis. Dhia berasa marah dengan tindakan Huzair dan membuatkan hubungan cinta mereka bermasalah. Keesokan harinya Dhia datang mencari Huzair namun kawan - kawan Huzair mengatakan Huzair dah pergi ke Airport. Dhia panik menyangkakan Huzair akan meninggalkan dirinya dan bergegas ke Airport untuk mencari Huzair. Apa pun ending drama Takdir Cinta Dhia ini mestilah happy ending kan. Okey tu serba sedikit sinopsis episod akhir drama Takdir Cinta Dhia.
11 Okt 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Aku Tanpa Cintamu (TV3)
Kemudian menyesal lagi sebab Adam tetap tak berubah, cuma kali kedua Nuha lari daripada rumah ni nampak dia betul - betul nekad nak berpisah dengan Adam, walaupun pada ketika itu Nuha tengah mengandung. Aku rasa tak lama lagi si Lydia tu pun akan lari juga dari Adam sebab tengok panas baran Adam yang tak terkawal tu. Apa pun lakonan Zamarul Hisham dan Bella Astillah memang terbaiklah. Episod 14 scene Adam nak paksa Nuha ikut dia balik tu memang gila, habis mak Nuha pun kena sekali. Apa pun tak sabar nak tengok episod akhir drama Aku Tanpa Cintamu nanti di tv3. Nanti aku update lagi tentang episod akhir dan ending drama ini nanti okey..
28 Sep 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Ash dan Aish
Berakhir sudah drama 28 episod yang bertajuk Ash dan Aish ini, episod terakhir iaitu episod 28 drama Ash dan Aish sudah pun disiarkan pada 27 September 2022 yang lalu. Antara pelakon - pelakon yang membintangi drama Ash dan Aish ini terdiri daripada Meerqeen, Siti Khadijah, Anna Jobling, Idzham Ismail, Nada Syuhada, Andy Teh, Kuza, Arash Mohd, Harissa Adlynn, Nadhir Nasar, Asha Merican dan ramai lagi. Selepas ini drama ini akan digantikan dengan drama Tiada Maaf Buatmu lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson.
Berbalik pada drama Ash dan Aish ini banyak dugaan yang perlu ditempuh oleh Aisha / Aish ni antaranya maksu Jiha meninggal dunia, rumah pusaka dibakar serta dirinya diburu oleh Anuar yang bekerjasama dengan Delila untuk membalas dendam padanya. Namun begitu konflik antara Aish dan mak mertuanya dah selesai, diorang dah berbaik, mak mertuanya dah menyesal dan melayan Aish dengan baik sekali. Aish bahagia dengan keluarga mentuanya itu. Namun boleh pula dia diculik oleh Anuar tu namun nasib baiklah semuanya okey dan ending drama Ash dan Aish ni mestilah happy ending gitu kan. Aish pun pregnant gitu, comel je kan.
Jom Baca Ini Juga ⏩⏩ Telefilem Cinta Yang Ternoktah (TV2)
17 Sep 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays
Suka betul aku bila Najiha akhirnya bercerai dan Ashraf berkahwin dengan Seri seperti yang maknya mahu. Tapi Seri tu akhirnya tunjuk belang dia yang membuatkan Ashraf dan maknya menyesal hehehe. Ashraf juga cuba memujuk Najiha untuk kembali bersama dan semestinya Najiha tak mahu kan, terus dia blah dari situ hehe. Part sedih dalam drama ini mestilah bila Farhan akhirnya mati selepas pembedahan. Nampakla Jaafar tu sayang kat Farhan macam anaknya sendiri. Apa pun geram gak dengan watak Syafiq tu lakonan Harith Daniel, bukan main jahat lagi dia ni siap nak bunuh miss Hana lagi tu. Di peringkat awal aku geram gak dengan sikap Najiha dan cara layanannya pada ayahnya Jaafar, nasiblah dia akhirnya sedar akan kesilapannya. Apa pun selepas ini drama Bukan Pi Mai Pi Mai akan menggantikan drama Kids Nowadays ini setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Sekali Lagi Cinta Kembali Di Slot Akasia TV3
⏩⏩ Telefilem Satu Tong Lakonan Elizabeth Tan (Astro Prima)
14 Sep 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Biarkan Ia Pergi
3 Ogo 2022
Episod Akhir Drama Risik Pada Hati
Zuriat yang selama ini ditunggu akhirnya tiba juga, namun Hayfa tidak mahu rujuk semula dengan Adam. Awalnya aku ingatkan diorang akan happy sama - sama hidup bermadu tapi Hayfa tetap keras hati tak nak rujuk dengan Adam. Walaupun tak rujuk semula, hubungan Hayfa dengan Adam dan juga Aisya tetap baik, mereka sama - sama jaga anak dan berkumpul sekali kalau ada apa - apa jamuan dan sebagainya. Aisya juga turut mengandung anak kedua gitu, aku begitu confident yang Hayfa akan rujuk semula dengan Adam, tapi rupanya tak hehe. Watak - watak macam Suhara, Erra, Atilia tu semua memang annoying, mengacau rumah tangga orang saja.
15 Jul 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Melur Untuk Firdaus
Ending drama Melur Untuk Firdaus ini aku rasa happy endinglah kan yela dah tajuk drama pun Melur Untuk Firdaus kan, so mestilah Melur dengan Firdaus. Haris tu maybe last2 tarik diri kot ke camna sebab aku rasa dalam hati Melur hanya ada Firdaus, tapi tula kesian juga dekat Haris sebab setia dan sangat cintakan Melur. Dalam drama ni aku paling geram dengan si Dee, Firdaus dan Walid, kesian Melur. Si Dee ni sempat lagi nak perangkap Firdaus untuk kahwin dengan dia sebab dia mengandung. Apa pun nampak si Meerqeen ni sepadan dengan Anna Jobling ni ada cinta lokasi ke ni hehehe. Apa pun nanti aku update lagi bila dah tengok episod akhir drama ini di tv nanti.
6 Jul 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Setelah Terlafaznya Akad 2
24 Jun 2022
Episod Akhir dan Ending Drama Bisik - Bisik Gelora (TV3)
Selepas 1 tahun kemudian Arumi bahagia dengan Jad dan anak mereka, Jad juga meminta maaf atas perbuatannya pada Arumi selama ini. Namun Arumi meminta Jad untuk melepaskannya dan Arumi tenang hidup bersama dengan anaknya. Okey tu antara sinopsis episod akhir drama Bisik - Bisik Gelora ni. Awalnya ingat ending drama ni happy ending bila Jad dan Arumi bersama kembali. Namun lain jadinya bila Arumi minta cerai gitu. Tapi okey gak ending macam tu, kalau asyik happy ending je pun tak syok gak. Jadi drama ni ada ending yang best dan unik serta tak cliche bila Arumi memilih untuk berpisah dan membawa haluannya sendiri bersama dengan anaknya. Kesimpulannya We can forgive. But cant forget gitu. ini drama Risik Pada Hati lakonan Alif Satar, Ummi Nazeera dan Zara Zya akan menggantikan drama ini.
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Air Mata Allisya Lakonan Keith Foo dan Sophia AlBarakbah Episod 1 Hingga 15 (TV9)
💗💗 Drama PA Lelaki Kerek Episod 1 Hingga 26 Di TV Okey
22 Jun 2022
Ending Drama Kerana Aku Isteri Bidaan
Manakala Andy pula berjaya mendapatkan kembali saham syarikat sebanyak 40 peratus miliknya dari Riyanita. Nampaknya satu persatu masalah Farel hampir semua dah berjaya diselesaikan. Maklumlah dah nak masuk episod akhir kan, jadi mestilah kesemua konflik dalam hidup Raina dan Farel selesai satu persatu. Tapi tula tebal betul makeup si Raina lakonan Scha Elinnea dalam drama ni, nak tidur pun makeup stil tebal gitu. Antara yang menarik dalam drama ini bila penonton boleh lihat perubahan watak Farel dari miskin ke kaya, dari jadi orang kampung ke boss besar syarikat dan dari selekeh menjadi lebih elok gitu. Serta dari menjadi suami yang kejam berubah menjadi seorang suami yang penyayang pada Raina. Oh ya korang boleh tengok episod - episod yang terlepas sebelum ini di aplikasi iQiyi Malaysia.
21 Mei 2022
Episod Akhir dan Ending Drama 7 Hari Mencintaiku 3
Acik Ila juga dah insaf dan Sofi juga dah berbaik semula dengan Helmi. Manakala Kuzairi juga dah berbaik dengan Mia, Adam juga sedar dengan kesalahan dia dan mendoakan Mia bahagia dengan Kuzairi. Bila keluarga Pak Samad dan bahagia dan tak ada masalah besar boleh pula lain jadinya. Tak sangkalah ending drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni sedih sebab pak Samad meninggal dunia dan sempat meninggalkan sepucuk surat buat keluarganya. Okey tu sedikit sebanyak sinopsis episod akhir drama 7 Hari Mencintaiku 3. Apa pun dalam musim ketiga ni banyak gak pengulangan macam kes cemburu Mia dan Kuzairi, pastu ada perempuan nak rampas Kuzairi dan Kuzairi nak kahwin lagi. Lepas ni drama ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Bisik - Bisik Gelora.




















