18 Nov 2022

Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40 Di Slot Tiara Astro Prima



Drama Jesnita, Drama Astro Prima, Drama Jesnita Slot Tiara Astro Prima, Jesnita Cast, Poster Drama Jesnita, Info dan Sinopsis Drama Jesnita, Drama Jesnita Full Episode, Drama Jesnita Episod 1 Hingga 40, Ending Drama Jesnita, Pelakon - Pelakon Drama Jesnita, Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz, Fikry Ibrahim, Fathia Latiff, Rozita Che Wan, Hafidz Roshdi, Lydiawati, Ani Maiyuni,

Drama Jesnita adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mula disiarkan pada 7 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Takdir Cinta Dhia lakonan Aaron Aziz, Elvina Mohamad dan Shahz Jaszle yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Jesnita ini adalah Intan Najuwa, Yusuf Bahrin, Malek Mccrone, Nasha Aziz dan Fikry Ibrahim, Hafidz Roshdi, Rozita Che Wan, Fathia Latiff, Ani Maiyuni, Nina Smith, Fiza Thomas dan ramai lagi. Selain itu drama Jesnita ini mempunyai 40 episod dan diarahkan oleh Emi Suffian serta diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, ramai pelakon hebat membintangi drama ini, jalan cerita pun nampak best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jesnita ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Jesnita

Intan Najuwa sebagai Jesnita
Yusuf Bahrin sebagai Rafael
Malek Mccrone sebagai Zaid
Fikry Ibrahim sebagai Zainal
Nasha Aziz sebagai Syafinaz
Nina Smith sebagai Dayana
Hafidz Roshdi sebagai Aidil
Rozita Che Wan sebagai Rosemila
Zachery Franz sebagai Fauzi
Aqil Taqee sebagai Iskandar
Fatiya Latiff sebagai Aurora
Ezaidi Aziz sebagai Salaam
Ani Maiyuni sebagai Seri
Putri Dellyna sebagai Bella
Lydia Saimon sebagai Hayati
Fendi Seman sebagai Pak Din
Mak Jah sebagai Mak Yam
Natasha Azizan sebagai Aina
Fiza Thomas sebagai Electra Marcos




Sinopsis Drama Jesnita Lakonan Intan Najuwa, Yusuf Bahrin dan Nasha Aziz Di Slot Tiara Astro Prima 

Mengisahkan tentang Jenista yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati. 

Lagu Tema / OST Drama Jesnita

👄👄 Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian Amir Masdi

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Suri Hati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post