31 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip (TV1)



Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi, Poster Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Islamik, Pengajaran, Pelakon - Pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka,

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 31 Oktober 2020, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini adalah Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Prokuya Studios Sdn Bhd. Kalau tak silap aku, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini pernah mencetuskan kontroversi juga sebab ada sesetengah pihak yang menentang tayangan telefilem ini disebabkan jalan ceritanya. Apa pun nampak menarik juga telefilem ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip dan Fezrul Khan (TV1)

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya Mampukah Hamid menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.TMengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?.

Read More

27 Okt 2020

Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani (TV3)



Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Slot Lestary TV3, Poster Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta,
Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani (TV3)

Drama Lelaki Lingkungan Cinta adalah drama terbaru di slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan drama Kampung People 2 yang telah tamat episodnya. Drama Lelaki Lingkungan Cinta ini telah mula bersiaran sejak 21 Oktober yang lalu, setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Antara pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Aniq Suhair, Izzrin Irfan, Asha Merican, Imran Aqil dan ramai lagi. Selain itu drama ini diinspirasikan daripada Novel Lelaki Lingkungan Cinta karya Lily Haslina Nasir. Manakala pengarah drama ini adalah Emi Suffian dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Lebih menarik bila Lagu Tema / OST Drama Lelaki Lingkungan Cinta ini adalah lagu terbaru nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza bertajuk Siapa Tak Mahu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta Lakonan Naim Daniel, Shasha Abedul dan Ismail Izzani - Slot Lestary TV3

Mengisahkan Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka. Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani). Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.

Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya. Apakah rancangan Adib seterusnya? Adakah kenakalan yang dirancangkan Adib dapat melentur kekerasan hati Esya?
Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Slot Lestary TV3, Poster Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Novel Lelaki Lingkungan Cinta, Pelakon Drama Lelaki Lingkungan Cinta, Naim Daniel, Shasha Abedul, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Rozita Che Wan, Ruhainies, Syazuwan Hassan, Cik B, Sinopsis Drama Lelaki Lingkungan Cinta,
Sinopsis Novel Lelaki Lingkungan Cinta 
Nakal. Itu perkataan yang paling sinonim dengan Adib. Semenjak di kolej sehingga ke universiti, Adib sangat terkenal. Bukan terkenal kerana kecemerlangannya tapi terkenal kerana kenakalannya. Semua pernah Adib lakukan termasuklah membuat ‘dajal’ kepada Esya. Bagi Esya, Adib adalah musuh nombor satunya. Kerana Adib dia didenda. Kerana Adib habis pakaiannya rosak. Kerana Adib dia terkenal di kolej. Saya mungkin tak romantik, saya mungkin tak kacak, tak kaya. Tapi percayalah, hati saya melimpah kasih untuk Esya. - Adib Mahligai cinta terbina ketika masing-masing masih bergelar pelajar. Esya pada awalnya tidak begitu yakin dengan Adib yang sangat nakal itu. Sikap Adib yang berlainan ketika bersama dia akhirnya menambat hati Esya. Bahagia yang dibina menerbitkan hasad dalam diri Zamri. Zamri berusaha memisahkan pasangan muda itu. Alasannya? Hanya dia yang tahu.
Adib! Kau jangan jadi bodoh sangatlah. Si Esya tu memang terhegeh-hegeh ikut aku. – Zamri
“Orang tak datang beli kalau Esya tak menjual! Memang dasar keturunan menjalang memang macam ni agaknya!” – Adib
“Sampai hati Adib tuduh Esya macam tu. Esya benci Adib!”
– Esya.
Retak menanti belah. Rumah tangga Esya dan Adib bergolak kerana mulut Zamri sehingga Adib mengungkit tentang asal usul isterinya. Itu yang Zamri mahukan! Galau hati Esya. Dia nekad dengan keputusan untuk menjauhi Adib. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut santan binasa. Adib nanar sendirian tanpa Esya di sisi. Ujian datang bertimpa-timpa. Esya tetap dengan rajuknya. Akan tersingkapkah kebenaran yang mampu menyatukan mereka kembali? Atau hubungan Adib dan Esya berakhir hanya kerana status hidup seorang Esya?

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Telefilem Ada Yang Ngikut (Astro Citra)

⏩⏩ Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin (Astro Citra)

Read More

Sinopsis Telefilem Ada Yang Ngikut (Astro Citra)



Telefilem Ada Yang Ngikut (Astro Citra), Telemovie Ada Yang Ngikut, Sinopsis Telefilem Ada Yang Ngikut Siaran Astro Citra, Poster Telefilem Ada Yang Ngikut,

Telefilem Ada Yang Ngikut telah pun disiarkan di Astro Citra pada hari Sabtu yang lalu, iaitu pada 24 Oktober 2020. Antara pelakon telefilem Ada Yang Ngikut ini adalah Chubb-e, Raja Syahiran, Afiq Rahem, Haziq Fadhullah, Syazlin Zainal, Haeriyanto Hassan, Rashid Zainol. Kebanyakan pelakon dalam telemovie Ada Yang Ngikut ini adalah finalis program Dansa Dan Sing terbitan Astro. Selain itu telefilem Ada Yang Ngikut ini diarahkan oleh Wan Alauddin Bin Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh KL Motion Picture. Kebanyakan telefilem yang disiarkan di Astro Citra sempena bulan Oktober ni memang semuanya berkisarkan kisah seram gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Ada Yang Ngikut (Astro Citra)

Mengisahkan misteri kematian sorang pelajar di dalam tangki kolej setelah teruk dibuli. Imran seorang pelajar yang pendiam dibuli sehingga melecur teruk oleh Baktiar & Adi setelah dituduh mencuri handphone di kolej mereka. Tekanan dan kemurungan Imran membuka ruang buat “sesuatu” untuk masuk ke dalam dirinya untuk membalas dendam. Apa yang berlaku seterusnya?...

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet (Astro Citra)
⏩⏩ Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana (TV3)

Read More

22 Okt 2020

Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana (TV3)



Drama Hati Yang Tersakiti, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Info - Info Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Drama Baru Remy Ishak, Drama Baru Nad Zainal, Drama Baru Mimi Lana, Biodata Terkini Mimi Lana,

Drama Hati Yang Tersakiti adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Bicara Cinta Lakonan Adi Putra dan Emma Maembong yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hati Yang Tersakiti ini adalah Remy Ishak, Nad Zainal, Mimi Lana, Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainina Ahmad B, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu drama ini sudah mula bersiaran sejak 15 Oktober yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Hati Yang Tersakiti ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh Art Ornament Sdn Bhd. Mimi Lana memegang watak jahat dalam drama ni gitu, memang nampak menarik drama ni kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
 



Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti Lakonan Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana - Slot Samarinda TV3

Mona (Nad Zainal) dan Farah (Mimi Lana )berkawan baik sejak mereka belajar di kolej. Selepas beberapa tahun, mereka berdua bertemu kembali. Mona kini hidup bahagia dengan suaminya, Haris (Remy Ishak) walaupun belum dikurniakan cahaya mata. Namun, rumah tangga yang dibina berdasarkan kepercayaan mulai tergugat. Mampukah ia diselamatkan dan persahabatan yang terjalin lama dimuliakan? Atau bakal ada hati yang tersakiti ?
Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT). Mona (Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang bekerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya. Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis perkahwinan Mona dengan alasan bekerja.
Drama Hati Yang Tersakiti, Slot Samarinda, TV3, Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti, Info - Info Drama Hati Yang Tersakiti, Poster Drama Hati Yang Tersakiti, Pelakon - Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti, Drama Baru Remy Ishak, Drama Baru Nad Zainal, Drama Baru Mimi Lana, Biodata Terkini Mimi Lana,

Selepas berkahwin dengan Adrian (Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita. Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawab sebagai seorang suami cuma mereka belum berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. Mona dan Farah bertemu kembali. Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal di rumahnya buat sementara waktu. Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan mengganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah. Akhirnya, Haris akur kerana Mona rasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya. Lama-kelamaan, dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.

Read More

19 Okt 2020

Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet (Astro Citra)



Telefilem 3 Dukun Santet, Telemovie 3 Dukun Santet, Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet, Poster Telefilem 3 Dukun Santet, Pelakon - Pelakon  Telefilem 3 Dukun Santet, Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman,

Telefilem 3 Dukun Santet telah pun disiarkan di Astro Citra pada 17 Oktober 2020 yang lalu di Astro Citra. Antara pelakon Telefilem 3 Dukun Santet ini adalah Umie Aida, Isyariana, Zahiril Adzim, Dayang Areeda, Maria Farida, Zulhusni Zamir, Kween Keela, Silfeny Osman dan ramai lagi. Tengok dari tajuk telefilem ni je dah tau ianya bergenre seram gitu. Selain itu telemovie 3 Dukun Santet ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Dear Creative Media. Nampak menarik kan telefilem ini, apa pun jom tengok sinopsis telefilem 3 Dukun Santet ini di bawah ye. 




Sinopsis Telefilem 3 Dukun Santet Lakonan Umie Aida, Zahiril Adzim, Isyariana dan Dayang Areeda (Astro Citra)

Mengisahkan 3 orang sahabat baik iaitu Saiful / Epul (Zahiril Adzim), Emma (Isyariana) dan Shasha (Dayang Areeda) yang dah lama kenal sejak dari zaman belajar lagi. Mereka bertiga bercadang ingin membuka sebuah kafe serta studio persembahan kebudayaan. Walaubagaimanapun lokasi cafe itu agak terpencil dan jauh menyebabkan Saiful tidak berminat. Namun setelah dipujuk oleh Emma dan Shasha, Saiful bersetuju untuk pergi melihat kawasan kafe tersebut. Emma dan Shasha suka tempat tersebut begitu juga dengan Saiful walaupun tempat tersebut agak menyeramkan dan sunyi. Saiful turut mengalami kejadian aneh dan menakutkan disitu, namun tidak menceritakan hal tersebut pada Emma dan Shasha, malah dia sebaliknya bersetuju untuk membuka cafe disitu. Mereka bertiga kemudian bertungkus lumus membersihkan dan mencantikkan kawasan cafe itu, malangnya kejadian pelik dan menakutkan mula berlaku. Mereka mula diganggu dengan teruk sehingga jatuh sakit, Saiful cuba berusaha menghubungi Ustaz dan sebagainya. Manakala Emma dan Shasha pula menghubungi seorang dukun bernama Mek (Umie Aida) untuk membantu mereka memagar tempat tersebut, sekaligus menghalau hantu - hantu disitu. Saiful merasakan ada yang tidak kena dengan Mek, selepas itu gangguan yang mereka terima semakin teruk. Rupa - rupanya ada orang yang sakit hati dan ingin mengenakan dan membunuh mereka sehingga menggunakan khidmat 3 dukun untuk mengacau dan membunuh mereka. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

13 Okt 2020

Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose (Astro Ria)



Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Drama Perempuan Tanpa Dosa adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Bidadari Kiriman Tuhan lakonan Mira Filzah dan Zul Ariffin yang telah tamat episodnya. Drama Perempuan Tanpa Dosa ini mempunyai 28 episod dan sudah mula bersiaran sejak 6 Oktober 2020 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini adalah Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad, Yusof Bahrin, Shaza Bae dan ramai lagi. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad. Selain itu drama ini diarahkan oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Kamal Adli dan Uqasha Senrose dah pernah bergandingan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad yang juga arahan Michael Ang. Memang nampak menarik kan drama ini, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa Lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose - Slot MegaDrama Astro Ria

Demi maruah, Datuk Majid (Hilal Azman) terpaksa mengahwinkan anak tunggalnya, Lily(Uqasha Senrose) dengan Rizal (Kamal Adli) dan Rizal hanya akan melepaskan Lily sebaik saja Lily selamat melahirkan anak yang dikandungnya. Sebagai imbuhan, Rizal meminta sejumlah wang dan dengan wang tersebut dia membina hidup di kampung halamannya. Saat perasaan sayang dan kasih Lily pada Rizal mula bercambah, Eddie(Zac Zaky) datang semula untuk merebut kasih Lily dan juga anak di dalam kandungan. Walaupun pada mula, Lily tekad memilih untuk terus bersama Rizal tetapi perasaannya menjadi berbelah bagi tatkala dia mengetahui akan hubungan Rizal dengan Usu Sakinah (Uyaina Arshad). Lalu dia pergi membawa diri dan anaknya pulang ke Kuala Lumpur. Menyedari keadaan Lily dan Rizal, Usu Sakinah telah menguburkan harapannya terhadap Rizal lalu merima pinangan Rahman (Yusuf Bahrin). Tika ketiadaan Lily, Rizal benar-benar merasa kehilangan dan kerinduan dan menyedari bahawa dia telah mula menyayangi Lily dan cuba memujuk Lily kembali ke pangkuannya. Berjayakah Rizal?
Drama Perempuan Tanpa Dosa, Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Astro 2020, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Uqasha Senrose, Poster Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Baru Uyaina Arshad, Sinopsis Drama Perempuan Tanpa Dosa,
Lagu Tema / OST Drama Perempuan Tanpa Dosa

💘💙💛 Sembah nyanyian Naim Daniel

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Biodata Terkini Uqasha Senrose
Read More

Segmen Jari Jemari Menari Bloglist 2020



Segmen Jari Jemari Menari Bloglist 2020, Blogger Segmen,
Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - Segmen ini akan berlansung sehingga habis bulan Oktober 2020. 
Bloglist ini akan kekal selama 3 bulan gitu..
Nak join boleh Klik Banner di atas ye..





Read More

10 Okt 2020

Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick dan Elfira Loy (TV3)



Cerekarama Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (TV3)

Telefilem Rahsia Malam Jumaat akan disiarkan pada 10 Oktober 2020 ini di slot Cerekarama TV3, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Rahsia Malam Jumaat ini adalah Janna Nick, Elfira Loy, Azlee Khairi, Zila Bakarin, Danish Hazriq, Kamarool Hj Yusoff dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rahsia Malam Jumaat diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga best - best kan. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Rahsia Malam Jumaat Lakonan Janna Nick, Elfira Loy dan Azlee Khairi (Cerekarama TV3)

Mengisahkan Hana dan Nani yang balik kampung untuk melawat ibu dan adik mereka. Ketika itu, heboh tentang isu pembunuh bersiri. Suatu malam, ketika pulang dari tengok konsert, mereka ternampak tangan terkapai-kapai dari sebuah lubang di tepi jalan. Apa yang berlaku seterusnya?..

👉👉 Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

 Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

Read More

8 Okt 2020

Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad



Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad,
Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad (Drama Adaptasi Novel)

Novel Perempuan Tanpa Dosa karya Fatinilam Sari Ahmad telah diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Watak Rizal dalam novel ini akan dilakonkan oleh Kamal Adli dalam versi drama Perempuan Tanpa Dosa. Watak Lily pula akan dilakonkan oleh Uqasha Senrose. Manakala pelakon Uyaina Arshad akan melakonkan watak Usu Sakinah, Hilal Azman sebagai Datuk Majid, Zac Zaky sebagai Eddie, Yusuf Bahrin dan ramai lagi. Siapa pernah baca novel ini? versi drama pun nampak best. Berbalik pada novel Perempuan Tanpa Dosa ini, ianya diterbitkan pada tahun 2000 oleh Creative Enterprise Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye, selamat membaca..




Sinopsis Novel Perempuan Tanpa Dosa Karya Fatinilam Sari Ahmad

LILY, gadis yang bebas dan agak liar kehidupannya. Bertukar ganti teman lelaki perkara biasa. Walaupun bebas tetapi dia pandai menjaga diri, sehingga dia diperangkap Eddie yang hanya ingin menjadikan Lily mangsa permainan cinta palsunya. Lily nekad untuk membunuh diri. Datuk Majid kelam-kabut mencari seseorang untuk dinikahkan dengan Lily bagi menutup malu. Dia meminta Rizal, pekerjanya yang baik dan setia itu agar menikahi Lily yang hamil anak tidak berayah. “Sekarang, cakaplah... Berapa yang kau mahu? Sejuta? Dua juta? Tiga juta? Aku mampu bayar. Aku mampu!” – DATUK MAJID Selepas menikahi Lily, Rizal membawanya pulang ke kampung. Dia sengaja menyeksa Lily dengan tinggal di rumah pusaka emaknya yang usang tanpa bekalan elektrik dan air. Tanpa pengetahuan Lily, Rizal mempunyai kekasih lama di kampungnya itu. Kekasih yang juga adik angkatnya. Mereka pernah tinggal sebumbung semasa ibu Rizal masih hidup.

Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad,
Mengapa Rizal balik membawa seorang isteri bersamanya? Oh Tuhan! Tabahkanlah hati ini. Mengapa aku diuji begini? Sia-sia penantianku selama lapan tahun ini. – USU SAKINAH. Lily berbaik-baik dengan Usu Sakinah dan mula belajar mencintai Islam daripada wanita muda itu. Mereka bersahabat baik sehinggalah rahsia perhubungan Rizal dan Usu Sakinah pada masa lalu terbongkar. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Lily jatuh cinta pada suaminya sendiri atau kembali kepada Eddie? Eddie pula muncul dengan membuat pelbagai onar di kampung untuk merebut semula Lily daripada Rizal. “Aku dah gagal mendidiknya. Aku gagal menjadi suami yang baik. Sepatutnya aku bimbing dia supaya dia tahu dan mengerti. Seharus aku kurung dia dalam sangkar cintaku!” – RIZAL. Apabila Allah mengampuni kesalahan hamba-Nya, apakah akan lahir seorang perempuan tanpa dosa?

Novel Perempuan Tanpa Dosa, Drama Perempuan Tanpa Dosa, Drama Adaptasi Novel, Slot MegaDrama, Astro Ria, Cover Depan Novel Perempuan Tanpa Dosa, Karya Fatinilam Sari Ahmad, Pelakon Drama Perempuan Tanpa Dosa, Kamal Adli, Uqasha Senrose, Uyaina Arshad,
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Hotel Del Luna Episod 1 Hingga Episod 16 (Akhir)

Read More

5 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin (Astro Citra)



Telefilem Kisah Seram Hospital, Kisah Seram Hospital, Telemovie Kisah Seram Hospital, Astro Citra, Poster Telefilem Kisah Seram Hospital, Pelakon - Pelakon Telefilem Kisah Seram Hospital, Fattah Amin, Fatin Afeefa, Shahrul Kamal, Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin,

Telefilem Kisah Seram Hospital telah pun disiarkan di Astro Citra pada 3 Oktober yang lalu. Antara pelakon telefilem Kisah Seram Hospital ini adalah Fattah Amin, Fatin Afeefa, Sharul Kamal, Deyana Desa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kisah Seram Hospital ini diarahkan oleh Feroz Kader. Nampak menarik telefilem Kisah Seram Hospital ini kan, bagi yang terlepas tengok telefilem ni, bolehlah tunggu siaran ulangannya nanti okey. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini dibawah ye.




Sinopsis Telefilem Kisah Seram Hospital Lakonan Fattah Amin dan Fatin Afeefa (Astro Citra)

Mengisahkan Adam yang mengalami kemalangan dan ditempatkan dalam sebuah wad. Perkenalan dengan Faizal membuatkan mereka berkongsi cerita seram yang pernah mereka dengar. Namun kehadiran Nurse Sarah mengubah persepsi Adam pada Hantu!. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

1 Okt 2020

Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose (Akasia TV3)



Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin dan Raysha Rizrose - Slot Akasia TV3

Drama Ryan Aralyn adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Pengantin Satu Malam yang telah tamat episodnya. Drama Ryan Aralyn mula bersiaran sejak 25 September yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Ryan Aralyn ini adalah Zul Ariffin, Raysha Rizrose, Fify Azmi, Shah Iskandar, Sharifah Husna, Kodi Rasheed, Raja Azura, Arash Mohd, Aishah Atan , Ummar Dzariff, Nabil Aqil dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Qaisworks Production Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..




Sinopsis Drama Ryan Aralyn Lakonan Zul Ariffin, Raysha Rizrose dan Fify Azmi - Slot Akasia TV3

Mengisahkan Kesusahan Ryan (Zul Ariffin) dalam menjaga nenek Salmah, anaknya Amir dan perangai isterinya Hanis (Fify Azmi) yang keras kepala dan tidak menghormatinya. Ryan ada pendirian, walaupun dia orang susah, dia tetap tahu membezakan halal dan haram. Ryan seorang yang baik hati, rajin bekerja dan disenangi penduduk kampung. Manakala Hanis pula tidak berasa bahagia walaupun mendapat suami sebaik Ryan. Hanis sangat liar dan sukar dikawal, suatu hari Hanis mendapati dirinya mengandung. Ryan ragu - ragu dengan kandungan Hanis itu dan yakin yang anak itu bukan anaknya. Malah perkahwinan Ryan dan Hanis sebelum ini juga bukan atas kerelaan Ryan. Hanis sengaja memerangkap Ryan untuk dijadikan pak sanggup untuk berkahwin dengannya kerana dia telah pun mengandung ketika itu. Walaupun Amir bukan anak kandungnya, Ryan tetap menjaga dan menyayangi Amir sepenuh hati. 
Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Kak Ruby (Raja Azura) bersimpati dengan nasib Ryan dan cuba menolong apa yang boleh. Aralyn (Raysha Rizrose) dibesarkan dalam keluarga yang kaya dan begitu teruja merancang perkahwinannya dengan Zarul (Shah Iskandar). Namun Zarul sebenarnya masih belum bersedia untuk berkahwin dan sentiasa mahu berpoya - poya dan enjoy dengan kehidupan bujangnya. Mak Aralyn iaitu Puan Nora  (Aishah Atan) berasa tidak sedap hati dengan perangai Zarul itu dan cuba menasihati anaknya itu. Namun Aralyn sangat mempercayai Zarul dan yakin Zarul akan menjadi suami yang terbaik untuknya. Satu kemalangan telah berlaku antara Aralyn dan Ryan yang telah menyebabkan Aralyn menjadi lumpuh. Mereka kemudiannya dipertemukan semula namun kebenaran terus dipendam oleh Ryan. Mampukan resah ini diluahkan demi cinta. Apa yang berlaku seterusnya?..
Drama Ryan Aralyn, Slot Akasia, TV3, Drama Akasia TV3, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Raysha Rizrose, Poster Drama Ryan Aralyn, Sinopsis Drama Ryan Aralyn,
Lagu Tema / OST Drama Ryan Aralyn

💘 Penat nyanyian Andi Bernadee
💘 Entah Apa nyanyian Aepul Roza dan Sarah Suhairi
💘 Manusia nyanyian Caliph Buskers
💘 Leka nyanyian Ezad Lazim
💘 Ku Tak Rela nyanyian Danial

Jom Baca Ini Juga ðŸ‘‰ðŸ‘‰ Episod Akhir Drama Ryan Aralyn
Read More


My Random Post