Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pengajaran. Papar semua catatan

29 Mei 2022

Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)



Telefilem Sekolah Sampah, Telefilem Astro Citra, Telemovie Sekolah Sampah (Astro Citra), Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra), Info dan Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah (Astro Citra), Aliff Aziz Telemovie,

Telefilem Sekolah Sampah telah pun disiarkan pada hari Sabtu, 29 Mei 2022 yang lalu, jam 9:00 malam. Antara pelakon telefilem Sekolah Sampah ini adalah Aliff Aziz, Bella Astillah, Aidil Astillah, Pasqueletta Joan, Rubisa Tiasin, Nuhamizan Syahmi Musa, Syed Haiqal Saputra, Fatima Nadhira, Sahrah Asor, Ejin Dinting, Jaipin Leggau dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sekolah Sampah ini diarahkan oleh Ebi Kornelis dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production. Nampak menarik kan telemovie Sekolah Sampah ni kan, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Sekolah Sampah Lakonan Aliff Aziz (Astro Citra)

Mengisahkan Adam, seorang backpacker berumur 30-an menetap di Sandakan yang bercita-cita untuk mengembara ke seluruh Sabah. Sebelum pengembaraannya bermula, Adam mendapat tahu kisah kanak-kanak pengemis yang tidak berkemampuan untuk meneruskan pembelajaran mereka di sekolah. Kanak-kanak tersebut tinggal di Kampung Sampah dan menyara hidup dengan mengutip serta menjual barangan terbuang. 
Bagi memberi kesamarataan dalam pendidikan kepada mereka, Adam nekad mendidik anak-anak itu dengan membina Sekolah Sampah sehingga mengorbankan impian pengembaraannya. Pengorbanan ini dibantu oleh salah seorang muridnya, Erna yang juga mengambil bahagian dalam mengajar rakan-rakannya yang tercicir dalam pelajaran. Dengan usaha membangunkan Sekolah Sampah, Erna telah mengirimkan sepucuk surat kepada pemimpin tentang kewujudan sekolah tersebut.



Read More

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

2 Feb 2022

Telefilem Forget Loving You (TV2)



Telefilem Forget Loving You (TV2), Telemovie Forget Loving You TV2, Telemovie TV2, Info dan Sinopsis Telefilem Forget Loving You, Pelakon - Pelakon Telefilem Forget Loving You,

Telefilem Forget Loving You akan disiarkan pada hari Rabu ini iaitu pada 2/2/2022, jam 9 malam di TV2 sempena sambutan Tahun Baru Cina. Antara pelakon telefilem Forget Loving You ini adalah Angeline Tan, Wilson Lee Wai Sang, Daniel Wong Chee Hong, Jacky Kam, Angel Eng Yi Yuen, Annie Chew dan ramai lagi. Selain itu telemovie Forget Loving You ini diarahkan oleh Daniel C.H. Tan. Nampak menarik kan telemovie ini, penuh dengan pengajaran gitu. Jadi jom baca sinopsis telefilem ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Forget Loving You (TV2)

Lim Kang Boon dibesarkan oleh seorang ibu tunggal Wang Yi Fang yang terpaksa bekerja keras demi membesarkannya dan membahagiakannya. Oleh sebab mereka miskin, Lim Kang Boon sering diejek oleh rakan sekolah dan membuatkan dirinya memberontak, ponteng sekolah dan kerap bergaduh. Namun begitu, dia mempunyai seorang ibu, Wang Yi Fang yang sanggup berkorban demi anaknya. Tetapi, Lim selalu memburukkan ibunya sehingga ibunya berkecil hati. Akhirnya Wang Yi Fang terlibat kemalangan dan koma akibat penat bekerja. Sejak dari itu segalanya berubah, Lim Kang Boon mula sedar mengenai kasih sayang dan pengorbanan ibunya. Lim Kang Boon bertekad akan berubah dan menjadi anak yang baik pada ibunya itu dan menunggu Wang Yi Fang sedar dari koma. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

19 Okt 2021

Telefilem Air Mata Pendosa (TV2)



Telefilem Air Mata Pendosa (TV2), Telemovie Air Mata Pendosa (TV2), Info dan Sinopsis Telefilem Air Mata Pendosa (TV2), Pelakon - Pelakon Telefilem Air Mata Pendosa (TV2),

Sempena Maulidur Rasul ini, TV2 akan menyiarkan telefilem Air Mata Pendosa lakonan Nur Risteena Munim dan Iman Zulkarnain pada 19 Oktober 2021 jam 9 malam. Selain itu telemovie Air Mata Pendosa ini diarahkan oleh Adam Hamid dan diterbitkan Moonlight Film Sdn Bhd. Antara pelakon telefilem Air Mata Pendosa ini adalah Risteena Munim, Iman Zulkarnain, Aida Khalida, Bea Rameshan, Khalida Balqis. Nampak menarik kan telefilem Air Mata Pendosa ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Air Mata Pendosa Lakonan Risteena Munim dan Iman Zulkarnain (TV2) 

Nurlisa memulakan kehidupan baru bersama anak lelakinya Amir selepas dia dan Nazmi bercerai. Nazmi yang telah berkahwin lain tidak pernah lalai terhadap tanggung jawabnya ke atas Nurlisa dan Amir walaupun dia dan isterinya sering bergaduh kerana isterinya menganggap Nazmi tidak adil dalam memberi nafkah. Malang tidak berbau, Nurlisa ditimpa musibah di mana Amir terkorban dalam sebuah kejadian langgar lari. Kejadian tersebut menambahkan lagi duka buat Nurlisa hingga mengalami tekanan perasaan dan tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupan. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tahyul Full Episode - Slot Samarinda TV3

 ðŸ’ŸðŸ’Ÿ Drama Diva Popular 2 (Awesome TV)

Read More

26 Jun 2021

Telefilem Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq (Cerekarama TV3)



Telefilem Tiada Galang Ganti, Telemovie Tiada Galang Ganti, Cerekarama Tiada Galang Ganti, Cerekarama TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Tiada Galang Ganti,  Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool,

Telefilem Tiada Galang Ganti akan diulang tayang di slot Cerekarama TV3 pada 26 Jun 2021 ini, jam 10 malam. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada hari raya tahun lepas. Antara pelakon telefilem Tiada Galang Ganti ini adalah Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Tiada Galang Ganti ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus ada banyak pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Tiada Galang Ganti di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq (Cerekarama TV3)

Alif (Raja Atiq Azman) seringkali mencemuh hidangan telur goreng yang dimasak oleh maknya, Mak Ani (Dilla Ahmad). Alif masih belum menerima dan memahami kesusahan kehidupan mereka. Hanya hidangan itu sahajalah yang mampu disediakan oleh mak dan ayahnya. Keadaan mula berubah bila ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan. Alif terpaksa menjaga adik-adiknya. Mereka juga selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang barulah dia faham bagaimana kesusahan dan perasaan mak dan ayahnya dulu. Dia berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan daripada mak ayahnya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

30 Mei 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam (Awesome TV)



Telefilem Takbir Semalam, Telemovie Takbir Semalam, Info dan Sinopsis Telefilem Takbir Semalam, Poster Telefilem Takbir Semalam, Pelakon - Pelakon Telefilem Takbir Semalam, Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Telemovie Awesome TV,

Telefilem Takbir Semalam akan disiarkan di di slot Ohsem Tele Awesome TV (Astro saluran 123, MyTV  saluran 112). pada 30 Mei 2021 ini. Antara pelakon telefilem Takbir Semalam Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila, Siti Hariesa dan ramai lagi. Selain itu telemovie Takbir Semalam ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ni kan, mesti sedih kan. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Takbir Semalam ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Takbir Semalam Lakonan Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Wan Sharmila dan Syazwan Zulkifly (Awesome TV)

Mengisahkan Mak Yah terkenal dengan sikap yang suka memaki hamun dan bercakap kasar. Tahun ini merupakan tahun pertama bagi Mak Yah untuk menyambut Hari Raya seorang diri. Orang kampung sedih melihat Mak Yah kerana dia masih lagi belum boleh menerima hakikat kerana semua ini berlaku di atas sikapnya yang sering memarahi anak menantunya sehingga mereka sekeluarga nekad keluar dari rumah dan terlibat dengan kemalangan yang meragut nyawa mereka semua.

Read More

12 Apr 2021

Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)



Drama Bila Syaitan Berbisik, Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Info dan Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Lah Ahmad, Pelakon - Pelakon Drama Bila Syaitan Berbisik, Poster Drama Bila Syaitan Berbisik,

Drama Bila Syaitan Berbisik akan disiarkan di Astro Ria bermula 12 April 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Drama ini disiarkan khas sempena bulan Ramadan ini dan diinspirasikan daripada kisah benar. Antara pelakon drama Bila Syaitan Berbisik ini adalah Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson dan ramai lagi. Selain itu drama Bila Syaitan Berbisik ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik. Nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu, haruslah tonton di Astro Ria nanti kan. Tengok trailer je dah nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik Lakonan Lah Ahmad dan Azar Azmi (Astro Ria)

Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.

Tonton Drama Bila Syaitan Berbisik Episod 1 Hingga Episod 18 (Full Episode) Astro Ria
Drama ini boleh ditonton di aplikasi Astro Go.

Read More

9 Jan 2021

Telefilem Sihir Pemisah Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha (Astro Citra)



Telefilem Sihir Pemisah, Telemovie Telefilem Sihir Pemisah, Bahaya Sihir Pemisah, Info dan Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah, Pelakon - Pelakon Telefilem Sihir Pemisah, Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Poster Telefilem Sihir Pemisah, Telefilem Arahan Osman Ali,

Telefilem Sihir Pemisah akan disiarkan pada hari Sabtu, 9 Januari 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Sihir Pemisah ini adalah Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sihir Pemisah ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ini kan yang memfokuskan tentang sihir, penonton dapat melihat betapa bahaya sihir pemisah ni. Ditambah lagi dengan adanya pelakon - pelakon terbaik Malaysia seperti Beto Kusyairy dan Fasha Sandha dalam telefilem ini. Apa pun jom tengok Sinopsis Penuh Telefilem Sihir Pemisah ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah 
Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha Siaran Astro Citra

Kebahagiaan sepasang suami isteri, Mursyid dan Aryani dicemburui seseorang. Dengan rasa benci, dia nekad menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga Mursyid dan Aryani. Murshid dan Aryani hidup bahagia dan kekal romantis, Aryani juga rajin mengupload gambar - gambarnya bersama suami di media sosial. Dalam masa yang sama, rakan sekerja Aryani kecewa bila dapat tahu Aryani dah berkahwin dengan orang lain. Tak lama kemudian Murshid dan Aryani mula diganggu dan mereka berdua juga kerap bergaduh. Sehingga ke satu tahap Murshid cuba membunuh Aryani, tak lama kemudian Murshid dan Aryani sedar yang mereka kena ilmu hitam dan cuba mencari jalan untuk memulihkan segalanya. Namun hal tersebut tidak mudah kerana orang yang menggunakan ilmu hitam tersebut sangat dekat dengan mereka. Siapa yang membenci mereka? apa yang berlaku seterusnya?
Read More

6 Jan 2021

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga Episod 13 (Tonton Full Episode) Di TV3



Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,

Drama Hadiah Dari Tuhan adalah drama terbaru di Slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan drama Sang Pewaris lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Antara pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan ini adalah Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Ummar Dzariff, Aryana Amani dan ramai lagi. Drama Hadiah Dari Tuhan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Fairuz Loy serta diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Hadiah Dari Tuhan ini bertajuk Barisan Hadapan nyanyian Azlan & The Typewriter serta lagu Muhasabah nyanyian Alfie Zumi. Nampak menarik kan drama ini, jalan ceritanya lain daripada yang lain gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan ini serta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Syafi Tee sebagai Qul
Riena Diana sebagai Ika
Sophia AlBarakbah sebagai Bella
Puteri Rafasya sebagai Fatin
Amy Mastura sebagai Jannah
Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
Dynas Mokhtar sebagai Khatty
Ummar Dzariff sebagai Adli
Aryana Amani sebagai Pika




Sinopsis Penuh Drama Hadiah Dari Tuhan Lakonan Syafi Tee dan Riena Diana di Slot Lestary TV3

Mengisahkan pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19. Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20. Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.
Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.
Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,
Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil. Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap. Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga 13 (Akhir)


Live Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Full Episode) --> https://www.xtra.com.my/live-tv/

Tonton Online Full Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Akhir)  --> https://www.iq.com/play/2894nwnhwtl?&lang=ms_my&sh_pltf=4

Read More

12 Dis 2020

Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat dan Farisha Iris (Astro Citra)



Info dan Sinopsis Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat, Farisha Iris dan Fadh Majid (Astro Citra)

Telefilem Kifarah Buta akan disiarkan pada 12 Disember 2020 (Sabtu) jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Kifarah Buta ini adalah Azmi Saat, Farisha Iris, Fadh Majid, Izzmad Harun, Fareez Fauzi, Coki,  Zali Shuhali, Din Latah dan ramai lagi. Selain itu telemovie Kifarah Buta ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack-Knack Studios. Nampak menarik kan telefilem Kifarah Buta ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Kifarah Buta Lakonan Azmi Saat, Farisha Iris dan Fadh Majid (Astro Citra)

Zahid hidup bersendirian dan berdikari walaupun serba kekurangan. Minat Zahid terhadap muzik membawanya kepada Suraya, seorang gadis yang menjadi mangsa ketamakan abangnya sendiri, Kamal, yang kehilangan pandangannya secara beransur. Zahid menjadi tempat Suraya berkongsi cerita, impian dan cita-cita sehingga ketamakan Kamal mula mengancam keselamatan Suraya. Kehadiran Fikri, seorang eksekutif muda yang bencikan pengemis dan orang kurang upaya mengubah hidup Kamal yang selalu selalu mengemis untuk dadah dan hiburan.

Read More

31 Okt 2020

Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip (TV1)



Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi, Poster Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Islamik, Pengajaran, Pelakon - Pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi, Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka,

Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 31 Oktober 2020, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini adalah Syafie Naswip, Fezrul Khan, Ismail Yaacob, Taiyuddin Bakar, Melanie Tan, Sheila Mambo, Aman Graseka dan ramai lagi. Selain itu telemovie Demi Tuhan Aku Bersaksi ini diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh Prokuya Studios Sdn Bhd. Kalau tak silap aku, telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi ini pernah mencetuskan kontroversi juga sebab ada sesetengah pihak yang menentang tayangan telefilem ini disebabkan jalan ceritanya. Apa pun nampak menarik juga telefilem ini, so jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Demi Tuhan Aku Bersaksi Lakonan Syafie Naswip dan Fezrul Khan (TV1)

Mengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya Mampukah Hamid menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.TMengisahkan Hamid, seorang maknyah yang ingin kembali ke pangkal jalan dan tidak mahu melakukan kesilapan yang sama, dia telah membuat keputusan untuk mendalami ilmu agama. Namun dia telah dihina dan dikeji!. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah Hamd menempuhi pelbagai dugaan demi meraih kasih sayang Allah S.W.T?.

Read More

26 Jan 2020

Cerekarama Sir Alvin TV3




Sir Alvin, Telefilem Sir Alvin, Telemovie Sir Alvin, Sinopsis Telefilem Sir Alvin, Slot Cerekarama, tv3, Cerekarama Sir Alvin, Senarai Pelakon Telefilem Sir Alvin, Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A.R Badul, Elvina Chua, Rustaman,

Sempena Tahun Baru Cina ini, satu telefilem khas bertajuk Sir Alvin akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 25 Januari 2020 ini. Antara pelakon telefilem Sir Alvin ini adalah Alvin Chong, Adeline Tsen, Roger Shak, A.R Badul, Elvina Chua, Rustaman dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sir Alvin ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh Layar Consult Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem Sir Alvin ini, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Sir Alvin - Cerekarama TV3

Alvin telah dihantar bertugas di sebuah sekolah pendalaman yang serba kerkurangan. Kerana mengikut jejak arwah datuknya, Alvin tetap kuat semangat demi tanggungjawab sebagai pendidik. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

11 Jan 2020

Sinopsis dan Review Filem Dua Garis Biru




Dua Garis Biru, Poster Filem Dua Garis Biru, Filem Indonesia Dua Garis Biru, Movie Review, Indonesian Movie Dua Garis Biru, Review Filem Indonesia Dua Garis Biru, Sinopsis Filem Dua Garis Biru, Senarai Pelakon Filem Dua Garis Biru, Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine, Ligwina Hananto,

Filem Dua Garis Biru adalah filem Indonesia yang release di Malaysia pada 3 Oktober 2019 yang lalu. Filem ini mendapat sambutan hangat dari penonton kerana jalan ceritanya yang dekat dengan realiti masyarakat kini. Antara pelakon filem Dua Garis Biru ini adalah Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine dan Ligwina Hananto dan ramai lagi. Selain itu filem Dua Garis Biru ini diarahkan oleh Gina. S. Noer dan filem ini mengangkat isu remaja yang terlanjur dan mengandung anak luar nikah. Barisan pelakon filem ini juga kena dan serasi dengan watak masing - masing. Jalan cerita filem Dua Garis Biru ini bermula dengan Bima (lakonan Angga Aldi Yunanda) dan Dara (Zara) yang berusia 17 tahun dan merupakan pelajar sekolah. Mereka sekelas dan rapat, Dara merupakan pelajar pintar berbanding Bima. 




Konflik filem ini bermula bila mereka berdua terlanjur dan Dara kemudian mendapati dirinya mengandung. Reaksi Bima ketika dapat tahu Dara mengandung memang sudah dijangka, dia awalnya terkejut dan cuba menjauhkan dirinya daripada Dara tapi nasiblah dia sedar yang dia tak patut buat Dara macam tu, sebaliknya perlu bersama - sama dengan Dara untuk menyelesaikan masalah mereka. Dara dan Bima awalnya sepakat ingin mengugurkan kandungan Dara itu, tapi Dara kemudiannya mengubah keputusannya itu. Bima dan Dara kemudian sepakat untuk menyembunyikan kehamilan Dara dari semua orang. Namun diorang kantoi dekat sekolah bila Dara terlepas cakap masa dia rasa sakit kat bahagian perutnya itu dan guru diorang terus call mak bapa Bima dan Dara untuk datang ke sekolah.
Scene ni memang epik bila mak bapa Bima dan Dara terkejut gila bila dapat tahu Dara mengandung dan diorang mengamuk kat situ, especially mak Dara. Bima pula nekad nak bertanggungjawab atas Dara.  
Dua Garis Biru, Poster Filem Dua Garis Biru, Filem Indonesia Dua Garis Biru, Movie Review, Indonesian Movie Dua Garis Biru, Review Filem Indonesia Dua Garis Biru, Sinopsis Filem Dua Garis Biru, Senarai Pelakon Filem Dua Garis Biru, Angga Aldi Yunanda, Adhisty Zara (Zara JKT48), Cut Mini Theo, Dwi Sasono, Lulu Tobing, Arswendy Nasution, Rachel Amanda, Maisha Kanna, Shakira Jasmine, Ligwina Hananto,
Selepas itu Dara dan Bima perlu memikul tanggungjawab besar di usia muda. Mak bapa Dara cuba mencari alternatif lain dengan menyarankan Dara untuk menyerahkan anaknya nanti pada pakcik dan makciknya yang masih belum ada anak. Namun Bima tak begitu setuju dengan hal itu. Apa yang berlaku seterusnya? Ingatkan lepas Dara bersalin dah selesailah masalah, tapi boleh pula ada komplikasi lain. Ending filem Dua Garis Biru ini memang aku tak jangka sebenarnya. Bagi aku endingnya agak tergantung juga, hope ada sambungannya nanti. Nak tahu apa jadi dengan Dara, Bima dan anak mereka lepas tu. Aku rasa kalau ada sambungan mesti lagi best, cabaran yang diorang hadapi nak besarkan anak, pastu nak kejar cita - cita lagi. 

Jom Baca Ini juga ➔ My Korean Drama List 2019

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More

14 Okt 2019

Raatchasi - Filem Tamil Yang Viral Di Malaysia




Raatchasi, Filem, Movie, Raatchasi Movie, Filem Tamil Raatchasi, Tamil Movie Raatchasi, Sinopsis Filem Tamil Raatchasi, Jyothika Dalam Filem Tamil Raatchasi, Senarai Pelakon Filem Raatchasi, Jyothika, Hareesh Peradi, Sathyan, Aruldoss, Jyothika New Movie, Tamil Movie 2019,

Sejujurnya aku bukanlah peminat filem Tamil sebab aku lebih suka menonton filem Hindi / Bollywood berbanding Tamil. Tapi lepas filem Raatchasi ini viral di Malaysia membuatkan aku tertarik nak menonton filem Raatchasi ini. Aku dapat tahu mengenai filem ini di Facebook sebab ramai yang share trailer filem ini disitu, plus ramai yang memberi komen positif mengenai filem ini. Tambahan lagi filem ini ada banyak pengajaran gitu, pendek kata memang bestlah. Para blogger yang buat review filem Raatchasi ini rata - ratanya memberikan pujian terhadap filem ini. Lebih menarik bila Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Dr Maszlee Malik turut memberikan pujian dan komen positif pada filem ini sehingga mendapat perhatian daripada produser, krew dan pelakon utama (Jyothika) filem Raatchasi ini sendiri. Filem Tamil Raatchasi ini release pada 5 Julai 2019 yang lalu dan dilakonkan oleh Jyothika, Hareesh Peradi, Poornima Bhagyaraj, Sathyan, Aruldoss dan ramai lagi. Selain itu filem ini diarahkan oleh Sy. Gowthamraj. Filem Raatchasi ini mengisahkan tentang seorang guru besar wanita bernama Geetha Rani yang baru bertugas di sebuah sekolah di kawasan luar bandar yang teruk. Geetha Rani terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah di sekolah itu serta membuat perubahan besar di dalam sekolah itu agar sekolah tersebut dapat beroperasi dengan sempurna dan mempunyai guru - guru yang terbaik serta pelajar - pelajar yang berdisiplin. Aku bagi 8.8/10 bintang untuk filem Raatchasi ini.


Read More

6 Okt 2019

Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah (Cerekarama TV3)




Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Telefilem Kayuhan Kasih Ayah akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 5 Oktober 2019, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini adalah Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail dan ramai lagi. Ikutkan telemovie Kayuhan Kasih Ayah ini adalah siaran ulangan kerana telemovie ini sudah pun disiarkan di TV3 pada tahun 2017 atau 2018 yang lalu. Selain itu telefilem Kayuhan Kasih Ayah ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Aniq Communication Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah Lakonan Aman Graseka dan Azri Iskandar

Kisah Yatim, seorang yang lurus bendul, dan menyara hidupnya dengan menjaja cendol menggunakan basikal beroda tiga. Suatu hari, Yatim terlihat perpisahan yang menyayat hati antara Rizqi dengan ibu dan adiknya yang terpaksa dihantar ke sebuah rumah anak-anak yatim. Sejak itu, Yatim mendermakan wang simpanannya dan bekerja dengan lebih keras. Di sekolah, Rizqi bersahabat dengan Danial yang merupakan anak kepada Iskandar. Danial sering berkongsi makanannya dengan Rizqi. Iskandar melarang perbuatan Danial kerana dia menganggap rezekinya hanya untuk mereka sekeluarga dan bukan untuk orang lain. Namun pada suatu hari, Iskandar bertanyakan Yatim tentang pergorbanannya terhadap anak-anak yatim itu. Bagi Yatim, setiap perkongsian dan pertemuannya dengan anak-anak yatim itu bagaikan puncak kegembiraan dan kebahagiaan hidup mereka. Adakah Iskandar akan insaf?
Kayuhan Kasih Ayah, Telefilem. Telemovie, Kayuhan Kasih Ayah, Sinopsis Telefilem Kayuhan Kasih Ayah, Cerekarama, TV3, Cerekarama Kayuhan Kasih Ayah, Senarai Pelakon FIlem Kayuhan Kasih Ayah, Aman Graseka, Azri Iskandar, Balqis Samundur Khan, Rafael El Arash, Firdaus Ghufran, Ieka Zulkifli, Liza Othman, Azza Elite, Roslan Salleh, Putri Luvna Wilma, Mohd Natshah Ismail, Poster Telefilem Kayuhan Kasih Ayah,

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Aprena Manrose

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post