Memaparkan catatan dengan label Azar Azmi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azar Azmi. Papar semua catatan

13 Nov 2021

Telefilem Cinta Round 1 Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi (Astro Citra)



Telefilem Cinta Round 1, Telemovie Cinta Round 1, Info dan Sinopsis Telefilem Cinta Round 1, Poster Telefilem Cinta Round 1, Pelakon - Pelakon Telefilem Cinta Round 1, Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi, Elisya Sandha,

Telefilem Cinta Round 1 Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi (Astro Citra) 

Telefilem Cinta Round 1 akan disiarkan di Astro Citra pada 13 November, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Cinta Round 1 ini adalah Izzue Islam, Azizul Ammar, Azar Azmi, Elisya Sandha, Kazar Saisi dan ramai lagi. Selain itu telemovie Cinta Round 1 ini diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Cinta Round 1 Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi (Astro Citra)

Mengisahkan Farid (lakonan Izzue Islam) seorang pelajar nerd yang selalu dibuli oleh seniornya yang bernama Syakirin (Azizul Ammar). Syakirin memberi Farid tempoh sebulan untuk mengalahkan dia jika tidak Farid akan menjadi hamba abdi seniornya itu. Farid nekad untuk belajar seni mempertahankan diri dan meminta bantuan Qiela (lakonan Azar Azmi) untuk melatihnya. Apa yang berlaku seterusnya? Adakah Farid mampu mengalahkan Syakirin dalam pertarungan MMA? mampukah Qiela melatih Farid dalam tempoh yang terhad itu?.. 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Jangan Pernah Lupakan Aku Full Episode TV2

👉👉 Info dan Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa (TV9)

Read More

11 Jun 2021

Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi Di Astro Prima



Drama Derita Untuk Bahagia, Drama Derita Untuk Bahagia Full Episode, Drama Derita Untuk Bahagia Slot Tiara Astro Prima, Poster Drama Derita Untuk Bahagia, Info dan Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia, Pelakon - Pelakon Drama Derita Untuk Bahagia, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Hafreez Adam, Drama Baru Dayang Areeda,

Drama Derita Untuk Bahagia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang mulai bersiaran sejak 7 Jun yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Drama Derita Untuk Bahagia ini mempunyai 30 episod dan disiarkan bagi menggantikan drama Hati Yang Dikhianati yang ditunda buat sementara waktu kerana belum selesai shooting untuk episod seterusnya, akibat perlaksanaan PKP 3.0. Antara pelakon drama Derita Untuk Bahagia ini adalah  Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam, Dayang Areeda, Jasmin Hamid, Rashdan Baba, Zarina Zainuddin, Hilal Azman, Dian P.Ramlee, Haeriyanto Hassan, Marisa Yasmin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ejump Mohd dan diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Back to back drama Amar Baharin di Astro Prima ni hahaha rezeki dia kan, apa pun nampak menarik kan drama ini. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Derita Untuk Bahagia ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Azar Azmi sebagai Alisha
Amar Baharin sebagai Danial
Hafreez Adam sebagai Raif
Dayang Areeda sebagai Intan
Marisa Yasmin sebagai Maria
Jasmin Hamid sebagai Lina
Dian P Ramlee sebagai Puan Zaiton
Riezman Khuzaimi sebagai Salleh
Haeriyanto Hassan sebagai Fauzi
Dato’ Hilal Azman sebagai Tuan Jalal
Aida Othman sebagai Suraya
Zarina Zainuddin sebagai Mak Yam
Rashdan Baba sebagai Mahad
Shukry Ramlee sebagai Zaidi
Aaliyah Natasha sebagai Ainur
Puteri Lofea sebagai Batrisyia




Sinopsis Penuh Drama Derita Untuk Bahagia Lakonan Amar Baharin, Azar Azmi, Hafreez Adam dan Dayang Areeda Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Alisha seorang gadis yang rajin dan membesar dalam keadaan yang penuh dengan cabaran, bapanya kaki pukul manakala ibunya membanting tulang membesarkannya. Alisha bijak dan pandai berdikari untuk mencari wang. Suatu hari Alisha dikejutkan apabila sedar yang dia bukanlah anak kandung ibunya. Pergolakkan berterusan apabila Alisha cuba mahu mencari keluarga kandungnya. Pertemuan Alisha dengan Danial dan Raif juga telah membibitkan situasi cinta tiga segi antara mereka semua, namun hubungan cinta Alisha ditentang sehingga dia menemui kebenaran. Berjayakah Alisha menemui bahagia dan cinta selepas melalui kehidupan yang sukar, ditambah dengan masa silam keluarganya yang kini menghantuinya?

Lagu Tema / OST Drama Derita Untuk Bahagia 
💞 Bangkit Semula nyanyian Khai Bahar

Read More

12 Apr 2021

Info dan Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik (Astro Ria)



Drama Bila Syaitan Berbisik, Sinopsis Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Astro Ria, Drama Bulan Ramadan, Info dan Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Lah Ahmad, Pelakon - Pelakon Drama Bila Syaitan Berbisik, Poster Drama Bila Syaitan Berbisik,

Drama Bila Syaitan Berbisik akan disiarkan di Astro Ria bermula 12 April 2021 ini setiap Isnin hingga Khamis jam 11 malam. Drama ini disiarkan khas sempena bulan Ramadan ini dan diinspirasikan daripada kisah benar. Antara pelakon drama Bila Syaitan Berbisik ini adalah Lah Ahmad, Azar Azmi, Kamal Adli, Uyaina Arshad, Adlin Aman Ramlie, Zarina Zainuddin, Norlia Ghani, Liza Abdullah, Syafnida Shuhaimi, Hamidah Wahab, Mustaqim Bahadon, Natasha Hudson dan ramai lagi. Selain itu drama Bila Syaitan Berbisik ini mempunyai 18 episod dan diarahkan oleh Rashid Sibir dan diterbitkan oleh Opera Klasik. Nampak menarik kan drama ini, penuh pengajaran gitu, haruslah tonton di Astro Ria nanti kan. Tengok trailer je dah nampak best, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Drama Bila Syaitan Berbisik Lakonan Lah Ahmad dan Azar Azmi (Astro Ria)

Diinspirasikan daripada kisah benar, ikuti perjalanan Naen dan Dhia membantu mangsa yang terlibat dalam kes-kes jenayah dalam agama, jenayah seks dan penderaan domestik.

Tonton Drama Bila Syaitan Berbisik Episod 1 Hingga Episod 18 (Full Episode) Astro Ria
Drama ini boleh ditonton di aplikasi Astro Go.

Read More

23 Dis 2020

Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan (Astro Citra)



Telefilem Mohon Hantuan, Telemovie Mohon Hantuan, Poster Telefilem Mohon Hantuan, Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra),

Telefilem Mohon Hantuan telah pun disiarkan di Astro Citra pada 19 Disember yang lalu iaitu pada hari Sabtu. Antara pelakon telefilem Mohon Hantuan ini adalah Saharul Ridzwan, Azar Azmi, Jay Iswazir, Zalif Sidek, Riena Diana, Tajuddin Bakar, Zarina Zainuddin, Esma Daniel dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Mohon Hantuan ini bergenre seram komedi dan diarahkan oleh Ismail Bob Hashim serta diterbitkan oleh Dream At Work Sdn Bhd. Lagu tema / OST telefilem Mohon Hantuan ini dinyanyikan oleh Awi Rafael bertajuk Mohon Bantuan. Nampak menarik kan telefilem ini, lawak pun lawak. Jadi jom tengok sinopsis lengkap telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mohon Hantuan Lakonan Saharul Ridzwan, Azar Azmi dan Riena Diana (Astro Citra)

Akim (Saharul Ridzwan) merupakan seorang penulis Novel, akibat didesak oleh bapanya, Akim bertindak untuk pergi bercuti di sebuah Villa untuk menyiapkan novel terbarunya dengan lebih cepat. Villa tersebut sememangnya berhantu, salah seorang pekerja villa itu iaitu Lela (Riena Diana) sering dikacau dan diganggu oleh hantu tersebut. Malangnya tiada siapa yang percaya cerita Lela, sehinggalah Akim tiba dan tinggal di Villa tersebut. Akim mula diganggu oleh hantu Suraya (Azar Azmi) yang kemudiannya meminta pertolongan Akim untuk mengubah perangai suaminya yang juga hantu untuk jadi lebih romantik. Disebabkan Akim turut menerima gangguan dari hantu disitu, dia mula menjadi rapat dengan Lela kerana mereka sering berkongsi cerita mengenai hantu. Lela juga senang berkawan dengan Akimkerana Akim mempercayainya. Akhirnya mereka sama - sama jatuh hati. Disebabkan satu hal Akim ingin meminta bantuan daripada Hantu Suraya dan sebagai balasan, Akim akan memberitahu sebab dan cara kematian hantu suraya dan suaminya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Slot Akasia Bidadari Salju Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee Di TV3

⏩ Drama Biar Mereka Cemburu Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Slot Megadrama Astro Ria

Read More

2 Feb 2020

Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)




Drama Dua Takdir Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Bersiri Astro Prima 2020, Drama Melayu Astro, OST Drama Dua Takdir Cinta, Poster Drama Dua Takdir Cinta, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Fendy Bakry, Drama Baru Faizal Hussein, Drama Baru Zamarul Hisham, Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta, Senarai Pelakon Drama Dua Takdir Cinta, Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon,

Drama Dua Takdir Cinta adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan drama Suri Katriana yang telah tamat episodnya. Drama Dua Takdir Cinta ini sudah mula bersiaran pada 7 Januari yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dua Takdir Cinta ini adalah Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 65 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dua Takdir Cinta di bawah ini beserta sinopsisnya sekali.

Watak Pelakon
  • Fasha Sandha sebagai Mariana
  • Azar Azmi sebagai Sabrina
  • Fendy Bakry sebagai Ridzal
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Mustapha
  • Faizal Hussein sebagai Tuan Ismail
  • Syamim Farid sebagai Laila
  • Izzat Mushtaq sebagai Raikal
  • Husna Mustaffa sebagai Lisa
  • Aedy Ashraf sebagai Mikael
  • Safwan Nazri sebagai Iskandar
  • Ikhram Juhari sebagai Inspektor Syamsul
  • Ali Reza sebagai Haris
  • Syaffiq Sahli sebagai Hairul




Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta Lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi

Mengisahkan tentang Mariana dan Sabrina. Dua beradik anak yatim yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun , Mariana dan Sabrina hidup berasaingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu. Namun hidup mereka tidak lah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan.

Lagu Tema / OST Drama Dua Takdir Cinta
⏩ Separuh Hati nyanyian Asmidar
⏩ Takdir Cinta nyanyian Awi Rafael

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
Read More

22 Sep 2019

Telefilem Misteri Akil Balik - Cerekarama TV3




Misteri Akil Balik, Telefilem, Telemovie, Telefilem Misteri Akil Balik, Telemovie Misteri Akil Balik, Sinopsis Telefilem Misteri Akil Balik, Komedi Seram, Slot Cerekarama, TV3, Cerekarama Misteri Akil Balik, Telefilem Lakonan Izzue Islam, Telefilem Lakonan Azar Azmi, Telefilem TV3 2019, Senarai Pelakon Telefilem Misteri Akil Balik, Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad,

Telefilem Misteri Akil Balik akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 21 September 2019, jam 9.30 malam di TV3. Antara pelakon telefilem Misteri Akil Balik ini adalah Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie Misteri Akil Balik ini adalah Amie Maziah dan diterbitkan oleh Pencil Pictures & Records Sdn Bhd. Telefilem Misteri Akil Balik ini bergenre seram komedi gitu, nampak menarik kan telefilem ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Misteri Akil Balik Lakonan Izzue Islam dan Azar Azmi

Kemunculan Akil di kampung halamannya semula telah menimbulkan persoalan dan tanda tanya orang kampung. Malah, mereka rasa sejak adanya Akil di kampung itu pelbagai perkara misteri berlaku. Apa sebenarnya berlaku?..
Misteri Akil Balik, Telefilem, Telemovie, Telefilem Misteri Akil Balik, Telemovie Misteri Akil Balik, Sinopsis Telefilem Misteri Akil Balik, Komedi Seram, Slot Cerekarama, TV3, Cerekarama Misteri Akil Balik, Telefilem Lakonan Izzue Islam, Telefilem Lakonan Azar Azmi, Telefilem TV3 2019, Senarai Pelakon Telefilem Misteri Akil Balik, Izzue Islam, Azar Azmi, Aprena Manrose, Wanna Ali, Faiz Tapaw, Akmal Ahmad,

Jom Baca Ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

1 Sep 2019

Cerekarama Kenduri Hari Merdeka (TV3)




Kenduri Hari Merdeka, Telemovie, Telefilem, Telemovie Kenduri Hari Merdeka, Telefilem Kenduri Hari Merdeka, Sinopsis Telefilem Kenduri Hari Merdeka, Biodata Penuh Azar Azmi, Telefilem Kenduri Hari Merdeka Lakonan Asraf Muslim dan Azar Azmi, Slot Cerekarama, TV3, Senarai Pelakon Telefilem Kenduri Hari Merdeka, Idris Mat Diah, Ashraf Muslim, Azar Azmi, Adam Shahz, Chiwan Chilok, Lia Natalia, Raja Hakim,
Telefilem Kenduri Hari Merdeka - Slot Cerekarama TV3

Telefilem Kenduri Hari Merdeka akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 31 Ogos 2019 ini, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Kenduri Hari Merdeka ini adalah Idris Mat Diah, Ashraf Muslim, Azar Azmi, Adam Shahz, Chiwan Chilok, Lia Natalia, Raja Hakim dan ramai lagi. Nampak menarik telemovie Kenduri Hari Merdeka ini kan, selain itu telemovie ini diarahkan oleh Al Jafree Yusop dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Kenduri Hari Merdeka Lakonan Ashraf Muslim dan Azar Azmi

Anak sulung ketua kampung Pak Akob, Hana akan berkahwin. Kebetulan tarikh jatuh pada Hari Kebangsaan nanti. Pak Akob dan anak keduanya, Adriana lebih berjiwa patriotik. Namun Hana memilih tema Alam Laut untuk majlisnya. Adriana mencadangkan untuk menggabungkan dua tema tersebut untuk majlis perkahwinan Hana. Dengan bantuan Amar, Lukman dan Zainol mereka bekerjasama untuk memeriahkan majlis itu. Dalam masa yang sama mereka bertiga ingin menambat hati Adriana. Namun tidak semudah yang disangka. Pelbagai cabaran terpaksa dilalui oleh mereka. Apa yang berlaku seterusnya.

Jom Baca ini juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi

(Blog Dari Hati Miss Mulan)
Read More

20 Jun 2019

Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta




lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah, Cover Depan Novel Isteri Aku Kalis Cinta,
Drama Cetera Hati Diya Adaptasi Novel Isteri Aku Kalis Cinta Karya Mawar Kamila

Novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila telah diadaptasikan menjadi drama bersiri bertajuk Cetera Hati Diya dan mempunyai 15 episod serta disiarkan di slot Samarinda TV3. Fattah Amin akan melakonkan watak Zahil, manakala Azar Azmi pula akan melakonkan watak Diya. Pelakon Azrel Ismail pula akan membawa watak sebagai Zakuan, Zila Bakarin sebagai Dato Laila, Faye Kusairi sebagai Kamelia, Raja Hakim sebagai Syamil, Asha Zainul Maira, Melanie Tan sebagai Rania. Novel ini diterbitkan pada March 2014 yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok drama Cetera Hati Diya lakonan Fattah Amin dan Azar Azmi di TV, korang juga boleh baca versi novelnya yang bertajuk Isteri Aku Kalis Cinta ni secara online juga. Caranya mudah je, korang cuma perlu klik link - link yang ada kat bawah sekali tu ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini dibawah okey. Selamat membaca ye..




Sinopsis Novel Isteri Aku Kalis Cinta (Drama Cetera Hati Diya)

A“Saya harap, saya benar-benar kalis cinta. Saya tak mahu mencintai awak. Saya terlalu ingin membenci awak. Andai masa dapat diundur, saya nak perkahwinan ini tak pernah terjadi supaya saya tak akan pernah memberi hati pada awak.” ~ Diya. Pada Diya, Zahil hadir mengubat luka silamnya kemudian merobek pula luka yang lebih dalam. Maaf? Diya memilih, tidak! Hancur luluh hati Zahil Hariz apabila bahagia yang mereka bina musnah kerana kedegilan Diya. Zahil tiada upaya untuk mengubah masa silam Diya sebagaimana dia tidak berdaya mengubah hubungan cinta mereka yang cukup rumit. Kemunculan watak Zakuan, Syamil, Tina dan Nadya menambah konflik sedia ada. 

lsteri Aku Kalis Cinta, Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Karya Mawar Kamila, Sinopsis Novel lsteri Aku Kalis Cinta, Novel Online, Baca Online Novel, Baca Online Novel lsteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu TV3 2019, Slot Samarinda, TV3, Cetera Hati Diya, Drama Cetera Hati Diya, Drama Baru Fattah Amin, Pelakon Drama Cetera Hati Diya, Fattah Amin, Azar Azmi, Zila Bakarin, Azrel Ismail, Faye Kusairi, Raja Hakim, Asha Zainul, Melanie Tan, Mak Wan Latah,

“Allah memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat.

 Tetapi mengapa Allah hanya anugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Allah telah berikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Dan awak, Adelia Dayana adalah cinta saya.” ~ Zahil. 

Memberi kasih pada yang tidak mahu menghargai, sakitnya bagaikan patah hati. Hakikatnya, Zahil tak pernah meragui hati Diya. Namun apabila ada insan lain yang mampu buat Diya mengukir senyum, Zahil beralah dengan memberi hak kepada Diya untuk membuat pilihan. Penceraian atau kemaafan? Apakah pilihan Diya? ‘Isteri Aku Kalis Cinta’ merungkai penghujung sebuah dendam dan penantian.



Baca Online Novel Isteri Aku Kalis Cinta Bab 1 Hingga Bab 33



Bab 32 & 33 Novel Isteri Aku Kalis Cinta (untuk baca bab seterusnya, sila dapatkan novel ini di pasaran ye)

< Blog Dari Hati Miss Mulan >
Read More

28 Apr 2019

Ending Drama Nur 2 (Episod 15)




Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,

Akhirnya drama popular Nur 2 melabuhkan tirainya pada 25 April 2019 yang lalu, drama Nur 2 hanya mempunyai 15 episod berbanding musim pertamanya yang mempunyai 19 episod. Drama Nur 2 ini dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada dan ramai lagi. Aku tak ada masalah dengan jalan cerita drama Nur 2 ni, bagi aku best saja, cuma kadang - kala tu timbul juga rasa geram dengan kenaifan dan kebodohan Nur yang terlalu percayakan kawan baiknya Juita serta Ecah yang terlalu percayakan suaminya Hamadi. Memang kena dan sesuai sangat dengan tagline drama Nur 2 ini iaitu Angkara Percaya, Tergadai Bahagia. Aku tak perasan pula bila masa yang Juita dan Hamadi ni boleh bekerjasama dan berpakat untuk kenakan Adam dan Nur itu. Tup tup diorang memang dah baik pula hahaha, apa pun Hamadi ni memang jenis tak serik dan tak reti nak insaf.




Boleh pula dia jadi ganas dan mula pukul - pukul si Aishah tu, yang si Aishah tu pula bila dia dapat tahu yang Hamadi hampir nak jual dan lacurkan dia tu, barulah dia decide nak tinggalkan Hamadi tu. Ikutkan dia boleh saja lari dari situ, tapi stil nak minta kebenaran dari Hamadi dulu untuk balik rumah ibu ayahnya tu dan of courselah Hamadi tak izinkan Aishah pergi tinggalkan dia, siap kena pukul lagi. Paling tak leh blah bila Hamadi cuba nak rogol Suraya, memang patut kena tikam berkali - kali dengan si Aishah tu. Tapi kesian juga dengan si Aishah kena masuk penjara sebab dah bunuh Hamadi tu. Manakala Nur dan Adam pula ada masalah diorang sendiri terutamanya pasal Juita. Siap Adam kena tangkap polis atas tuduhan merogol Juita. Nasib jiran sebelah jadi penyelamat dengan menceritakan hal sebenar. Ending drama Nur 2 memang nampak tergesa - gesa sikit dan sekali imbas je, apa pun stil happy ending gitu. Rasanya lepas ni tak ada sambungan dah drama Nur ni, lagi pun para pelakonnya terutama Azhan Rani memang tak nak berlakon dah kalau ada sambungan, plus wataknya pun dah mati kan. 
Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,
Selain itu isu dan masalah yang dihadapi oleh sekolah Darul Mukhsin juga dah selesai apabila ada orang yang sanggup membantu menyelesaikan masalah kewangan Darul Mukhsin tu. Apa pun drama Nur dan Nur 2 memang best gitu, antara drama Melayu yang aku sering tertunggu - tunggu episod seterusnya dan mempunyai banyak pengajaran gitu.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

4 Apr 2019

Drama Nur 2 (Samarinda TV3)




Nur 2, Nur Musim Kedua, Drama Nur 2, Drama Nur Musim Kedua, Drama Melayu 2019, Drama TV3 2019, TV3, Slot Samarinda, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Drama Bersiri, Popular Drama, Trending, Nur 2 Cast, Poster Drama Nur 2, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Sinopsis Drama Nur 2, Syafiq Kyle New Drama, Biodata Terkini Azar Azmi,

Drama Nur yang menjadi fenomena pada tahun lalu kembali dengan musim kedua, drama Nur 2 ini sudah bersiaran di slot Samarinda TV3 bermula 2 April 2019 yang lalu. Drama Nur 2 ini dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, dan ramai lagi. Selain itu drama Nur 2 ini mempunyai 15 episod dan akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3. Aku antara peminat drama Nur ini memang teruja nak tengok sambungan kisah semua watak dalam drama Nur 2 ini. Lagu tema / OST Nur 2 ini dinyanyikan oleh Amylea dan Megat yang bertajuk Tetap Kamu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey.




Sinopsis Drama Nur 2 - Slot Samarinda TV3

Ujian demi ujian telah datang kepada Adam dan Nur dalam menempuhi hidup mereka sebagai suami isteri. Setelah berkahwin Adam dan Nur mengajar kanak-kanak mengaji di rumah lama milik Nur. Pada mulanya niat baik mereka itu tidak menghadapi masalah sehinggalah ada penduduk tidak berpuas hati. Jiran mereka terganggu dengan kelas mengaji yang semakin mendapat sambutan, Adam dan Nur perlu mencari tempat baharu tetapi mereka kekurangan dana. Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. Kehadiran Juita seorang pelacur baharu dikawasan itu mengubah segalanya. Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia inginkan Adam menjadi miliknya. Sejak dari itu, Juita sentiasa cari peluang untuk mendampingi Adam. Malah, Juita menggunakan Nur dengan berpura-pura menjadi sahabat baik Nur untuk mendapatkan Adam. Selain dari konflik rumah tangga, Adam juga perlu menyelesaikan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. 
Nur 2, Nur Musim Kedua, Drama Nur 2, Drama Nur Musim Kedua, Drama Melayu 2019, Drama TV3 2019, TV3, Slot Samarinda, Poster Drama Nur 2, OST Nur 2, Drama Bersiri, Popular Drama, Trending, Nur 2 Cast, Poster Drama Nur 2, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Sinopsis Drama Nur 2, Syafiq Kyle New Drama, Biodata Terkini Azar Azmi,
Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah mengugut untuk menceraikan Aisyah jika tidak mencari wang jaminan untuk membebaskannya. Aisyah tersempit di antara suami dan keluarga. Aisyah menebalkan muka meminta bantuan ibunya. Pada awalnya Ayah Haji tidak bersetuju kerana Hamadi menjadi punca permasalahan keluarga mereka. Oleh kerana kasihankan Aisyah, akhirnya permintaan Aisyah dituruti. Aisyah dan Hamadi turut dihalau keluar dari rumah sewanya dan terpaksa menebal muka untuk tinggal bersama keluarga Aisyah. Kehadiran Hamadi bukan sahaja membuatkan kedua-dua orang mentuanya tidak selesa malah Nur menjadi takut untuk menjejakkan kaki ke rumah itu. Nur masih trauma dan terkesan dengan peristiwa hitam yang pernah terjadi dengan Hamadi dahulu. Adakah Hamadi akan insaf atau terus dengan niat jahatnya untuk mendapatkan Nur? Berjayakan Nur dan Adam mempertahankan rumah tangga mereka daripada orang lain yang sentiasa hadir untuk merosakkan segalanya?

Jom Baca ini juga ➦ Biodata Penuh Azar Azmi

~Blog Dari Hati Miss MuLan~ https://darihatimissmulan.blogspot.com
Read More

24 Jan 2019

Biodata Terkini Azar Azmi




Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Biodata Pelakon Malaysia - Azar Azmi

Hari ini aku nak share serba sedikit mengenai biodata pelakon Malaysia yang namanya sedang meningkat naik iaitu Azar Azmi. Aku first kenal dan tengok lakonan Azar Azmi ini dalam telemovie Bayangan Emilia, masa ni dia berlakon dengan Fattah Amin. Terbaru Azar Azmi ini akan melakonkan watak Sabrina dalam drama bersiri Dua Takdir Cinta yang tengah hangat bersiaran di slot Tiara, Astro Prina sekarang ini, Malah dia juga popular dengan watak Juita dalam drama popular TV3 iaitu Nur 2. Rupa - rupanya Azar Azmi ini juga adalah bekas peserta Dewi Remaja 2009 / 2010 satu batch dengan Neelofa, Izara Aishah, Anzalna, Ramona Zam Zam dan Syatilla Melvin. Apa pun jom tengok profil / biodata lengkap Azar Azmi di bawah ini ye..




Biodata Penuh Azar Azmi (Pelakon Malaysia)

Nama Penuh : Siti Azar Ameerah binti Azmi
Nama Komersil : Azar Azmi
Umur : 30 Tahun
Tarikh Lahir: 13 Mac 1989
Asal: Rembau, Negeri Sembilan
Kerjaya: Pelakon, Model dan Usahawan (Azar merupakan pengasas yang mengusahakan produk kosmetik ZS Instant White dan butik AZARHOF)
Media Sosial Azar Azmi: https://www.instagram.com/azarazmi/
Azar Azmi, Biodata, Profil, Biodata Azar Azmi, Biodata Penuh Azar Azmi, Biodata Lengkap Azar Azmi, Pelakon Malaysia, Biodata Terkini Azar Azmi, Gambar Terkini Azar Azmi, 2019, Senarai Drama Lakonan Azar Azmi, Senarai Telefilem Lakonan Azar Azmi, Foto Terkini Azar Azmi, Media Sosial Azar Azmi,
Senarai Drama Lakonan Azar Azmi: Dua Takdir Cinta, Dia Adelia, Cetera Hati Diya, Nur 2, Plan Cinta, Pujaan Hati Kanda, Terbaik Dariku, Cinta Fatamorgana, Isteri Untuk Diiktiraf, Tiada Arah Jodoh Kita, Gerak Khas, Red Velvet, Syurgaku Tak Sempurna, Biar Aku Jadi Penunggu, Suri Hati Mr. Pilot, Mukhlis 2, Mr. Boss Miss Stalker.
Senarai Telefilem / Telemovie lakonan Azar Azmi : Mohon Hantuan, Misteri Akil Balik, Kenduri Hari Merdeka, Taubatku, Uniknya Cinta, Bayangan Emilia dan banyak lagi.
Teater : Pawana Isabella
Read More


My Random Post