28 Apr 2019

Ending Drama Nur 2 (Episod 15)




Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,

Akhirnya drama popular Nur 2 melabuhkan tirainya pada 25 April 2019 yang lalu, drama Nur 2 hanya mempunyai 15 episod berbanding musim pertamanya yang mempunyai 19 episod. Drama Nur 2 ini dibintangi oleh Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada dan ramai lagi. Aku tak ada masalah dengan jalan cerita drama Nur 2 ni, bagi aku best saja, cuma kadang - kala tu timbul juga rasa geram dengan kenaifan dan kebodohan Nur yang terlalu percayakan kawan baiknya Juita serta Ecah yang terlalu percayakan suaminya Hamadi. Memang kena dan sesuai sangat dengan tagline drama Nur 2 ini iaitu Angkara Percaya, Tergadai Bahagia. Aku tak perasan pula bila masa yang Juita dan Hamadi ni boleh bekerjasama dan berpakat untuk kenakan Adam dan Nur itu. Tup tup diorang memang dah baik pula hahaha, apa pun Hamadi ni memang jenis tak serik dan tak reti nak insaf.




Boleh pula dia jadi ganas dan mula pukul - pukul si Aishah tu, yang si Aishah tu pula bila dia dapat tahu yang Hamadi hampir nak jual dan lacurkan dia tu, barulah dia decide nak tinggalkan Hamadi tu. Ikutkan dia boleh saja lari dari situ, tapi stil nak minta kebenaran dari Hamadi dulu untuk balik rumah ibu ayahnya tu dan of courselah Hamadi tak izinkan Aishah pergi tinggalkan dia, siap kena pukul lagi. Paling tak leh blah bila Hamadi cuba nak rogol Suraya, memang patut kena tikam berkali - kali dengan si Aishah tu. Tapi kesian juga dengan si Aishah kena masuk penjara sebab dah bunuh Hamadi tu. Manakala Nur dan Adam pula ada masalah diorang sendiri terutamanya pasal Juita. Siap Adam kena tangkap polis atas tuduhan merogol Juita. Nasib jiran sebelah jadi penyelamat dengan menceritakan hal sebenar. Ending drama Nur 2 memang nampak tergesa - gesa sikit dan sekali imbas je, apa pun stil happy ending gitu. Rasanya lepas ni tak ada sambungan dah drama Nur ni, lagi pun para pelakonnya terutama Azhan Rani memang tak nak berlakon dah kalau ada sambungan, plus wataknya pun dah mati kan. 
Nur 2, Drama Nur 2, Drama Melayu, Slot Samarinda, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri Nur 2, Sinopsis Drama Nur 2, Episod Akhir Drama Nur 2, Ending Drama Nur 2, Cast, Pelakon Drama Nur 2, Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Azhan Rani, Noorkhiriah, Raja Muhd Atiqullah, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada,
Selain itu isu dan masalah yang dihadapi oleh sekolah Darul Mukhsin juga dah selesai apabila ada orang yang sanggup membantu menyelesaikan masalah kewangan Darul Mukhsin tu. Apa pun drama Nur dan Nur 2 memang best gitu, antara drama Melayu yang aku sering tertunggu - tunggu episod seterusnya dan mempunyai banyak pengajaran gitu.

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~

2 ulasan:

  1. susah nak cari drama yg bermutu skang ni

    BalasPadam
  2. Tak sangka kami boleh ikut cerita menarik ini.Syabas pada penulis karya dan para pelakon.

    BalasPadam



My Random Post