12 Apr 2019

Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh




Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novel Online, Drama Melayu, Drama Adaptasi Novel, Drama Astro 2019, Drama Melayu 2019, Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh Bab 1 Hingga Bab 15, Cover Depan Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh, Novelis Hana Ilhami, Cast, Pelakon Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh, Watak Pelakon, Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah),
Baca Online Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh (Drama Adaptasi Novel)

Novel Patah Sayap Bertongkat Paruh karya novelis Hana Ilhami telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 14 episod yang disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh ini dilakonkan oleh ramai pelakon hebat seperti Aaron Aziz yang melakonkan watak Talhah, Fasha Sandha sebagai Aliah, Zarul Husin pula sebagai Hisyam, Jalil Hamid (Pak Osman), Amelina (Maznah), Sofia Dendroff (Sarah), Amira Othman (Ros), Elly Mazlein (Hasnah), Hanna Aqeela (Diana), Lydiawati, Ika Nabila (Adawiyah) dan ramai lagi. Drama adaptasi novel Patah Sayap Bertongkat Paruh ini sudah pun disiarkan di Astro Ria sejak 3 April yang lalu. Jadi sambil - sambil tengok versi drama di TV tu, korang juga boleh baca novel ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link di bawah sekali tu ye, selamat membaca okey. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye..




Sinopsis Novel 
Patah Sayap Bertongkat Paruh Karya Hana Ilhami

“Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni, gugur talak!” - HISYAM

Dari berterusan menjeruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagia sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah. Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah.

“Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?” - ALIAH

“Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi...” - TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah.

“Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!” - Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah, Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah, wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post