Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fasha Sandha. Papar semua catatan

16 Okt 2022

Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha (iQIYI Original)



Drama Rampas Cintaku (iQIYI Original), Sinopsis Drama Rampas Cintaku, Drama iQIYI, Poster Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Full Episode, Drama Rampas Cintaku Episod 1 Hingga 15, Ending Drama Rampas Cintaku, Drama Rampas Cintaku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Rampas Cintaku, Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad,
Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Drama Rampas Cintaku ini sudah mula bersiaran di platform penstriman iQIYI bermula 23 September 2022 setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Rampas Cintaku ini adalah Fasha Sandha, Afieq Shazwan, Zarul Husin, Erynn Abdullah, Zarynn Min, Puteri Balqis, Aidil Aziz, Fadhilah Mansor, Ady Mohammad dan ramai lagi. Selain itu drama Rampas Cintaku ini mempunyai 14 episod dan diarahkan oleh Ejump Mohd serta diterbitkan oleh MIG Productions Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ni, pelakon pun best - best gak. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rampas Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Rampas Cintaku

  • Afieq Shazwan sebagai Rizal
  • Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
  • Zarul Husin sebagai Dato Jefri
  • Puteri Balqis sebagai Rina
  • Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila
  • Ady Mohammad sebagai Ashraf
  • Erynn Abdullah sebagai Ayuni
  • Datin Fadhilah Mansor sebagai Hajah Salmi
  • Aidil Aziz sebagai Sharul
  • Vicha Saywho sebagai Amanda




Sinopsis Drama Rampas Cintaku Lakonan Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin (iQIYI Original)

Mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya. Datin Safieya awalnya seorang isteri yang baik dan setia namun selepas mengetahui suaminya Dato Jefri curang, datin Safieya mula membenci suaminya dan mula rapat dengan Rizal. Apa yang berlaku seterusnya?..

Ending Drama Rampas Cintaku !!

Ending drama ni awalnya nampak happy ending gitu, tapi boleh pula ada kejutan jeng jeng jeng, rasanya macam akan ada Drama Rampas Cintaku Season 2. Hope diorang tiada kaitan antara satu sama lainlah kan, kalau ada kaitan memang masalah besar hehe..


Read More

2 Jul 2022

Cerekarama Mencari Siratul Mustaqeem (TV3)



Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Telemovie Mencari Siratul Mustaqeem, Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Slot Cerekarama TV3, Cerekarama Mencari Siratul Mustaqeem TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem,Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Mencari Siratul Mustaqeem Cast, Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem Full,

Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada hari Sabtu, 2 Julai 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Mencari Siratul Mustaqeem ini adalah Fauziah Nawi, Fasha Sandha, Elisya Sandha, Aidil Aziz, Syafie Naswip, Fadilah Mansor dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mencari Siratul ini diarahkan oleh Hashim Rejab dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures. Apa pun nampak menarik kan telemovie Mencari Siratul Mustaqeem ni kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini di bawah okey..




Sinopsis Telefilem Mencari Siratul Mustaqeem - Slot Cerekarama TV3

Mengisahkan tentang Hadijah yang mahu hidup bahagia bersama anak cucunya. Tiada apa lagi yang dipinta tetapi kebahagiaan keluarga. Dia juga mahu tumpukan perhatian pada ibadah dan mencari Siratul Mustaqeem. Namun, ujian melanda Hadijah apabila anak-anak ditugaskan berjauhan dan hanya pulang sekali sekala. Lebih teruk lagi apabila pandemik Covid-19 melanda Malaysia dan PKP dilaksanakan. Anak-anaknya yang bertugas sebagai petugas barisan hadapan (frontliner) tidak dapat balik dan dia dicengkam kesepian. Ditambah dengan hasutan jirannya Senah yang menyakitkan hati dan membandingkan dengan anaknya yang kaya dan dapat hidup bersama. Situasi ini membuatkan Hadijah sedih namun kehadiran Ali dan keluarga kecilnya memberi sinar kepada Hadijah dan dapatlah beliau menumpang kasih sayang.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Telefilem Aida Adha (TV1)



Read More

10 Mei 2022

Episod Akhir dan Ending Drama Khilaf Asmara



Ending Drama Khilaf Asmara, Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Episod Akhir Drama Khilaf Asmara, Khilaf Asmara Cast, Fasha Sandha, Nelydia Senrose, Fahrin Ahmad, Fattah Amin,

Berakhir sudah drama Khilaf Asmara ini, antara tarikan utama drama ini mestilah sebab barisan pelakonnya yang best - best belaka. Cuma tak sangkalah bila watak Aizad lakonan Fahrin Ahmad mati macam tu saja. Seperti selalunya, drama - drama terbitan Radius One ni pasti ada plot twist di penghujung episod akhir drama tersebut. Begitu juga dengan drama Khilaf Asmara ini, bila tiba - tiba ada plot twist gitu jeng jeng jeng jeng tak sangka semuanya rancangan Irma lakonan Nelydia Senrose untuk membalas dendam pada kecurangan Luqman lakonan Fattah Amin dan Hanim lakonan Fasha Sandha. Cuma tertanya - tanya juga adakah kematian Aizad juga adalah sebahagian daripada rancangan Irma sebab nampak Irma tu sayang pada Aizad. Ke ni rancangan Saiful tapi Irma tak tahu, sebab Saiful ni dah jadi orang suruhan Irma sebab Saiful memang dah lama suka pada Irma. Maybe Irma akan rujuk semulalah kot dengan Luqman, lagipun Hanim dah jadi gila. Apa pun syok juga tengok Nelydia Senrose jadi jahat walaupun sekejap dan dihujung - hujung saja. Hope nanti dapat tengok Nelydia pegang watak antagonis di drama - drama yang lain.




Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

22 Apr 2022

Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15 (Akhir) Di Slot Samarinda TV3



Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,

Drama Khilaf Asmara sudah mula disiarkan di slot Samarinda TV3 bermula 18 April 2022, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Bila Hati Memilih Dia lakonan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Khilaf Asmara ini adalah Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura, Josiah Hogan, Rahim Jailani dan ramai lagi. Selain itu drama Khilaf Asmara ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Uchee Fukada serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon drama ini juga hebat dan mantap belaka. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Khilaf Asmara ini di bawah okey beserta sinopsisnya sekali..

  • Nelydia Senrose sebagai Irma
  • Fasha Sandha sebagai Hanim
  • Fattah Amin sebagai Luqman
  • Fahrin Ahmad sebagai Aizat
  • Amy Mastura sebagai Wan Su
  • Rahim Jailani sebagai Dato Amir
  • Wan Raja sebagai Saiful
  • Jeffry Zainudin sebagai Ryzal
  • Auni Zahra sebagai Tasya




Sinopsis Drama Khilaf Asmara Lakonan Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Fattah Amin dan Nelydia Senrose - Slot Samarinda TV3

Aizad dan Hanim hidup bahagia sebagai suami isteri. Aizad ialah seorang suami yang penyayang dan juga seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anak mereka. Hanim pula seorang wanita yang bercita-cita tinggi. Hanim membuat keputusan untuk menceburi bisnes setelah dia berjumpa dengan kawan lamanya, Irma, seorang pengusaha yang menjalankan bisnes berjaya dengan suaminya, Luqman. Namun lama-kelamaan, Hanim mula mempunyai perasaan dengan Luqman. Mereka berdua mula mengadakan  hubungan sulit dan apabila rahsia itu terbongkar, Luqman kembali ke pangkuan isterinya. Luqman tidak bersikap serius dan dia tidak pernah mencintai Hanim. Bagaimanakah mereka berhadapan dengan niat sebenar masing-masing?
Drama Khilaf Asmara, Sinopsis Drama Khilaf Asmara, Drama Khilaf Asmara Slot Samarinda TV3, Drama Slot Samarinda TV3 2022, Drama Khilaf Asmara Full Episode, Drama Khilaf Asmara Episod 1 Hingga 15, Khilaf Asmara Cast, Poster Drama Khilaf Asmara, OST Khilaf Asmara, Pelakon - Pelakon Drama Khilaf Asmara, Fattah Amin, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad, Nelydia Senrose, Amy Mastura,
Tonton Online Drama Khilaf Asmara Full Episode

Selain di kaca TV, drama Khilaf Asmara ini juga boleh ditonton secara online di Disney+ Hotstar

Lagu Tema / OST Drama Khilaf Asmara 

👄👄 Melepaskanmu nyanyian Amylea Azizan
👄👄 Khilaf Asmara nyanyian Shila Amzah

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Republik Gombak Episod 1 Hingga 20 Di Slot Sakura TV3


Read More

29 Mac 2022

Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80 Slot Tiara Astro Prima



Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,

Drama Dendam Seorang Isteri adalah sebuah drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife, drama ini merupakan drama terbaru di slot Tiara Astro Prima. Drama Dendam Seorang Isteri ini mula disiarkan pada 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Hati Yang Dikhianati yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dendam Seorang Isteri ini adalah Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja, Roy Azman, Ziema Din, GM Fauzan, Zarynn Min, Sefik Khair, Amylea Azizan, Sharmaine Farouk, Kween Keela, Isaac Iman dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Uchee Fukada dan Nizam Zakaria serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Drama Temptation Of Wife ni aku cuma pernah tengok versi Filipina, versi original iaitu versi Korea aku tak pernah tengoklah. Apa pun memang nampak best drama ni, tambah - tambah bila ada Fasha Sandha dan Nad Zainal kan. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dendam Seorang Isteri ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Fasha Sandha sebagai Amira
  • Wan Raja sebagai Harris
  • Nad Zainal sebagai Kirana
  • Aidit Noh sebagai Naufal
  • GM Fauzan sebagai Sulaiman
  • Dian P. Ramlee sebagai Ain
  • Sefik Khair sebagai Syafiq
  • Roy Azman sebagai Dato Mustapha
  • Ziema Din sebagai Datin Mona
  • Zarynn Min sebagai Aunty Baby
  • Sharmaine Farouk sebagai Diana
  • Amylea Azizan sebagai Neelisa
  • Kween Keela sebagai Hilda
  • Isaac Iman sebagai Haziq




Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri Lakonan Fasha Sandha, Nad Zaina, Aidit Noh dan Wan Raja Di Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Amira, seorang gadis kampung, berkahwin dengan seorang jejaka daripada keluarga kaya, Harris dan menjalani hidup sebagai seorang isteri yang setia. Malangnya Harris tetap bersikap berfoya-foya dan tidak pernah setia. Keguguran pertama Amira membuatkan Amira tidak disenangi ibu Harris, Mona yang hanya pentingkan status dan kedudukan. Amira sering didera oleh Mona tetapi dia masih bernasib baik kerana bapa mertuanya, Mus prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi Amira. Kemudian, adik angkat dan rakan karib Amira, Kirana pulang ke Malaysia dan terus menjalinkan hubungan sulit dengan Harris kerana dendam lamanya terhadap Amira. Syafiq, adik Amira telah lama jatuh hati dengan Kirana dan berharap Kirana dapat membalas cintanya. Namun kerana hubungan sulit Kirana dengan Harris, Kirana langsung tidak mempedulikan cinta Syafiq. Amira yang masih mengharapkan dirinya untuk hamil mula berprasangka kepada Harris apabila mendapati Harris sering mengelak daripada bermesra dengannya dan sering pulang lewat. 
Drama Dendam Seorang Isteri, Poster Drama Dendam Seorang Isteri, Sinopsis Drama Dendam Seorang Isteri, Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode, Drama Dendam Seorang Isteri Episod 1 Hingga 80, Drama Slot Tiara Astro Prima, Pelakon - Pelakon Drama Dendam Seorang Isteri, Fasha Sandha, Nad Zainal, Wan Raja, Aidit Noh, Dendam Seorang Isteri Cast,
Hasil siasatan Amira, Amira dapat rasakan yang Kirana terlibat. Tanpa memikirkan apa yang bakal terjadi, Amira nekad untuk pergi bersemuka dengan Kirana. 
Kirana tidak peduli akan perasaan Amira dan mengakui dia ada hubungan dengan Haris dan memaksa Amira untuk meninggalkan Harris. Dalam kesedihan, Amira kemudian mengetahui dirinya kini sudah hamil. Saat Amira merancang untuk membawa diri, satu masalah besar yang menimpa ayahnya membuatkan Amira terpaksa meminta bantuan kepada Mus untuk membantu ayahnya dengan syarat Amira bersetuju untuk terus kekal menjadi isteri Harris. Amira juga tahu yang Kirana tidak akan mengalah untuk merampas Harris daripada hidupnya. Kirana dan Harris akhirnya merancang untuk membunuh Amira walaupun Amira hamil. Amira yang disangkakan mati dalam sebuah tragedi telah diselamatkan oleh seorang lelaki bernama Naufal. Dialah yang memberi Amira semangat baharu untuk bangkit semula dan membalas dendam terhadap mereka yang memusnahkan kehidupannya. Lantas Amira menjadi Neelisa!

Lagu Tema / OST Drama Dendam Seorang Isteri

👄👄 Kesumat nyanyian Rian Shain
👄👄 Seperti Dia nyanyian Amylea Azizan

Tonton Online Drama Dendam Seorang Isteri Full Episode

5 episod terawal drama Dendam Seorang Isteri ini boleh ditonton di Youtube Astro Gempak. Episod seterusnya boleh ditonton di Astro Go..



Read More

25 Sep 2021

Cerekarama Coklat Chip Spesial TV3



Telefilem Coklat Chip Spesial, Telemovie Coklat Chip Spesial, Cerekarama Coklat Chip Spesial, Info dan Sinopsis Telefilem Coklat Chip Spesial,

Telefilem Coklat Chip Spesial akan diulang siar di slot Cerekarama TV3 pada 25 September 2021 ini, jam 10 malam. Telefilem ini sudah pernah bersiaran di tv3 pada bulan Februari tahun 2020 yang lalu. Antara pelakon telefilem Coklat Chip Spesial ini adalah Fasha Sandha, Duerra Mitilda, Azam Pitt, Khatijah Tan, Nora Maya dan ramai lagi. Selain itu telemovie Coklat Chip Spesial ini diarahkan oleh Dato Jurey Rosli dan diterbitkan Syaz Petra Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Coklat Chip Spesial Lakonan Fasha Sandha dan Duerra Mitilda - Cerekarama TV3

Apabila mendapat tahu anaknya, Hani menghidap disleksia, Farah tidak dapat menerima hakikat. Sebagai orang kampung yang tiada pelajaran tinggi, dia tidak tahu apa itu disleksia dan bagaimana untuk membantu anaknya itu. Apa yang berlaku seterusnya?..



Read More

25 Jun 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer (Astro Ria)



Episod Akhir Drama Scammer Astro Ria, Ending Drama Scammer, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer,

Drama Scammer yang disiarkan di Astro Ria sebanyak 20 episod ni memang antara drama favorite aku. Jalan ceritanya yang suspen, ada plot twist, pastu lain dari yang lain dan tak clisye memang tarikan utama drama ini. Barisan pelakon drama Scammer ini seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Siti Saleha,Arash Mohd, Jay Iswazir dan ramai lagi memang terbaik. Pendek kata pada yang belum menonton drama ini aku syorkan untuk korang tonton nanti. Berbalik pada episod akhir drama Scammer ini, Joe cuba yakinkan Leon yang dirinya berada di pihak Leon dan bukannya polis. Leon masih ragu - ragu dengan Joe. Dengan bantuan isterinya Nisa, Joe berjaya mendapat idea untuk menggunakan buku bagi menyeludup wang haram tersebut. Nisa dan Joe berpakat untuk perangkap Leon dan dengan bantuan polis Leon berjaya diberkas. 




Manakala Razman bapa Nisa memaksa Nisa untuk pulang ke rumahnya. Namun Nisa menggunakan peluang ini untuk merakamkan pengakuan bapaya Razman membunuh yang Kak Nab dan juga Amy. Hal tersebut membuatkan Razman ditangkap polis, namun Joe tidak terlepas sepenuhnya. Manakala ending drama Scammer ini agak menarik juga sebab Amy yang berpakaian serba hitam tiba - tiba muncul dengan memanggil nama Joe. Manakala Joe pula terkejut seolah - olah macam nampak hantu. Yelah Amy kan dah mati ni macam mana tiba - tiba boleh muncul pula, kembar dia ke haha?. Ramai juga yang minta drama ini di sambung ke musim kedua, sebab endingnya kan tergantung. Apa pun drama ni memang best okey..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side

Read More

2 Jun 2021

Drama Scammer Lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha (Astro Ria)



Drama Scammer, Info dan Sinopsis Drama Scammer, Drama Astro Ria, Poster Drama Scammer, Pelakon - Pelakon Drama Scammer, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Fasha Sandha,

Drama Scammer sudah pun bersiaran di Astro Ria sejak 24 Mei 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama Scammer ini adalah Kamal Adli, Siti Saleha, Fasha Sandha, Arash Mohamad, Hasnul Rahmat, Jay Iswazir, Didie Alias, Brian Chan, Chew Kin Wah, Muaz Fitri, Wan Raja, Megat Sharizal, Tony Eusoff, Aireen Riana, Kak Girl, Uchee Fukada, Wan Raja, Mizie Ahmad, Amanda Misbun, Rahim Jailani, Nor Albaniah dan ramai lagi. Selain itu drama Scammer ini mempunyai 20 episod dan diarahkan oleh Norhanisham Muhammad (Labu) serta diterbitkan oleh Radius One Sdn Bhd. Wah nampak menarik kan drama ini, lain daripada yang lain, unik dan tak clisye gitu. Plus aku suka dengan barisan pelakon drama Scammer ini sebab semuanya best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Scammer ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Kamal Adli sebagai Joe
Siti Saleha sebagai Amy
Fasha Sandha sebagai Nisa
Arash Mohamad sebagai Razman
Hasnul Rahmat sebagai Darus
Jay Iswazir sebagai Fawaz
Muaz Fitri sebagai Kahar
Didie Alias sebagai Qina
Brian Chan sebagai Leon
Chew Kin Wah sebagai Wong
Tony Eusoff sebagai Malik
Wan Raja sebagai Inspektor  Aqil
Mizie Ahmad sebagai Inspektor Kamal




Sinopsis Penuh Drama Scammer Lakonan Kamal Adli, Siti Saleha dan Fasha Sandha (Astro Ria)

Johari atau Joe, ialah seorang Anti Money Laundering Analyst di sebuah bank antarabangsa di Kuala Lumpur. Kerjanya ialah memantau dan melapor kegiatan ‘money laundering’ di kalangan pemegang akaun bank tempatnya bekerja. Selepas dibuang kerja, Joe mula terdesak untuk mencari duit. Demi membina kehidupan yang selesa untuknya isterinya Nisa, Joe menerima tawaran Amy, bekas kekasihnya bekerja sebagai agen pengubahan wang haram (money laundering). Amy mahu gunakan kepakaran Joe dalam selok belok perbankan dan ‘money laundering’ untuk pindahkan duit kliennya yang cuba lari dari kadar cukai yang tinggi. Melalui kepakaran Joe, klien mereka dapat pindahkan duit keluar negara tanpa dikesan oleh Bank Negara. Kepakaran Joe dan kecekapan Amy mula dapat perhatian Wong, ketua kongsi gelap besar KL yang mempunyai rangkaian kegiatan jenayah seperti pelacuran, dadah, pinjaman wang dan judi. Wong arahkan Joe dan Amy ‘cuci’ duit perniagaan haramnya yang bernilai ratusan ribu setiap bulan.

Joe dan Amy terima ‘job’ itu. Mereka mula terima dan ‘cuci’ duit-duit haram itu. Tetapi kegiatan mereka mula dihidu polis yang bernama Darus dan Tahir. Darus ugut akan tangkap Joe jikalau dia enggan beri kerjasama. Khuatir dipenjarakan, Joe dedahkan maklumat dan lokasi duit-duit haram Wong disimpan. Tanpa disangka-sangka, Darus dan Tahir adalah penipu yang menyamar menjadi polis dan situasi tambah gawat apabila semua duit halal milik Wong telah hilang dicuri. Nyawa Joe dan isterinya dalam bahaya. Wong beri Joe masa 48 jam untuk cari semula wangnya yang telah hilang itu!

Drama Scammer, Drama Astro Ria, Poster Drama Scammer, Pelakon - Pelakon Drama Scammer, Drama Baru Kamal Adli, Drama Baru Siti Saleha, Drama Baru Fasha Sandha, Info dan Sinopsis Drama Scammer,
Lagu Tema / OST Drama Scammer

💘 Duit nyanyian Meerfly

💘 Emosi nyanyian Benzoloo Feat Khodi

Tonton Drama Scammer Full Episode

Selain di kaca TV, Korang boleh tonton drama Scammer ini secara On Demand menerusi aplikasi Astro Go dan Ultra Box.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kekasih Hati Mr Bodyguard Lakonan Redza Rosli dan Sharifah Rose (TV3)

⏩ Drama Cukup Derita Itu Lakonan Hisyam Hamid dan Ruhainies Full Episode Di Slot Samarinda TV3

Read More

9 Jan 2021

Telefilem Sihir Pemisah Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha (Astro Citra)



Telefilem Sihir Pemisah, Telemovie Telefilem Sihir Pemisah, Bahaya Sihir Pemisah, Info dan Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah, Pelakon - Pelakon Telefilem Sihir Pemisah, Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Poster Telefilem Sihir Pemisah, Telefilem Arahan Osman Ali,

Telefilem Sihir Pemisah akan disiarkan pada hari Sabtu, 9 Januari 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Sihir Pemisah ini adalah Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sihir Pemisah ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ini kan yang memfokuskan tentang sihir, penonton dapat melihat betapa bahaya sihir pemisah ni. Ditambah lagi dengan adanya pelakon - pelakon terbaik Malaysia seperti Beto Kusyairy dan Fasha Sandha dalam telefilem ini. Apa pun jom tengok Sinopsis Penuh Telefilem Sihir Pemisah ini di bawah okey.




Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah 
Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha Siaran Astro Citra

Kebahagiaan sepasang suami isteri, Mursyid dan Aryani dicemburui seseorang. Dengan rasa benci, dia nekad menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga Mursyid dan Aryani. Murshid dan Aryani hidup bahagia dan kekal romantis, Aryani juga rajin mengupload gambar - gambarnya bersama suami di media sosial. Dalam masa yang sama, rakan sekerja Aryani kecewa bila dapat tahu Aryani dah berkahwin dengan orang lain. Tak lama kemudian Murshid dan Aryani mula diganggu dan mereka berdua juga kerap bergaduh. Sehingga ke satu tahap Murshid cuba membunuh Aryani, tak lama kemudian Murshid dan Aryani sedar yang mereka kena ilmu hitam dan cuba mencari jalan untuk memulihkan segalanya. Namun hal tersebut tidak mudah kerana orang yang menggunakan ilmu hitam tersebut sangat dekat dengan mereka. Siapa yang membenci mereka? apa yang berlaku seterusnya?
Read More

2 Feb 2020

Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)




Drama Dua Takdir Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Bersiri Astro Prima 2020, Drama Melayu Astro, OST Drama Dua Takdir Cinta, Poster Drama Dua Takdir Cinta, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Fendy Bakry, Drama Baru Faizal Hussein, Drama Baru Zamarul Hisham, Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta, Senarai Pelakon Drama Dua Takdir Cinta, Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon,

Drama Dua Takdir Cinta adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan drama Suri Katriana yang telah tamat episodnya. Drama Dua Takdir Cinta ini sudah mula bersiaran pada 7 Januari yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dua Takdir Cinta ini adalah Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 65 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dua Takdir Cinta di bawah ini beserta sinopsisnya sekali.

Watak Pelakon
  • Fasha Sandha sebagai Mariana
  • Azar Azmi sebagai Sabrina
  • Fendy Bakry sebagai Ridzal
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Mustapha
  • Faizal Hussein sebagai Tuan Ismail
  • Syamim Farid sebagai Laila
  • Izzat Mushtaq sebagai Raikal
  • Husna Mustaffa sebagai Lisa
  • Aedy Ashraf sebagai Mikael
  • Safwan Nazri sebagai Iskandar
  • Ikhram Juhari sebagai Inspektor Syamsul
  • Ali Reza sebagai Haris
  • Syaffiq Sahli sebagai Hairul




Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta Lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi

Mengisahkan tentang Mariana dan Sabrina. Dua beradik anak yatim yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun , Mariana dan Sabrina hidup berasaingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu. Namun hidup mereka tidak lah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan.

Lagu Tema / OST Drama Dua Takdir Cinta
⏩ Separuh Hati nyanyian Asmidar
⏩ Takdir Cinta nyanyian Awi Rafael

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
Read More

18 Jul 2019

Drama Semua Salahku Lakonan Fasha Sandha dan Nafiz Muaz




Semua Salahku, Drama Semua Salahku, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Semua Salahku, Watak - Watak Pelakon Drama Semua Salahku, Cast, Pelakon Drama Semua Salahku, Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Poster Drama Semua Salahku, OST Drama Semua Salahku, Drama Terbaru Fasha Sandha,
Drama Semua Salahku Slot Lestary TV3

Drama Semua Salahku ini adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bermula 11 Julai yang lalu, bagi menggantikan drama Adam Chempaka yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Semua Salahku ini adalah Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman dan ramai lagi. Selain itu, drama Semua Salahku ini mempunyai 13 episod dan disiarkan setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin. Nampak menarik drama ini kan, penuh pengajaran gitu. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, tapi sebelum tu jom tengok dulu watak - watak pelakon drama Semua Salahku di bawah ini okey.




Fasha Sandha sebagai Sofea

Nafiz Muaz sebagai Harris
Intan Najuwa sebagai Mira
Neera Azizi sebagai Shila
Dayang Areeda sebagai Yanti
Fauziah Nawi sebagai Fatimah
Adiba Yunus sebagai Murni
Fadlan Hazim sebagai Iqbal
Syed Aiman sebagai Rosli
Nafiez Zaidi sebagai Imran
Zaidi omar sebagai Pak Ngah Hassan
Zee Zainal sebagai Amri
Idham Maulana sebagai Naim
Semua Salahku, Drama Semua Salahku, Slot Lestary, TV3, Drama Melayu TV3 2019, Drama Bersiri, Sinopsis Drama Semua Salahku, Watak - Watak Pelakon Drama Semua Salahku, Cast, Pelakon Drama Semua Salahku, Fasha Sandha, Nafiz Muaz, Intan Najuwa, Neera Azizi, Dayang Areeda, Fauziah Nawi, Adiba Yunus, Fadlan Hazim, Syed Aiman, Nafiez Zaidi, Zaidi omar, Zee Zainal, Idham Maulana, Afzan A Rahman, Aman Suwardi, Farisha Irwayu, Nor Azifah Abidin, Poster Drama Semua Salahku, OST Drama Semua Salahku, Drama Terbaru Fasha Sandha,
`
Mengisahkan Sofea, seorang anak yang derhaka pada ibunya dan mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada anaknya iaitu, Haris. Ketika Haris masih kecil, bapanya meninggal dunia tanpa meninggalkan sebarang harta menyebabkan ibunya, Sofea terbeban kerana terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan. Walaupun begitu, duit gaji Sofea dihabiskan hanya untuk bergaya dan mencari suami kaya lantas meminggirkan keperluan Haris dan ibunya Fatimah. Haris bergaul dengan rakan yang salah dan mula merompak di luar. Sofea pula sudah berjaya memikat Rosli, suami Yanti yang juga seorang pengurus kafe. Nasib Sofea ingin berkahwin dengan orang kaya malang apabila Yanti mengambil alih semula kafenya dari Rosli meninggalkan Rosli papa kedana. Suatu hari, Haris mula berang dan bertindak ganas setelah gagal mendapatkan duit dari Sofea sehingga sanggup menampar dan ingin membaling kerusi ke arah ibunya. Abang Sofea, Hassan yang datang ke rumah Sofea sedih dengan apa yang terjadi dan bertanya kenapa Sofea tidak langsung mengambil tahu perihal ibunya yang tinggal bersama Hassan. Hassan turut menasihatkannya supaya berbakti dengan ibu bapa. Haris akhirnya ditahan reman kerana kesalahan mencuri di kedai telefon bimbit. Sofea pula menyesal dengan silapnya yang mengabaikan ibunya, bergegas ke rumah Hassan untuk memohon ampun tetapi malangnya, ibunya meninggal dunia.

Lagu Tema / OST Drama Semua Salahku

➤ Perasaanku nyanyian Fieya Julia
➤ Cinta Terhebat nyanyian Beta
➤ Pujaan Hati nyanyian Adira

Jom Baca ini juga ➔ Review Drama Korea Encounter
Read More


My Random Post