28 Mac 2022

Drama Jangan Menangis Cinta Episod 1 Hingga 40 Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,

Drama Jangan Menangis Cinta adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ulya Dini. Drama ini mempunyai 40 episod dan mula bersiaran di Astro Ria sejak 21 Mac 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Antara pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini adalah Remy Ishak, Amyra Rosli, Rita Nadira, Halim Radzi, Siti Rohkhaida @ Kiah Propa, Hilal Azman Khaty Azian, Ku Faridah, Fadilah Mansor, Atilia Haron, Rahim Jailani, Wanns Ahmad, Amanda Amry, Idzham Ismail, Fiza Thomas, Rashdan Baba, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Jangan Menangis Cinta Karya Siti Rosmizah Semail. Selain itu drama ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan diterbitkan oleh SR One Sdn Bhd. Drama Jangan Menangis Cinta ini juga akan bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini kerana episodnya agak panjang iaitu 40 episod, sama macam drama Rindu Awak Separuh Nyawa gitu. Nampak menarik kan drama ini, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Jangan Menangis Cinta ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey, selamat membaca..

Remy Ishak sebagai Zafran
Amyra Rosli sebagai Riyana
Rita Nadira sebagai Dina
Halim Radzi sebagai Hariz
Sharifah Fathimah Hawra sebagai Cinta Aryana
Kiah Propa sebagai Mak Yang
Atilia Haron sebagai Amirah 
Khaty Azian sebagai Puan Sabrina
Wanns Ahmad sebagai Hafiz
Fiza Thomas sebagai Mawar
Ku Fridah sebagai Puan Seri Latifah
Amanda Amry sebaagai Nabilah
Idzham Ismail sebagai Zulkifli
Rahim Jailani sebagai Dato Seri Jaafar
Fadilah Mansor sebagai Datin Seri Raziah
Hilal Azman sebagai Pak Nordin




Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta Lakonan Remy Ishak dan Amyra Rosli Di Slot MegaDrama Astro Ria

Mengisahkan perkahwinan aturan keluarga antara Riyana (Amyra Rosli) dan Zafran (Remy Ishak) yang mana mencetuskan rasa cinta apabila Riyana hamil. Bagaimanapun perkahwinan mereka diduga apabila anak mereka, Cinta Aryana, dilahirkan tanpa sebelah kaki. Riyana seorang gadis dari keluarga sederhana. Seorang pelajar yang bijak dan sedang menuntut di universiti tempatan. Pertemuan tanpa diduga dengan Zafran Zahim telah menghuru-harakan hidupnya. Pertemuan tanpa sengaja dengan abangnya, Hariz makin mendekatkan Riyana dengan musuh utamanya. Takdir Tuhan tiada siapa mampu menghalang. Riyana bertemu jodoh dengan Zafran. Tetapi dia tidak bahagia. Riyana bukan saja makan hati dengan sikap suaminya tetapi juga dengan emak mentua yang begitu membencinya. Dalam Riyana mengharungi dugaan hidupnya. Allah menyemaikan kasih di dalam hati suaminya. Zafran akhirnya jatuh cinta dengan isterinya. Namun, bahagia seketika cuma. Dugaan datang melanda. Cinta Aryana pengikat kasih mereka, lahir tidak sempurna. Riyana redha tetapi Zafran tidak boleh menerima. Cinta dihina! Dicemuh! Dibenci! Oleh bapa kandungnya sendiri. Sehinggakan nak memegangnya pun terasa jijik! Luluh hati Riyana melihat nasib anaknya. Demi Cinta, Riyana sanggup berkorban apa saja.
Drama Jangan Menangis Cinta, Sinopsis Drama Jangan Menangis Cinta, OST Drama Jangan Menangis Cinta, Poster Drama Jangan Menangis Cinta, Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode, Jangan Menangis Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Menangis Cinta, Remy Ishak, Amyra Rosli, Drama Bulan Ramadan Astro Ria,
Runut Bunyi / Lagu Tema/ OST Drama Jangan Menangis Cinta 

  • Jangan Menangis Cinta - Idayu
  • Selamat Tinggal Cinta - Syarfa
  • Cinta Khayalan - Wany Hasrita
  • Bukan Milikku - Muna Shahirah
  • Kecewa - Tuah Adzmi
  • Izinkan Aku - Tajul Ariff
  • Mimpi - Haqiem Rusli
  • Malam Semakin Dingin - Tajul Ariff & Afieq Shazwan
  • Hello - Farisha Iris
  • Lumpuh - Izzal Anuar
  • Duri - Ahmad Syafiq
  • Hati Nan Rapuh - Fanzi Ruji
  • Cemburu - Nabila Razali

Tonton Online Drama Jangan Menangis Cinta Full Episode

Drama Jangan Menangis Cinta boleh ditonton di Youtube Astro Gempak tapi hanya 4 episod terawal saja, selebihnya boleh ditonton di Astro Go.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post