12 Feb 2020

Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah




Novel Jujurlah Nikahi Aku, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Bersiri Astro 2020, Drama Melayu Astro, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16, Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku, Pelakon Utama Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira, Cover Depan Novel Jujurlah Nikahi Aku,

Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 30 episod yang kini tengah disiarkan di slot Drama Vaganza Astro Ria, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Pelakon utama drama Jujurlah Nikahi Aku terdiri daripada Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira dan ramai lagi. Pelakon Uyaina Arshad akan membawa watak sebagai Nurin Asyfa manakala Sean Lee pula akan melakonkan watak sebagai Alan Wong, Amar Asyraf pula sebagai Ahmad Zanif, Raja Azura sebagai Puan Azah (Ibu Nurin Asyfa), Rita Nadira sebagai Zurin. Jadi sambil menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Jujurlah Nikahi Aku ini secara online juga, caranya hanya klik link di bawah itu okey. Tapi kalau nak baca penuh kenalah dapatkan novel ini di pasaran ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini di bawah ye, selamat membaca okey..




Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku

NURIN ASYFA ditakdirkan sebagai gadis ‘istimewa’. Ramai yang menyisihkan kewujudannya termasuklah keluarganya sendiri. Ada ke lelaki yang akan jatuh cinta dan sudi memperisterikannya? Lelaki yang akan berkongsi hati dan hidup bersama? “Abang Alan suka Nurin dari darjah satu lagi...”
Itu kata ALAN WONG. Nurin tahu Alan yang berhati mulia akan menjaga diri dia sebaik-baiknya. Tetapi hanya sebagai seorang adik. Jika kerana cinta, tentu Alan akan usaha mencari Tuhan. Tidak sekufu pegangan, bermakna mereka tidak akan bersatu.
AHMAD ZANIF... Bos strawberi, lelaki bajet sempurna serba-serbi. Memanglah Nurin jatuh cinta sangat kepadanya. Namun bagaimana pula penerimaan Zanif yang menitikberatkan kesempurnaan selama ini?
“Errr... Encik tahu rumah saya?” - Nurin
“Ha... Itu tandanya apa?”- Zanif
Ikhlaskah si strawberi ini menerima Nurin Asyfa seadanya? Sepadankah mereka? Berbalaskah cinta kasihnya? Walaupun dicuba untuk menjadi kuat dan tabah... ada masanya Nurin lelah untuk terus mengharap ketulusan hati si lelaki.
Novel Jujurlah Nikahi Aku, Novel Jujurlah Nikahi Aku Karya Umie Nadzimah, Drama Jujurlah Nikahi Aku, Slot DramaVaganza, Astro Ria, Drama Bersiri Astro 2020, Drama Melayu Astro, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16, Sinopsis Novel Jujurlah Nikahi Aku, Pelakon Utama Drama Jujurlah Nikahi Aku, Uyaina Arshad, Sean Lee, Amar Asyraf, Raja Azura, Rita Nadira, Drama Baru Sean Lee, Drama Baru Uyaina Arshad,
Tiba-tiba muncul SI QAYYUM, pemuda yang tidak dikenali dan pemuda yang ingin menikahinya dengan rela hati. Demi Tuhan... Qayyum ikhlas dengan niat untuk menjaga dan melindungi si malang Nurin hingga hembusan nafas terakhir.
“Kena baca tiga puluh juzuk al-Quran sebagai mas kahwin...” Syarat Nurin. “Apa-apa saja saya sanggup.” - Qayyum.
Milik siapakah ‘Cinta Terakhir’ Nurin Asyfa? Si Alan yang terlalu menyayanginya atau Zanif yang akhirnya mengaku cintakan dia? Ataupun Qayyum yang tidak pernah tahu isi hatinya namun sanggup berkorban apa saja?

➔ Baca Online Novel Jujurlah Nikahi Aku Bab 1 Hingga Bab 16  ⬅

Jom Baca Ini juga ➤➤ Baca Online Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah
Read More

11 Feb 2020

Baca Online Novel Kau Perempuan Itu Karya Sri Sarah




Novel Kau Perempuan Itu, Novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah, Drama Kau Perempuan Itu, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Kau Perempuan Itu, Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu, Cover Novel Kau Perempuan Itu, Pelakon Utama Drama Kau Perempuan Itu, Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Mustaqim Bahadon, Neera Azizi, Slot Widuri, TV1, RTM TV1, Drama Bersiri TV1 2020,

Novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah sudah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang disiarkan di slot Widuri TV1, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam. Pelakon utama drama Kau Perempuan Itu adalah Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Mustaqim Bahadon dan Neera Azizi. Liyana Jasmay akan melakonkan watak sebagai Sarah. Manakala Ariff Aziz akan melakonkan watak sebagai Ari Aqashah, Mustaqim Bahadon sebagai Arif Shah, Neera Azizi sebagai Jihan. Sambil - sambil tengok versi drama di TV tu, korang juga boleh baca Novel Kau Perempuan Itu secara online juga, tapi tak semua bab ada, hanya beberapa bab gitu. Caranya korang hanya perlu klik link di bawah itu ye untuk baca terus di blog penulis novel ini. Nak baca penuh novel ni, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Novel Kau Perempuan Itu diterbitkan pada tahun 2014 oleh Kaki Novel. Apa pun jom tengok sinopsis novel ini dibawah ye..




Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah

Mengenali Arif Shah membuatkan hati Sarah kembali berdebar kencang selepas putus cinta dengan Ikram. Tatkala hati mula terpaut dengan kehadiran lelaki itu, hati Sarah kembali sakit apabila mendapat berita bahawa Arif Shah akan bertunang dengan Marliana. Atas nasihat Tuan Ramlee dan Encik Sulaiman, Sarah berkahwin dengan Ari Aqashah, seorang lelaki yang sombong, bongkak dan ego. Tanpa diduga, selepas perkahwinan Sarah dengan Ari Aqashah, keluarga Sarah meninggalkannya dalam keadaan sangat menyedihkan. Dibenci suami dan ahli keluarga sendiri menjadikan Sarah keseorangan. Tidak pasti dengan perasaan sendiri dan pesanan-pesanan Arwah Encik Sulaiman menjadikan Sarah keliru apa yang harus dia lakukan. 
Novel Kau Perempuan Itu, Novel Kau Perempuan Itu karya Sri Sarah, Drama Kau Perempuan Itu, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Kau Perempuan Itu, Sinopsis Novel Kau Perempuan Itu, Cover Novel Kau Perempuan Itu, Pelakon Utama Drama Kau Perempuan Itu, Liyana Jasmay, Ariff Aziz, Mustaqim Bahadon, Neera Azizi, Slot Widuri, TV1, RTM TV1, Drama Bersiri TV1 2020,
Kehadiran Haikal mengelirukan Sarah. Siapa sebenarnya Haikal? Apakah sebenarnya hubungan Haikal dengan Sarah? Kesabaran hati seorang isteri sekali lagi diduga dengan kehadiran Tasha yang mahu menuntut cinta Ari Aqashah. Adakah masih ada ruang kemaafan dalam hati Ari Aqashah untuk bekas teman wanitanya? Adakah sikap keras Ari Aqashah akan dibalas dengan sikap keras kepala Sarah atau sebaliknya? Bagaimanakah Sarah menangani masalah rumah tangga yang tidak habis - habis menguji kesabarannya? “Aku sedar aku bukan pilihan hatimu tetapi, aku yakin dengan jalan cerita yang Allah aturkan untuk aku.”


Read More

8 Feb 2020

Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali




Telefilem Ghairah, Telemovie Ghairah, Astro Citra, Sinopsis Telefilem Ghairah, Poster Telefilem Ghairah, Senarai Pelakon Telefilem Ghairah, Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar, Telefilem Astro 2020,

Telefilem Ghairah akan disiarkan di Astro Citra pada 8 Februari 2020, jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Ghairah ini adalah Hisyam Hamid, Sara Ali, Jay Iswazir, Asmidar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Ghairah ini diarahkan oleh Megat Sharizal dan diterbitkan oleh Dear Creative Sdn Bhd. Telefilem ini adalah adaptasi daripada Novel Ghairah karya Zura Anwar, nampak menarik telefilem ini kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye. Sinopsis penuh akan diupdate nanti..




Sinopsis Telefilem Ghairah Lakonan Hisyam Hamid dan Sara Ali (Astro Citra)

Mengisahkan Dani (Hisyam Hamid) yang hilang ingatan selepas mengalami satu kemalangan misteri. Ara (Sara Ali) isteri pada Dani merupakan seorang wartawan mula menjaga Dani dan cuba mengembalikan ingatan Dani. Rakan sekerja Ara iaitu Hafiz (Jay Iswazir) berasa sangsi dengan kejadian yang menimpa Dani. Dia merasakan ada seseorang yang memburu Dani tapi Dani bernasib baik kerana terselamat. Hafiz cuba menyiasat kes Dani namun Ara tidak mahu Hafiz untuk terus menyiasat kes tersebut dan campurtangan dalam hidup Dani. Ara kemudian membawa Dani pulang ke rumah mereka yang terletak dikawasan terpencil dan awalnya semuanya kelihatan baik, namun lama - kelaman Dani mula berasa sangsi dengan perlakuan isterinya Ara. Dipisahkan dari dunia luar membuatkan Dani semakin panik. Siapakah ara sebenarnya? Apa yang berlaku seterusnya?

Jom Baca Ini juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid
➔ Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)
Read More

Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid




Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Karya Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Bab 1 Hingga Bab 32, Drama Melayu RTM 2020, Drama Bersiri Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Baru Afifah Nasir, Drama Baru Nafiez Zaidi, Drama Baru Ungku Hariz, Cover Depan Novel Hot Chocolate & Tea Lady,

Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 13 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Selekta Prima TV2 (RTM), bermula 29 Januari yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Pelakon Nafiez Zaidi, Afifah Nasir dan Ungku Hariz menjadi teraju utama drama Hot Chocolate & Tea Lady ini. Nafiez Zaidi akan membawa watak sebagai Adam Aiman manakala Afifah Nasir akan melakonkan watak sebagai Shaza Amira. Berbalik pada novel ini, ianya diterbitkan pada bulan Februari 2016 oleh Buku Prima. Jadi sambil - sambil layan versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Hot Chocolate & Tea Lady ini secara online. Caranya korang hanya perlu klik link dibawah tu ye, tapi tak semua bab ada, hanya beberapa bab gitu, kalau nak baca novel penuh, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Selamat membaca okey, jadi sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye.




Sinopsis Novel Hot Chocolate & Tea Lady Karya Ramlah Rashid

PERTEMUAN pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’ baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki. Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu. Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan.
Novel Hot Chocolate & Tea Lady, Karya Ramlah Rashid, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady Bab 1 Hingga Bab 32, Drama Melayu RTM 2020, Drama Bersiri Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Drama Baru Afifah Nasir, Drama Baru Nafiez Zaidi, Drama Baru Ungk u Hariz, Poster Drama Hot Chocolate & Tea Lady, Slot Selekta Prima, RTM TV2,

Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya? Nak berlagak? Aku anak tuan punya syarikat ni pun tak berlagak macam tu. Dia, setakat pekerja aje nak tunjuk hebat? Tegaslah konon! – Shaza Amira

“Abang yang over, kerek tak bertempat. Ada ke anak Tuan Rusman yang cantik, muda dan bijak macam ni abang kata tea lady, kan? Memang patut pun Sha marah.” – Adam Aiman

Laa... aku tercongok temankan dia dekat tiga jam, alih-alih ajak pergi surau aje? Kenapa Tuan Rusman ni? Apa masalah dia?



Read More

6 Feb 2020

Drama Aku Dia dan Pinky Promise (TV Okey)




Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,

Drama Aku Dia & Pinky Promise ini sudah mula disiarkan di TV Okey (Astro 109, UnifiTv 110 dan Myfreeview 110) pada setiap hari, jam 10 malam bermula 25 Januari yang lalu. Antara pelakon drama Aku Dia dan Pinky Promise ini adalah Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud dan ramai lagi. Drama 20 episod ini adalah adaptasi daripada Novel Aku Dia dan Pinky Promise karya novelis Anna Lee. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd. Aku memang tengok drama ni sebab jalan ceritanya best, pelakon pun best. Bila tengok drama ni penonton dapat mengimbau kenangan zaman persekolahan dulu gitu. Drama ni masa episod - episod awal memang kelakar sampai aku pun boleh tergelak dan tersengih hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah okey..




Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise Lakonan Sweet Qismina, Syafie Naswip dan Adam Lee

Siti Saleha (Sweet Qismina) berumur 33 tahun. Tidak miliki kerjaya yang membanggakan dan mempunyai tunang yang mengecewakan. Dia mengharapkan satu keajaiban berlaku, membawa dia kembali ke alam persekolahan dan membaiki segala kesilapan lalu. Andai diberi peluang pulang ke masa lampau ada 10 senarai yang dia ingin ubah. Tapi, dalam 10, hanya dua impian yang penting untuk dia perbaiki. Pertama, ubah aliran sains ke sastera. Supaya di masa depan dia dapat memberi tumpuan pada kerjaya yang diminatinya. Kedua, cari Daniel (Adam Lee)! Hasut Daniel, tunang masa depannya, supaya jangan jadi model, tetapi jadi doktor atau ahli perniagaan agar masa depan mereka terjamin. Tanpa disangka-sangka, satu kejadian telah membawa Saleha merentas masa, kembali ke tahun 1998. Saleha berjaya ubah aliran dengan memasuki kelas sastera dan Asnan (Iman Zulkarnain), teman lelaki Sal ketika itu terkejut kerana layanan dingin Saleha terhadapnya. Asnan menentang keras tindakan Sal bertukar aliran. Namun, kemunculan Azri (Syafie Naswip) yang terkenal sebagai ketua samseng sekolah membuatkan rancangan Saleha huru-hara. 
Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,
Azri yang sekelas dengan Sal sering mengganggu Sal sehinggalah berlakulah satu kejadian yang membuat Azri terpaksa berjanji dengan Sal dan mereka mula berkawan baik. Tak lama kemudian Cikgu Ariffin (Ikhram Juhari) menuduh Sal bertukar kelas atas alasan bercinta dengan Azri. Asnan yang cemburu hubungan baik Sal dengan Azri bersemuka dengan Sal namun Azri segera mempertahankan Sal seperti yang dipersetujui dalam ‘pinky promise’. Asnan dan Sal akhirnya putus dan Azri gembira bila Saleha / Sal kini sudah solo. Pertemuan Sal dengan Daniel tunangnya pada masa hadapan membuatkan Azri cemburu dan kecewa. Sal hairan apabila Azri bersikap dingin dengannya. Azri memaklumkan yang dirinya rasa dipergunakan Sal untuk bertemu Daniel. Saleha tertanya - tanya sendiri mengenai Azri yang tak pernah wujud di masa lampaunya dan tak wujud di masa depannya, jadi kenapa sekarang tiba-tiba Azri muncul? Siapakah Azri sebenarnya? Apakah kaitan Azri dengan kehidupannya? Dapatkah dia mengubah sejarah lalu? Adakah hajatnya itu terbaik untuk dirinya?
Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Novel Aku Dia dan Pinky Promise Karya Anna Lee, Drama Adaptasi Novel, TV OKEY, Drama Melayu RTM, Drama Bersiri TV Okey, Sinopsis Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Poster Drama Aku Dia dan Pinky Promise, OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Info - Info Mengenai Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Watak Pelakon, Senarai Pelakon Drama Aku Dia dan Pinky Promise, Syafie Naswip, Sweet Qismina, Adam Lee, Faha Azhar, Hakim Nordin, Nelissa Edreena, Ferqisha, Sarah Dawud, Rabaayati, Iman Zulkarnain, Ikhram Juhari, Farah Zanordin, Farez Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud,
Lagu Tema / OST Drama Aku Dia dan Pinky Promise
⏩ Sekali Lagi nyanyian Naim Daniel
⏩ Bidadari nyanyian Ismail Izzani

Jom Baca ini juga ➔ Top 21 Drama Korea Terbaik 2019
Read More

2 Feb 2020

Drama Dua Takdir Cinta (Slot Tiara Astro Prima)




Drama Dua Takdir Cinta, Slot Tiara, Astro Prima, Drama Bersiri Astro Prima 2020, Drama Melayu Astro, OST Drama Dua Takdir Cinta, Poster Drama Dua Takdir Cinta, Drama Baru Fasha Sandha, Drama Baru Azar Azmi, Drama Baru Fendy Bakry, Drama Baru Faizal Hussein, Drama Baru Zamarul Hisham, Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta, Senarai Pelakon Drama Dua Takdir Cinta, Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq, Watak Pelakon,

Drama Dua Takdir Cinta adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang disiarkan bagi menggantikan drama Suri Katriana yang telah tamat episodnya. Drama Dua Takdir Cinta ini sudah mula bersiaran pada 7 Januari yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dua Takdir Cinta ini adalah Fasha Sandha, Azar Azmi, Faizal Hussein, Zamarul Hisham, Fendy Bakry, Ikhram Juhari, Ali Reza, Aedy Ashraf, Safwan Nazri, Syaffiq Sahli, Shah Reza, Shekeen Waida, Zera Hariz, Syamim Farid, Izzat Mushtaq dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 65 episod dan diarahkan oleh Riza Baharudin serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dua Takdir Cinta di bawah ini beserta sinopsisnya sekali.

Watak Pelakon
  • Fasha Sandha sebagai Mariana
  • Azar Azmi sebagai Sabrina
  • Fendy Bakry sebagai Ridzal
  • Zamarul Hisham sebagai Tuan Mustapha
  • Faizal Hussein sebagai Tuan Ismail
  • Syamim Farid sebagai Laila
  • Izzat Mushtaq sebagai Raikal
  • Husna Mustaffa sebagai Lisa
  • Aedy Ashraf sebagai Mikael
  • Safwan Nazri sebagai Iskandar
  • Ikhram Juhari sebagai Inspektor Syamsul
  • Ali Reza sebagai Haris
  • Syaffiq Sahli sebagai Hairul




Sinopsis Drama Dua Takdir Cinta Lakonan Fasha Sandha dan Azar Azmi

Mengisahkan tentang Mariana dan Sabrina. Dua beradik anak yatim yang dijaga oleh makcik mereka sehingga berusia belasan tahun sehingga mereka terpisah. Selama 20 tahun , Mariana dan Sabrina hidup berasaingan sehinggalah mereka bertemu semula apabila Mariana pergi mencari adiknya itu. Namun hidup mereka tidak lah seindah yang disangka. Pelbagai rintangan dan dugaan yang perlu mereka hadapi demi untuk mencapai satu kebahagiaan.

Lagu Tema / OST Drama Dua Takdir Cinta
⏩ Separuh Hati nyanyian Asmidar
⏩ Takdir Cinta nyanyian Awi Rafael

Jom Baca Ini Juga ➔ Biodata Terkini Azar Azmi
Read More

Bloglist Segment 2020




Bloglist Segment 2020, Blogger, Blogger Segmen,

HOLA, hari ini aku nak join segmen bloglist yang dianjurkan oleh MISAKIPUREBLOOD. Tarikh tamat segmen ini adalah pada 5 February 2020. So apa tunggu lagi, meh join ramai - ramai.. Salam Perkenalan..


Read More


My Random Post