27 Ogo 2019

Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali (TV3)




Hilang Yang Kembali, Drama Hilang Yang Kembali, Slot Samarinda, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali, Watak - Watak Pelakon Drama Hilang Yang Kembali, Pelakon Drama Hilang Yang Kembali, Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, OST, Poster Drama Hilang Yang Kembali, Drama Baru Aqasha,
Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali Slot Samarinda TV3

Drama Hilang Yang Kembali adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 bagi menggantikan drama Kerana Dia Manusia Biasa lakonan Shukri Yahaya dan Emma Maembong yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hilang Yang Kembali ini adalah Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin dan ramai lagi. Drama Hilang Yang Kembali ini mempunyai 12 episod saja dan mula bersiaran di slot Samarinda TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh Amor Rizan dan diterbitkan oleh Padi Pictures Sdn Bhd. Lagu tema / OST Drama Hilang Yang Kembali ini dinyanyikan oleh Amzeeq bertajuk hilang yang kembali. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye, sebelum tu jom tengok juga watak - watak pelakon drama Hilang Yang Kembali di bawah ini okey.

Aqasha sebagai Razif
Emelda Rosemila sebagai Fara
Azhan Rani sebagai Tuan Ismail
Nafiz Muaz sebagai Danial / Randi
Zamarul Hisham sebagai Ikmal
Arill Fesol sebagai Danish
Kazar Abd Razak sebagai Che Jan
Elisya Sandha sebagai Alisa
Damia Qaissara sebagai Bunga
Adam sebagai Danial
Syed Irfan sebagai  Danish
Nur Auni Zahra sebagai Alisa
Ameer Imran sebagai Randi




Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali Lakonan Aqasha, Emelda Rosemila dan Nafi Muaz.

Mengisahkan konflik keluarga kerana kehilangan anak. Sepuluh tahun yang lalu, Fara dan suaminya Razif bercuti di sebuah pulau bersama anak mereka Daniel yang ketika itu berusia 9 tahun dan Danish, 8 tahun. Malang tidak berbau, Danial hilang tanpa dapat dikesan.
Puas mereka mencari Daniel tapi Danial tidak juga ditemui. Razif membuat keputusan dan meminta Fara membawa Danish supaya pulang ke Kuala Lumpur dahulu. Pada mulanya, Fara berkeras tetapi akhirnya dia pulang setelah Razif berjanji akan mencari Danial dan tidak akan pulang ke Kuala Lumpur tanpa anak mereka. Sebulan kemudian, Fara yang menanti penuh harapan kecewa apabila akhirnya Razif pulang juga tetapi tanpa Danial. Kehilangan Danial memberi tamparan dalam perhubungan Fara dan Razif. Fara seolah berdendan dengan Razif kerana tidak mengotakan janjinya. 
Hilang Yang Kembali, Drama Hilang Yang Kembali, Slot Samarinda, TV3, Drama Bersiri, Drama Melayu TV3 2019, Sinopsis Drama Hilang Yang Kembali, Watak - Watak Pelakon Drama Hilang Yang Kembali, Pelakon Drama Hilang Yang Kembali, Aqasha, Emelda Rosemila, Azhan Rani, Taufiq Hanafi, Zamarul Hisham, Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Arill Fesol, Zarina Zainoordin, OST, Poster Drama Hilang Yang Kembali, Drama Baru Aqasha,
Apatah lagi campur tangan saudara mara dan Puan Salmah, ibu Razif, membuatkan Fara bertambah tertekan. Jauh di sudut hati, Fara tidak pernah putus harapan dan yakin Danial akan dapat ditemui juga nanti.

Suatu hari, Fara dan Razif dikunjungi oleh seorang pemuda yang memberitahu dia adalah Danial, anak mereka yang hilang dahulu. Fara ragu-ragu pada mulanya, tetapi apabila Danial menunjukkan kesan parut di tangannya, Fara yakin pemuda itu adalah anaknya. Danial menceritakan bagaimana dia hilang serta menunjukkan gelang yang sama seperti yang pernah Danial pakai sebelum dia hilang. Fara bertambah yakin bahawa Danial itu anaknya setelah melihat parut di tangan Danial. Namun Razif pula curiga dan hatinya kuat mengatakan bahawa pemuda itu bukan anak kandungnya. Siapakah sebenarnya pemuda itu? Adakah benar dia adalah Danial atau sebaliknya?

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

13 ulasan:

  1. Unik jalan ceritanya👍👍

    BalasPadam
  2. Ape da spoil jln cerita, nafiz muaz = danial / randi

    BalasPadam
  3. Memberi tekanan pada penonton...

    BalasPadam
  4. Knp randi tu menyamar jdi daniel? Tp mmg dri awal dh agak. Sbb perangai dia mmg mcm randi yg kecik tu

    BalasPadam
  5. Xsabar nk tgk episode akhir. Rasanya danial dah meninggal la... Randi yg berlakon jadi danial

    BalasPadam
  6. Bila episod akhir citer ni?....5 sept ke?...mcm x sabar ngn ending dia

    BalasPadam
  7. Siapa nama pelakon watak Sally tu

    BalasPadam
  8. Pening kata anak ikmal..last2 si razif..mgkin bukan anak aku..dan bole jdi bukan anak ikmal jugak..makin seramm..haha..dh pkat laqi terabor dlm hutan haaa

    BalasPadam
  9. Anak Farah tapi bukan anak Razif...

    BalasPadam



My Random Post