10 Ogo 2019

Baca Online Novel Sweet Dreams Karya Acik Lana




Sweet Dreams, Novel Sweet Dreams Karya Acik Lana, Drama Sweet Dreams, Drama Adaptasi Novel, Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah dan Ben Amir, Pelakon Drama Sweet Dreams, Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang, Sinopsis Novel Sweet Dreams, Novel Online, Baca Online Novel Sweet Dreams Bab 1 Hingga Bab 5, Cover Depan Novel Sweet Dreams, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Mira Filzah, Drama Melayu Astro 2019,

Novel Sweet Dreams karya novelis terkenal Acik Lana telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri Sweet Dreams yang kini tengah hangat bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria. Mira Filzah dan Ben Amir akan menjadi teraju utama drama Sweet Dreams ini, Mira Filzah akan melakonkan watak sebagai Puteri manakala Ben Amir pula akan membawa watak sebagai Qash Adam. Pelakon lain dalam drama Sweet Dreams ini terdiri daripada Sean Lee yang akan membawa watak sebagai Karl, Nina Jureen sebagai Laila, Yuna Rahim sebagai Cempaka, Yusuf Bahrin sebagai Amar, Didi Astillah sebagai Melissa dan ramai lagi. Drama Sweet Dreams ini akan menggantikan drama Setelah Terlafaznya Akad yang juga adalah adaptasi novel yang telah tamat episodnya. Nampak menarik versi drama dan versi novelnya kan hehe. Jadi sambil -sambil tengok versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel Sweet Dreams ini secara online juga, caranya korang hanya perlu klik link - link di bawah ini ye, tapi tak semua bab ada ye, kalau nak baca semua bab, sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran ye. Jangan tanya juga mana bab seterusnya, sebab aku pun tak tahu, aku hanya share link yang aku jumpa di internet ini je ye. Apa pun sebelum tu jom tengok sinopsis novel Sweet Dreams ini di bawah ye, selamat membaca.




Sinopsis Novel Sweet Dreams Karya Acik Lana

Putri - Gelaran seperti Ratu Kelam Kabut, Minah Clumsy sudah cukup sinonim dengan dirinya sejak kecil lagi. Habis semua tiang dan dinding dia langgar, malah sudah banyak kali dia jatuh tertonggeng ke dalam longkang. Bernasib malang atau dia memang punya masalah koordinasi fizikal tak balance? Namun beberapa siri kejadian malang tiba-tiba berubah dengan kemunculan seorang jejaka misteri yang sering menyelamatkannya. Tak sempat mencium tanah, tubuh dia sudah disambut. Tak sempat tergolek, tangannya sudah dipaut. Pelik, lelaki itu mutant atau superhero? Datangnya sering tanpa isyarat.

“Just tell me, kenapa you selalu muncul bila I susah? Macam mana you tahu semua benda tu akan berlaku?” ~ Putri.

Qash Adam - Kesengsaraan hidup di zaman silam membuatkan dia kemurungan dan hidup dalam pengasingan. ‘Anugerah’ yang dikurniakan membuat seluruh tubuh rasa terbeban. 
Sweet Dreams, Novel Sweet Dreams Karya Acik Lana, Drama Sweet Dreams, Drama Adaptasi Novel, Drama Sweet Dreams Lakonan Mira Filzah dan Ben Amir, Pelakon Drama Sweet Dreams, Mira Filzah, Ben Amir, Sean Lee, Nina Juren, Yuna Rahim, Roy Azman, Yusuf Bahrin, Nazs Sally, PU Azman, Didi Astillah, Michael Ang, Sinopsis Novel Sweet Dreams, Novel Online, Baca Online Novel Sweet Dreams Bab 1 Hingga Bab 5, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Baru Mira Filzah, Drama Melayu Astro 2019, Poster Drama Sweet Dreams,
Dihina, difitnah, dicaci kerana punya ‘kuasa magis’ membuatkan dia menolak sebarang bentuk hubungan dengan manusia. Dia tertekan, ini kelebihan atau satu sumpahan? Mimpi yang datang bukan biasa-biasa. Datangnya dengan segunung tanggungjawab yang terlalu besar.

Namun kemunculan seraut wajah dalam mimpinya meletakkan Qash dalam keadaan keliru. Siapa gadis itu? Apa hubungkait antara mereka berdua? Dan dari satu pertolongan ke satu pertolongan mula menjelaskan maksud yang tersirat disebalik mimpi. Pentingkah kehadiran perempuan bernama Putri dalam hidupnya nanti?

“This might sound weird, Putri. But I’m different. Diri I tak macam orang lain.” ~ Qash Adam

Banyak peristiwa lucu, pertelingkahan dan salah faham berlaku apabila si malang bertemu dengan si adiwira. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun sebanyak mana pun perbezaan antara Putri dan Qash, ada perasaan halus mengikat hati mereka berdua. Berkahwin kemudian bercinta. Tapi di pengakhirannya… bagaimana?

Tweet Mira Filzah, Twitter, Drama Sweet Dreams, Twitter Mira Filzah,

Kalau tengok dari tweet Mira Filzah ni, versi drama dan novel agak lain dan berbeza, kalau nak tahu apa yang lain tu, kenalah baca novel dan tengok dramanya juga.

Baca Online Novel Sweet Dreams


Jom baca ini juga ➔ Biodata Terkini Mira Filzah

(Blog Dari Hati Miss Mulan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post