5 Ogo 2020

Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (TV3)




Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3,

Drama Pink Smile adalah drama terbaru di Slot Lestary TV3 yang mula disiarkan sejak 31 Julai 2020 yang lalu setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam. Drama ini juga merupakan adaptasi / diinspirasikan daripada Novel Pink Smile karya Luna Adresia. Antara pelakon drama Pink Smile ini adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Izzat Mushtaq, Intan Najuwa, Afifah Nasir, Hafizuddin Fazil, Syafi Tee, Natasya Mahyan, Esma Daniel, Noniswara, Iswan Ismail, Farhan Asri dan ramai lagi. Selain itu drama 20 episod ini diarahkan oleh Ayie Mustafa dan diterbitkan oleh Creative Skill Solution Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Pink Smile ini dibawah ye beserta sinopsisnya sekali. 

Fattah Amin sebagai Areeq (Kazreeq)
Sweet Qismina sebagai Luna
Izzat Mushtaq sebagai Faiz (Ari)
Intan Najuwa sebagai Rysa
Syafi Tee sebagai Iman (Akif)
Afifah Nasir sebagai Melati
Natasya Mahyan sebagai Myra
Esma Daniel sebagai Tuan Irsyad
Noniswara sebagai Puan Aminah
Iswan Ismail sebagai Syairy
Farhan Asri sebagai Epol




Sinopsis Drama Pink Smile Lakonan Fattah Amin dan Sweet Qismina (Lestary TV3)

Kisah percintaan Luna (Sweet Qismina), seorang gadis ceria yang mempunyai senyuman yang menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq (Fattah Amin), seorang kartunis yang juga pengusaha kafe Duncan Cafe. Luna merupakan seorang yang bersifat pemalu tetapi mempunyai angan-angan yang tinggi. Angan-angannya seakan semakin hampir menjadi kenyataan semenjak bertemu dengan Areeq. Hampir setiap hari Luna bercerita dengan kakaknya, Myra tentang ketampanan jejaka impiannya, Areeq. Dalam masa yang sama Areeq sudah tertarik dengan Luna kerana senyuman berharga Luna itu. Tetapi, Areeq berasa was-was tentang kesihatan Luna kerana Luna sering pengsan apabila bertemu dengannya.

Oleh itu, Areeq mula selidik kesihatan Luna dan pada masa yang sama, mengenali Luna dengan lebih rapat. Areeq juga telah mencipta sebuah menu yang dinamakan ‘Pink Smile’, inspirasi pendakap gigi merah jambu Luna. Namun, kemunculan seorang pekerja baharu di kafe Areeq, Melati menjadikan kafe Areeq sedikit kalut. Melati juga mempunyai daya angan-angan yang tinggi, cuma beza Melati dan Luna adalah, Melati sanggup melakukan apa sahaja untuk jadikan impiannya sebuah kenyataan. Dapatkah Luna memenangi hati Areeq sepenuhnya? Apakah benar Luna menghidapi penyakit yang serius?

Drama Pink Smile, Drama Adaptasi Novel, Novel Pink Smile Karya Luna Adresia,  Poster Drama Pink Smile, Pelakon - Pelakon Drama Pink Smile, Slot Lestary, TV3, Drama Baru Fattah Amin,
Lagu Tema / OST Drama Pink Smile

💋 Hello Hello nyanyian Marsha Milan
💋 Sekali Ini nyanyian Nyssa
💋 Lagu Cinta Kita nyanyian Naqi dan Ayuni
💋 Andai Nanti nyanyian Mui"zz
💋 Damaikanlah nyanyian Ika Mustafa
💋 Jangan Pergi nyanyian Shakira

Read More

3 Ogo 2020

Baca Online Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff




Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Novel Online, Baca Online Novel, Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Adaptasi Novel, Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad,

Novel Pelindung Seorang Puteri karya Mia Kiff telah pun diadaptasi menjadi drama bersiri sebanyak 16 episod. Versi drama Pelindung Soerang Puteri ini tengah hangat disiarkan di slot MegaDrama Astro Ria sekarang. Lisa Surihani akan melakonkan watak Rose manakala Farid Kamil pula akan melakonkan watak Saiful (Epul). Sharnaaz Ahmad sebagai Hazril, Haleeda Mazlin sebagai Mak Andak Liza, Wan Nor Azlin sebagai Hayati, Jasmine Suraya sebagai Bainun dan ramai lagi. Lebih menarik lagi bila korang boleh baca bab - bab awal novel ini secara online saja dan percuma. Tapi kalau nak baca penuh, sila dapatkan novel ini di pasaran ye. Kalau nak baca novel online Pelindung Seorang Puteri ini, korang cuma perlu klink di bawah ini ye.




Selamat membaca okey!

Read More

1 Ogo 2020

Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)




Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telemovie Pencipta Pegang Waktu, TV3, Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu, Telefilem Raya,

Telefilem Pencipta Pegang Waktu adalah telefilem khas yang akan disiarkan di TV3 istimewa sempena hari raya Aidiladha ini. Antara pelakon telefilem Pencipta Pegang Waktu ini adalah Que Haidar, Fauziah Ahmad Daud, Puteri Balqis, Khir Rahman, Jalil Hamid, Azman Hassan, Haidin Nasir dan ramai lagi. Telemovie Pencipta Pegang Waktu ini akan disiarkan pada 31 Julai 2020 ini, jam 10 malam di TV3. Telefilem ini juga berjaya menggabungkan 5 pelakon penerima Anugerah Skrin gitu. Selain itu Telefilem Pencipta Pegang Waktu ini diarahkan oleh Zainorhisyam Samudin dan diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Gambo TV. Nampak menarik kan telefilem ini, plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka, penerima anugerah gitu. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Telefilem Pencipta Pegang Waktu (TV3)

Hubungan Zakree (Zee) dan abangnya Zaman dingin kerana Zaman malu apabila satu kampung memanggil Zee 'lintah lembik'. Zee bersikap lembut dan mewarisi bakat seni sulam dan menjahit baju kurung daripada arwah ibunya dan berhijrah ke bandar kerana mahu membuktikan bahawa dia mampu berjaya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

31 Jul 2020

Sinopsis Telefilem Panggilan Haji (TV2)




Telefilem Panggilan Haji (TV2), Telemovie Panggilan Haji, TV2, Telefilem Istimewa Sempena Hari Raya Haji, Sinopsis Telefilem Panggilan Haji, Poster Telefilem Panggilan Haji,

Sempena Hari Raya Haji ini, RTM TV2 akan menyiarkan satu telefilem bertajuk Panggilan Haji yang akan ditayangkan pada 31 Julai 2020 (Jumaat) jam 9.30 malam di TV2. Antara pelakon telefilem Panggilan Haji ini adalah Saharul Ridzwan, Aishah Atan, Puteri Sarah Liyana, Anne Abdullah, Dynas Mokhtar, Azhar Emir, Izzue Islam, Azwan Kombos, Ezzaty Abdullah, PU Riz, Emelie Hanif dan ramai lagi. 3 Pelakon dari drama popular Korban Kasih turut berlakon dalam telefilem Panggilan Haji ini iaitu Saharul Ridzwan, Dynas Mokhtar dan Ezzaty Abdullah. Selain itu telefilem ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh Primeworks Studios. Nampak macam best kan telemovie Panggilan Haji ini. Apa pun jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye.



Sinopsis Telefilem Panggilan Haji

Ragam empat keluarga dalam persiapan mereka untuk menunaikan Haji.Cerita ini bermula dengan Hussin, seorang posmen yang menghantar surat panggilan haji kepada empat keluarga tanpa menyedari yang surat itu bakal mengubah kehidupan mereka semua.

Read More

30 Jul 2020

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri Lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil




Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil, Poster Drama Pelindung Seorang Puteri,

Drama Pelindung Seorang Puteri adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang mula bersiaran sejak 28 Julai yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara yang menarik bila drama ini menggandingkan kembali Lisa Surihani dan Farid Kamil yang last berlakon sekali dalam filem popular Lagenda Budak Setan. Manakala Yusri Abdul Halim yang juga suami Lisa Surihani menjadi pengarah drama ini. Antara pelakon drama Pelindung Seorang Puteri ini adalah Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Haleeda Mazlin, Arash Mohd, Asyiqin Zaed, Hafidzuddin Fazil, Wan Nor Azlin, Zain Hamid, Haris Ismail, Juliana Evans, Jasmine Suraya, Norreen Iman, Farah Wahida, Faez Nick dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 16 episod dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Seperti drama lain, drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Pelindung Seorang Puteri karya novelis Mia Kiff. Manakala lagu tema / OST Drama Pelindung Seorang Puteri ini bertajuk Terlanjur Cinta nyanyian Hael Husaini dan Cakra Khan. Nampak menarik drama ini kan, so jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri 
Lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil (Astro Ria)

Mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah, Rose juga sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut. Adakah Firdaus (Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh. Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut? Lebih tragis bila Rose dah berkahwin barulah dia sedar yang suaminya serta ibu mertuanya bermasalah dan berperangai pelik. Apa yang berlaku seterusnya?.
Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil,
Sinopsis Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff

Mahunya tak terkejut, tiba-tiba muncul seorang lelaki menuntut janji nak berkahwin dengan dia? Katanya mereka pernah berjanji satu ketika dulu? Bila? Semasa kecil? Rose mana ingat? Melihat kesungguhan Saiful, akhirnya Rose terbuka hati menerima Saiful sebagai suami.
Selepas berkahwin, ibu mentua, Mak Dak Liza (Haleeda Mazlin)masih tetap membenci Rose atas satu punca yang dia sendiri bingung. Salahnya dicari dan aibnya dicanang. Saiful pula, sentiasa membuatkan Rose tertekan dengan sikapnya yang aneh dan tak disangka-sangka. Sekejap penyayang, sekejap menyakitkan dan Rose cuba untuk bersabar.
Drama Pelindung Seorang Puteri, Slot MegaDrama, Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Novel Pelindung Seorang Puteri Karya Mia Kiff, Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri, Drama Baru Lisa Surihani, Drama Baru Farid Kamil,
Tak sangka, Saiful berahsia yang dia merupakan pesakit mental Obsessive-compulsive disorder (OCD) yang perlu bergantung pada ubat. Bagi Saiful, Rose penyembuh dan bagi emaknya, Rose punca.
Adakah alasan itu menghalalkan kelukaan buat Rose atau Saiful cuma gunakan alasan sakit itu demi melindungi sisi jahatnya?
Muncul Hazril menjadi pelindung buat dirinya. Mampukah Rose menempuhi alam berumah tangga yang penuh onak duri ini atau Rose berundur akhirnya? Bahagiakah Rose dengan jalan yang dipilih? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Read More

29 Jul 2020

Resepi Kek Pandan Yang Simple dan Gebu





Siapa suka makan kek Pandan kat sini? sedap kan kek Pandan ni, dapat pulak kek Pandan yang gebu - gebu gitu.  Hari ini aku nak kongsi resepi Kek Pandan ni, so dipersilakanlah untuk mencuba resepi ini ya. Selamat mencuba okey. Gambar dan resepi kek Pandan ini credit pada ownernya.

Bahan-bahan untuk membuat kek Pandan :

4 biji telur (asingkan kuning dan putih telur)

1 cawan butter

1 cawan gula halus

1sk ovelett
1/4 cawan santan
4 helai daun pandan
2 cawan tepung gandum - diayak dgn 1sk baking powder
Pewarna hijau





Cara - Cara Membuat Kek Pandan

- Pukul putih telur dengan 1/2 cawan gula sehingga meringue dan ketepikan.

- Blend daun pandan dan santan kemudian tapis, ketepikan.

- Mix butter, gula dan ovelette sampai kembang dan masukkan telur. Mix lagi dengan high speed sampai gebu. Bila dah gebu lowkan speed dan masukkan santan yang dikisar dengan daun pandan tadi dan beberapa titik pewarna hijau dan sebatikan.

- Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan sebatikan. Matikan mixer dan masukkan meringue sedikit demi sedikit dgn kaedah kaup balik sehingga semua sebati.

- Tuang ke dalam loyang yang telah digris dan dilapik dengan baking paper lalu bakar selama sejam.

Read More

23 Jul 2020

Sinopsis Drama Syurga Untukmu (Samarinda TV3)




Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,

Drama Syurga Untukmu adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan mulai 14 Julai 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Syurga Untukmu ini adalah Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Yuna Rahim, Ameerul Asyraf, Sefik Khair, Julia Farhana Marin, Noralbaniah, Fazlina Ahmad Daud, Fiza Thomas, Ummar Dzariff, Azza Elite, Wan Nor Azlin dan ramai lagi. Selain itu drama Syurga Untukmu ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Ayie Mustafa serta diterbitkan oleh Sha's Media Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, selain itu Diana Danielle dan Fahrin Ahmad dah pernah bergandingan dalam telefilem sebelum ini. So kali ini diorang bergandingan dalam drama pula. Sinopsis drama ini juga menarik gitu, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Syurga Untukmu 
Lakonan Diana Danielle dan Fahrin Ahmad (Slot Samarinda TV3)

Mengisahkan kemelut kehidupan Atiqah (Diana Danielle) seorang gadis dari kampung Indah yang berpendirian tegas. Atiqah berkelulusan tinggi namun memilih untuk hanya bekerja di kampung kerana ingin menjaga keluarganya terutamanya setelah ibunya tidak mampu berjalan dengan sempurna. Kehidupan Atiqah mula berubah apabila Adi (Fahrin Ahmad) muncul di kampungnya dan ingin membeli tanah pusakanya untuk dibangunkan. Keengganan Atiqah untuk melepaskan tanah pusakanya, memaksa Adi untuk menggunakan kaedah yang lebih lembut dan halus. Namun, kaedah lembut Adi iaitu untuk berkawan dengan Atiqah telah menjadi buah mulut orang kampung sehingga membuatkan Jamaliah (Noralbaniah) berang. Demi menyelamatkan Atiqah, Adi menikahi Atiqah yang ketika itu masing - masing sudah pun menyimpan perasaan terhadap satu sama lain. Selesai pernikahan mereka, Adi tiba - tiba menghilangkan diri dan membiarkan Atiqah melahirkan anak sulungnya, Aiman (Ummar Dzariff) tanpa mengenal siapa ayahnya. Jika benar Adi menyayangi Atiqah, mengapa Adi menghilangkan diri? Bagaimana kehidupan Atiqah setelah pernikahannya? Apakah status perkahwinan Adi dan Atiqah selepas itu?.
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
Lagu Tema / OST Drama Syurga Untukmu
➤ Gundah nyanyian Ernie Zakri
➤ Ku Bersuara nyanyian Ernie Zakri
➤ Masar Cinta nyanyian Ramlah Ram
➤ Takkan Terlerai nyanyian Ernie Zakri dan Syamel
➤ Tanpa Mu nyanyian Dinie dan Khai
Drama Syurga Untukmu, Slot Samarinda, TV3, Drama TV3 2020, Sinopsis Drama Syurga Untukmu, Senarai Lagu OST Drama Syurga Untukmu TV3, Pelakon - Pelakon Drama Syurga Untukmu, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Yuna Rahim, Poster Drama Syurga Untukmu TV3,
Read More

21 Jul 2020

Resepi Kek Cheese Leleh




Kek Cheese Leleh, Resepi Kek Cheese Leleh, Cake, Cheese Cake,

Kek Cheese Leleh memang antara kek yang viral dan disukai oleh ramai orang, siapa ja yang tak suka kek Cheese Leleh ni kan, cara nak buat pun senang juga. Jadi dalam entry ini aku nak share resepi Kek Chesee Leleh yang konform sedap punya. Selamat mencuba okey..

Bahan - Bahan Kek Cheese Leleh

*2 biji telur gred A
1 cawan tepung gandum
*1/2 cawan gula
*2 sudu susu pekat
*1sb ovalate
2sb susu tepung
1sk baking powder
1sk soda birkabonat
*1sk esen vanilla
1/4 cawan minyak masak




Cara - cara nak buat Kek Cheese Leleh

- Blender bahan bertanda * hingga putih gebu.
- Ayak tepung, baking powder dan soda birkabonat.
- Satukan adunan yg dah diblander gebu tadi bersama bahan ayak. Masukkan susu tepung.
- Last skali letak minyak masak dan gaul sebati.
- Tuang adunan dalam aluminium foil atau loyang. Guna bekas aluminium kecil tu kukus dalam 20 atau 25 minit je. Guna acuan plastik pun boleh juga. masa kukus sama.
- Guna loyang 30 atau 40 minit atau hingga masak.

Topping Kek Cheese Leleh :
150g cream cheese
1 cawan whipping cream
1/2 cawan susu pekat
Cheddar cheese - diparut secukupnya

Cara-cara :
- Blender sampai sebati je. Jangan lama2 ok.
- Bila kek dah sejuk, belah kek kepada 2 bahagian. Letak topping sedikit di tengah pastu tutup balik baru tuang habis topping tadi.
- Last skali boleh tabur cheddar cheese banyak mana korang nak.
- Simpan kejap dalam 1 jam di peti sejuk pastu dah boleh makan.

P/s - gambar dan resepi diatas credit pada owner resepi ini ye..

Read More

20 Jul 2020

My Little Fella's

Segmen Bloglist My Litte Fellas II

Hari ini aku nak join Segmen Bloglist My Litte Fellas II. Tarikh tamat segmen ini adalah pada 30 Julai 2020. Jadi tunggu apa lagi, jom join ramai - ramai..




Read More

16 Jul 2020

Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3)




Drama Filipina Hanggang Makita Kang Muli, Drama Filipina Until We Meet Again, Drama Filipina TV3, Telenovela TV3, Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3), Blog Dari Hati Miss Mulan,

Drama Filipina Hanggang Makita Kang Muli atau Until We Meet Again adalah drama terbaru yang disiarkan di slot Telenovela TV3, setiap Isnin hingga Khamis, jam 3 petang. Antara pelakon drama Filipina Until We Meet Again ini adalah Bea Binene, Derrick Monasterio, Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Ina Feleo, Kim Rodriguez, Rita Avila, Ramon Christopher Gutierrez, Luz Valdez, Marco Alcaraz, Jak Roberto, Shyyr Valdez dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 93 episod dan diarahkan oleh Laurice Guillen. Drama Filipina Until We Meet Again ini sudah pun disiarkan di Filipina pada tahun 2016 yang lalu dan kini pada tahun 2020 baru ianya disiarkan di Malaysia pula. Nampak menarik drama ini kan, jalan cerita pun best, apa pun jom tengok sinopsis drama Until We Meet Again ini di bawah ye, sinopsis dibawah ni aku tak sempat nak translate ke Bahasa Melayu hehehe




Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (Slot Telenovela TV3)
  

The story revolves around the life of Ana, who was separated from her parents, Evelyn, and Larry because of Odessa. Odessa has kept Ana in a warehouse with a dog all her life, causing her to become feral. Suddenly a fire started which made Ana escape. Ana met Calvin, a camper who helped Ana to live. Calvin named her Angela since he doesn't know her identity. Calvin brought Angela to Manila and there, Angela became aware of her surroundings. Calvin brought Angela to Dr. Evelyn and took care of her. Evelyn volunteered to be the doctor of Angela and in which she doesn't know Angela's identity. Angela will learn new things of being a human. Claire, the adoptive daughter of Evelyn, is jealous of Angela spite that the time of Evelyn goes to Angela instead of her. Claire also has a crush on Calvin making her more jealous of Angela because of their closeness. Soon, Claire will make a way to outcast Angela to their house. When Angela is lost, Dr. Francis, a doctor who wants to hold the feral child case, will steal Angela from Evelyn which they refused at first but later will give up.
Drama Filipina Hanggang Makita Kang Muli, Drama Filipina Until We Meet Again, Drama Filipina TV3, Telenovela TV3, Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3), Blog Dari Hati Miss Mulan,
Angela had therapy with Dr. Francis and learned many things of being social to others. Later, Angela was healed and she was able to talk to others again. She met Calvin once again and became much closer. Angela worked at Larry's farm with Calvin. She met her new, friend Patricia and her new enemy Myla. Calvin and Angela developed a relationship together but will later be broken because of Claire being pregnant and proves that Calvin is the father even though he was not. The baby dies later. Calvin broke up with Angela and causes her to become sad. Later, Angela got a new therapist in America named Dr. John which changed her life. 10 months later, Angela went back to the Philippines. She went back transformed and changed. Angela now is intelligent and acts like a human. Angela learned to fight Claire and seeks revenge to anyone who hurt her before. She also stayed away from Calvin now because of what Calvin did. Will they be able to find love in each other again?
Drama Filipina Hanggang Makita Kang Muli, Drama Filipina Until We Meet Again, Drama Filipina TV3, Telenovela TV3, Sinopsis Drama Filipina Until We Meet Again (TV3), Blog Dari Hati Miss Mulan,
Read More

13 Jul 2020

JOM TUKAR LINK BLOG

kempen tukar link blog

Hari ini aku nak join segmen Jom Tukar Link Blog anjuran blog Linda Beauty. Tarikh tamat segmen ini adalah pada 30 Julai 2020. Nak join boleh klik Banner di atas ye.



Read More


My Random Post