24 Jun 2017

Review Drama Korea Chicago Typewriter

Chicago Typewriter, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Watak, Pelakon, Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook, Writer, Penulis, Mesin Taip, Kelahiran Semula, Hantu, ghost, Ghostwriter, 1930an, 2017, Zaman Pemerintahan Jepun Di Korea, Misteri, Suspen, Cinta, Love, First Love, Sweet, TVN, Secret Forest,
Review Drama Korea Chicago Typewriter

Baru - baru ini aku dah habis menonton kesemua episod Drama Korea Chicago Typewriter ini, drama 16 episod ini release pada 7 April 2017 dan tamat pada 3 Jun 2017 yang lalu. Korean Drama Chicago Typewriter ini dilakonkan oleh Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook dan ramai lagi. Selain itu drama ini disiarkan di channel TVN bagi menggantikan Drama Tomorrow With You yang telah tamat episodnya. Kemudian drama ini akan digantikan dengan Drama yang bertajuk Secret Forest. Pengarah drama ini juga pernah mengarah drama - drama popular yang menjadi kesukaan penonton seperti Emergency Couple lakonan Song Ji Hyo dan Choi Ji Hyuk, drama My Beautiful Bride lakonan Kim Moo Yul dan Lee Si Young dan juga drama On The Way To The Airport lakonan Kim Ha Neul dan Lee Sang Yoon. Manakala penulis skrip drama ini juga pernah menulis skrip drama - drama best seperti The Moon Embracing The Sun, Kill Me Heal Me dan lain - lain lagi. Heroin drama ini iaitu Lim Soo Jung membuat kemunculan semula dalam drama menerusi drama Chicago Typewriter ini. Lim Soo Jung dah lama tak berlakon drama sebab dia banyak berlakon filem saja. Drama terakhir lakonannya adalah pada tahun 2004 yang bertajuk Sorry, I Love You bersama So Ji Sub.

Aku rasa Lim Soo Jung mesti tertarik dengan jalan cerita drama ini yang menarik dan unik sebab itulah dia terima tawaran untuk berlakon dalam drama ini setelah lama tak berlakon drama. Antara filem lakonan Lim Soo Jung yang aku suka adalah filem Perfect Proposal bersama Yoo Yeon Seok. Aku pula jarang menonton filem mahu pun drama - drama lakonan Yoo Ah In ini. Walaubagaimanapun Yoo Ah In ada membuat kemunculan khas dalam drama Descendent Of The Sun, manakala filemnya yang terkini adalah Like For Likes. Ko Gyung Pyo pula ada muncul dalam drama Jealousy Incarnate pada tahun 2016 yang lalu, manakala Kwak Si Yang pula ada berlakon dalam drama Second To Last Love dan juga Mirror Of The Witch. Berbalik pada drama Chicago Typewriter ini, aku sukakan idea drama ini yang menggabungkan 2 zaman iaitu zaman moden dan juga zaman pemerintahan Jepun di Korea sekitar tahun 1930 serta kisah tentang kelahiran semula dan juga kisah misteri tentang hantu yang menghantui mesin taip tersebut yang juga turut hidup pada tahun 1930 itu. Walaubagaimanapun aku hanya menonton drama ini dari episod 1 hingga episod 10 saja, selebihnya aku hanya baca sinopsis dan recap dari episod 11 hingga episod 16.
Chicago Typewriter, Drama Korea, Korean Drama, Korean Style, Artis Korea, Watak, Pelakon, Yoo Ah In, Lim Soo Jung, Ko Gyung Pyo, Kwak Si Yang, Jo Woo Jin, Yang Jin Sung, Jo Kyung Sook, Writer, Penulis, Mesin Taip, Kelahiran Semula, Hantu, ghost, Ghostwriter, 1930an, 2017, Zaman Pemerintahan Jepun Di Korea, Misteri, Suspen, Cinta, Love, First Love, Sweet, TVN, Secret Forest,
Sejujurnya drama ini bukan drama kegemaran aku, aku rasa jalan cerita drama ini bergerak agak slow dan meleret - leret. Jadi hal ini membuatkan aku berasa sedikit bosan ketika menonton drama ini. Nasib baiklah drama ini hanya mempunyai 16 episod saja, jadi aku masih boleh bertahan dan menontonnya. Antara yang menarik dalam drama ini apabila watak - watak utamanya mempunyai memori masa silam iaitu memori 80 tahun yang lalu, dan boleh mengingati apa yang berlaku pada mereka di masa lampau, walaupun mereka dilahirkan semula di zaman moden ini. Selain itu aku juga sukakan misteri dan personaliti hantu Yoo Jin Oh yang adorable dalam drama ini. Pelakon Yang Jin Sung melakonkan watak pembantu dalam drama ini iaitu menjadi kawan baik kepada watak Lim Soo Jung, tak sangka juga dia berlakon watak pembantu, sebab dia juga pernah menjadi heroin dalam drama - drama lain seperti Bride Of Century, My Unfortunate Boyfriend dan lain - lain lagi. Selain itu aku juga tertanya - tanya tentang siapakah yang membunuh Yoo Jin Oh sehingga dia akhirnya menjadi hantu kepada Chicago Typewriter itu dan kemudiannya meminta bantuan penulis popular iaitu Han Se Joo untuk menulis sebuah novel tentang kisah hidupnya di zaman pemerintahan Jepun itu.

Siapa sangka yang hantu Yoo Jin Oh, Han Se Joo, Jeon Seol pernah berkawan baik dalam kelahiran lepas iaitu di tahun 1930. Kwak Si Yang memegang watak jahat dalam drama ini iaitu sebagai Baek Tae Min, awalnya aku nampak Baek Tae Min ini nampak sangat sopan, peramah dan baik, tapi sebenarnya dia cuma berpura - pura baik saja. Satu lagi watak yang annoying bagi aku adalah watak Hong So Hee yang merupakan ibu kepada Baek Tae Min. Memang geram tengok watak ibu Baek Tae Min yang jahat itu dan selalu nak menjatuhkan Han Se Joo itu. Selain itu aku juga kurang suka dengan sikap Han Se Joo di permulaan cerita yang kelihatan sombong, berlagak dan ego itu. Semua persoalan akan terjawab di episod akhir drama ini, apa pun drama ini masih seronok ditonton dan aku bagi 6 Bintang dari 10 Bintang untuk drama Korea Chicago Typewriter ini.
Read More

21 Jun 2017

Kisah Aku Dan Radio

My Favorite, My Feeling, My Opinion, My Review, Radio, Radio Kegemaranku, Muzik, Lagu, Deejay, Juruhebah Radio, Sejarah, Kenangan, Memori,
Kisah Aku Dan Radio

Tak lama lagi dah nak Raya, masa - masa ini kalau dengar radio memang best sebab ada banyak lagu raya yang disiarkan di radio. Tapi selalunya aku memang jarang dengar radio sebab banyak sangat iklan di radio, selalunya aku buka radio untuk dengar lagu - lagu best dan bukannya untuk mendengar iklan berderet - deret. Walaubagaimanapun, sesekali tu, aku ada dengar jugalah, tapi sekejap saja, lagipun di tempat aku susah nak dapat siaran radio dari stesen radio popular yang lain, kecualilah kalau aku guna internet dan install aplikasi untuk dengar radio tersebut, barulah boleh dengar. Dulu aku dah pernah install tapi kemudiannya aku delete sebab ianya banyak menggunakan ruang memori dalam handphone aku tu. Jadi menerusi entry ini aku nak mengimbas kembali radio dan segmen radio mana yang paling aku suka dengar masa dulu - dulu. Berbanding waktu pagi, aku lebih suka dengar radio pada waktu malam atau tengah malam, selalunya pada tengah malamlah, sebab masa ini memang tiada deejay yang bertugas dan hanya ada lagu - lagu yang dimainkan tanpa henti dan sedikit iklan saja.

Waktu dulu aku suka dengar radio Red FM sebab best dan aku pernah menang hadiah berupa dvd lagu. Sekarang ini aku ada juga buka radio Red.FM ini dan aku rasa dah ada pembaharuan di radio tersebut dan aku rasa ianya kini lebih urban. Manakala radio - radio popular yang lain banyak pula iklannya. Aku sekarang ini, kalau dengar radio, aku akan dengar Kool FM sebab siaran radionya jelas di tempat aku dan kadang - kadang aku tukar ke Mutiara FM sekejap, sebelum beralih ke stesen radio lain. Selain itu, masa aku tinggal di Kuala Lumpur ketika belajar di sana, aku sering juga dengar radio Sinar FM terutamanya untuk Carta Sinar yang merupakan carta lagu - lagu popular zaman 90 an dulu yang berentak slow rock, balada yang memang sedap di dengar. Seterusnya pada waktu pagi, ketika dalam perjalanan ke universiti pula, aku suka dengar Hot FM ketika Fara Fauzana dan Faizal Ismail masih bertugas lagi disitu. Manakala roommate aku pula, suka betul dengar radio Selangor FM, kalau ada masa terluang memang roommate aku akan dengar Selangor FM. Manakala aku pula kadang - kadang aku akan dengar Muzik FM juga.

Ketika zaman sekolah menengah pula, aku suka betul dengar THR masa itu THR turut dikenali sebagai Time Highway Radio lagi dan segmen yang paling aku suka adalah Hindi Power yang dikendalikan oleh Deejay Andy Hakim dan beberapa deejay lain. Selalunya aku memang suka dengar Hindi Power yang deejaynya adalah Andy Hakim sebab celotehnya yang bersahaja dan kelakar. Kemudiannya dia juga mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia Bollywood, jadi banyak cerita yang boleh kita tahu pasal lagu hindustan, pasal penyanyi, pasal filem dan juga pasal pelakon Bollywood juga. Aku ini memang suka dengar lagu - lagu hindustan ini jadi memang seronok dengar lagu - lagu hindustan yang diputarkan di radio itu sebab ianya ada lagu baru dan juga lagu lama. Stesen radio lain ada juga putar lagu - lagu hindustan untuk jangka masa lebih kurang satu jam, tapi pemilihan lagu yang dipilih sangat bosan sebab asyik - asyik lagu yang sama saja. Sedangkan beribu lagu - lagu hindustan yang best. Sebab itulah aku merindui Hindi Power.

Lagipun di tempat aku, kalau korang buka radio THR di waktu pagi sampai petang, korang akan dengar THR versi tamil. Maknanya aku tak dapat yang siaran Pantai Timur tu. Kecualilah pada waktu malam atau tengah malam baru aku dengar yang berbahasa melayu. Tapi kalau dengar guna internet barulah boleh kan. Pendek kata kalau guna internet semua radio boleh dengar kan hehehe.


Read More

18 Jun 2017

Kisah Psiko Dalam Filem Get Out (English Movie)

Get Out, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Psychiatrist, Hypnotherapist, Hypnotizes, Misteri, Thriller, Seram, Psikologi, Psiko, Watak, Rose Armitage, Chris, Dean, Missy, Rod, Logan King, Andre, Pelakon, Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield, Pengarah, Jordon Peele, Movie 2017,
Review dan Sinopsis Filem Get Out (English Movie)

Hari itu aku ada menonton English Movie yang bertajuk Get Out yang release pada 24 Februari 2017 yang lalu. Filem Get Out ini diarahkan oleh Jordon Peele dan dilakonkan oleh Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield dan ramai lagi. Aku tertarik nak tengok filem ini selepas membaca review filem ini yang positif dalam surat khabar dan sememangnya filem ini memang best, penuh suspen, unik, menarik dan best. Filem ini tidak memerlukan hantu untuk menimbulkan rasa seram, misteri dan takut pada penonton, sebaliknya hanya bergantung pada jalan ceritanya yang unik dan menarik saja. Selain itu filem ini turut memfokuskan tentang isu - isu psikologi dan juga isu perkauman antara orang kulit putih dan juga orang kulit hitam. Dalam filem ini juga banyak elemen - elemen kejutan dan plot twist terutamanya tentang identiti Rose dan keluarganya yang sebenarnya. Pelakon - pelakon filem ini juga memberikan lakonan yang hebat dan menyakinkan. Babak - babak suspen dalam filem Get Out ini memang best sampai aku sendiri pun rasa takut jika aku berada di tempat Chris yang telah di hypnotizes dan kemudian dirinya menjadi kaku, lumpuh.

Akhirnya badannya dan fikirannya akan diambil alih oleh orang lain dan dirinya pula berada di suatu tempat yang digelar "The Sunken Place". Dari apa yang aku baca, sepatutnya ending movie Get Out ini berakhir dengan tragis dan sedih, walaubagaimanapun nasiblah original endingnya ditukar menjadi lebih happy ending untuk watak Chris itu, sekaligus membuat penonton lebih berpuas hati. Sesuai dengan tajuk filem ini, aku sememangnya berharap agar Chris cepat - cepat keluar dari rumah keluarga Rose itu, kerana sejak awal lagi Chris dapat merasai ada sesuatu yang tidak kena dengan perangai pelik orang gaji di rumah tersebut. Apa pun filem Get Out ini memang seronok ditonton dan mempunyai jalan cerita yang sukar nak dijangka apa yang akan jadi seterusnya. Aku sertakan sekali sinopsis filem ini dibawah, selamat membaca ye.
Get Out, Filem, Movie, English Movie, Sinopsis, Review, Psychiatrist, Hypnotherapist, Hypnotizes, Misteri, Thriller, Seram, Psikologi, Psiko, Watak, Rose Armitage, Chris, Dean, Missy, Rod, Logan King, Andre, Pelakon, Daniel Kaluuya, Allison Wiliams, Lil Rel Howery, Bradley Whitford, Caleb Landry, Jones, Stephen Root, Catherine Keener, Lakeith Stanfield, Pengarah, Jordon Peele, Movie 2017,
Sinopsis Filem Get Out ( English Movie)

Jalan cerita bermula dengan kehilangan Andre Hayworth yang diculik, kemudian jalan cerita mula berkisarkan tentang Chris Washington yang merupakan seorang Photographer yang berbakat besar dan juga kekasihnya Rose Armitage. Rose mengajak Chris untuk ke rumah keluarganya untuk bertemu dengan ibu bapanya, awalnya Chris agak keberatan kerana bimbang dengan penerimaan keluarga Rose terhadap dirinya yang merupakan orang kulit hitam. Rose menyakinkan Chris yang keluarganya berfikiran terbuka dan akhirnya Chris bersetuju untuk mengikut Rose pulang ke rumah keluarganya. Ibu Bapa Rose melayan Chris dengan baik sekali, cuma abang Rose iaitu Jeremy yang berkelakuan sedikit pelik. Begitu juga dengan 2 orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina yang juga berkelakuan amat pelik sekali. Di waktu malam, Chris tidak dapat tidur lalu memutuskan untuk berjalan - jalan di luar rumah, kemudian Ibu Rose iaitu Missy Armitage mengajak Chris untuk berbual - bual. Missy merupakan seorang psychiatrist dan hypnotherapist yang cuba berborak dengan Chris tentang kisah silamnya sewaktu kecil kemudian Chris dihypnotizes olehnya sehingga menjadi kaku dan lumpuh. Keesokannya Chris terbangun dari tidurnya dan menyangka itu semua hanya mimpi.

Kemudian rumah Rose dipenuhi oleh ramai tetamu yang datang kerana ibu bapa Rose mengadakan jamuan makan. Tetamu - tetamu di rumah tersebut juga sering memandang dan memerhatikan gelagat Chris. Dalam banyak - banyak tetamu yang datang Chris memilih Logan King untuk berborak kerana Logan juga merupakan orang berkulit hitam sepertinya. Chris kemudian perasan yang wajah Logan King ini seiras dengan Andre Hayworth yang hilang sebelum ini. Chris kemudiannya cuba mengambil gambar Logan King menerusi Handphonenya secara senyap - senyap. Namun Chris lupa nak off flash kamera handphonenya itu dan menyebabkan Logan King terkaku seketika dan mula mengamuk dan memarahi Chris dan menyuruh Chris untuk Get Out (keluar) dari situ. Chris benar - benar rasa bersalah dan tidak menyangka Logan King akan mengamuk seperti itu, Misy kemudiannya berjaya menenangkan Logan King. Chris mula menelefon dan menceritakan semua kejadian pelik yang berlaku di rumah itu pada sahabat baiknya iaitu Rod Williams. Rod kemudiannya menasihati Chris untuk cepat keluar dari rumah itu, selepas itu Chris dan Rose keluar dari rumah itu untuk seketika bagi menenangkan fikiran dan Chris mula berhasrat untuk pulang, namun Rose cuba memujuk Chris untuk tinggal lebih lama di rumahnya.

Ketika ketiadaan Chris dan Rose di rumah itu, bapa Rose iaitu Dean Armitage yang merupakan seorang doktor Neurosurgeon mengadakan satu lelongan misteri. Terdapat gambar Chris disitu dan seolah - olah lelongan itu dibuat bagi menjual Chris pada mereka yang berminat. Jim Hudson berjaya membeli Chris dengan harga yang tertinggi sekali. Pada malam tersebut, Chris menggesa Rose untuk berkemas kerana dirinya ingin pulang pada malam itu juga, tidak lama selepas itu Chris menjumpai satu kotak kecil yang mengandungi gambar - gambar mesra Rose bersama orang gaji di rumah tersebut iaitu Walter dan Georgina. Menerusi gambar itu, Chris dah dapat mengagak yang Rose bukan seperti yang disangkakannya selama ini. Chris tahu mungkin dirinya yang akan menjadi mangsa selepas ini. Seperti yang dijangkanya, keluarga Rose menghalang Chris dari keluar dari rumah itu dan akhirnya Chris pengsan. Apabila dia sedar, tangan dan kakinya telah diikat dan terdapat sebuah TV di depannya, Ibu bapa Rose menggunakan TV tersebut untuk berkomunikasi dengan Chris dan menerangkan segalanya pada Chris dan kemudiannya menghypnotizes Chris. Ketika Chris sedar dia mendapat satu idea untuk menghalang dirinya dari di hypnotizes oleh Missy dengan memasukkan kapas di telinganya dan selepas itu dia berpura - pura pengsan dan menanti peluang untuk keluar dari situ.

Manakala kawan Chris iaitu Rod Williams mula bimbang dengan keadaan Chris kerana tidak dapat menghubungi Chris langsung. Rod turut menghubungi Rose namun Rose cuba menipu Rod dengan mengatakan Chris dah pulang, namun Rod langsung tidak mempercayai Rose dan akhirnya Rod cuba melaporkan kehilangan Chris pada polis, namun polis tidak mempercayai ceritanya itu dan memaksa Rod untuk pergi sendiri ke rumah keluarga Rose itu. Apa yang berlaku seterusnya? kalau anda semua nak tahu, kenalah tonton filem ini nanti ye. Memang berbaloi menontonnya, ending filem ini memang happy ending dan aku bagi 9 bintang dari 10 bintang untuk filem Get Out ini.



Read More

7 Jun 2017

Done Watching Season 7 The Walking Dead

Season 7, English Series, The Walking Dead, Sinopsis, Review, Ending, Season 8, Pelakon,  Andrew Lincoln, Norman Reedus, Steven Yeun, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Michael Cudlitz, Lennie James, Sonequa Martin Green, Jeffrey Dean Morgan, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Austin Amelio, Tom Payne, The Saviors, Negan, Rick, Abraham, Glenn, Maggie, Hilltop Colony, Oceanside, The Kingdom, The Scavengers,
Done Watching Season 7 The Walking Dead

Akhirnya habis juga aku menonton kesemua episode terbaru Drama Bersiri The Walking Dead ini. Bulan Oktober nanti barulah ada season 8 The Walking Dead ini. English Siri ini diadaptasikan daripada komik The Walking Dead karya Robert Kirkman. Antara pelakon yang membintangi drama ini untuk musim ketujuh adalah Andrew Lincoln, Norman Reedus, Steven Yeun, Lauren Cohan, Chandler Riggs, Danai Gurira, Melissa McBride, Michael Cudlitz, Lennie James, Sonequa Martin Green, Jeffrey Dean Morgan, Alanna Masterson, Josh McDermitt, Christian Serratos, Seth Gilliam, Austin Amelio, Tom Payne dan ramai lagi.  Aku start menonton English siri ini bermula pada tahun 2016. Dari situ aku menonton dari musim ke musim, sekali dah menonton siri The Walking Dead ini memang tak boleh nak berhenti.  Aku awalnya menonton season pertama diikuti season kedua dan ketiga. Kemudian aku berehat sebentar sebelum menyambungnya kembali ke season 4 dan kelima. Kemudian aku berhenti lagi dan kali ini aku berehat lebih lama dan aku focus untuk tengok drama lain dulu. Baru – Baru ini iaitu pada bulan Mei dan Jun aku start menonton season ke-6 dan terus aku sambung ke season 7. Tanggal 6/6 aku selesai menonton kesemua episod drama bersiri The Walking Dead ini. Episod pertama dan kedua  untuk musim ketujuh ini saja dan berjaya buat aku stress, sedih dan geram dengan jalan ceritanya yang dramatik.

Episod pertama dan kedua musim ketujuh ini sangat sedih apabila team Rick telah ditangkap oleh orang – orang jahat iaitu Team Negan. Negan telah membunuh Glenn dan Abraham dengan amat kejam sekali.  Aku macam tak sanggup nak tengok scene Negan membunuh Abraham dan Glenn itu, aku macam tak sangka juga yang Glenn juga akan mati, aku ingatkan Abraham saja. Rick dan rakan – rakan lain tak mampu nak buat apa – apa kerana mereka semua telah dikepung oleh orang – orang suruhan Negan.  Manakala Morgan dan Carol pula menghadapi dilema, dimana mereka mempunyai prinsip sendiri dan tidak sanggup nak membunuh orang lain, walaupun orang itu orang jahat kerana orang jahat juga boleh berubah jadi baik. Carol akhirnya telah keluar dari Alexandria dan membawa haluannya sendiri. Seperti biasa dalam season 7 The Walking Dead ini mempunyai 16 episod dan dalam musim ini juga, penonton diperkenalkan dengan beberapa komuniti atau kumpulan baru selain kumpulan Rick iaitu Kumpulan Saviors yang diketuai oleh Negan yang terdiri daripada orang – orang jahat yang berkuasa dan suka membunuh jika kemahuan mereka tidak dituruti. Kumpulan seterusnya adalah The Hilltop Colony, The KingdomOceanside dan  The Scavengers. Team Rick memang baik dengan orang – orang dari Hilltop, cuma ketua mereka iaitu Gregory saja yang agak angkuh dan sombong.

Paul Rovia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Rick dengan komuniti Hilltop dan juga komuniti The Kingdom. Tara pula telah secara tidak sengaja bertemu dengan komuniti Oceanside yang dianggotai oleh kaum wanita. Kemudian team Rick telah bertemu dengan komuniti The Scavengers yang telah menculik Paderi Gabriel. Sebenarnya aku agak annoying juga dengan ahli kumpulan Rick yang rata – ratanya agak emosional dan bertindak terburu – buru seperti Rosita, Sasha dan juga Carl. Mereka terlampau marah sampai berani pergi ke markas Saviors dan bertemu Negan, Carl terselamat, apabila Negan bertindak menghantar Carl kembali ke Alexandria, manakala Sasha pula terpaksa membunuh dirinya sendiri apabila rancangannya untuk membunuh Negan tidak berjaya. Paling teruk sekali ada Rosita, dialah yang paling sukar dikawal, cepat marah dan bertindak terburu – buru. Dia juga yang mengajak Sasha untuk pergi membunuh Negan. Aku juga keliru dengan Eugene yang macam seronok pula berada di pihak Saviors. Paling geram sekali mestilah pada komuniti Scavengers yang mengkhianati kumpulan Rick pada episod akhir season 7 The Walking Dead ini. Tak sangka pula yang Scavengers ini bekerjasama dengan Saviors dan episod akhir musim ketujuh ini memang sangat suspen apabila Team Rick hampir – hampir kalah dengan Saviors apabila Scavengers berpaling tadah di saat – saat akhir. 

Negan juga hampir – hampir nak membunuh anak Rick iaitu Carl. Nasiblah team / komuniti The Kingdom datang tepat pada masanya untuk membantu. Kelihatan Negan begitu terkejut dengan harimau Bengal yang tiba – tiba muncul yang merupakan haiwan belaan ketua kumpulan The Kingdom iaitu King Ezekiel. Morgan dan Carol juga turut datang bersama team The Kingdom dan membantu team Rick untuk menewaskan The Saviors, malah Dwight yang merupakan orang kuat Negan turut berpakat dengan team Rick, walaubagaimanapun selepas kedatangan team The Kingdom secara tiba – tiba, The Saviors dan Scavengers melarikan diri dan team Rick masih gagal membunuh Negan.  Musim ke 8 The Walking Dead ini akan disiarkan pada bulan Oktober nanti, dan jalan ceritanya akan bermula dengan peperangan Antara The Saviors+ Scavengers menentang Team Rick (Alexandria)+Hilltop+The Kingdom. Aku tak pasti sama ada Team Oceanside akan join berperang sekali atau tidak kerana setakat ini mereka lebih gemar untuk menyembunyikan diri dari berperang dengan Team The Saviors kerana mereka yakin yang Team The Saviors akan menang kerana mereka mempunyai jumlah ahli yang ramai dan mempunyai segala kelengkapan senjata yang cukup. Ikutkan kalau Rosita dan Sasha lebih bersabar, mereka mungkin ada harapan untuk menembak Negan dari jauh, cuma mereka terpaksa menunggu masa sesuai untuk bertindak. 

Walaubagaimanapun Rosita dan Sasha tidak sabar dan terburu – buru, sekaligus membuatkan Sasha berlari masuk ke dalam Markas The Saviors. Apa pun tak sabar nak tahu apa yang akan terjadi di musim ke-8 The Walking Dead ini.

Read More

2 Jun 2017

Review Filem Now You See Me (English Movie)

Sinopsis, Filem, Now You See Me, Movie, English Movie, Now You See Me 2, Magician, Silap Mata, Review, Twist Plot, Pelakon, Four Horseman, Mark Ruffalo, Jesse Eisenberg, Melanie Laurent, Woody Harrelson, Morgan Freeman, Isla Fisher, Dave Franco, Michael Caine,
Review Filem Now You See Me (English Movie)

Aku dah lama nak tengok movie yang bertajuk Now You See Me ini, hari itu, baru aku berkesempatan tengok movie ini. Lagi pun filem ini dah lama release iaitu pada May 2013, tahun 2017 baru aku dapat tengok. Aku juga tak tahu kalau - kalau filem ini dah pernah disiarkan di TV, tapi yang pasti memang aku tengok movie ini secara online saja, lagi pun filem ini dah lama juga kan. Filem ini ada sequelnya iaitu Now You See Me 2 yang release pada tahun 2016 yang lalu, walaubagaimanapun aku belum tengok lagi sequel movie ini, nanti bila dah tengok, aku buat reviewnya nanti. Berbalik pada movie ini, aku suka jalan ceritanya yang unik dan plot twistnya memang best sebab tak dapat dijangka. Filem ini diarahkan oleh Louis Leterrier dan dilakonkan oleh Mark Ruffalo, Jesse Eisenberg, Melanie Laurent, Woody Harrelson, Morgan Freeman, Isla Fisher, Dave Franco, Michael Caine dan ramai lagi. Selain itu filem ini juga menang The Favorite Thriller Movie dalam People's Choice Awards pada tahun 2014.

Filem Now You See Me ini mengisahkan tentang 4 ahli silap mata yang berbakat, telah dipilih oleh seseorang untuk menjadikan mereka satu kumpulan yang bernama Four Horseman. Empat ahli silap mata ini terdiri daripada Danny (Jesse Eisenberg) yang merupakan ketua kumpulan, Merritt Mckinney (Woody Harrelson), yang merupakan pakar hypnotist (Pakar dalam hal - hal Pukau), Henley Reeves yang merupakan satu - satunya wanita dalam kumpulan Four Horseman ini dan yang terakhir sekali adalah Jack Wilder yang merupakan ahli termuda dalam Four Horseman. Mereka awalnya melakukan silap mata secara solo dan kecil - kecilan, kemudian mereka berempat menerima kad Tarot yang akhirnya membawa mereka ke satu apartment kosong. Bermula dari situ, mereka berempat menjadi satu kumpulan dan bergabung membuat pertunjukan Silap Mata dalam skala yang besar, seterusnya mempunyai misi tertentu untuk merompak duit secara besar - besaran kemudian memberikan duit berkenaan kepada semua penonton pertunjukan silap mata mereka. Mereka berempat juga tidak mengenali, siapakah orang yang bertanggungjawab menemukan mereka serta merancang segala plan untuk merompak. Walaubagaimanapun mereka mengikut saja semua arahannya tanpa bertemu orang tersebut. 

Disebabkan hal ini, mereka berempat diburu polis dan FBI. Dylan Rhodes yang merupakan ejen FBI bergabung dengan Alma Dray yang merupakan Ejen Interpol dari Perancis untuk menangkap kesemua ahli Four Horseman ini. Dylan Rhodes kelihatan bersungguh - sungguh ingin menangkap Four Horseman ini, namun usahanya untuk menangkap mereka sentiasa gagal. Thaddeus Bradley merupakan bekas ahli silap mata yang buat duit dengan mendedahkan rahsia silap mata semua pakar ahli silap mata yang lain. Thaddeus kelihatan sangat berminat dengan Four Horseman dan sentiasa cuba mendedahkan rahsia mereka kepada umum dan juga FBI. Scene yang paling aku suka mestilah masa mereka semua buat pertunjukkan Silap Mata itu, memang seronok tengok filem ini, sebab jalan ceritanya kreatif dan unik. Scene ketika Four Horseman memerangkap sponsor mereka sendiri iaitu Arthur Tressler itu juga menarik sebab ianya tidak dijangka. Akhir sekali Four Horseman berjaya memerangkap Thaddeus Bradley dan kemudian Thaddeus ini dimasukkan ke dalam penjara kerana disyaki bersubahat dengan Four Horseman, sedangkan dirinya diperangkap. Siapa sangka, orang yang bertanggungjawab membentuk dan menemukan ahli Four Horseman ini sebenarnya orang yang sangat mereka kenali.  

Ending filem Now You See Me ini berakhir dengan keempat - empat ahli Four Horseman bertemu dengan orang yang bertanggungjawab menemukan dan menyatukan mereka semua. Mereka berempat sedikit terkejut dan juga gembira dapat bertemu dengan orang tersebut, siap ada yang minta maaf semua tau, kelakar juga scene tersebut. Apa pun aku memang enjoy menonton movie ini, rasa terhibur dan seronok, tak sabar pula nak menonton sequelnya nanti. Apa pun aku bagi 8.3 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Bagi yang belum pernah menonton filem ini, aku rekomenkan anda semua menonton filem ini.

Read More

My Random Post