7 Dis 2014

Sinopsis Valid Love - Korean Drama


Assalammualaikum..
Hari ni nak borak2 pasal Drama Korea yg baru. Drama ni akan menggantikan drama Liar Game dan mempunyai 20 episod. Setakat ni baru release hingga episod 2 jer. Lawak gak part student yg bernama Kim Il Ri yang jatuh cinta pada guru ganti subjek Biologi yg bernama Jang Hee Tae. Kim Il Ri ni mmg jatuh cinta giler2 kat guru die tu, siap jadi mcm bodyguard guru tersebut hingga sampai sanggup biar dirinya kemalangan dan selamatkan gurunya tu. Bila guru lelaki yang muda, hensem n masih single mengajar di Sekolah Perempuan mmg korang tahu laa apa akan jadi kan. Ramai laa pelajar2 perempuan yg angau, jadi stalker guru tersebut n try ngorat2 guru tersebut hahaha. Apapun meh layan Sinopsis cite ni kat bawah k.

Sinopsis

Jang Tae Hee bertemu Kim Il Ri secara tidak sengaja di Hospital. Takdir menemukan mereka semula sebagai guru dan pelajar yang mana Jang Tae Hee menjadi guru ganti subjek Biologi dan turut mengajar di kelas Kim Il Ri. Sikap Kim Il Ri yang gila2 dan suka pada gurunya itu membuatkan Jang Tae Hee rimas namun die kagum dengan keberanian Kim Il Ri. Satu kemalangan berlaku dan menyebabkan Kim Il Ri terlantar di hospital dan Jang Tae Hee berasa sangat bersalah namun dirinya terpaksa ke luar negara untuk melanjutkan pelajarannya. Setelah 7 tahun berlalu Jang Tae Hee pulang semula ke Korea dan secara tidak sengaja die bertemu semula dengan Kim Il Ri. Mereka akhirnya bercinta dan berkahwin, setelah berkahwin hidup mereka berdua bahagia pada awalnya namun perkahwinan mereka menjadi semakin bosan.

Kim Il Ri akhirnya tertarik dengan rakan sekerjanya yang bernama Kim Joon. Kim Joon ni masih muda dan sangat hensem okey jadi akhirnya Kim Il Ri terperangkap dalam cinta tiga segi dan die akhirnya menduakan suaminya dan mempunyai hubungan sulit dengan Kim Joon. Suaminya Kim Tae Hee mendapat tahu yang isterinya ada affair dengan lelaki lain menjadi sangat marah namun akhirnya die memutuskan untuk mendapatkan kembali cintanya isterinya yang hilang dan tidak mahu berpisah dengan isterinya. Apa yang bakal berlaku? kenalah tengok drama ni k.

Pelakon drama ini terdiri daripada Uhm Tae Woong, Lee Si Young, Lee Soo Hyuk, Choi Yeo Jin dan ramai lagi.

Read More

6 Dis 2014

I Miss Merlin

Rindu dengan cite ni hihi. Walaupun sampai ke musim ke-5 jer n dah tamat tahun 2012, cite ni mmg beri impak laa. Sape boleh lupa sweet friendship Merlin and Arthur ni kan. Dulu kat channel Diva Universal selalu ulang cite Merlin ni dari season 1-5 pastu ulang dan ulang lagi. Selama die ulang selama tulah aku jadi penonton setia hehe. Sekarang ni diorang dah x ulang cite ni kot. Tapi still aku rindu dengan cite ni. Walaupun cite ni dah diganti dengan siri baru iaitu Atlantis, tapi still rasa macam ada yang kurang gitu. Apapun aku ada laa download gak beberapa episod dalam cite Merlin yang aku suka ni. Ada dalam 5 episod gitu untuk season 3, 4 dan 5. So bila rindu bolehlaa tengok kan.

Aku harap gak nanti2 akan ada drama or movie yg akan gandingkan semula Bradley and Colin ni kan. Dulu ada dengar gak diorang nak filemkan Merlin ni tapi x jadi kan. Tak tahu laa kenapa tak jadi huhu. Apapun cite Merlin ni mmg menghiburkan n i will miss Merlin, Arthur, Morgana and all cast. 
Read More

21 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 18 - Siri Tv Kegemaran


Aku suka tengok drama2 Korea, banyak yg best2..tapi kalau drama korea yg episodnya terlampau pjg tu aku dh mls nk tgk laaa hihihi. Antara cite yg aku suka tgk mcm cite My Girlfriend is a Gumiho, The Masters Sun dan byk lagi. Selain tu aku suka tengok Running Man, boleh gelak ketawa ramai2 hahaha. Kalau rancangan tempatan, aku suka tengok Maharaja Lawak Mega, terutamanya kalau kump favourite aku bertanding baru lg best.

Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 17 - 5 Perkara Yang Anda Rindukan, Apa Saja


5 Perkara Yang Aku Rindukan..

1- Zaman Sekolah - Kalau boleh nak kembali masa sekolah dulu,rinduu kot, aku paling stress masa masuk tingkatan 3 dulu. Stress sebab apa? stress sebab aku masuk kelas pertama sekali, pendek katanya kelas budak pandai. Dalam kelas tu ramai budak cina yg mmg pandai2 budak melayu berapa kerat jer..xde geng tauuu. Semua geng aku tercampak kelas no 2. Kalau aku tahu jd camtu baik masa form 2 tu aku buat periksa gitu2 jer xdelaa tercampak dlm kelas budak pandai ni haha, Lebih stress cikgu matematik masa tu sgt garang dan aku selalu yg jdi mangsanya sbb x terror matematik. Masa form 4 dan 5 mmg cool sbb kali ni kelas dah ikut aliran yg kite amik. Ramai geng aku satu kelas dan ramai budak melayu dlm kelas tu. Tensionnyer ada gak budak nakal terselit dlm kelas tu jdi apa lgi, cikgu disiplin syg sgt laa jwbnyer hehehe. Form 6 pula mmg best sbb masuk sekolah lain, suasana baru dan member baik ada sekali. Happening juga.

2- Zaman Universiti - rindu kawan2 masa kat universiti dulu..rindu kat kolej kediaman, rindu bilik dan katil aku kat sana. Rindu umah sewa, roomate dan housemate, rindu coursemate, rindu bilik aku kat umah sewa tu, rindu pensyarah, rindu bilik kuliah, library, rindu fakulti, surau dan suasana disitu, rinduu tempat fotostat hehe, Rindu nak buat assignment semua hihi, byk betul rindunyer kann hehe..

3- Rindu kawan-kawan lama
Kawan datang dan pergi, ada yg loss contact, ade yg busy dgn family diorang semua, mklumlah semua ada tggjwb masing2 kan..kan best dapat jdi cam dulu2 kan..

4- Rindu nak aktif baca novel macam dulu2, sekarang ni dah busy, novel mmg xde masa nak beli dah huhuhu

5- Rindu kan si Comel - Comel ni kucing aku, kucing betina, die dulu kerap betul beranak hehehe so aku dapatlah bermain dgn anak2 die yg qiut2 tu, rindunyerrr, sekarang ni comel dah hilang, die x balik umah pun huhuhu. Kat umah hanya ada kucing jantan jer huhu x dpt laa nk tgk anak2 kucing yg baru lahir yg comel2 tu..

Byk yg tertinggal dah utk cabaran 30 hari ni, xpe pelan2 kayuh,janji dapat selesaikan cabaran betul x, hehehe.

Read More

19 Sep 2014

Heartbroken Chocolatier & Mizobata Junpei



Baru2 ini ada tengok Japanese Drama yg bertajuk Shitsuren/Heartbroken Chocolatier. Drama ni kira drama baru gak laa sebab release dlm Jan 2014. Aku bukan penggemar drama2 Jepun ni sebaliknya aku lebih kpd drama2 korea. Kisah terjebak sekejap tengok drama jepun ni bermula apabila aku ada tertengok satu movie kat tv yg berjudul High School Debut lakonan Mizobata Junpei. Lepas tengok movie tu terus tersuka lak kat die ni hehe teruslah aku gi search pasal movie or drama terbaru die. Kat situ ada keluar senarai pasal movie n drama2 die. Aku pun try tengok movie die tajuk Akai Ito. Jln cerita die kureng n heroin dlm cite tu sgt laa x comey hahaha tpi demi MJunpei aku tgk gak. Pastu aku tgk drama jepun Detective Conan, Mizobata Junpei yg jadi detektif Conan tu tapi aku tengok sekerat jer sebab rasa boring n heroin die x lawa hahaha.
Pastu aku tengok drama latest die iaitu drama ni lah Heartbroken Chocolatier, tapi die jadi hero kedua jer dlm drama ni, mula2 mcm x setuju knp bukan die yg jadi hero drama ni, tapi bila aku dh tgk jalan cerita drama ni aku legaaa Mizobata Junpei jadi hero kedua bukan hero utama sebab watak die sbg Olivier mmg sesuai dgn die matang, baik semua berbanding watak hero utama yg menyakitkan hati jer sbb x boleh move on kerana masih mengharapkan cinta Saeko yg merupakan cinta pertamanya dari sekolah walaupun Saeko tu dah kahwen. Memang geramm jer tgk perangai hero drama ni sebab terlampau angaukan Saeko walaupun ada dua wanita lain yg turut mencintainya. Tapi hero drama ni juga cute n adorable gitu.
Saeko tu juga sangat qiut, sweet n comel cuma x berkenan dgn perangai die jer. Tension dgn Saeko ni sebab die mcm mempermainkan perasaan Koyurugi Sota, x kanlah die blurr sgt mcm x leh agak yg Sota tu masih ada hati dgn die. Pastu bila die bergaduh n x tahan dgn perangai suami die yg kaki pukul tu die die lari dari rumah n dtg cari Sota pastu boleh plak berskandal dengan Sota lepas tu. Bila dah lama bersama Sota n die tahu die mengandung, die nak kembali balik pada suami die. Emmm x paham aku berani gak die balik kt suami die yg kaki pukul tu dan suami die slumber jer terima die balik dgn happynyer. Tapi aku suka gak tengok sifat ceria Saeko ni, die ni cute sgt pastu sentiasa tersenyum jer pastu die agak mahir memberikan nasihat dlm cinta. Orang yang tak suka dengan Saeko ni boleh jadi suka nak berkawan lak dgn die lepas berborak dgn Saeko ni sebab Saeko ni pandai ambik hati orang n susah nak rasa benci or marah dgn die sbb die adorable hehe.
Inilah hero utama drama ni yg pegang watak Sota tu. Aku ingatkan Mizobata Junpei lebih tua dari die tapi rupanya tidak sebab die lagi tua sbb die lahir dlm tahun 1983 manakala mizobata junpei 1989..Sempat lagi tu aku check pasal sape tua/ muda ni hehe. Maybe muka hero drama ni ala2 baby face so awet muda gitu hohoho. Dalam drama ni kita akan dapat tengok banyak coklat hehe n cara2 diorang buat coklat semua. Drama ni adalah mcm adaptasi dari komik popular jepun. Kalau kt negara kita, diorang suka adaptasi dari novel2 kan tapi kat Jepun beza sikit sbb diorang adaptasi dari komik yg bersiri-siri tu. Kalau perasan drama2 korea juga suka buat remake dari drama2 jepun kann cthnya mcm drama Boys Over Flowers, Suspicious Housekeeper, The Queen Classroom dll.

Sesuai dengan tajuk drama ni Heartbroken Chocolatier, mmg ending die pun heartbroken jugak lah, sbb lepas Saeko tgglkan Sota dan kembali pd husband die, Sota jadi hilang inspirasi dan tak mampu lgi membuat coklat2 yang sedap dan istimewa. Die hampir2 nk tutup kedai coklat die tu. Last sekali die terus keseorangan. Dua perempuan yg suka kt Sota tu pun buat keputusan utk move on dan x mehu mengharapkan cinta Sota lgi. Kemudian Sota nak bawa diri gi Paris utk cari dirinya dan belajar lgi utk buat coklat. Apapun aku mmg suka scene2 kelakar dlm drama ni sbb lwk jer..
Watak die dlm drama ni Sekiya kot kalau x silap. Hensem tapi sangat pendiam n kurang bersosial. Awalnya ingatkan die akan jadi BF Karuko tpi hampehhh. Watak die cam pelik sikit hahaha die mcm kurang berminat dalam semua perkara. X leh blah part cara die balas SMS dari Karuko, sepatah ayat jer die reply sedangkan karuko tulis punya pjg. Geram jadinya Karuko tu lepas tengok reply dari Sekiya ni. Sekiya ni jenis x suka pikir benda remeh temeh. Tak tahu apa jadi dgn die sebab watak die x dikembangkan sgt dlm cite ni. Setakat gitu2 jer.

Pendek katanya drama ni best masa scene2 kelakar jer laa, scene2 lain xde sgt..Lupa nak ckp drama ni 11 episod jer. Memang sesuai sgt tajuk drama ni dgn jln cerita hehehehe. Pasni lynn drama korea jer laa hohoho.

Read More

15 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 14 - Cerita Kasut Saya

Aku xde idea sangat nk cerita pasal kasut ni semua hehe. Tapi aku mmg x reti dan x gemar nak pakai kasut tumit tinggi ni. Dengan bila berjalan high heels tu akan berbunyi keletik keletuk keletik keletuk sekaligus menarik perhatian org lain. Disamping dengan sakit kaki kalau berjln pakai high heels ni lama2. Selain melambatkan pergerakan kita. Aku suka pakai kasut yg tapaknya rata senang n selesa bila memakainya. Lagi satu pakai high heels ni kena control ayu gitu hahaha x boleh jalan laju2 kena slow2 adoii letih kot..Tapi bagi yg dah biasa pakai high heels ni mungkin xde masalah lah kot kan. Tapi ni sekadar pandangan aku jer laa. Apapun walaupun aku xsuka pakai high heels ni tpi aku suka lak tgk org lain pakai cthnya mcm artis ker kan hihihi..

Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 12 - 5 Wishlist Anda

5 Wishlist Aku...

-Ingin memiliki keluarga bahagia iaitu mempunyai suami tercinta dan anak2 yang comel gitu

-Ingin mempunyai kereta idaman

-Ada kesempatan nak beli phone baru yang tercanggih punye hohoho berangann nih..

-Ingin pergi bercuti dan melancong di luar negara mcm kat Turki, Eropah atau lain2 tempat.

- Ingin mempunyai kerjaya yang stabil dan kesihatan yang baik.


Read More

11 Sep 2014

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku, Seorang Blogger

BEN ASHAARI

Assalammualaikum..
Hari ni nak join segmen yg dianjurkan oleh Ben Ashaari. Sape nak join gak boleh klik banner diatas yer..

Latar Belakang Blog ini.

Blog ini masih baru, sebenarnya blog ini dibuat untuk orang lain. Disebabkan dia dah tak nak guna jadi saya delete dan buat baru dan menjadi blog kedua saya. Blog ini lebih santai dan lebih senang dan bebas untuk saya luahkan pendapat dan ceritakan hal-hal personal berbanding di blog pertama tersebut.

Kelebihan blog saya ni errr mungkin saya lebih mesra pembaca disini ceewahh sebab blog ni lebih santai gitu dan saya akan menambahbaikkan blog ni dari masa ke semasa. Yelah blog baru jadi banyak yg x perfect sana sini hehe.

Impian bila jadi blogger ni kalau boleh saya nak penulisan saya di blog ini seperti review2,pendapat/pandangan boleh dijadikan sumber rujukan oleh pembaca diluar sana. Saya juga mengharapkan info2 yg disampaikan berguna untuk semua yg membacanya. Last sekali saya juga ingin menjana pendapatan menerusi blog walaupun xdelaa banyak mana tapi yang penting happy hehehe.

Salam Perkenalan untuk semua.. ;)

Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 11 - Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Cabaran hari ke 11..

Masa kecik2 dulu, aku bersekolah waktu petang jadi waktu pagi aku akan gi mengaji. So ramai kawan2 satu sekolah aku mengaji di tempat yang sama. Ustaz kami ni lak memang sangat baik, cool n spoting gitu, jarang nak marah2. Cuma kadang2 jer bila mood die x berapa okey baru die marah, selalunya die sporting jer. Masa waktu mengaji ni kami semua diberikan waktu rehat. Dalam waktu rehat ni lah boleh makan kalau nk makan atau pun nak bermain dgn kawan2. Selalunya kami akan makan dulu kemudian bermain.

Macam2 permainan yg kami main, batu seremban lah, main masak2 lah, main polis dan pencuri ni bermain sekali dgn budak lelaki, berlari-lari keliling surau hihi. Selalunya kiteorg akan main masak2, kumpul ramai2 pastu tentukan sape yg jadi kakak pertama kakak kedua, adik, mak semua. Belakang surau akan jadi port kiteorg, habislah segala daun-daun pokok kiteorg ambik hihi, buah2 kecik yg ada di belakang surau pun kiteorg ambik gak. Kemudian gate surau tu kiteorang jadikan pintu rumah kiteorg hehe. Kemudian adik lelaki member aku yg masih kecik tu kiteorg kahwinkan die dgn budak perempuan yg lagi kecik dari kiteorg hehe. Pastu bermulalah perarakan perkahwinan tu, duduk bersanding bagai. Daun2 yg kiteorg ambik tu kiteorg baling2 n taburkan ke arah budak2 kecik yg bersanding tu hahaha.

Sampailah ustaz jerit masukk semuaaa. Baru kiteorg berhenti n masuk semula ke surau. Lepas habis mengaji kiteorg terus balik ke rumah sbb nk bersiap-siap untuk ke sekolah pula. Tu cerita masa mengaji waktu pagi kan. Ni pulak masa sekolah pagi n mengaji waktu petang. Masa ni dah besar sikit, maybe dlm darjah 4/5 kot, so dah x main masak2 bagai semua ni. Lepas habis mengaji, kiteorg dlm 4-5 orang suka masuk ke dalam surau di tingkat atas di bahagian tempat solat perempuan. Pastu duduk kat situ n sembang2 hehehe. Waktu petang mmg tak ramai org dlm surau tu. Entah camne ustaz boleh tahu kiteorg ada dlm surau tu, maybe sbb kiteorg bising kot jd die tahu. Apalagi ustaz tu suruh kiteorg balik rumah masing2 n jgn main2 dlm surau tu hehe.

Tapi kiteorg x serik, terus gak curi-curi masuk surau tu hehehe. Kadang2 bila dengar ustaz tu naik tangga surau, terus kami cepat2 sembunyi di belakang tirai besar tu hehehe. Tapi ustaz tu tahu kami sembunyi jadi mission x berjaya hehehe. Tu antara kenangan masa zmn kanak2 aku.


Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 10 - Apa Di Dalam Handbag Anda

Antara Benda yg ada dlm Handbag aku seperti-

-Henpon
-Beg Duit
-Compact Powder
-Cermin
-Ubat Mata (standby siap2 kot2 tetiba mata merah ker kan hehe)
-Perfume
-pen/notepad (kdg2 ada dlm beg kdg2 xde hehe)

tu jerlaa kot dlm handbag aku..


Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 9 - 5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Anda

Masuk ke cabaran ke 9..straight to the point-

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Miss Mulan

- Lelaki yang penyayang dan penyabar, susah nak cari lelaki yg penyabar ni skrg. Ada tu mmg ada tpi biasalah susah nak jumpa kan, yg panas baran, ego mmg ramai.

-Lelaki Yang Tidak Merokok, Aku mmg kurang gemar dgn lelaki2 yg merokok ni, dah tahu rokok tu membahayakan kesihatan tapi masih nak hisap gak..adoiii. Tambah2 aku ada Asthma mmg x boleh dekat dgn org yg merokok ni.

-Lelaki yang tidak kedekut, maknanya lelaki yang tidak terlampau kedekut atau tangkai jering. Nak berjimat pun biarlah berpada-pada, yang penting biar semuanya serba sederhana

-Lelaki Yang kemas, maksud aku kemas seadanya dari segi pemakaian, bukannya serabai

-Ni yg paling penting sekali iaitu Lelaki yang Beriman..kalau die beriman insyaallah die boleh bimbing org2 disekelilingnya.

Read More

8 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 8 - 5 Lagu Cinta Kegemaran Anda

5 lagu Cinta Kegemaran Aku..

1- Aku Cinta Padamu ~Siti Nurhaliza
2- Mewangi ~Akim & The Magistrate
3- Ku Ada Kamu ~Adira
4- Biarkan Aku Merinduimu ~Liza Hanim
5- Seruan Jiwa ~Salma

Tu antara senarai lagu cinta kegemaran aku..best2...tak caya korang boleh try gi download n dengar sendiri hehe..k..bye..


Read More

7 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 7 - Sejauh Mana Pendidikan Itu Penting Bagi Anda

Assalammualaikum..
Woww Tajuk untuk cabaran hari ni sangat susah. Dah macam soalan Karangan Bahasa Melayu masa zaman2 sekolah dulu. Otak pun dah blurr seketika hehehe lagipun aku suka tulis yg ringkas2 jer. Kalau dulu masa sekolah mmg terror bab2 nk karang pjg2 ni hehe. So macam biasa untuk cabaran ini aku tulis simple2 jer lah ek. Tadi ada terbaca blog2 lain yg buat cabaran yg sama, mantap2 gitu penjelasan dan penerangan mereka.

Sememangnya Pendidikan itu sangat penting. Tambahan lagi di zaman moden ini dimana kemajuan dan kecanggihan menjadi penting. Tapi ianya haruslah seimbang dimana selain pendidikan dan ilmu di dunia, pendidikan/ilmu di akhirat juga harus dititikberatkan. Sekarang ini, kebanyakannya kejar ilmu dunia jer, ilmu akhirat dilupakan. Ianya harus balance barulah hidup lebih berkat Insyaallah. Okey dah takde idea nk tulis pjg2 ni huhuhu kalau tgk perkataan "sejauh mana"tu ianya nak kita menerangkan dgn lebih mendalam, tapi aku mls nk pikir skrg ni so see u in next entry..

Kalau soalan ni keluar untuk karangan SPM dulu mmg aku x jawab agaknya, hihi aku pilih soalan lain.

Read More

5 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 4 - Buku Kegemaran Aku

Assalammualaikum..
Dulu masa kecik2 aku suka baca Komik Doraemon, berlambak komik Doraemon tu, sampai sekarang ada lagi komik2 tu tapi aku tak pernah baca dah hehe. Elok je tersimpan dlm almari tu, x tahulaa apa jadi dengan komik2 tu semua ntah2 dah kena gigit dgn tikus ke aper. Bila dah besar, x silap aku masa form 4 aku suruh mak aku belikan novel untuk aku sebagai hadiah sebab aku dapat nombor satu dlm kelas. Novel tu masa tu harga die dlm RM55.00 sebab tebal sekarang ni hrga die dah murah sikit. Novel tu paling aku suka. Novel tulisan Ahadiat Akashah yg bertajuk Hikayat Cinderella. Aku plak jenis suka baca novel tebal2 ni.
Banyak novel2 tulisan Ahadiat Akashah yang aku baca n novel tu ada dlm koleksi simpanan aku cthnya mcm Lagenda Budak Setan 1,2 & 3, Pilot Cafe, Untuk 3 Hari, dan banyak lagi. So tu semua antara buku kegemaran aku. Selain tu aku juga gemar baca buku2 pasal sejarah. Peminat Sejarah la katakan hehe.

Read More

2 Sep 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 2 - 5 Cara Memenangi Hati Anda

Assalammualaikum..
Cabaran 30 Hari untuk hari ke-2, wahh 5 cara untuk memenangi hati den yer okey2 meh nak bagitau..

1) Buat Suprise- Sape yang tak suka kalau ada yang baik hati nak buat suprise yang sweet untuk kite kan, wahh pastinya terharuu gitu.
2) Prihatin dan Mengambil Berat pasal diri ini
3) Bercakap dalam nada yang lembut dan bukannya marah-marah- Bila dengar orang bercakap dalam nada yang lembut, hati yang panas boleh jadi sejuk gitu. Tapi kalau marah2, hati jadi makin panas laa jawabnya kan.
4) Jangan Ego, Sombong, berlagak atau perasan bagus- Sangat kurang gemar dengan jenis orang yang macam ini.
5) Sayangkan Binatang/Haiwan- Suka tengok gelagat2 mereka yg sayangkan binatang seperti kucing dll nampak penyayang gitu. 

Read More

Cabaran 30 Hari: Hari 1 - 1 Gambar Terbaru Anda & 5 Fakta Tentang Diri Anda

Assalammualaikum..
Banyak blogger yang join cabaran 30 hari ni. So aku pun x nak ketinggalan juga hehe. Apapun mohon pada yang membaca entry ini sila jangan terkejut kerana gambar diatas tu bukan saya hihihi. Saya mohon maaf sgt2 sebab x dapat sertakan gambar sebab semua gambar ada dlm laptop yang dah rosak jadi x dapat laa nak letak gambar buat masa ini. Jadi den letak laa gambar diatas tu iaitu pelakon korea yg comel Shin Min Ah. Berbalik pada topik asal, jom tengok 5 fakta tentang diri saya.

5 Fakta..

1~ Sangat suka menonton drama-drama Korea tapi agak kurang meminati kumpulan2 KPOP tu.
2~ Pencinta Kucing, 
3~ Peminat JOZAN, suka tengok diorang ni sejak dari awal kemunculan diorang sebab diorang ni sentiasa Sweet sangat bila bersama. Tapi sayang diorang dah jarang muncul bersama sebab sibuk dgn aktiviti msing2. Cuma sekali sekala baru diorang muncul together.
4~ Pemalu tapi giler2 hehe camne tu, awalnya memang pemalu n nampak mcm sombong tapi bila dah kenal baru tahu yang saya seorang giler2 n happy go lucky hehe.
5~ Mudah marah tapi senang dipujuk kalau kena dengan caranya hehee.

Read More

Fenomena & Ending Drama Rindu Awak 200%

Assalammualaikum..
Nampaknya drama ni memang fenomena betul, ramai yang suka tengok drama ni kan n ramai jugak yg jatuh hati dgn Zill Faezrul tuh kan hihi serta suka tengok wajah comel Armel Aisya tuh. Sentiasa trending drama ni. Apapun drama ni dah hbis smlm, dan aku berpuas hati dengan ending drama ni sbb takde tergantung n happy ending gitu. Dengar cerita Zul Ariffin dah dpt tawaran berlakon drama dlm slot akasia lgi yg tajuknya Istikharah Cinta kalau aku x silap. Apapun saya juga rindu awak 200% hehe nakk jugakk gitu.
Read More

30 Ogo 2014

ALS Ice Bucket Challenge By Bradley James & Katie McGrath (Arthur & Morgana) From Merlin

Sekarang ni memang ramai selebriti di seluruh dunia yang buat Ice Bucket Challenge. ALS Ice Bucket Challenge merupakan kempen untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Amyotrophic lateral sclerosis (ALS) di mana peserta harus menyiram sebaldi air berisi ais ke tubuhnya lalu mencalonkan 3 orang yang lain untuk melakukan perkara yang sama. Jika tidak dapat melakukannya, mereka harus menyumbangkan $100 ke yayasan ALS. Ia bertujuan untuk mengutip derma bagi membiayai pusat penyelidikan & mencari penawar utk penyakit ALS ni.

Tujuan menyimbah ais ke tubuh seseorang adalah kerana kesan yang kita rasai apabila sebaldi air berisi ais disimbah ke tubuh kita adalah sama dengan apa yang dirasai oleh pengidap penyakit ALS ini. ALS adalah sejenis penyakit yg mengganggu urat saraf di dalam otak dan saraf tunjang. Gangguan saraf ini kemudiannya akan menjadikan pesakit itu lumpuh dan akhirnya meninggal dunia.

So kat sini aku nak kongsikan video 2 selebriti yang buat cabaran ni iaitu Bradley James n Katie McGrath yang popular dengan watak mereka sebagai Arthur dan Morgana dalam drama siri Merlin suatu ketika dulu. Aku antara peminat siri Merlin tertunggu-tunggu gak bila lak Colin Morgan nak buat cabaran ni hehe atau die mmg x nak buat cabaran ni tambahan pulak die ni agak low profile gitu n busy dlm masa yg sama. Bradley James yang nominated Katie utk buat cabaran ni n Katie sahut cabaran tu tapi die buat berdua gitu bukan sorang2. Bradley x nominated Colin, mungkin x sampai hati agaknya nak kacau2 si Colin tu lagi..Apapun tetap rindu ngan diorang semua. Merlin, Arthur, Morgana, Gwen dll.. ;)
Photo: For ALS Donations visit:
http://www.alsa.org/donate/

or if you'd like to mix it up with your donations
https://donate.gosh.org/
http://www.wcrf-uk.org/
http://www.ageuk.org.uk/get-involved/...





Photo: Colin Morgan on the set of #Legend on the 14th August 2014 ( via - http://www.dailymail.co.uk/tvshowbiz/article-2724995/Tom-Hardy-looks-seriously-dapper-white-shirt-skinny-tie-black-trousers-set-Legend.html )
Colin Morgan (Merlin) yg busy shooting filem Legend skrg ni. (Colin Morgan on the set of #Legend on the 14th August 2014)
Read More

25 Ogo 2014

Ice Bucket Challenge Version Merlin

Ice Bucket Challenge! Lol 
Merlin and Arthur doing the ice bucket challenge before it was popular! LOL hehehee

Terjumpa gambar Merlin n Arthur ni kat FB, Adoiii x leh blah bila diorang kaitkan scene ni dengan Ice Bucket Challenge tu hihi. Tapi nampak cam sesuai gak haha..Scene ni masa season 2 or 3 lupa dah n time ni Arthur tengah benggang dengan Merlin n sengaja kenakan Merlin hehe sweet. Adeh rindu plak dengan cite Merlin ni. Rindu dengan Arthur n Merlin..
Read More

20 Ogo 2014

Kenangan Ketika Menonton Movie Beramai-ramai

Assalammualaikum..
Memang seronok menonton movie/drama secara beramai-ramai ni, walaupun dah pernah tengok cerita tu tapi bila tengok balik dengan kawan2 yg lain rasa lebih seronok. Feel die lain dari tengok sorang diri. Aku ingat lagi masa zaman sekolah dulu, kawan2 aku datang umah aku pas balik sekolah dengan lengkap beruniform sekolah hihihi pastu kami semua tengok VCD Filem Pontianak Menjerit. Walaupun umah aku lebih kecik dan x besar n selesa mcm umah diorang tpi semua enjoy dan happy jer. Bila masuk asrama, aku ingat lagi kiteorang ramai2 n kakak2 senior tercegat depan laptop dan menonton drama korea My Girl. Tengok secara online di Youtube sebab ada wireless kat asrama. Memang best time ni, bila ada adegan2 yg sweet dan kelakar semua pun menjerit-jerit n ckp sweetnyerrrr hehe.
Seterusnya masa kat umah sewa di KL, housemate and i ramai2 menonton filem Indonesia Ayat-Ayat Cinta. Siap guna 2 laptop gitu hihi. Feeling habis tengok filem ni. Jalan cerita dan lagu2 dlm filem ni semuanya best2. Memang enjoy dna happy dapat tengok ramai2 cite ni. Ikutkan banyak lagi movie yang kiteorang tengok ramai2 tapi ni jer yang paling aku ingat heehe.
Ni salah satu filem yang kiteorang enjoy tengok ramai2. VCD Kuch Kuch Hota Hai ni memang aku dah bawak siap2 dari umah lagi ke rumah sewa, ialah boring2 boleh tengok kan. So start waktu malam tu, kami start tengok filem korea yang kawan aku bawak dari kolej die, pas dah habis cerita tu kami sambung pulak tengok filem Korea yang kelakar yang ada dlm laptop aku dan menjelang tengah malam boleh lagi kami layan cite Kuch-Kuch Hota Hai. Siap pause laptop tu n gi solat subuh pas dah solat, kami sambung lagi tengok cite tu sampai habis. Wahh mmg rindu saat2 ni. Masa ni kami dah habis exam so kira celebrate puas2 dengan menonton segala cerita yg ada. Apapun memang rindu dgn kawan2.
Read More

18 Ogo 2014

Masih Mencari Template Blog Yang Sesuai

Assalammualaikum..
Agak tension juga mencari template blog yang sesuai dengan kehendak hati ini. Ikutkan memang dah berkenan dah dengan template blog yang sedia ada ni. Tapi ada masalah dari segi tarikh dan masa yang mana ianya tidak tertera di blog tpi tertera "Undefined". Dah cuba betulkan di setting tapi tetap muncul perkataan undefined kat sebelah kanan tuuuu..Ni yang x syok ni. Adeh!. Bila try template lain tak berkenan pula emmmm. Tengoklah kalau rajin nanti akan godek2 lagi blog ni dan cari template lain yang bersesuaian.
Read More

My Random Post