11 Sep 2014

Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Kenangan, Memori, Zaman Kanak - Kanak, Mengaji, Sekolah, Kawan, Permainan 90-an, Game, Surau, Nakal, Lawak,
Kenangan Lucu Zaman Kanak-Kanak

Masa aku kecil dulu, aku bersekolah waktu petang, jadi waktu pagi aku akan pergi mengaji. So ramai kawan - kawan satu sekolah aku, mengaji di tempat yang sama. Ustaz kami ini memang sangat baik, cool dan spoting, jarang nak marah - marah, cuma kadang - kadang, bila mood dia tak berapa okey baru dia marah, selalunya dia sporting saja. Masa waktu mengaji ini kami semua ada diberikan waktu rehat. Dalam waktu rehat inilah yang kami boleh pergi makan kalau nak makan atau pun nak bermain dengan kawan - lawan. Selalunya kami akan makan dulu kemudian bermain.

Macam - macam permainan yang kami main, batu serembanlah, main masak - masak, main lompat getah, main polis dan pencuri dan banyak lagi. Dalam game polis dan pencuri, budak perempuan akan main game ini bersama - sama dengan budak lelaki, kami semua sering berlari - lari di keliling surau. Kebiasaannya kami akan main masak - masak, kami kemudiannya akan berkumpul ramai - ramai untuk tentukan siapa yang akan jadi kakak pertama, kakak kedua, adik, mak semua. Belakang surau akan jadi tempat kami bermain, habislah segala daun-daun pokok kami ambil untuk dijadikan bahan memasak itu, buah - buah kecil yang ada di belakang surau pun kami ambil juga. Kemudian gate surau itu kami jadikan sebagai pintu rumah kami semua. Kemudian adik lelaki kawan aku yang masih kecil itu kami kahwinkan dia dengan budak lperempuan yang lagi kecik dari kami semua. Lepas itu bermulalah perarakan perkahwinan tu, siap duduk bersanding lagi. Daun - daun yang kami ambil itu kami baling - baling dan taburkan ke arah budak - budak kecil yang bersanding itu.

Sampailah ustaz jerit masuk semua, baru kami semua berhenti dan masuk semula ke surau. Lepas habis mengaji kami semua terus balik ke rumah sebab nak bersiap-siap untuk ke sekolah pula. Itu cerita masa mengaji di waktu pagi kan. Ini pula masa sekolah pagi dan mengaji di waktu petang. Masa ini dah besar sikit, maybe dalam darjah 4 atau 5, jadi dah tak main masak - masak semua ni. Lepas habis mengaji, kami semua dalam 4 hingga 5 orang suka masuk ke dalam surau di tingkat atas di bahagian tempat solat perempuan. Lepas itu kami duduk dekat situ dan sembang - sembang. Lagi pun waktu petang memang tak ramai orang dalam surau itu. Entah macam mana ustaz kami tu boleh tahu kami semua ada dalam surau tu, mungkin sebab kami bising jadi dia tahu ada orang dekat situ. Apa lagi ustaz tu suruh kami semua balik rumah masing - masing dan jangan bermain - main dalam surau tu dah.

Tapi kami semua jenis tak tahu nak serik, masih tetap curi - curi masuk ke dalam surau itu. Kadang - kadang bila dengar ustaz tu naik tangga surau, terus kami cepat - cepat sembunyi di belakang tirai besar.  Tapi ustaz itu tahu kami sembunyi disitu jadi mission tak begitu berjaya. Itu antara kenangan masa zaman kanak - kanak aku. Zaman sekarang ini, budak - budak asyik habiskan masa dengan bermain handphone masing - masing saja dah tak sama macam dulu.


1 ulasan:

My Random Post