31 Mac 2020

Sinopsis Telefilem Pemuja Rahsia (TV3)




Telefilem Pemuja Rahsia, Telemovie Pemuja Rahsia, Cerekarama Pemuja Rahsia, TV3, Pelakon Utama Telefilem Pemuja Rahsia,
Cerekarama Pemuja Rahsia TV3


Telefilem Pemuja Rahsia telah pun disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 28 March yang lalu. Antara pelakon telefilem Hun Haqeem, Intan Najuwa, Rita Rudaini, Haliza Misbun, Fiza Thomas dan ramai lagi. Selain itu telemovie Pemuja Rahsia ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Aku suka dengan jalam cerita telefilem ini sebab suspen dan siap ada plot twist gitu okey. Malah para pelakonnya juga best - best belaka. Bagi yang terlepas tengok telefilem ni, boleh baca sinopsis telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis Telefilem Pemuja Rahsia (TV3)

Mengisahkan Adam (Hun Haqeem) yang menjadi kegilaan ramai perempuan disebabkan wajahnya yang kacak. Dalam masa yang sama Hawa (Intan Najuwa) adalah salah seorang yang obses serta meminati Adam dalam diam. Hawa juga tinggal berjiran dengan Adam namun Hawa tidak berani nak menegur Adam sebaliknya hanya memerhatikan Adam dari jauh saja. Peristiwa gelap yang menimpa Hawa suatu masa dulu mempengaruhi sikap dan personaliti Hawa. Di mana Hawa menjadi pendiam dan gemar mengurung diri dalam bilik.
Telefilem Pemuja Rahsia, Telemovie Pemuja Rahsia, Cerekarama TV3, Pelakon Utama Telefilem Pemuja Rahsia,
Maksu (Rita Rudaini) yang merupakan mak saudara Hawa berasa risau melihat keadaan Hawa. Adam juga makin stress bila pensyarahnya (Haliza Misbun) turut menggodanya. Tak lama kemudian Hawa cuba memberanikan diri untuk menegur Adam dan Adam memberikan reaksi yang baik pada Hawa. Pada pertemuan seterusnya Hawa  berterus - terang pada Adam dan meluahkan rasa hatinya. Namun penjelasan Hawa telah membuatkan Adam menjadi marah. Dalam masa yang sama orang - orang yang cuba rapat dengan Adam diganggu dan dicederakan oleh seseorang yang tak dikenali. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca ini juga ➞ Resipi Ketam Masak Pedas Ala Thai
Read More

28 Mac 2020

Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai




Resepi, Recipe, Ketam, Masak Ketam, Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai,

Dekat Media Sosial memang ramai yang update status tentang masakan dan makanan. So hari ini aku nak share resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai. Mana tau kot - kot ada yang beli ketam tapi tak tau nak masak apa kan, jadi bolehlah try resepj ini kan. Apa pun gambar dan resepi di atas credit pada ownernya. Selama mencuba ya..




Resepi Ketam Masak Pedas Ala Thai

Bahan-bahan :-
-Ketam🦀
-1 Batang Serai (saya blend sekali dgn bwg)
-10 keping Daun limau purut
-Daun Ketumbar
-Cili api (saya tak guna pun)
-Bawang Merah blend
-Bawang Putih blend
-Halia blend
-Asam Keping
-2 Sudu Serbuk Kari
-3 Sudu Cili Giling
-2 Sudu Cili Thai (saya guna kiub tomyam maggi)
-Gula & Garam sedikit
Cara Memasak :-
-Rebus ketam
-Air rebusan ketam jangan buang, sebab nak diguna sebagai kuah nanti
-Panaskan minyak
-Masukkan bahan blend dan serai hingga naik bau
-Masukkan cili giling dan kari hingga pecah minyak, kemudian Paste cili thai.
-Dah pecah minyak masukkan Air rebusan ketam tadi ikut suka byk mana
-Masukkan asam keping, gula dan garam.
-Masukkan ketam, daun ketumbar dan daun limau purut.
-Dah mendidih, tutup api dan tutup periuk, biar bau dan rasa masakan tadi sebati
-Enjoyyy

Read More

25 Mac 2020

Buku Kuasai Bahasa Mandarin




Isi Kandungan Buku Kuasai Bahasa Mandarin

Buku Kuasai Bahasa Mandarin, Belajar Asas Bahasa Mandarin, Keistimewaan Buku Kuasai Bahasa Mandarin,

Buku Kuasai Bahasa Mandarin

Memperkenalkan Buku Kuasai Bahasa Mandarin yang khusus untuk kanak - kanak. Buku ini sesuai untuk anak - anak korang yang belajar di sekolah jenis kebangsaan cina yang menghadapi masalah untuk belajar asas bahasa Mandarin. Walaupun buku ini dikhususkan untuk kanak - kanak di sekolah rendah. Buku Kuasai Bahasa Mandarin ini juga sesuai untuk orang dewasa yang baru nak berjinak - jinak untuk belajar asas bahasa Mandarin. Pendek kata buku ini sesuai untuk semua orang, lebih eksklusif lagi buku ini tidak dijual dimana - mana kedai buku ya.




Mengapa ibu bapa perlu dapatkan buku Kuasai Bahasa Mandarin untuk anak-anak anda? 


1. Buku Kuasai Bahasa Mandarin Untuk Si Cilik ini diformulakan khas untuk kanak-kanak Malaysia berumur antara 6 tahun hingga 12 tahun.

2. Buku ini dapat membantu kanak-kanak yang TIADA ASAS BAHASA MANDARIN untuk mula belajar.

3. Menggunakan bahasa Melayu sebagai BAHASA PENYAMPAI di dalam buku ini merupakan satu kaedah yang berkesan untuk mereka mula belajar.

4. Buku ini mengandungi 17 BAB yang merangkumi pembelajaran asas seperti perkenalkan diri dalam Mandarin, suai kenal, ahli keluarga, warna, nombor dan banyak lagi topik menarik.

5. Sebagai daya penarik, buku ini juga mengandungi GAMBAR & ILUSTRASI BERWARNA khusus untuk menarik perhatian kanak-kanak supaya pembelajaran lebih menarik dan tidak bosan.

6. Setiap pembelian Buku Kuasai Bahasa Mandarin Untuk Si Cilik ini dapat PERCUMA satu kotak Flash Card Hidupan laut dalam bahasa Mandarin.

Kini anak-anak boleh belajar mandarin dengan mudah. Jom ibu ayah dapatkan sekarang. Buku ini tidak di jual di kedai. Hanya ada pada ejen yang sah sahaja.
Buku Pendidikan, Buku Kuasai Bahasa Mandarin, Mari Belajar Asas Bahasa Mandarin,
Harga

Harga RM39 
postage - RM 8 (Semenanjung Malaysia)
               - RM 12 (Sabah & Sarawak)
Berminat untuk membeli buku ini, whatsapp ye..
www.wasap.my/60177595992/BukuMandarin

Read More

16 Mac 2020

Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi




Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi, Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi, Drama Slot Akasia, TV3, Drama Adaptasi Novel, Novel Online, Aeril Zafrel, Nabila Razali,
Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi

Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Karya Eman Sufi telah pun diadaptasikan menjadi drama bersiri 28 episod yang kini tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Pelakon Aeril Zafrel dan Nabila Razali akan menjadi pelakon utama drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini. Antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Elly Mazlein, Raja Afiq, Hun Haqeem, Wanns Ahmad, Wanna Ali, Aidil Aziz, Doria, Sarah Hildebrand dan ramai lagi. Aeril Zafrel akan melakonkan watak Andika manakala Nabila Razali akan melakonkan watak sebagai Aira, Hun Haqeem sebagai Arjuna, Raja Afiq sebagai Reyhan, Elly Mazlein sebagai Mariam dan ramai lagi. 

Poster Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi, Drama Seindah Tujuh Warna Pelangi Lakonan Aeril Zafrel dan Nabila Razali, Drama Slot Akasia, TV3, Drama Adaptasi Novel,
Selain menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi ini secara online juga, tapi tak semua bablah ada kan, hanya beberapa bab sahaja, nak baca full novel sila beli dan dapatkan novel ini di pasaran okey. Nak baca novel ini secara online kan, caranya korang hanya perlu klik link di bawah ini okey. Selamat Membaca ye. Sebelum tu jom tengok sinopsis novel ini terlebih dahulu ye..




Sinopsis Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi



Setelah tiga tahun menghilangkan diri, Aira Tihani pulang ke kampung menjelang pernikahan abangnya, Reyhan. Pertemuan semula dengan ahli keluarga serta anak yang telah ditinggalkan merubat segala kerinduan kecuali pertemuan semula dengan bekas suaminya, Andika Iman! Kepulangannya itu menggamit semula kenangan yang cuba dilupakan. Sakitnya luka lama masih terasa!
“ Kau ni memang kejam kan? Kau tinggalkan dia tanpa tanya khabar. Hilang macam ditelan bumi dan sekarang kau tergamak muncul depan dia dan kenalkan diri kau Auntie Aira? Ibu jenis apa kau ni?”
– Andika
“ Bukan ke abang juga yang cakap dulu, lepas kita bercerai... abang dan Sofia bukan sesiapa lagi dalam hidup saya dan begitu sebaliknya... Jadi jangan tayang muka yang kononnya saya ni teruk dan abang tu baik sangat” – Aira
Sedar kesilapan diri yang menjadi punca runtuhnya rumahtangga yang dibina, Andika membuang rasa ego dan kembali memujuk . Sayangnya, tiada lagi ruang buatnya di hati Aira." Apa yang berlaku dulu tu tak boleh ke kita lupa saja. Kita balik macam dulu sebagai suami isteri.” – Andika
"Saya tak ada rasa cinta pada abang. Kalau masih ada pun, saya tak boleh maafkan perbuatan abang yang gunakan saya semata untuk capai impian dan cita-cita abang. Abang dah bakar hangus semua kepercayaan dan cinta yang saya berikan – Aira
Sehingga satu tragedi berlaku membuatkan segalanya berubah 360 darjah. Adakah tragedi yang menimpa Aira satu musibah ataupun hikmah? Apa yang pasti Andika menggunakan peluang yang ada untuk membetulkan kesilapan lama. 

⏩  Baca Online Novel Seindah Tujuh Warna Pelangi Bab 1 Hingga Bab 17 
Read More

15 Mac 2020

Sinopsis Telefilem Jerat (Cerekarama TV3)




telefilem jerat, telemovie jerat, cerekarama jerat, tv3, slot cerekarama, pelakon telefilem jerat, adam lee, mona allen, julia farhana marin,
Cerekarama Jerat TV3 Lakonan Adam Lee dan Mona Allen

Telefilem Jerat akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 14 Mac 2020 ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Jerat ini adalah Adam Lee, Mona Allen, Julia Farhana Marin, Nina Kho, Ridzuan Hashim, Lan Siro dan ramai lagi. Selain itu telemovie Jerat ini diarahkan oleh Sharidan Popeye dan diterbitkan oleh Electrovision Sdn Bhd. Nampak menarik telefilem Jerat ini kan, apa pun jom tengok sinopis ringkas telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Telefilem Jerat Lakonan Adam Lee dan Mona Allen (Cerekarama TV3)


Mengisahkan tiga sahabat Iris, Najihah dan Angie yang akrab atas dasar kerja. Iris, anggota polis berpangkat inspektor. Angie wartawan. Najihah pula peguam. Tiga kombinasi ini saling bekerjasama menyelesaikan banyak kes jenayah. Dalam masa yang sama, Iris sibuk membuat persiapan perkahwinananya dengan Faris seorang ahli perniagaan yang berjaya. Apa yang berlaku seterusnya?...

Jom Baca Ini juga ---> Buku Pendidikan Viral - Buku Kuasai Bahasa Mandarin

Read More


My Random Post