27 Ogo 2021

Drama Ali Alia Lakonan Fimie Don dan Erynne Erynna (Astro Prima)



Drama Ali Alia, Drama Astro Prima, Poster Drama Ali Alia, Info dan Sinopsis Drama Ali Alia, Drama Ali Alia Full Episode, Drama Ali Alia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ali Alia, Drama Baru Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad,

 Drama Ali Alia adalah drama terbaru di slot Tiara Astro Prima yang sudah mula disiarkan sejak 24 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Ali Alia ini adalah Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad, Rashid Jaafar, Sharifah Juairiah, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Jay Iswazir, Kodi Rasheed, Mior Hashim Manap, Izzy Reef dan ramai lagi. Dah besar dah Fimie Don dan Erynne Erynna ni, dulu diorang ni pelakon kanak - kanak, dari kecik dah berlakon ni. Berbalik pada drama Ali Alia ini, ianya mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Heykal Hanifah dan diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd.Wah nampak best kan drama ni, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ali Alia ini beserta sinopsisnya di bawah ini okey..

Fimie Don sebagai Ali
Erynne Erynna sebagai Alia
Rusdi Ramli sebagai Amir
Faezah Elai sebagai Mazni
Fahrin Ahmad sebagai Hanif
Usop Wilcha sebagai Dato Khalil
Sabrina Ali sebagai Shila
Faradhiya sebagai Diana
Sharifah Juairiah sebagai Maknah
Jay Iswazir sebagai Pian
Kodi Rasheed sebagai Zainal
Mior Hashim Manap sebagai Atok




Sinopsis Penuh Drama Ali Alia Lakonan Fimie Don dan Erynne Erynna (Astro Prima)

Memaparkan kisah kepincangan sebuah keluarga urban yang nampak mewah, hakikatnya mereka adalah sebuah keluarga yang ‘miskin’ dalam banyak perkara. Mazni dan Amir mempunyai sepasang anak kembar yang sudah remaja bernama Ali dan Alia. Ali dilahirkan normal, manakala Alia pula seorang remaja autistik. Autisme membuatkan Alia mengalami keterbatasan dalam banyak perkara, terutamanya kemampuan berkomunikasi. Mujur Alia mempunyai kembar,  Ali, yang mampu memahami ‘percakapan’nya dengan baik, membuatkan Alia tidak boleh berjauhan dari Ali. Akibatnya, Ali terpaksa menjalani homeschooling bagi memudahkan kehidupan Alia yang bergantung padanya. Tapi Ali, tidak pernah mengeluh. Dia tahu, sebagai ‘abang’ dia harus bertanggungjawab dan memahami keperluan kembarnya yang autism. 
Drama Ali Alia, Drama Astro Prima, Poster Drama Ali Alia, Info dan Sinopsis Drama Ali Alia, Drama Ali Alia Full Episode, Drama Ali Alia Cast, Pelakon - Pelakon Drama Ali Alia, Drama Baru Fimie Don, Erynne Erynna, Rusdi Ramli, Faezah Elai, Faradhiya, Fahrin Ahmad,
Pada masa yang sama, ibu bapa mereka Mazni dan Amir juga mempunyai dilema mereka yang tersendiri. Mazni yang berjawatan tinggi dan disegani dalam sektor korporat, sudah tidak sanggup untuk terus meikul tanggungjawab sebagai breadwinner dalam keluarga. Manakala Amir pula semakin hari semakin hilang keyakinan diri apabila perniagaan yang telah dua tahun diusahakannya tidak membuahkan hasil. Segala permasalahan yang berlaku dalam keluarga ini menyebabkan pada suatu hari, Ali mengambil keputusan drastik untuk lari dari rumah dan membawa Bersama adiknya Alia. Namun dunia luar tidaklah seindah yang disangka, tambahan pula untuk insan autisme.


Read More

26 Ogo 2021

Drama Anak Sena Episod 1 Hingga 8 Lakonan Ben Amir Di TV3



Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,

Drama Anak Sena adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hello Jangan Tapau Cintaku yang telah tamat episodnya. Drama Anak Sena ini hanya mempunyai 8 episod saja dan mula bersiaran sejak 26 Ogos yang lalu, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon - pelakon drama Anak Sena ini adalah Ben Amir, Hadi Putra, Ruzaidi Abdul Rahman, Farah Ahmad, Nadia Aqilah, Shasha Abedul, Danish Zamri, Lan Siro, Bazruzainizam, Norshahira Malik dan ramai lagi. Selain itu drama Anak Sena ini diarahkan oleh Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jalan ceritanya unik dan lain dari yang lain. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Anak Sena ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Ben Amir sebagai Cikgu Amir
Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Tok Sena
Hadi Putra sebagai Wadi
Farah Ahmad sebagai Kiambang
Nadia Aqilah sebagai Kuntum
Shasha Abedul sebagai Fatin 
Lan Siro sebagai Jati
Norshahira Malik sebagai Amira
Danish Iskandar sebagai Karim




Sinopsis Drama Anak Sena Lakonan Ben Amir di Slot Lestary TV3

Mengisahkan tentang Sena, tok batin keturunan orang asli yang tinggal di pedalaman hutan. Sebagai ketua kampung, selain mempelajari ilmu hutan, Sena mahukan keturunannya bersekolah dan berpendidikan. Impiannya untuk melihat anak orang asli berjaya dan dia cuba membuktikannya melalui anaknya Wadi. Setiap hari Sena akan memandu bot membawa anaknya dan sejumlah murid-murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling ke sekolah. Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan untuk memburu binatang dan mencari makanan, tumbuhan, akar kayu, rotan dan belajar ilmu hutan.  Bagi Sena, anak-anaknya dan anak anak orang asli di bawah jagaannya perlu mendapat ‘ilmu hutan’ dan ‘ilmu sekolah’. 
Drama Anak Sena, Drama Slot Lestary TV3, Pelakon - Pelakon Drama Anak Sena, Drama Anak Sena Full Episode, Poster Drama Anak Sena, Info dan Sinopsis Drama Anak Sena, Drama Baru Ben Amir,
Cikgu Amir merupakan guru baharu di sekolah tempat Wadi bersekolah. Cikgu Amir rasa tercabar dengan sikap Wadi yang sambil lewa dan tidak berminat dalam pelajaran. Namun minat dan bakat Wadi terhadap bola sepak berjaya mengubahnya. Namun, selepas berlakunya insiden salah faham dengan Cikgu Amir, Wadi tidak mahu pergi ke sekolah lagi. Setelah dipaksa oleh Sena, Wadi berpura-pura pergi ke sekolah sehinggalah terjadinya insiden yang mengakibatkan dia bertindak melarikan diri dari rumah. Kehilangannya merisaukan Sena dan ibunya Kiambang sehinggalah Sena nekad untuk mencarinya. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

24 Ogo 2021

Drama Ghaib Episod 1 Hingga 10 Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3)



Drama Ghaib, Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3), Drama Ghaib TV3, Info dan Sinopsis Drama Ghaib TV3,

Drama Ghaib ini merupakan siri original Tonton yang dah pun disiarkan pada tahun 2018 dan adalah adaptasi daripada novel ‘Projek Seram Terowong’. Kini drama 10 episod ini tengah disiarkan di TV3 bermula 10 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam. Antara pelakon drama Ghaib ini adalah Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ng Ken Kin dan diterbitkan oleh Orangtree Production. Nampak menarik kan drama yang bergenre seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ghaib ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Shukri Yahaya sebagai Detektif Reza
Siti Elizad sebagai Detektif Anita
Scha Elinnea sebagai Mimie
Eyka Farhana sebagai Jessica
Qara Lyana sebagai Suzi
Erynne Erynna sebagai Nina
Joanna Bessey sebagai Puan Mourice
Neera Azizi sebagai Kharisma
Ramli Saleh sebagai Pak Din




Sinopsis Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3)

Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona. Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut. Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej. Mimie, Jessica, Nina and Suzi memasuki terowong malam itu. 
Drama Ghaib, Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3), Drama Ghaib TV3, Info dan Sinopsis Drama Ghaib TV3
Mereka menyeru roh yang menghuni terowong itu. Jessica yang mulanya tidak senang dengan rancangan itu mula merasa resah. Di hujung telinga kedengaran suara perempuan mengilai, masing - masing mula cuak dan takut. Tiba - tiba hantu Mona muncul di belakang Mimie tiada badan hanya kepala dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari terowong dan kemudian mereka tersedar Mimie tidak bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan untuk menyiasat kehilangan Mimie namun tidak percaya dengan teori Hantu Mona. Setiap inci terowong itu diperiksa dengan teliti tetapi tidak membawa apa - apa hasil. Mimie masih belum ditemui dan tiada siapa yang membuat tuntutan wang tebusan. Jessica pula pengsan di asrama kerana ternampak Hantu Mona tanpa badan. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

23 Ogo 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Cik Ayu Mee Sanggul



Episod Akhir Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Ending Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Cik Ayu Mee Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Mee Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,

Diam tak diam dah nak habis dah drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, Isnin ni akan disiarkan episod 16 yang merupakan episod akhir drama Cik Ayu Mee Sanggul ni. Aku suka juga dengan gandingan Aqasha dan Amelia Henderson ni, gandingan yang fresh gitu. Lepas settle isu Mastura tu yang kena reject dengan Akhtar tu, kehidupan Ayu dan Akhtar mula bahagia, ini ditambah lagi bila Ayu mengandung. Manakala Akhtar pula dah ada business sendiri dibantu oleh Ayu manakala pengacau hidup Ayu iaitu Razak dah insaf akhirnya lepas dibelasah teruk. Rizman pula dah move on dari Ayu, dia kini bercinta dengan Zaza pula yang merupakan orang kanan Ayu. 




Namun konflik serius mula berlaku bila anak kesayangan mereka iaitu Uwais sakit teruk. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bekas isteri Akhtar iaitu Farhana lakonan Dynas Mokhtar yang tiba - tiba muncul di situasi genting dimana Farhana ingin menjaga dan mengambil Uwais daripada Akhtar. So apa yang berlaku seterusnya? Korang rasa macam mana dengan ending drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, adakah happy ending? atau sad ending?. Tapi mesti happy ending kan, aku rasa Uwais tu mesti akan sembuh manakala Farhana tu mungkin akan back off atau pun diorang akan kongsi hak penjagaan Uwais tu. Apa pun nanti aku update lain okey..


Read More

22 Ogo 2021

Drama Langkah Terakhir Episod 1 Hingga 26 Lakonan Husna Mustaffa dan Syazwan Zulkifli



Drama Langkah Terakhir, Drama Langkah Terakhir Siaran TV Okey, Drama TV Okey, Info dan Sinopsis Drama Langkah Terakhir, Drama Langkah Terakhir Full Episod, Langkah Terakhir Cast, Pelakon - Pelakon Drama Langkah Terakhir, Husna Mustaffa, Syazwan Zulkifli, Halim Radzi, Mardiana Alwi,

Drama Langkah Terakhir adalah drama terbaru di TV Okey yang disiarkan pada setiap hari, jam 12 tengah malam dan mempunyai 26 episod. Drama ini sudah mula ditayangkan pada 9 Ogos 2021 yang lalu dan episod akhir drama Langkah Terakhir ini akan disiarkan pada 3 September 2021 ini. Antara pelakon drama Langkah Terakhir ini adalah Husna Mustaffa, Syazwan Zulkifli, Halim Radzi, Mardiana Alwi, Azhan Rani, Jalaludin Hassan, Zamarul Hisham, Jasper Supayah dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Rosdi Md Dali dan diterbitkan oleh NHF Productions Sdn Bhd. Nampak menarik drama ini kan, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Langkah Terakhir ini beserta sinopsis ringkas drama ini di bawah ye..

Husna Mustaffa sebagai Aisyah
Syazwan Zulkifli sebagai Jefri / Johan
Halim Radzi sebagai Insp Halim
Mardiana Alwi sebagai Insp Diana
Jasper Supayah sebagai Sheela




Sinopsis Drama Langkah Terakhir Lakonan Husna Mustaffa dan Syazwan Zulkifli (TV Okey)

Mengisahkan penderitaan yang dilalui oleh seorang pelajar universiti akibat diperkosa oleh rakan sekuliahnya. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / Runut Bunyi / OST Drama Langkah Terakhir
👄 Semalam nyanyian Aina Abdul
👄 Salahku nyanyian Yonnyboii


Read More

20 Ogo 2021

Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa - (Awesome TV)



Drama Penghulu Interim, Drama Penghulu Interim Siaran Awesome TV, Drama Penghulu Interim Full Episode, Poster Drama Penghulu Interim, Info dan Sinopsis Drama Penghulu Interim, Penghulu Interim Cast, Pelakon - Pelakon Drama Penghulu Interim, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Roy Azman, Dayang Areeda, Issey, Drama Awesome TV,

Drama Penghulu Interim sudah mula bersiaran di Awesome TV iaitu saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV bermula 31 Julai yang lalu dan mempunyai 24 episod. Antara pelakon drama Penghulu Interim ini adalah Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin, Effa, Nizam Kama, Qazem Nor, Dayang Areeda, Azri Husni, Rayza Mukmin, Mat Over, Ebby Yus, Chemat Raja Lawak, Izzy Reef dan ramai lagi. Drama Penghulu Interim ini disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Awesome TV. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Red Bean Productions. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Penghulu Interim ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Beto Kusyairy sebagai Borhan 
Nadiya Nisaa sebagai Izzah
Roy Azman sebagai Kassim
Issey Fazlisham sebagai Zul Speaker
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Abu
Mat Over sebagai Pak Din 
Ebby Yus sebagai YB Seman 
Qazem Nor sebagai Ustaz Nizam 
Dayang Areeda sebagai Ayuu Jasmin
Natasha Charmaine sebagai Siti Gomen 
Zalfa Zin sebagai Tina 
Effa sebagai Aznah Tiger 
Nizam Kama sebagai Pepol 
Izzy Reef sebagai Ijam 




Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa - Awesome TV

Kisah masyarakat bandar yang tinggal di kawasan apartment. Borhan (Beto) seorang technician kilang bersama isterinya Izzah (Nadiya Nisa) seorang nurse hospital kerajaan yang mengalami krisis rumahtangga, sementara Borhan baru dilantik sebagai Pengerusi JKK baru tempat itu menggantikan Pak Ladin yang koma pasal banyak sangat hisap rokok. Borhan dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujur ada Pak Abu Pencen (Rosli Rahman Adam) selaku bendahari JKK. 

Sinopsis Episod 1 Drama Penghulu Interim
Ahli JKK kemudiannya bermesyuarat tentang hal pengurusan rumah pangsa memandang keadaan Pak Ladin yang sedang koma di hospital dan beliau merupakan Pengerusi JKK. Mereka perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan acara Malam Muhibbah yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Masing-masing memberi alasan untuk menolak jawatan tersebut dan mereka akhirnya bersetuju mencadangkan Borhan yang ketika itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.

Sinopsis Episod 2
Borhan yang mula melakukan tugasan sebagai pemimpin telah terkejut selepas dimaklumkan berkaitan masalah kewangan. Beliau harus bertindak dengan segera memandangkan acara Malam Muhibbah sudah semakin hampir. Beliau mendapat idea dengan mengadakan kutipan derma daripada penduduk dan juga menjual ‘burger’ untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut nanti.

Sinopsis Episod 3
Kassim tidak berpuas hati dengan perlantikan Borhan dan bukannya beliau yang sedang memegang jawatan Timbalan Pengerusi JKK. Kassim cuba menghasut Zul untuk bersekongkol dengannya menyingkirkan Borhan dari jawatan baharunya yang dilantik oleh YB Manan.

Sinopsis Episod 4
Kassim meneruskan kempen tanda tangan petisyennya dengan memburukkan Borhan di kalangan penduduk. Semakin ramai penduduk termakan dengan hasutan Kassim. Beliau sentiasa memarahi dan menyalahkan Borhan setiap kali terserempak dengannya. Kassim berang apabila rumahnya telah dipecah masuk pencuri dan beliau mula menyalahkan Borhan tentang isu keselamatan di kawasan rumah pangsa mereka.
Drama Penghulu Interim, Drama Penghulu Interim Siaran Awesome TV, Drama Penghulu Interim Full Episode, Poster Drama Penghulu Interim, Info dan Sinopsis Drama Penghulu Interim, Penghulu Interim Cast, Pelakon - Pelakon Drama Penghulu Interim, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Roy Azman, Dayang Areeda, Issey, Drama Awesome TV,
Sinopsis Episod 5 Drama Penghulu Interim
Kassim dan Zul terkejut selepas melihat jumlah kasut yang banyak sebaik sahaja mereka masuk ke rumah Saparuddin. Mereka segera menahan Saparuddin dan mula memukul beliau dengan andaian kasut tersebut merupakan kasut yang hilang milik penduduk rumah pangsa. Pak Abu bergegas memaklumkan pada Borhan tentang insiden tersebut.

Sinopsis Episod 6 Drama Penghulu Interim
Borhan berasa hairan apabila terserempak dengan Kassim yang sedang mengutip derma di kawasan rumah pangsa bagi pihak Ustaz Nizam. Borhan teringat yang Ustaz Nizam sudah pun mengadakan kutipan derma pada minggu lepas untuk pembinaan surau.

Sinopsis Episod 7 Drama Penghulu Interim
Borhan segera pergi ke atas bangunan dan mendapati ada seorang gadis sedang berdiri hendak terjun ke bawah. Borhan mengatur rancangan untuk menyelamatkan gadis tersebut.

Sinopsis Episod 8 Drama Penghulu Interim
Rakan Baik Borhan, Pepol kini sedang hebat dilamun cinta dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet. Dia mula pakai smart-smart dan bergaya.

Tonton Online Drama Penghulu Interim Full Episode
Selain di TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di website Awesome TV juga iaitu di www.awesometv.my



Read More

18 Ogo 2021

Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Poster Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Adaptasi Novel,
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 Lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana Di Slot Lestary TV3

Drama Hello Jangan Tapau Cintaku sudah mula bersiaran sejak 4 Ogos yang lalu iaitu setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di slot Lestary TV3. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ayahanda yang telah tamat episodnya. Drama ini mempunyai 13 episod dan merupakan adaptasi daripada Novel Hello Jangan Tapau Cintaku karya Hasreeyati Ramli. Drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini dibintangi oleh Nafiz Muaz, Elisya Sandha, Eyka Farhana, Syerinie Myra, Lisdawati, Azri Iskandar, Amyza Aznan, Dynas Mokhtar, Sefik Khair, Mak Wan, Badrul Muhayat, Mieza Edora, Cahaya Nilam, Raden Zaharatul, Natasha Hamzah, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Mache All Star United. Nampak best kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hello Jangan Tapau Cintaku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini.

Nafiz Muaz sebagai Ash Fayyad
Elisya Sandha sebagai Ain Dheya
Eyka Farhana sebagai Anne Dayana
Syerinie Myra sebagai Alia
Lisdawati sebagai Mak Jah
Azri Iskandar sebagai Pak Long Asmadi
Amyza Aznan sebagai Mak Long Midah
Dynas Mokhtar sebagai Puan Anisa
Sefik Khair sebagai Hakim
Cahaya Nilam sebagai Masniza
Mak Wan sebagai Mak Ros
Badrul Muhayat sebagai Tuan Daren 
Mieza Edora sebagai Aira
Ikhwan Khairudin sebagai Reez




Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Lakonan Nafiz Muaz, Elisya Sandha dan Eyka Farhana Di Slot Lestary TV3

Mengisahkan Ain Dheya yang baru mula bekerja di sebuah syarikat terkemuka di ibu kota. Berasal dari keluarga yang susah, Ain Dheya belajar cara hidup sederhana dan berjimat cermat. Dikenali dengan panggilan ‘Minah Tapau’, Ain tidak kisah pandangan orang lain, yang paling penting dia tidak suka membazir. Niat utamanya ialah meringankan beban ibunya, Mak Jah di kampung. Pak Long Asmadi mula berhasrat untuk menjual tanah yang sebahagiannya adalah tapak rumah yang didiami Mak Jah anak beranak. Oleh itu Pak Long meminta mereka membayar hutang sewa tanah dengan nilai 30 ribu ringgit  dalam masa dua bulan. Ain mula mengenali perangai bosnya, Ash Fayyad, seorang anak hartawan yang pemboros, suka menyakitkan hati orang di sekelilingnya dan sombong. Apabila Ash Fayyad menawarkan gaji bulanan sebanyak 5 ribu kepada sesiapa sahaja yang sanggup menjaga dan mengurus adik perempuannya yang berkerusi roda, Ain Dheya yang pada waktu itu sangat terdesak memerlukan duit untuk membayar hutang sewa tanah orang tuanya menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang.
Baginya dengan gaji yang akan diperolehi nanti bolehlah dia melunaskan hutang sewa tanah Pak Longnya walaupun secara ansur-ansur. Apa yang berlaku seterusnya?.. 
Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Poster Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Slot Lestary TV3, Info dan Sinopsis Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Hello Jangan Tapau Cintaku, Drama Baru Nafiz Muaz, Drama Baru Eyka Farhana, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Adaptasi Novel,
Lagu Tema / OST Drama Hello Jangan Tapau Cintaku
💟 Hello nyanyian Farisha Irish

Tonton Drama Hello Jangan Tapau Cintaku Episod 1 Hingga 13 (Akhir) Full Episode
Selain menonton drama ini di kaca TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di aplikasi iQiyi iaitu 👉 Disini..

Read More

Drama Shah Alam 40000 Episod 1 Hingga Episod 28 Di Slot Akasia TV3



Drama Shah Alam 40000, Info dan Sinopsis Drama Shah Alam 40000, Poster Drama Shah Alam 40000, Pelakon - Pelakon Drama Shah Alam 40000, Drama Shah Alam 40000 Full Episode, Drama Baru Umie Aida, Drama Baru Rita Rudaini, Drama TV3,

Drama Shah Alam 40000 adalah drama terbaru di slot Akasia yang disiarkan bagi menggantikan Drama Hatimu Sedingin Salju lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose. Drama ini sudah terlebih dahulu ditayangkan secara eksklusif di platform iQiyi dan kini ianya disiarkan di slot Akasia, TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam bermula 3 Ogos yang lalu. Antara pelakon drama Shah Alam 40000 ini adalah Umie Aida, Rita Rudaini, Anna Jobling, Arash Mohd, Aedy Ashraf, Fadlan Hazim, Aleza Shadan, Awie Dean, Malek Mccrone, Syeera Aziz, Jabir Meftah, Zailin Aqeesha, Danish Iskandar, Afifah Nasir dan ramai lagi. Selain itu drama Shah Alam 40000 ini mempunyai 28 episod dan diarahkan oleh Isma Yusoof serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Shah Alam 40000 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini ye..

Umie Aida sebagai Datin Azalina
Rita Rudaini sebagai Datin Rose
Anna Jobling sebagai Shafinaz Mckenzie
Arash Mohd sebagai Datuk Anuar
Shah Rezza sebagai Datuk Sri Yahya
Aedy Ashraf sebagai Daniel
Jabir Meftah sebagai Akiff
Danish Iskandar sebagai Fatah
Zailin Aqeesha sebagai Arisa
Fadlan Hazim sebagai Chef Kush
Syeera Aziz sebagai Puteri
Farah Nadiah sebagai Florence Juni Anuar
Malek Mccrone sebagai Han
Aleza Shadan sebagai Jue 




Sinopsis Penuh Drama Shah Alam 40000 Lakonan Umie Aida, Rita Rudaini dan Anna Jobling Di Slot Akasia TV3

Menceritakan tentang situasi kejiranan golongan atasan di Shah Alam yang didiami oleh tiga wanita terkemuka iaitu Datin Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz Mckenzie. Masing-masing menyimpan rahsia tersendiri sehinggalah ia terbongkar dan menyebabkan berlakunya insiden yang tidak diingini. Adakah persahabatan mereka semakin akrab atau sebaliknya. Puan Sri Azlina, Datin Rose dan Tengku Shafinaz adalah tiga wanita yang kaya and terkemuka. Mereka tinggal di sebuah kawan perumahan yang sama di Shah Alam dan masing-masing mempunyai rahsia tersendiri. Untuk melindungi rahsia mereka, mereka sentiasa berkumpul bersama dan merancang macam mana nak selamat dari rahsia tersebut dibongkarkan. Persahabatan mereka diancam apabila mereka ingin memulakan perniagaan bersama. Apa yang berlaku seterusnya?..

Runut Bunyi / Lagu Tema / OST Drama Shah Alam 40000
💖 Siapa Tak Mahu nyanyian Dato Sri Siti Nurhaliza 
💖 Caramu nyanyian FML feat Shahida Supian 
💖 300 Saat nyanyian Bunga & Amzar
💖 Terlalu Mudah nyanyian Hannah Delisha 
💖 Menanti nyanyian Adam Izzy feat Mimifly

Tonton Drama Shah Alam 40000 Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode)
Korang boleh menonton drama ini di slot Akasia TV3 dan juga tonton online di aplikasi iQiyi.

⏩⏩ Drama Cik Ayu Me Sanggul Lakonan Aqasha dan Amelia Henderson (Astro Ria)

Read More

16 Ogo 2021

Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26 (Full Episode) Lakonan Adam Lee dan Ruhainies (TV2)



Drama Kanvas, Novel Kanvas Karya Ayumi, Drama Kanvas TV2, Info dan Sinopsis Drama Kanvas, Tonton Drama Kanvas, Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26, Episod Akhir Drama Kanvas, Pelakon - Pelakon Drama Kanvas, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Ruhainies,

Drama Kanvas lakonan Adam Lee dan Ruhainies adalah drama terbaru di TV2 yang disiarkan setiap hari Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Ayat - Ayat Halal lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa yang telah tamat epsiodnya. Antara pelakon drama Kanvas ini adalah Adam Lee, Ruhainies, Ika Nabella, Dato Sri Eizlan Yusof, Emelda Rosemila, Yuna Rahim, Fazlina Ahmad Daud, Zarynn Min dan ramai lagi. Selain itu drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Kanvas karya Ayumi Syafiqah. Drama Kanvas yang bergenre thriller romantik ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Amirul Fadhli serta diterbitkan oleh Nusantara Seni Karya Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama adaptasi novel Kanvas ini, jadi jom tengok sinopsis penuh drama Kanvas di bawah ini okey.




Sinopsis Drama Kanvas Lakonan Adam Lee dan Ruhainies 
(TV2)

Ed, Lisa, Kara dan Zea merupakan pelajar di sebuah universiti. Personaliti Ed (Adam Lee) yang agak pelik dan misteri membuatkan Lisa (Ika Nabella) Zea (Yuna Rahim) dan Kara (Ruhainies) tidak sukakannya. Ed gemar melukis terutamanya lukisan komik yang bergenre thriller pembunuhan dan sering menyendiri untuk mencari ilham. Ed juga mencuba nasib dengan menghantar karyanya itu ke syarikat penerbitan. Malangnya karya komiknya itu ditolak dan dikatakan tidak asli kerana meniru kes pembunuhan yang dilaporkan di akhbar dan juga TV. Awalnya Ed tidak begitu mempedulikan tentang persamaan komiknya dengan kes - kes pembunuhan yang berlalu, baginya itu semua hanya kebetulan. Namun setelah menyaksikan sendiri apa yang dilukisnya menjadi realiti, membuatkan Ed terkejut dan tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Manakala Kara pula merupakan anak orang kaya yang mempunyai hidup sempurna, lengkap segalanya Namun, segalanya musnah kerana sebuah tragedi. Tragedi yang buat dunia Kara dan Ed bertembung. Kara menjadi suspek utama pembunuhan teman lelakinya dan sejak itu semuanya berubah, kawan baiknya mula menjauhkan diri serta dipandang serong oleh semua orang. Hanya Ed yang mempercayai Kara dan buatkan mereka berdua menajdi rapat dan bekerjasama untuk mencari motif dan pembunuh sebenar. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah Ed dan Kara menyelesaikan segala misteri?.

Lagu Tema / OST Drama Kanvas TV2
👄👄 Sembah nyanyian Naim Daniel

Tonton Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26 (Full Episode) Lakonan Adam Lee dan Ruhainies TV2 disini 👉 RTMKLIK

Read More

Online Novel dan Tonton Drama Dia Random Guy



Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,

Drama Dia Random Guy lakonan Afiq Muiz dan Tania Hudson sudah pernah disiarkan di TV Okey pada tahun lepas, kini ianya diulangsiar semula di tv2, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang. Antara pelakon drama Dia Random Guy ini adalah Tania Hudson, Afiq Muiz, Nazim Othman, Wilma Muhammad, Elanie, Nadhira, Nurul Sofia dan ramai lagi. Tania Hudson akan melakonkan watak sebagai Alina Suffiya manakala Afiq Muiz sebagai Zariel Amzar. Drama 20 episod ini diarahkan oleh MP Roslin dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Dia Random Guy karya Farah Husain. Nampak menarik kan drama ni, jadi jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.




Sinopsis Drama Dia Random Guy

Pertemuan pertama Amzar dan Alina hanyalah kerana salah faham. Alina yang tak mahu digelar 'loser' sebab masih belum berteman di kala umur sudah menjejak 30-an, pantas menarik lengan Amzar yang kebetulan berada di situ untuk diperkenalkan sebagai tunangannya bagi mengelak daripada menjadi mangsa sindiran Zufa, musuh tradisinya sejak zaman persekolahan. Hidup Amzar menjadi huru-hara selepas tercetusnya kisah tunangan segera itu. Bagaikan sudah tersurat, selepas peristiwa itu mereka dipertemukan pula di tempat kerja Alina dan Amzar diperkenalkan sebagai bakal majikan barunya. 
Drama Dia Random Guy, Novel Dia Random Guy, Drama Adaptasi Novel, Baca Online Novel Dia Random Guy, Sinopsis Drama Dia Random Guy, Pelakon - Pelakon Drama Dia Random Guy, Drama Baru Tania Hudson, Drama Baru Afiq Muiz, Drama Dia Random Guy Full Episode,
Amzar menggunakan peluangnya untuk membalas rasa sakit hatinya pada Alina sehingga Alina dibuang kerja dengan alasan untuk mengurangkan beban kewangan syarikat. Pertemuan Alina dengan Zafril, abang kepada Amzar membawa kisah Amzar dan Alina ke fasa yang lain. Daripada perasaan benci kepada sebaliknya. Bunga-bunga dalam hati mula berkembang tapi tiba-tiba datang pula gangguan daripada Hairi, bekas teman lelaki Alina yang pernah mencoret luka dalam hidup Alina. Gangguan demi gangguan dari Hairi dan juga bekas isteri Hairi membuatkan Amzar mengambil kesempatan untuk mengikat Alina dengan syarat.

Lagu Tema / OST Drama Dia Random Guy
💘 Cinta Kasih nyanyian Mila dan Nubhan

Tonton Drama Dia Random Guy Full Episode
Jadi sambil - sambil tengok drama Dia Random Guy di tv2 tu, korang boleh tonton drama Dia Random Guy ini disini 👉 RTM KLIK

Selain tengok drama Dia Random Guy di kaca TV, korang juga boleh baca Novel Dia Random Guy ini secara online iaitu dari Bab 1 hingga Bab 8 disini 👉 Baca Online Novel Dia Random Guy


Read More


My Random Post