2 Ogo 2021

Episod Akhir dan Ending Drama Ayat - Ayat Halal



Drama Ayat - Ayat Halal, Episod Akhir Drama Ayat - Ayat Halal, Ending Drama Ayat - Ayat Halal, Sinopsis Episod Akhir Drama Ayat - Ayat Halal,

Episod Akhir dan Ending Drama Ayat - Ayat Halal (TV2)

Drama Ayat - Ayat Halal dah nak melabuhkan tirainya dah. Episod Akhir Drama Ayat - Ayat Halal iaitu episod ke 26 akan disiarkan di Tv2, jam 8 malam ini. Sejujurnya aku suka dengan drama ni, para pelakon pun best, drama ni genre romantik komedi + islamik sikit. So memang bestlah, hero dna heroin tak perlu nak bersentuhan pun, cukup dengan dialog dan lakonan dah berjaya buat drama ni menarik. Kadang - kadang aku tergelak juga bila tengok drama ni, sebab jalan ceritanya sangat santai dan lawak. Syok gak tengok gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa ni. Berbalik pada episod akhir drama ini, Ebrahim (Amar Baharinl) dan Ulya (Nadiya Nisaa) dah sama - sama suka dan dah bertunang pun. 




Cuma Ebrahim perlu berterus - terang tentang masa silamnya pada Ulya. Dimana dia perlu memberitahu Ulya bahawa dia pernah bercinta dan bertunang dengan Murni (Mia Nasir) yang juga sepupu pada Ulya. Murni juga menyuruh Ulya untuk menyiasat siapa bekas tunang Ebrahim sebelum ini, kerana Murni tak sampai hati nak buka rahsia pada Ulya. Setelah Ulya mengetahui kebenaran, dia agak sukar untuk menerimanya kerana dia dan Murni agak rapat. Malah Murni juga masih berharap dapat kembali pada Ebrahim Apa yang berlalu seterusnya? Tapi rasanya ending drama Ayat - Ayat Halal ni mestilah happy ending kan hehe.

Update!!

Tak leh blah dengan Murni, dia macam jealous tengok Ulya bertunang dengan Ebrahim, pastu siap bagi harapan kat Rizal suruh Rizal masuk meminang dirinya. So Rizal ingat Murni dah boleh terima diri dia dan dia pun hantarlah rombongan meminang. Pastu Murni reject plak, adoiiyai kesian Rizal. Kawan baik Eb iaitu si Mon pun kecewa juga bila lamaran dia pada anak Mak Jah Frozen kena tolak juga oleh Mak Jah. So cuma Eb dengan Ulya jela yang happy ending hehe.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Shah Alam 40000 Episod 1 Hingga Episod 28 (Full Episode) Lakonan Umie Aida, Rita Rudaini dan Anna Jobling Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Kanvas Episod 1 Hingga 26 (Full Episode) Lakonan Adam Lee dan Ruhainies (TV2)

1 ulasan:

  1. Ahh jam 8 sebenarnya. Kita baru nampak pagi punya. Mungkin siaran ulangan kot. Hehe

    BalasPadam



My Random Post