Diam tak diam dah nak habis dah drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, Isnin ni akan disiarkan episod 16 yang merupakan episod akhir drama Cik Ayu Mee Sanggul ni. Aku suka juga dengan gandingan Aqasha dan Amelia Henderson ni, gandingan yang fresh gitu. Lepas settle isu Mastura tu yang kena reject dengan Akhtar tu, kehidupan Ayu dan Akhtar mula bahagia, ini ditambah lagi bila Ayu mengandung. Manakala Akhtar pula dah ada business sendiri dibantu oleh Ayu manakala pengacau hidup Ayu iaitu Razak dah insaf akhirnya lepas dibelasah teruk. Rizman pula dah move on dari Ayu, dia kini bercinta dengan Zaza pula yang merupakan orang kanan Ayu.
Namun konflik serius mula berlaku bila anak kesayangan mereka iaitu Uwais sakit teruk. Ini ditambah lagi dengan kehadiran bekas isteri Akhtar iaitu Farhana lakonan Dynas Mokhtar yang tiba - tiba muncul di situasi genting dimana Farhana ingin menjaga dan mengambil Uwais daripada Akhtar. So apa yang berlaku seterusnya? Korang rasa macam mana dengan ending drama Cik Ayu Mee Sanggul ini, adakah happy ending? atau sad ending?. Tapi mesti happy ending kan, aku rasa Uwais tu mesti akan sembuh manakala Farhana tu mungkin akan back off atau pun diorang akan kongsi hak penjagaan Uwais tu. Apa pun nanti aku update lain okey..
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Langkah Terakhir Episod 1 Hingga 26 Lakonan Husna Mustaffa dan Syazwan Zulkifli (TV Okey)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan