20 Ogo 2021

Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa - (Awesome TV)



Drama Penghulu Interim, Drama Penghulu Interim Siaran Awesome TV, Drama Penghulu Interim Full Episode, Poster Drama Penghulu Interim, Info dan Sinopsis Drama Penghulu Interim, Penghulu Interim Cast, Pelakon - Pelakon Drama Penghulu Interim, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Roy Azman, Dayang Areeda, Issey, Drama Awesome TV,

Drama Penghulu Interim sudah mula bersiaran di Awesome TV iaitu saluran 123, Astro atau saluran 112, MyTV bermula 31 Julai yang lalu dan mempunyai 24 episod. Antara pelakon drama Penghulu Interim ini adalah Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, Natasha Charmaine, Issey Fazlisham, Rosli Rahman Adam, Zalfa Zin, Effa, Nizam Kama, Qazem Nor, Dayang Areeda, Azri Husni, Rayza Mukmin, Mat Over, Ebby Yus, Chemat Raja Lawak, Izzy Reef dan ramai lagi. Drama Penghulu Interim ini disiarkan setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 9 malam di Awesome TV. Selain itu drama ini diarahkan oleh Jamal Khan dan diterbitkan oleh Red Bean Productions. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Penghulu Interim ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey.

Beto Kusyairy sebagai Borhan 
Nadiya Nisaa sebagai Izzah
Roy Azman sebagai Kassim
Issey Fazlisham sebagai Zul Speaker
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Abu
Mat Over sebagai Pak Din 
Ebby Yus sebagai YB Seman 
Qazem Nor sebagai Ustaz Nizam 
Dayang Areeda sebagai Ayuu Jasmin
Natasha Charmaine sebagai Siti Gomen 
Zalfa Zin sebagai Tina 
Effa sebagai Aznah Tiger 
Nizam Kama sebagai Pepol 
Izzy Reef sebagai Ijam 




Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy dan Nadiya Nisaa - Awesome TV

Kisah masyarakat bandar yang tinggal di kawasan apartment. Borhan (Beto) seorang technician kilang bersama isterinya Izzah (Nadiya Nisa) seorang nurse hospital kerajaan yang mengalami krisis rumahtangga, sementara Borhan baru dilantik sebagai Pengerusi JKK baru tempat itu menggantikan Pak Ladin yang koma pasal banyak sangat hisap rokok. Borhan dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujur ada Pak Abu Pencen (Rosli Rahman Adam) selaku bendahari JKK. 

Sinopsis Episod 1 Drama Penghulu Interim
Ahli JKK kemudiannya bermesyuarat tentang hal pengurusan rumah pangsa memandang keadaan Pak Ladin yang sedang koma di hospital dan beliau merupakan Pengerusi JKK. Mereka perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan acara Malam Muhibbah yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. Masing-masing memberi alasan untuk menolak jawatan tersebut dan mereka akhirnya bersetuju mencadangkan Borhan yang ketika itu tidak hadir di mesyuarat tersebut.

Sinopsis Episod 2
Borhan yang mula melakukan tugasan sebagai pemimpin telah terkejut selepas dimaklumkan berkaitan masalah kewangan. Beliau harus bertindak dengan segera memandangkan acara Malam Muhibbah sudah semakin hampir. Beliau mendapat idea dengan mengadakan kutipan derma daripada penduduk dan juga menjual ‘burger’ untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut nanti.

Sinopsis Episod 3
Kassim tidak berpuas hati dengan perlantikan Borhan dan bukannya beliau yang sedang memegang jawatan Timbalan Pengerusi JKK. Kassim cuba menghasut Zul untuk bersekongkol dengannya menyingkirkan Borhan dari jawatan baharunya yang dilantik oleh YB Manan.

Sinopsis Episod 4
Kassim meneruskan kempen tanda tangan petisyennya dengan memburukkan Borhan di kalangan penduduk. Semakin ramai penduduk termakan dengan hasutan Kassim. Beliau sentiasa memarahi dan menyalahkan Borhan setiap kali terserempak dengannya. Kassim berang apabila rumahnya telah dipecah masuk pencuri dan beliau mula menyalahkan Borhan tentang isu keselamatan di kawasan rumah pangsa mereka.
Drama Penghulu Interim, Drama Penghulu Interim Siaran Awesome TV, Drama Penghulu Interim Full Episode, Poster Drama Penghulu Interim, Info dan Sinopsis Drama Penghulu Interim, Penghulu Interim Cast, Pelakon - Pelakon Drama Penghulu Interim, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Roy Azman, Dayang Areeda, Issey, Drama Awesome TV,
Sinopsis Episod 5 Drama Penghulu Interim
Kassim dan Zul terkejut selepas melihat jumlah kasut yang banyak sebaik sahaja mereka masuk ke rumah Saparuddin. Mereka segera menahan Saparuddin dan mula memukul beliau dengan andaian kasut tersebut merupakan kasut yang hilang milik penduduk rumah pangsa. Pak Abu bergegas memaklumkan pada Borhan tentang insiden tersebut.

Sinopsis Episod 6 Drama Penghulu Interim
Borhan berasa hairan apabila terserempak dengan Kassim yang sedang mengutip derma di kawasan rumah pangsa bagi pihak Ustaz Nizam. Borhan teringat yang Ustaz Nizam sudah pun mengadakan kutipan derma pada minggu lepas untuk pembinaan surau.

Sinopsis Episod 7 Drama Penghulu Interim
Borhan segera pergi ke atas bangunan dan mendapati ada seorang gadis sedang berdiri hendak terjun ke bawah. Borhan mengatur rancangan untuk menyelamatkan gadis tersebut.

Sinopsis Episod 8 Drama Penghulu Interim
Rakan Baik Borhan, Pepol kini sedang hebat dilamun cinta dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet. Dia mula pakai smart-smart dan bergaya.

Tonton Online Drama Penghulu Interim Full Episode
Selain di TV, korang juga boleh menonton drama ini secara online di website Awesome TV juga iaitu di www.awesometv.my



💚💚 Drama Dia Random Guy (TV2)

1 ulasan:

  1. syidah suka lakonan beto kusyairy kalau die berlakon sebab watak dia tu sangat menjiwai laaa org kate

    BalasPadam



My Random Post