12 Ogo 2021

Drama Cik Ayu Me Sanggul Lakonan Aqasha dan Amelia Henderson (Astro Ria)



Drama Cik Ayu Me Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Cik Ayu Me Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Me Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Me Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,

Drama Cik Ayu Mee Sanggul adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan sejak 27 Julai 2021 yang lalu bagi menggantikan Drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad yang telah tamat episodnya. Drama Cik Ayu Mee Sanggul ini mempunyai 16 episod dan akan bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Antara pelakon - pelakon drama Cik Ayu Mee Sanggul ini adalah Aqasha, Amelia Henderson, Aryan Azdrin, Shiqin Kamal, Wan Raja, Dynas Mokhtar, Iman Zulkarnain, Fimie Don, Asha Merican, Nabil Aqil, Aznah Hamid, Rosyam Nor, Mahmud Ali Bashah, Izzendra, Natasha Hamzah, Cat Farish dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading. Best gak layan drama ni, tajuk je dah unik kan, seronok gak tengok kisah cinta Ayu dan Akhtar ni. Tapi tula ramai pula pengacau dalam kisah diorang ni. Aku suka juga tengok gandingan Aqasha dan Amelia Henderson ni, apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Cik Ayu Mee Sanggul ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey. 

Amelia Henderson sebagai Cik Ayu 
Aqasha sebagai Akhtar 
Aryan Azdrin sebagai Uwais
Iman Zulkarnain sebagai Rizman 
Shiqin Kamal sebagai Mastura
Fimie Don sebagai Joe Al-Jufry
Asha Merican sebagai Icha
Nabil Aqil sebagai Hazmel/Mel
Aznah Hamid sebagai Wan Cun
Mahmud Ali Bashah sebagai Razak
Izzendra sebagai Zaza 
Natasha Hamzah sebagai Wan Milah
Cat Farish sebagai Hamzah
Wan Raja sebagai Faizal
Dynas Mokhtar seabagai Farhana
Rosyam Nor sebagai Tuan Baharom




Sinopsis Penuh Drama Cik Ayu Me Sanggul Lakonan Aqasha dan Amelia Henderson (Astro Ria)

Mengisahkan tentang Cik Ayu  yang merupakan janda kaya yang mempunyai sebuah cafe yang popular dengan Mee Sanggul. Ayu sering dipandang serong dan difitnah oleh sorang sekeliling disebabkan status jandanya itu. Perkenalan Ayu dengan anak kecil bernama Uwais dan nenek Uwais menambahkan keceriaan dalam hidup Ayu. Uwais juga mula sayang pada Ayu dan mahukan Ayu menjadi ibunya, begitu juga Ayu yang tak mahu jauh dengan Uwais. Namun hubungan rapatnya dengan Uwais serta nenek Uwais iaitu Nek Wan ditentang oleh Akhtar, yang merupakan seorang duda dan ayah pada Uwais. Apabila Akhtar mendapat tahu yang Ayu adalah isteri kepada Arwah Tuan Baharom yang mewarisi segala hartanya, Akhtar terus membencinya. Akhtar skeptikal terhadap status janda Ayu kerana pengalaman pahitnya bersama bekas isterinya, Farhana. Insiden demi insiden mula merapatkan Ayu dan Akhtar, namun Akhtar masih ragu - ragu untuk bagi Ayu terus rapat dengan keluarganya. Disebabkan kasihan pada Uwais, Ayu membuat keputusan drastik ingin menjadi ibu tiri pada Uwais dan isteri Akhtar, lalu bertindak meminang Akhtar. 
Drama Cik Ayu Me Sanggul, Info dan Sinopsis Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Cik Ayu Me Sanggul Full Episode, Poster Drama Cik Ayu Me Sanggul, Episod 1 Hingga 16 Drama Cik Ayu Me Sanggul, Pelakon - Pelakon Drama Cik Ayu Me Sanggul, Drama Baru Aqasha, Drama Baru Amelia Henderson, Drama Baru Shiqin Kamal, cik ayu mee sanggul cast, cik ayu mee sanggul ost,
Akhtar yang terkejut dengan hal peminangan itu berasa malu dan ingin berpindah dari situ. Hal ini ditambah lagi dengan kehadiran Rizman yang ingin menagih cinta Ayu. Namun akhirnya Akhtar mengalah setelah sedar yang Uwais sangat memerlukan Ayu menjadi ibunya dan mereka berdua akhirnya berkahwin demi Uwais walaupun masih belum jatuh cinta sepenuhnya. Selepas berkahwin Akhtar kelihatan kekok untuk menyesuaikan diri dengan Ayu namun hubungan mereka okey sahaja sehinggalah Mastura hadir. Mastura adalah sepupu Akhtar yang dah lama sukakan Akhtar, kali ini dia nekad nak rampas Akhtar daripada Ayu. Ayu sangat tidak menyukai Mastura dan cemburu dengan hubungan rapat Mastura dan Akhtar. Malah Akhtar pula melayan Mastura dengan baik sekali. Kadangkala Akhtar dan Ayu bergaduh disebabkan Mastura. Apa yang berlaku seterusnya?, adakah Mastura berjaya memisahkan Ayu dan Akhtar? dapatkah Ayu dan Akhtar bahagia akhirnya?..

Lagu tema / runut bunyi/ OST Drama Cik Ayu Mee Sanggul

💕 Jodoh nyanyian Neeta dan Radityo
💕 Tak Kisah Pun nyanyian Najwa Latif
💕 Janji nyanyian Sufian Suhaimi
💕 Bicara Rasa nyanyian Ariff Bahran dan Sarah Suhairi
💕 Perasaanku nyanyian Fieya Julia

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Dia Random Guy TV2 Full Episode

1 ulasan:

  1. Gadingan yang unik dan rare Amelia Henderson cantik kann. sepadan okay dengan uqasha

    BalasPadam



My Random Post