24 Ogo 2021

Drama Ghaib Episod 1 Hingga 10 Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3)



Drama Ghaib, Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3), Drama Ghaib TV3, Info dan Sinopsis Drama Ghaib TV3,

Drama Ghaib ini merupakan siri original Tonton yang dah pun disiarkan pada tahun 2018 dan adalah adaptasi daripada novel ‘Projek Seram Terowong’. Kini drama 10 episod ini tengah disiarkan di TV3 bermula 10 Ogos yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.30 malam. Antara pelakon drama Ghaib ini adalah Shukri Yahaya, Siti Elizad, Eyka Farhana, Joanna Bessey, Erynne Erynna, Scha Elinnea, Qara Lyana, Neera Azizi, Chacko Vadaketh, Chandni Kaur, Doria Rachel, Emelda Rosmila, Munir, Ramli Saleh dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Ng Ken Kin dan diterbitkan oleh Orangtree Production. Nampak menarik kan drama yang bergenre seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ghaib ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Shukri Yahaya sebagai Detektif Reza
Siti Elizad sebagai Detektif Anita
Scha Elinnea sebagai Mimie
Eyka Farhana sebagai Jessica
Qara Lyana sebagai Suzi
Erynne Erynna sebagai Nina
Joanna Bessey sebagai Puan Mourice
Neera Azizi sebagai Kharisma
Ramli Saleh sebagai Pak Din




Sinopsis Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3)

Berlatarkan kisah di sebuah kolej yang mana belakang bangunan terdapat gua terbiar. Suatu malam, empat pelajar kolej Mimie, Jessica, Nina dan Suzi masuk ke dalam gua untuk bermain spirit of coins dan menyeru roh penunggu gua. Satu lembaga yang dikenali sebagai hantu Mona muncul dan mereka berlari keluar dari gua dan menyedari Mimie tiada bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan menyiasat kejadian itu namun mereka tidak percaya dengan kewujudan hantu Mona. Pengetua kolej itu, Puan Maurice meminta pihak polis merahsiakan perkara berkenaan demi menjaga nama baik premis terbabit dan tidak suka dengan kehadiran detektif di kolej tersebut. Malangnya selepas kejadian tersebut Jessica sering diganggu oleh hantu Mona dan tiba-tiba menghilangkan diri dari kolej. Mimie, Jessica, Nina and Suzi memasuki terowong malam itu. 
Drama Ghaib, Drama Ghaib Lakonan Shukri Yahaya dan Siti Elizad (TV3), Drama Ghaib TV3, Info dan Sinopsis Drama Ghaib TV3
Mereka menyeru roh yang menghuni terowong itu. Jessica yang mulanya tidak senang dengan rancangan itu mula merasa resah. Di hujung telinga kedengaran suara perempuan mengilai, masing - masing mula cuak dan takut. Tiba - tiba hantu Mona muncul di belakang Mimie tiada badan hanya kepala dan lilin terpadam. Mereka berlari keluar dari terowong dan kemudian mereka tersedar Mimie tidak bersama mereka. Detektif Riza dan Sarjan Anita diarahkan untuk menyiasat kehilangan Mimie namun tidak percaya dengan teori Hantu Mona. Setiap inci terowong itu diperiksa dengan teliti tetapi tidak membawa apa - apa hasil. Mimie masih belum ditemui dan tiada siapa yang membuat tuntutan wang tebusan. Jessica pula pengsan di asrama kerana ternampak Hantu Mona tanpa badan. Apa yang berlaku seterusnya?..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post