26 Jun 2021

Telefilem Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq (Cerekarama TV3)



Telefilem Tiada Galang Ganti, Telemovie Tiada Galang Ganti, Cerekarama Tiada Galang Ganti, Cerekarama TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Tiada Galang Ganti,  Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool,

Telefilem Tiada Galang Ganti akan diulang tayang di slot Cerekarama TV3 pada 26 Jun 2021 ini, jam 10 malam. Telefilem ini sudah pernah disiarkan di TV3 pada hari raya tahun lepas. Antara pelakon telefilem Tiada Galang Ganti ini adalah Raja Atiq, Muntazar Ghufran, Puteri Adrianna, Fimie Don, Izzendra DFKL, Dilla Ahmad, Badrul Muhayat, Zack Kool dan ramai lagi. Selain itu Telemovie Tiada Galang Ganti ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh A.Aida Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ini, plus ada banyak pengajaran gitu. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Tiada Galang Ganti di bawah ini okey.




Sinopsis Telefilem Tiada Galang Ganti Lakonan Raja Atiq (Cerekarama TV3)

Alif (Raja Atiq Azman) seringkali mencemuh hidangan telur goreng yang dimasak oleh maknya, Mak Ani (Dilla Ahmad). Alif masih belum menerima dan memahami kesusahan kehidupan mereka. Hanya hidangan itu sahajalah yang mampu disediakan oleh mak dan ayahnya. Keadaan mula berubah bila ibu dan ayahnya meninggal dalam satu kemalangan. Alif terpaksa menjaga adik-adiknya. Mereka juga selalu mengeluh asyik makan telur goreng. Sekarang barulah dia faham bagaimana kesusahan dan perasaan mak dan ayahnya dulu. Dia berharap dia dapat kembali ke masa lampau untuk meminta pengampunan daripada mak ayahnya. Apa yang berlaku seterusnya?..
Read More

25 Jun 2021

Drama Budak Tebing 2 Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3



Drama Budak Tebing 2, Drama TV3, Drama Slot Lestary TV3, Poster Drama Budak Tebing 2, Info dan Sinopsis Drama Budak Tebing 2, Drama Bersiri Best, Pelakon - Pelakon Drama Budak Tebing 2, Drama Baru Aedy Ashraf, Drama Baru Adam Lee, Drama Baru Eyka Farhana,

Selepas kejayaan drama Budak Tebing pada tahun lalu, drama ini kembali untuk musim kedua iaitu Budak Tebing 2 yang mula bersiaran di slot Lestary sejak 18 Jun 2021, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam di TV3. Masih mengekalkan kesemua pelakon asal drama ini dan diarahkan oleh Feroz Kader serta diterbitkan oleh Country Universal Sdn Bhd. Antara pelakon drama Budak Tebing 2 ini adalah Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Imran Aqil, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam dan ramai lagi. Selain itu drama ini mempunyai 13 episod dan merupakan sambungan kepada drama Budak Tebing. Wah nampak menarik drama ini kan, ramai cakap drama ni best, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Budak Tebing 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Aedy Ashraf sebagai Tongki
Adam Lee sebagai Arif
Bella Dowanna sebagai Laura
Eyka Farhana sebagai Ira
Fariz Isqandar sebagai Yoyol
Firdaus Ghufran sebagai Talam
Fauzi Nawawi sebagai Afendi
Pablo Amirul sebagai Pablo
Syafie Naswip sebagai Paan
Zarina Zainuddin sebagai Sabrina
Nellisa Nizam sebagai Maria
Imran Aqil @ Ijeebster sebagai Pijoy




Sinopsis Penuh Drama Budak Tebing 2 Slot Lestary TV3

Kisah kesinambungan Budak Tebing dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.

Lagu Tema / OST Drama Budak Tebing 2

πŸ’£Ciao nyanyian Joe Flizzow ft. MK, Jay Park

Tonton Online Drama Budak Tebing 2 Full Episode

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di TV3, korang boleh menontonnya di aplikasi iQiyi 


Read More

Episod Akhir dan Ending Drama Scammer (Astro Ria)



Episod Akhir Drama Scammer Astro Ria, Ending Drama Scammer, Sinopsis Episod Akhir Drama Scammer,

Drama Scammer yang disiarkan di Astro Ria sebanyak 20 episod ni memang antara drama favorite aku. Jalan ceritanya yang suspen, ada plot twist, pastu lain dari yang lain dan tak clisye memang tarikan utama drama ini. Barisan pelakon drama Scammer ini seperti Kamal Adli, Fasha Sandha, Siti Saleha,Arash Mohd, Jay Iswazir dan ramai lagi memang terbaik. Pendek kata pada yang belum menonton drama ini aku syorkan untuk korang tonton nanti. Berbalik pada episod akhir drama Scammer ini, Joe cuba yakinkan Leon yang dirinya berada di pihak Leon dan bukannya polis. Leon masih ragu - ragu dengan Joe. Dengan bantuan isterinya Nisa, Joe berjaya mendapat idea untuk menggunakan buku bagi menyeludup wang haram tersebut. Nisa dan Joe berpakat untuk perangkap Leon dan dengan bantuan polis Leon berjaya diberkas. 




Manakala Razman bapa Nisa memaksa Nisa untuk pulang ke rumahnya. Namun Nisa menggunakan peluang ini untuk merakamkan pengakuan bapaya Razman membunuh yang Kak Nab dan juga Amy. Hal tersebut membuatkan Razman ditangkap polis, namun Joe tidak terlepas sepenuhnya. Manakala ending drama Scammer ini agak menarik juga sebab Amy yang berpakaian serba hitam tiba - tiba muncul dengan memanggil nama Joe. Manakala Joe pula terkejut seolah - olah macam nampak hantu. Yelah Amy kan dah mati ni macam mana tiba - tiba boleh muncul pula, kembar dia ke haha?. Ramai juga yang minta drama ini di sambung ke musim kedua, sebab endingnya kan tergantung. Apa pun drama ni memang best okey..


Read More

22 Jun 2021

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side



Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Ulasan dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side

Ikutkan dah lama tengok drama Korea Missing : The Other Side ni, rasanya tahun sudah kot, lagipun drama ni pun release bulan Oktober 2020 dan disiarkan di channel OCN sebanyak 12 episod. Cuma tulah aku yang tak sempat nak buat review sebab sibuk sikit hehe. Tak lama lepas tu Korean Drama Missing : The Other Side ni tengah hangat disiarkan di TV3 pula iaitu hari Selasa hingga Khamis, jam 11 malam. Malam ni iaitu 22 Jun dah masuk episod akhir dah drama ni. Aku bila tengok tajuk drama ini serta baca sinopsis drama ni memang dah tertarik nak menonton drama ni, lagi pun episod drama ni tak panjang pun hanya 12 episod je. Plus jalan ceritanya yang bergenre misteri, fantasi dan thriller ni membuatkan penonton tak sabar nak tahu apa yang berlaku seterusnya dan apakah kesudahannya. Antara pelakon drama Korea Missing : The Other Side ini adalah Go Soo, Heo Jun Ho, Ahn So Hee, Ha Joon, Seo Eun Soo, Song Geon Hee, Kang Mal Geum, Jung Young Sook, Lee Yoon Jae dan ramai lagi. Drama Korea Missing : The Other Side ni mengisahkan tentang Kim Wook lakonan Go Soo yang merupakan seorang penipu yang selalu membuat penipuan pada orang - orang jahat. Suatu hari dia secara tak sengaja ternampak satu kes penculikan Choi Yeo Na lakonan Seo Eun Soo dan merakam video mengenai penculikan itu.




Malangnya hal itu disedari oleh samseng - samseng yang menculik Choi Yeo Na lalu mereka mengejar Kim Wook. Kim Wook melarikan diri ke hutan dan dia kemudian diselamatkan oleh Jang Pan Seok yang tinggal seorang diri di hutan tersebut. Kim Wook kemudian terjumpa sebuah kampung di tengah - tengah hutan tersebut, namun Jang Pan Seok telah memberi amaran pada Kim Wook supaya meninggalkan hutan tersebut secepat mungkin. Namun Kim Wook tetap berkeras tinggal disitu. Lama - kelamaan barulah Kim Wook sedar yang kampung tersebut bukanlah kampung yang biasa, sebaliknya ianya perkampungan untuk orang - orang mati yang mana badan / jasad mereka tidak pernah dijumpai, jadi mereka terperangkap dan tinggal di kampung tersebut. Hanya Jang Pan Seok dan Kim Wook yang mampu melihat perkampungan itu dan orang - orang yang tinggal di situ. Choi Yeo Na juga turut berada di kampung tersebut dan Kim Wook mengecamnya, namun berpura - pura seperti tidak tahu apa - apa. Di peringkat awal Kim Wook banyak menimbulkan masalah di perkampungan tersebut kerana tidak mengetahui hal sebenar. Namun setelah kebenaran diketahuinya, Kim Wook ingin mengikut jejak langkah Jang Pan Seok untuk cuba membantu mereka di perkampungan tersebut.

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Dalam masa yang sama tunang Choi Yeo Na iaitu Shin Joon Ho yang merupakan seorang pegawai polis berusaha untuk mencari Choi Yeo Na. Dia juga mengenali Kim Wook dan berasa pelik melihat Kim Wook terbabit dalam setiap kes yang disiasatnya. Kim Wook pula tidak sampai hati untuk memberitahu Shin Joon Ho yang tunangnya Choi Yeo Na telah mati. Apa yang berlaku seterusnya?. Okey tu serba sedikit sinopsis drama Korea Missing : The Other Side. Kisah Choi Yeo Na dan Shin Joon Ho ni agak sedih sebenarnya. Selain itu kisah Jang Pan Seok yang masih mencari anak perempuannya Jang Hyun Ji yang hilang sudah sekian lama tu juga menyayat hati. Setiap penghuni yang tinggal di perkampungan tersebut mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Scene ketika Kim Wook hilang kawan baiknya tu juga sedih habis, walaubagaimanapun suasana di kawasan perkampungan tu sangat ceria gitu, semua hidup dalam keadaan aman damai gitu. Tapi bila badan atau jasad mereka ditemui, mereka akan lenyap dari kampung tersebut. Jadi bila perpisahan berlaku, suasana jadi sedihlah kan. Apa pun memang geram dengan orang jahat dalam drama ni, disebabkan tamak, diorang sanggup membunuh ramai orang. 

Apa pun aku tak naklah bagi spoiler mengenai episod akhir drama Korea Missing : The Other Side atau pun endingnya. Semua misteri dan persoalan serta kebenaran akan terjawab di episod akhir drama ini. Tapi ada jugalah yang aku kurang puas hati sikit mengenai kelebihan yang dimiliki Jang Pan Seok dan Kim Wook di ending drama ini. Pendek kata drama ni memang best, aku bagi 8.5/10 bintang untuk drama ini..

Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side, Info dan Sinopsis Drama Korea Missing : The Other Side, Review Drama Korea Missing : The Other Side, Ulasan Drama Korea Missing : The Other Side, Tonton Drama Korea Missing : The Other Side, Poster Drama Korea Missing : The Other Side, Korean Drama Missing : The Other Side Cast, Pelakon - Pelakon Drama Korea Missing : The Other Side, Drama Korea TV3, Ending Drama Korea Missing : The Other Side,

Tonton Online Drama Korea Missing : The Other Side

Bagi yang terlepas menonton drama ini di tv, korang boleh menonton Korean Drama  Missing : The Other Side ini secara online di aplikasi Viu dan iQiyi.

Jom Baca Ini Juga πŸ‘‰πŸ‘‰ Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu (TV3)

Read More

21 Jun 2021

Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu (TV3)



Drama Kampung Kolestrol, Drama Slot Samarinda TV3, Poster Drama Kampung Kolestrol, Info dan Sinopsis Drama Kampung Kolestrol, Pelakon - Pelakon Drama Kampung Kolestrol, Drama Baru Ziana Zain, Drama Baru Mas Idayu, Drama Baru Aiman Tino, Drama Baru Sufian Suhaimi, TV3,

Drama Kampung Kolestrol sudah pernah disiarkan di TV9 pada bulan April yang lalu, namun kini ianya diulang siar di slot Samarinda TV3 iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Kampung Kolestrol ini sudah bersiaran di TV3 sejak 16 Jun 2021 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Kampung Kolestrol ini adalah Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Rusdi Ramli, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Afifah Nasir, Lana Nordin, Ifa Raziah, Ieda Moin, Khaty Azean, Anne Abdullah, Azar Azmi, Delimawati, Zarul Husin, Tauke Jambu, Wan Nor Azlin, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Bella Astillah, Amyza Adnan dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon pun popular habis gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kampung Kolestrol ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Ziana Zain sebagai Kak Gee
  • Mas Idayu sebagai Kak Bib
  • Aiman Tino sebagai Amir
  • Rusdi Ramli sebagai Suratman
  • Sufian Suhaimi sebagai Adi
  • Ryry Ryun sebagai Laila
  • Afifah Nasir sebagai Aini
  • Lana Nordin sebagai Che Seri
  • Ifa Raziah sebagai Shelly
  • Ieda Moin sebagai Leha Laser
  • Khaty Azean sebagai Ratu Bawang
  • Anne Abdullah sebagai Senah
  • Norlie sebagai Ramlah
  • Azar Azmi sebagai Solehah
  • Delimawati sebagai Gayah
  • Zarul Husin sebagai Zain
  • Tauke Jambu sebagai Qarun
  • Wan Nor Azlin sebagai Mala
  • Raja Afiq sebagai Ramadan
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Aina
  • Bella Astillah sebagai Bella
  • Amyza Adnan sebagai Som




Sinopsis Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Tugas mereka dibantu oleh kedua-dua anak lelaki mereka iaitu Amir dan Adi.

Lagu Tema / OST Drama Kampung Kolestrol
πŸ’Ÿ Chikadun nyanyian Floor 88

Tonton Drama Kampung Kolestrol Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang boleh menonton drama ini secara online menerusi aplikasi πŸ‘‰Viu 


Read More

19 Jun 2021

Cerekarama Di Atas Landasan Lakonan Idris Khan dan Syerinie Myra (TV3)



Telefilem Di Atas Landasan, Telemovie Di Atas Landasan, Cerekarama Di Atas Landasan, Cerekarama TV3, Pelakon - Pelakon Telefilem Di Atas Landasan, Idris Khan, Syerinie Myra, Ebi Kornelis,

Telefilem Di Atas Landasan akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 19 Jun 2021, jam 10 malam. Antara barisan pelakon telefilem Di Atas Landasan ini adalah Idris Khan, Syerinie Myra, Ebi Kornelis, Dato Jaafri, Meen Liashine, Linda Willie, Veonna Lav dan ramai lagi. Selain itu telemovie Di Atas Landasan ini diarahkan oleh Khalil Hj Saleh dan diterbitkan oleh Mirnaz Studio Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem ni, kira macam cinta dua darjat gitu, so jom tengok sinopsis telemovie Di Atas Landasan di bawah ini okey..




Sinopsis Penuh Telefilem Di Atas Landasan Lakonan Idris Khan dan Syerinie Myra - Cerekarama TV3

Percintaan Rumi and Julia yang bertemu di stesen keretapi mendapat tentangan keluarga kerana Julia adalah anak jutawan di Sabah. Rumi pula dari keluarga biasa yang mengusahakan tanaman sayur di Kundasang. Disebabkan mereka berbeza pangkat dan darjat, nyawa menjadi ancaman. Apa yang berlaku seterusnya? Mampukah cinta Rumi dan Julia bertahan dan bersatu selamanya?

Read More

Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) Astro Citra



Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Telefilem Astro Citra, Telemovie Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Poster Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Info dan Sinopsis Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Pelakon - Pelakon Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP), Sara Ali, Qody Rani, Coki, Dayang Areeda,

Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) akan disiarkan pada Sabtu ini iaitu pada 19 Jun 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Barisan pelakon telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) ini terdiri daripada Sara Ali, Qody Rani, Dayang Areeda, Muhammad Danish Daniel (Coki), Tuan Asmawi, Hamdan Senario, Arie Zaharie, Farisha Irwayu, Juliana Evans dan ramai lagi. Selain itu Telemovie  Sumpahan Orang Putih (SOP) ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh Arie Zaharie Production dan Knack Knack Studios. Wah nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Sumpahan Orang Putih ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Sumpahan Orang Putih (SOP) Lakonan Sara Ali, Qody Rani, Coki dan Dayang Areeda (SOP) Astro Citra

Kaseh terperangkap di sebuah chalet yang dimiliki oleh Richard Benson. Terdapat beberapa orang pekerja Mr Benson yang terperangkap di situ disebabkan oleh sumpahan Mr Benson sendiri. Pelbagai usaha dilakukan untuk dia keluar dari situ namun tidak berjaya. Kaseh serta penghuni lain perlu merungkai misteri tempat itu yang memerangkap mereka yang memiliki masalah keluarga. Apa yang berlaku seterusnya? dapatkah misteri itu dirungkai oleh mereka dan seterusnya keluar daripada situ?..

Read More

Sinopsis Telefilem Kontra Lakonan Tiz Zaqyah (Slot Panggung RTM TV1)



Info dan Sinopsis Telefilem Kontra Lakonan Tiz Zaqyah dan Jalil Hamid - Slot Panggung RTM TV1

Telefilem Kontra akan diulang siar pada 19 Jun ini, jam 9.30 malam di slot Panggung RTM Tv1. Antara pelakon telefilem Kontra ini adalah Jalil Hamid, Tiz Zaqyah, Harun Hashim, Azza Elite dan ramai lagi. Telemovie Kontra ini mengisahkan tentang pasang surut hubungan kekeluargaan antara ayah dan anak perempuannya iaitu Pak Hamid dan Farhana. Nampak macam menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Kontra ini di bawah ye..

Sinopsis Penuh Telefilem Kontra Lakonan Tiz Zaqyah dan Jalil Hamid - Slot Panggung RTM TV1

Mengisahkan Pak Hamid yang selalu berkongsi aktiviti harian anaknya, Farhana atau Nana pada Adlan, sahabat baik Pak Hamid. Atas nasihat Adlan, Pak Hamid telah membuka akaun media sosial agar Farhana turut mengetahui aktiviti bapanya. Namun, semuanya berubah bila Farhana tidak lagi mengemaskini aktivitinya di media sosial. Pak Hamid mula bimbangkan anaknya itu. Farhana Bekerja sebagai Pegawai Pemasaran di sebuah butik eksklusif, namun mengalami masalah dan berasa tertekan dengan kerjanya itu. Namun apa yang digambarkan di laman sosial peribadinya pula berbeza, Farhana kononnya gembira dengan kehidupan dan kerjayanya. Ditambah pula tekanan orang atasan,menambahkan lagi tekanan dan kekusutan yang dilalui oleh Farhana. Ayah Farhana, Pak Hamid merupakan seorang pengusaha dan penenun songket yang mahir di kampung kelahirannya, Terengganu. Pak Hamid dikenali ramai kerana kemahiran dalam menghasilkan tenunan songket yang cantik, kreatif dan teliti. Itu adalah kemahiran turun temurun keluarganya. 




Pak Hamid terlalu menyayangi anaknya Farhana. Walaupun anaknya jarang sekali bertanya khabar, Pak Hamid sentiasa mengikuti perkembangan anaknya di media sosial. 
Dia sedar anaknya hanya menonjolkan kehidupan palsunya di media sosial. Risau akan keadaan anak gadisnya seorang diri di ibu kota, secara diam-diam dia ke tempat kerja Farhana dan menyamar sebagai pelanggan. Benar telahan naluri seorang ayah, Farhana sedang ‘kusut’ dengan tugasannya. Pada hematnya, Nana begitu tertekan sehingga berubah tidak seperti Nana yang dikenalinya. Apabila menyedari akan kemunculan ayahnya, Farhana sangat terkejut dan berasa tidak selesa. Padanya, kehadiran ayahnya akan mengganggu tugasannya di butik itu. Pun begitu, Pak Hamid sangat disenangi oleh Puan Maria dan rakan-rakan sekerja Nana. Malahan Puan Maria berhasrat untuk bertemu dan berbincang bertukar pendapat serta hala tuju bersama Pak Hamid yang berpengalaman dalam penghasilan songket asli Terengganu. Apa yang berlaku seterusnya? 

Read More

16 Jun 2021

Drama Love Elsa Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Slot MegaDrama Astro Ria



Drama Love Elsa, Novel Love Elsa Karya Acik Lana, Baca Online Novel Love Elsa, Drama Love Elsa Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Novel Love Elsa, Pelakon - Pelakon Drama Love Elsa, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Mona Allen,

Selepas Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang berjaya menjadi drama nombor 1 Malaysia, kini muncul drama baru yang bertajuk Love Elsa yang akan menggantikan drama ini. Drama Love Elsa yang diinspirasikan daripada Novel Love Elsa karya novelis terkenal Acik Lana. Drama ini mula bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria sejak 15 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Barisan Pelakon Drama Love Elsa ini terdiri daripada Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Selain itu drama Love Elsa ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Michael Ang serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Wow nampak macam best je kan drama ini, tengok dari trailer dan sinopsis cerita ini memang nampak menarik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Love Elsa ini berserta sinopsisnya di bawah ini okey..

Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Nasz Sally sebagai Habsah
Ramona Zamzam sebagai Ramona
Iman Suhana sebagai Hamidah 
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Azhar Amir sebagai Tuan Elias 
Ikhram Juhari sebagai Imran
Zeera Azizi sebagai Sofea




Sinopsis Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad - Slot MegaDrama Astro Ria

Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan. Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.

Sinopsis Novel Love Elsa Karya Acik Lana 

Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia? Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang! Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
Drama Love Elsa, Novel Love Elsa Karya Acik Lana, Baca Online Novel Love Elsa, Drama Love Elsa Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Astro Ria, Info dan Sinopsis Novel Love Elsa, Pelakon - Pelakon Drama Love Elsa, Drama Baru Zul Ariffin, Drama Baru Uyaina Arshad, Drama Baru Mona Allen,
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya. Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya. Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?

πŸ‘πŸ‘‰πŸ’š Baca Online Novel Love Elsa

Lagu Tema / OST Drama Love Elsa
πŸ’• Ika Noh nyanyian Marsha Milan feat Fanzi Ruji

Read More

14 Jun 2021

Episod Akhir Dan Ending Drama Rindu Awak Separuh Nyawa



Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Ending Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Episod 48 Drama Rindu Awak Separuh Nyawa, Sinopsis Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa Lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose,

Diam tak diam drama kesukaan ramai iaitu drama Rindu Awak Separuh Nyawa sudah sampai ke penghujungnya. 14 Jun ini episod terakhir drama ini iaitu episod 48 akan disiarkan di Astro Ria, kemudian drama ini akan digantikan dengan drama Love Elsa lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad. Berbalik pada drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini, memang panjang kan episod drama ini, disiarkan dari sebelum puasa lagi sampailah dah lepas raya pun. Lagu tema pun best gila, malah barisan pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang terdiri daripada Shukri Yahaya, Uqasha Senrose, Marsha Milan, Norreen Iman, Fizo Omar, Khairil Anwar Aman, Aida Khalida, Rahim Jailani, Khaty Azean, Noorkhiriah, Ikhlas Jalil, Fiza Thomas, Munira Iwan, Fauzi Nawawi, Aleza Shadan, Farouk Hussain dan ramai lagi berjaya membawa watak masing - masing dengan baik sekali. 




Apa yang akan jadi dengan kisah Kasih Maisara dan Nazril Nazim ini, adakah bahagia milik mereka akhirnya?. Tapi aku konform ending drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni mesti happy ending kan. Walaupun pada episod sebelumnya, Nazril Nazim gagal memujuk Sarah yang nekad untuk bercerai dan pergi dari hidup suaminya itu. Apa yang akan membuatkan Sarah mengubah keputusannya tu, kenalah tengok episod akhir episod 48 drama Rindu Awak Separuh Nyawa ni. 

Sinopsis Episod Akhir Drama Rindu Awak Separuh Nyawa

Ketika Sarah nak keluar dari rumah sewanya itu untuk meninggalkan Nazril, Sarah tiba - tiba sakit nak bersalin. Dengan kehadiran anak mereka, Sarah akhirnya menerima dan berbaik dengan suaminya Nazril. Setelah setahun berlalu, Sarah menjadi cemburu dan bertindak lari daripada rumah bila dapat tahu yang Huda berada dalam kereta Nazril untuk ke pekan. Namun ketika Sarah keluar dari klinik, dia terserempak dengan Huda. Melihat keadaan Sarah, Huda tahu yang Sarah dah salah faham dan cemburu dengannya kerana menumpang kereta Nazril. Lalu Huda memaksa Sarah masuk ke dalam teksi dan mereka berdua pergi ke dusun durian. Huda sempat memberitahu Nazril, dimana mereka berada. Huda kemudian menerangkan segala - galanya pada Sarah dan juga meminta maaf pada Sarah atas perbuatannya selama ini. Sarah akhirnya memaafkan Huda dan berbaik dengannya. Selepas itu Sarah mengandung lagi dan kali ini mereka mendapat anak perempuan dan Nazril dan Sarah hidup bahagia.


⏩⏩ Sinopsis Drama Derita Untuk Bahagia - Slot Tiara Astro Prima

Read More

12 Jun 2021

Cerekarama Gostan TV3 Lakonan Keith Foo



Telefilem Gostan, Telemovie Gostan, Sinopsis Telefilem Gostan, Pelakon - Pelakon Telefilem Gostan, Cerekarama Gostan, Cerekarama TV3,

Telefilem Gostan akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 12 Jun ini, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Gostan ini adalah Keith Foo, Daniella Sya, Queenzy Cheng, Alvin Wong, Steve Yap, Yuqie Chew, Sherry Aljeffri dan ramai lagi. Selain itu telemovie Gostan ini diarahkan oleh Mark Lee dan diterbitkan oleh HUG Pictures. Macam best je kan cerekarama Gostan ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Gostan ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Gostan Lakonan Keith Foo - Cerekarama TV3

Mengisahkan keterujaan seorang lelaki yg berjaya membeli kereta baru dan sejak itu hidupnya tak tenteram bila ternampak kelibat aneh melalui cermin pandang belakang. seterusnya membongkar misteri sebuah kejadian langgar lari. Apakah identiti dan misteri yg di sebalik kereta tersebut? 


Read More

Sinopsis Telefilem Mr Drift Lakonan Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir dan Raja Afiq


Telefilem Mr Drift, Telemovie Mr Drift, Info dan Sinopsis Telefilem Mr Drift, Poster Telefilem Mr Drift, Telemovie Mr Drift Cast, Pelakon - Pelakon Telefilem Mr Drift, Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir, Raja Afiq, Danny X-Factor, Issey Fadzlisyam,

Telefilem Mr Drift akan disiarkan pada 12 Jun ini di Astro Citra yang diarahkan oleh C. Kumaresan dan diterbitkan oleh Adtisha Productions. Antara pelakon telefilem Mr Drift - Born to Drift ini adalah Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir, Raja Afiq, Danny X-Factor, Issey Fadzlisyam, Adam Shadan, Mat Over, Bullzai Hamdan. Wah nampak menarik kan telemovie Mr Drift ni, dari trailer yang aku tengok, pelakon - pelakon dalam cerita ini banyak bercakap dalam loghat Kelantan gitu. Apa pun jom tengok sinopsis telemovie Mr Drift ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Telefilem Mr Drift Lakonan Pekin Ibrahim, Tisha Shamsir dan Raja Afiq (Astro Citra)

Dua beradik yang berbakat dalam sukan motorsport drift bakal berentap dan bersengketa angkara perasaan cemburu, dendam dan persaingan yang diakibatkan oleh seorang wanita dan pengurus mereka.


Read More

Telefilem Mufariq Di Slot Panggung RTM TV1

Telefilem Mufariq, Telemovie Mufariq TV1, Sinopsis Telefilem Mufariq, Pelakon - Pelakon Telefilem Mufariq, Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah, Mimi Lana,

Telefilem Mufariq akan disiarkan pada Sabtu ini, 12 Jun 2021, jam 9.30 malam di slot Panggung RTM TV1. Menariknya telefilem ini bila ianya dibarisi oleh pelakon - pelakon hebat dan popular gitu. Antara pelakon telefilem Mufariq ini adalah Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah, Mimi Lana, Ainin Batrisya, Dato Ahmad Tarmimi Siregar dan ramai lagi. Selain itu telemovie Mufariq ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya) dan diterbitkan oleh JMI Communications Sdn Bhd. Nampak best kan telefilem ini. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Mufariq ini di bawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Mufariq Lakonan Nazim Othman, Saharul Ridzwan, Tiz Zaqyah dan Mimi Lana (TV1)

Mirza hilang ingatan semasa kemalangan yang dialaminya dua tahun lalu. Anaknya meninggal dunia dan isterinya koma. Mirza hidup dalam bayangan anak dan isterinya. Nina hadir cuba membantu memulihkan Mirza. Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga πŸ‘‰πŸ‘‰ Drama Masih Ada Rindu - Slot Akasia TV3

Read More


My Random Post