Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

21 Jun 2021

Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu (TV3)



Drama Kampung Kolestrol, Drama Slot Samarinda TV3, Poster Drama Kampung Kolestrol, Info dan Sinopsis Drama Kampung Kolestrol, Pelakon - Pelakon Drama Kampung Kolestrol, Drama Baru Ziana Zain, Drama Baru Mas Idayu, Drama Baru Aiman Tino, Drama Baru Sufian Suhaimi, TV3,

Drama Kampung Kolestrol sudah pernah disiarkan di TV9 pada bulan April yang lalu, namun kini ianya diulang siar di slot Samarinda TV3 iaitu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama Kampung Kolestrol ini sudah bersiaran di TV3 sejak 16 Jun 2021 yang lalu dan mempunyai 20 episod. Antara pelakon drama Kampung Kolestrol ini adalah Ziana Zain, Mas Idayu, Aiman Tino, Rusdi Ramli, Sufian Suhaimi, Ryry Ryun, Afifah Nasir, Lana Nordin, Ifa Raziah, Ieda Moin, Khaty Azean, Anne Abdullah, Azar Azmi, Delimawati, Zarul Husin, Tauke Jambu, Wan Nor Azlin, Raja Afiq, Balkisyh Semundur Khan, Bella Astillah, Amyza Adnan dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus barisan pelakon pun popular habis gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Kampung Kolestrol ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

  • Ziana Zain sebagai Kak Gee
  • Mas Idayu sebagai Kak Bib
  • Aiman Tino sebagai Amir
  • Rusdi Ramli sebagai Suratman
  • Sufian Suhaimi sebagai Adi
  • Ryry Ryun sebagai Laila
  • Afifah Nasir sebagai Aini
  • Lana Nordin sebagai Che Seri
  • Ifa Raziah sebagai Shelly
  • Ieda Moin sebagai Leha Laser
  • Khaty Azean sebagai Ratu Bawang
  • Anne Abdullah sebagai Senah
  • Norlie sebagai Ramlah
  • Azar Azmi sebagai Solehah
  • Delimawati sebagai Gayah
  • Zarul Husin sebagai Zain
  • Tauke Jambu sebagai Qarun
  • Wan Nor Azlin sebagai Mala
  • Raja Afiq sebagai Ramadan
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai Aina
  • Bella Astillah sebagai Bella
  • Amyza Adnan sebagai Som




Sinopsis Drama Kampung Kolestrol Lakonan Ziana Zain dan Mas Idayu Slot Samarinda TV3

Mengisahkan tentang Penduduk Kampung Kolestrol yang tidak mengambil kisah tentang amalan diet yang seimbang sehingga kebanyakan mereka mempunyai masalah kolesterol tinggi. Kak Bib (Ketua Kampung Wanita Pertama) dan madunya, Kak Gee (Penolong Ketua Kampung) sentiasa membantu penduduk kampung itu dalam menyelesaikan pelbagai masalah mereka. Tugas mereka dibantu oleh kedua-dua anak lelaki mereka iaitu Amir dan Adi.

Lagu Tema / OST Drama Kampung Kolestrol
💟 Chikadun nyanyian Floor 88

Tonton Drama Kampung Kolestrol Full Episode
Bagi yang terlepas menonton drama ini di kaca TV, korang boleh menonton drama ini secara online menerusi aplikasi 👉Viu 


Read More

23 Okt 2019

Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional




Song Ji Hyo, Senyuman Manis Pelakon Korea Song Ji Hyo, Gambar Hiasan, Tips Putihkan Gigi Menggunakan Kaedah Tradisional,
(gambar hiasan)

Ramai orang inginkan gigi putih bersinar, tetapi tidak semua tahu kaedah tradisional yang terbukti lebih baik berbanding kaedah moden yang banyak menggunakan peralatan canggih. Gigi anda pasti nampak lebih putih berseri selepas mengamalkan tips berikut, selamat mencuba ye..

1 - Makan Makanan Ranggup
Buah - buahan seperti Epal mempunyai Asid Malik, bahan kimia yang sebenarnya kerap digunakan ketika pemutihan gigi. Sayuran seperti Brokoli dan Lobak juga agen pemutih gigi secara semulajadi. Makanan ini boleh mengasingkan gula dan bahan kimia yang menyebabkan kotoran dan kaviti.

2 - Berkumur Selepas Makan
Sisa makanan akan melekat di celah gigi selepas anda menghabiskan hidangan, cuba berkumur dengan secukupnya untuk membuang sisa terbabit. Cara ini boleh mengelakkan kotoran atau gigi berlubang, gigi anda akan nampak lebih berseri dan bebas daripada kotoran.

3 - Gunakan Strawberry
Cuba gosokkan buah Strawberi pada gigi selama seminit, Strawberi bertindak sebagai agen pemutihan semula jadi. Tapi jangan lupa memberus gigi selepas proses itu kerana Strawberi juga mengandungi asid dan gula yang boleh merosakkan gigi.




4 - Makan Kismis

Kismis mempunyai kelebihan sama seperti sayuran ranggup, ia membantu meningkatkan kadar  pengeluaran kelenjar air liur. Pengambilan kismis yang berterusan boleh menghilangkan plak pada gigi dan menghalang plak daripada terus menjangkiti gigi.

5 - Jadikan Susu dan Yogurt Sebagai Diet Harian
Pengambilan susu dan yogurt boleh menjadikan gigi tampak berkilau dan bebas daripada kaviti. Ini berlaku kerana mineral seperti kalsium dan fosforus yang terdapat dalam minuman itu membantu menguatkan enamel pada gigi.

6 - Ambil Sekeping Keju Selepas Makan
Selepas menghabiskan hidangan, jangan lupa makan sekeping keju, pelik tapi benar, pengambilan keju selepas makan dapat menghalang gigi daripada rosak dan menggalakkan pemprosesan enamel yang menjadikan gigi bersinar.

7 - Gunakan Tepung Soda Bikarbonat
Tepung ini adalah agen pemutihan gigi semula jadi selain bertindak membersihkan gigi anda. Apa yang anda perlu buat adalah sediakan pes tepung berkenaan yang dicampurkan dengan air dan secubit garam. Berus gigi anda menggunakan pes ini selama satu minit dan bilas mulut selepas itu, lakukan selama dua kali seminggu.

Jom Baca Ini juga ➔ Raatchasi Filem Tamil Yang Viral Di Malaysia

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~ 
Read More


My Random Post