Selepas Drama Rindu Awak Separuh Nyawa yang berjaya menjadi drama nombor 1 Malaysia, kini muncul drama baru yang bertajuk Love Elsa yang akan menggantikan drama ini. Drama Love Elsa yang diinspirasikan daripada Novel Love Elsa karya novelis terkenal Acik Lana. Drama ini mula bersiaran di slot MegaDrama Astro Ria sejak 15 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Barisan Pelakon Drama Love Elsa ini terdiri daripada Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Azhar Amir, Ramona Zamzam, Nina Juren, Zeera Azizi, Mona Allen, Riz Amin, Nasz Sally, Iman Suhana, Ikhram Juhari dan ramai lagi. Selain itu drama Love Elsa ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Michael Ang serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Wow nampak macam best je kan drama ini, tengok dari trailer dan sinopsis cerita ini memang nampak menarik gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Love Elsa ini berserta sinopsisnya di bawah ini okey..
Zul Ariffin sebagai Ridza Kim
Uyaina Arshad sebagai Ammara
Nasz Sally sebagai Habsah
Ramona Zamzam sebagai Ramona
Iman Suhana sebagai Hamidah
Mona Allen sebagai Madam Qistina
Azhar Amir sebagai Tuan Elias
Ikhram Juhari sebagai Imran
Zeera Azizi sebagai Sofea
Sinopsis Drama Love Elsa Lakonan Zul Ariffin dan Uyaina Arshad - Slot MegaDrama Astro Ria
Ammara, seorang gadis yang mempunyai penyakit misteri dan dilarang menyentuh sesiapa sahaja di dunia ini. Apabila Ammara menyentuh kulit manusia, dia akan melalui sesuatu yang tidak dapat dikawal. Disebabkan penyakit misterinya itu, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan. Muncul Ridza Kim yang berpindah bersebelahan rumahnya. Ridza dibelenggu oleh kisah lalu apabila ibunya didapati membunuh diri. Secara tak sengaja, Ammara tersentuh Ridza dan mula melihat masa silam Ridza. Ammara menggunakan ketidaksempurnaannya untuk menolong Ridza menyelesaikan kes pembunuhan keluarganya.
Sinopsis Novel Love Elsa Karya Acik Lana
Allergic? Ya, dalam dunia ini ada bermacam-macam jenis alahan yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah manusia. Tapi berlainan dengan Ammara. ‘Allergic’ yang dihidapi telah mengubah kehidupannya secara total. Katakan apa yang lebih teruk dari alahan terhadap sentuhan manusia? Entah kenapa, Ammara seperti ‘diharam’ untuk menyentuh sesiapa di dunia ini. Setiap kali berlaku hubungan kulit ke kulit, pasti dirinya akan menempuh satu ‘pengembaraan’ yang sangat menjerihkan. Dan ia tak mampu dikawal mahupun dihalang! Dan kerana penyakit misteri yang tiada penawar itu, Ammara membesar sebagai gadis yang sentiasa bergelut dalam kemurungan. Apatah lagi dirinya turut disisih oleh bapa dan keluarga. Berdukalah Ammara sebatang kara di dunia ini tanpa sesiapa menemani.
Namun, kemunculan Ridza Kim yang turut mendiami Mini London City perlahan-lahan berjaya mengubah cara hidup Ammara. Lelaki yang terlihat serba sempurna itu membuatkan lidahnya kembali berbicara, malah bibir juga sudah mampu tersenyum semula. Percayalah, ini satu-satunya sahabat yang dia ada.
“I sendiri tak tahu apa sumpahan yang ada pada tangan I. Yang I tahu, ia betul-betul menyusahkan hidup I. I dipanggil gila, sakit mental, kurang siuman disebabkan dua tangan ni. I’m a freak, Kim. I don’t belong here!” ~ Ammara
“You pun manusia biasa, macam I. Macam orang lain. Cuma yang membezakan you, you ada keistimewaan yang orang lain tak pernah ada. And I bet, ramai manusia sanggup melakukan apa saja untuk dapat kelebihan yang you ada.” ~ Ridza Kim
Kekurangan kini menjadi kelebihan tatkala Ammara menggunakan ‘allergic’nya untuk membantu Ridza Kim meyelesaikan kes pembunuhan bapa lelaki itu. Siapa sangka kedua belah tangan yang dianggap pembawa malang mampu memberi manfaat kepada orang lain. Satu persatu misteri berjaya diselesaikan olehnya. Dan selepas menempuhi waktu sukar dan senang bersama, perasaan Ammara terhadap Ridza Kim mula jelas. Rasa itu bukan lagi biasa-biasa, sebaliknya terlalu istimewa. Kehadiran Ridza Kim begitu kuat sehingga dia lemah memendam cinta yang pertama kali membenih dalam hatinya. Tapi mampukah Ammara mencipta bahagia apabila ada Ji Hyun di sisi Ridza Kim? Dan sanggupkah lelaki itu menerima dirinya bila mereka ‘dipantang’ untuk saling bersentuhan?
Lagu Tema / OST Drama Love Elsa
💕 Ika Noh nyanyian Marsha Milan feat Fanzi Ruji
Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir Dan Ending Drama Rindu Awak Separuh Nyawa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan