Sinopsis Drama Dia Bukan Bidadari Lakonan Mona Allen, Keith Foo dan Fadlan Hazim - Slot Widuri TV1
Mengisahkan tentang Nur Jannah iaitu seorang gadis yang berasal dari kampung dan hidup susah pada awalnya. Di kampung dia hanya tinggal bersama abah dan emak tirinya sahaja.Disebabkan itu, dia bercita-cita untuk berkahwin dengan lelaki kaya supaya hidupnya selepas ini tidak lagi seperti dahulu. Selepas tamat pengajian, Nur Jannah berhijrah ke bandar dan berkawan dengan lelaki-lelaki kaya untuk dipilih menjadi suami. Akhirnya Nur Jannah jatuh hati kepada Syed Mikhael Azrai. Tetapi muncul pula seorang lelaki lain iaitu Fareez yang telah membuatkan hidup Nur Jannah jadi huru-hara dek kerana mulut Fareez yang dianggapnya puaka. Siapakah yang akhirnya dapat mengambil hati Nur Jannah untuk dijadikan seri dalam hidupnya?
Lagu Tema / OST Drama Dia Bukan Bidadari
👄👄 Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali
Baca Online Novel Dia Bukan Bidadari Bab 1 Hingga Bab 15
Selain menonton versi dramanya di TV, korang juga boleh baca novel ini secara online dari bab 1 hingga bab 15 di wattpad

















