Memaparkan catatan dengan label Mia Nasir. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mia Nasir. Papar semua catatan

10 Sep 2022

Telefilem Seminit Lagi (TV1)



Telefilem Seminit Lagi TV1, Telemovie Seminit Lagi TV1, Slot Panggung RTM tv1, Telemovie TV1, Sinopsis Telefilem Seminit Lagi, Seminit Lagi Cast, Telefilem Seminit Lagi Full Movie, Pelakon - Pelakon Telefilem Seminit Lagi TV1, Fimie Don, Cheng Mun Yip, Devan Raj, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Lan Zailan, Meor Mohd, Mia Nasir,

Sempena hari Malaysia nanti, sebuah telefilem Seminit Lagi akan disiarkan pada Sabtu ini, 10 September 2022, jam 9 malam di slot Panggung RTM TV1. Antara pelakon telefilem Seminit Lagi ini adalah Fimie Don, Cheng Mun Yip, Devan Raj, Kodi Rasheed, Shah Iskandar, Jasmin Hamid, Lan Zailan, Meor Mohd, Mia Nasir, Halimah Naim, Lim Hui Hong dan ramai lagi, Selain itu telemovie Seminit Lagi ini diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Cahaya Sina Sdn Bhd. Nampak menarik dan nampak macam best je kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telemovie Seminit Lagi di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Seminit Lagi - Slot Panggung RTM TV1

Mengisahkan 3 sahabat iaitu Izham, Chin dan Muthu yang terlibat dengan kegiatan pecah rumah kerana ingin membantu Ben yang berhutang. Mereka kemudian dimasukkan ke sekolah Juvana. Apabila mereka bertiga keluar dari sekolah Juvana sering dipandang serong dan telah dituduh terlibat dengan kejadian pecah rumah yang baharu berlaku. Apa yang berlaku seterusnya? Benarkah mereka yang melakukan jenayah itu?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3


Read More

20 Mac 2022

Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati



Drama Hati Yang Dikhianati Astro Prima, Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati, Ending Drama Hati Yang Dikhianati, Poster Drama Drama Hati Yang Dikhianati, Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati,
Episod Akhir dan Ending Drama Hati Yang Dikhianati 

Drama Hati Yang Dikhianati sudah habis episodnya, secara keseluruhannya drama Hati Yang Dikhianati ini mempunyai 146 episod dan merupakan antara drama yang terpanjang di Malaysia, selepas drama Cinta Ibadah (175 episod) serta drama Memori Cinta Suraya (137 episod). Iqram Dinzly turut berlakon dalam drama Memori Cintra Suraya itu serta drama Hati Yang Dikhianati. Lebih menarik bila drama ini turut mencatat rekod baru di dalam Astro Prima sebagai drama rantaian satu jam yang paling panjang sejak penubuhan slot Tiara Astro Prima. Walaupun penggambaran drama terpaksa dihentikan seketika akibat perlaksanaan PKP 3.0, namun drama ini berjaya disambung semula dengan jayanya, jalan ceritanya juga menjadi semakin best dengan kehadiran Elizad Shariffudin yang memegang watak sebagai Tasya serta Iqram Dinzly sebagai Azran dalam episod 100 keatas. 

Memang enjoy layan drama ini. Manakala ending drama Hati Yang Dikhianati ini mestilah happy ending, bila Ilyas dengan Lisa juga akhirnya. Walaupun percintaan mereka ni banyak liku, banyak dugaan, akhirnya bersama juga. Tapi bagi aku, aku lagi suka kalau Ilyas dan Lisa ni move on saja. Biar Ilyas terus dengan Tasya dan Lisa pula dengan Samir. Selepas ini drama ini akan diganti dengan drama Dendam Seorang Isteri lakonan Fasha Sandha, Wan Raja, Nad Zainal dan Aidit Noh yang merupakan drama adaptasi drama Korea Temptation Of Wife. Sebelum ini drama Filipina Temptation Of Wife lakonan Marian Rivera dah pernah disiarkan di Malaysia pada tahun 2012. Apa pun jom tengok sinopsis episod akhir drama Hati Yang Dikhianati di bawah ini okey..




Sinopsis Episod Akhir Drama Hati Yang Dikhianati 
(Slot Tiara Astro Prima)

Azran mahukan harta Dato Ghafar sepenuhnya namun Samir berasa marah dengan permintaan melampau Azran itu. Samir kemudian ingin memberitahu kebenaran pada pihak polis mengenai Azran yang membunuh ibu bapanya. Azran menculik Lisa kerana menyangka Lisa adalah teman wanita pada Samir. Kemudian Samir, Ilyas dan Iskandar bekerjasama untuk mencari Lisa. Maria menjadi dalang kegagalan rancangan Azran, Maria dan Azran kemudian mengalami kemalangan dan mati. Ilyas ditembak oleh Azran ketika cuba menyelamatkan Lisa. Manakala Syaz pula terbuka hati untuk rujuk semula dengan Imran. 3 tahun kemudian Lisa dah tamat belajar dan berkumpul beramai - ramai di rumahnya. Ilyas dah bercerai dengan Tasya dan kemudian menghilangkan diri. Ending drama ini berakhir dengan Lisa berjumpa dengan Ilyas semula.



Read More


My Random Post