10 Jul 2018

Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Jangan Benci Cintaku, Drama Jangan Benci Cintaku, Slot Akasia, TV3, Novel Jangan Benci Cintaku, Novelis Emy Roberto, Drama Adaptasi Novel, Drama Melayu, Drama Bersiri, Poster, Jangan Benci Cintaku Cast, Senarai Pelakon, Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Ross, Episod 2 Hingga Episod 6 Drama Jangan Benci Cintaku, Watak, Poster Drama, Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku,
Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku

Hari ini seperti biasa aku nak share sinopsis drama Jangan Benci Cintaku untuk Episod 2 Hingga Episod 6 di bawah ini. Drama Jangan Benci Cintaku ini adalah adaptasi daripada Novel yang tajuknya juga sama karya novelis Emy Roberto dan tengah hangat bersiaran di slot Akasia TV3. Antara pelakon - pelakon drama Jangan Benci Cintaku ini serta watak yang dibawa mereka adalah seperti berikut:-

Watak - Watak Pelakon

Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat / Shah
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda / Fika

Niena Baharun sebagai Husna

Luqman Hafidz sebagai Faris

Izzue Islam sebagai Syazwi

Amelia Henderson sebagai Damia

Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin




Kalau korang nak baca sinopsis drama ini untuk episod yang pertama bolehlah klik sini okey ➔ Drama Jangan Benci Cintaku Episod 1 So jom tengok pula sinopsis drama ini untuk episod kedua hingga episod enam ye, selamat membaca..

Sinopsis Episod 2 Hingga 6 Drama Jangan Benci Cintaku - Akasia TV3

Shah dan semua orang cuba memujuk Fika supaya tidak ke Australia untuk menyambung pelajarannya dan mencadangkan Fika untuk sambung belajar di Malaysia saja. Namun Fika dah nekad dan tetap dengan keputusannya untuk ke Australia. Akhirnya Shah mengalah dan membenarkan Fika ke sana. Selama Fika di Australia, Shah dan Fika saling mempercayai antara satu sama lain, jika ada masa terluang, Shah akan melawat isterinya itu di Australia dan menghabiskan masa berdua. Fika sentiasa happy bila Shah datang melawatnya manakala Shah pula sentiasa setia dengan Fika. Namun Shah mula kecewa bila dapat tahu yang Fika makan pil perancang kehamilan dan membuatkan Shah marah dan sedih dengan tindakan Fika yang tidak mahukan anak buat masa terdekat ini. Tak lama kemudian Shah dan Faris berkenalan dengan Husna dan Shah telah menolong Husna yang telah tertinggal kunci kereta dalam keretanya. Husna juga sudah mempunyai tunang bernama Hazri. Namun Hazri ini seorang yang panas baran dan kerap meminta duit pada Husna, selain itu Husna juga kerap terserempak dengan Shah di kawasan sekitar pejabat Shah membuatkan mereka semakin rapat.



4 tahun Fika di Australia, Shah masih melayan Fika dengan baik, namun di tahun kelima iaitu tahun terakhir Fika di Australia itu, Shah dah mula dingin dengannya. Shah mula melayan Fika acuh tak acuh saja dan membuatkan Fika sedikit sedih dengan perubahan Shah namun Fika hanya berfikiran positif saja. Hal bertambah rumit apabila Shah juga tidak datang di hari Konvokesyen Fika, hanya ibu bapa Fika saja yang datang. Fika dah mula tak sedap hati serta merindui Shah namun dirinya masih tidak mahu pulang ke Malaysia sebaliknya pergi bercuti bersama kawan baiknya Damia. Shah sebenarnya sudah curang dengan Fika dan kini bercinta dengan Husna, malah Husna sendiri tahu mengenai status Shah yang masih bergelar suami orang. Namun Shah berjanji pada Husna akan menyelesaikan masalahnya dengan Fika tidak lama lagi dan meminta Husna untuk sabar menunggu. Shah juga sudah memperkenalkan Husna pada Nek Pah dan kelihatan Nek Pah sangat menyukai Husna berbanding Fika. Malah Husna juga telah datang ke rumah Nek Pah dan bertemu dengan ibu bapa Shah. Walaubagaimanapun ibu Shah tidak begitu suka dengan sikap Shah, manakala Faris pula cuba menasihati Shah mengenai hubungannya dengan Husna, tambahan lagi Fika akan pulang ke Malaysia tak lama lagi.

Namun Shah tidak mempedulikan langsung mengenai nasihat yang diberikan Faris, Shah selamba membawa Husna ke Bali dengannya dan tidak pergi menyambut kepulangan Fika di airport. Manakala Irwan pula yang tidak sabar dan membawa pulang sepupunya dari airport ke rumah ibu bapa Fika. Fika kecewa bila Shah tiada sewaktu dia pulang ke Malaysia, walaubagaimanapun Fika sudah berazam untuk menjadi isteri yang terbaik buat Shah sebaik dia pulang ke Malaysia, Fika sedar Shah sudah banyak berkorban untuknya, sekarang ini tibalah gilirannya untuk berkorban untuk Shah dan menjaga Shah sebaik mungkin. Tak lama kemudian Fika sengaja nak buat kejutan pada Shah dan pergi ke pejabat Shah namun Fika terkejut melihat Shah yang sangat mesra dengan Husna di tepi kereta dan berlalu dari situ. Manakala Faris pula terkejut melihat Fika disitu yang sedang melihat gelagat Shah dan Husna yang mesra itu. Apa yang berlaku seterusnya?..

11 ulasan:

  1. wpun x suka dgn perangai isteri dia tu, tp ejulz kesian jugak tgk bila suami dia ada scandal dgn perempuan lain. perempuan tu pun satu. suami org jugak yg dia nak.. hurmm

    BalasPadam
  2. ramai betul yang meroyan sebab shah dengan husna ni

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. haha entahla tak pasti pula sebab watak izzue baru je muncul..

      Padam
  4. Linda tu sapa eh pelakonnya??

    BalasPadam
  5. Banyak sangat ubahsuai daripada novel sebenar, mana ada Husna mengandung, mengarut je, dah jadi tak best, menyampah sbb merendahkan martabat wanita yg pakai tudung

    BalasPadam
  6. irwan yang sepatutnya dapat fika

    BalasPadam



My Random Post