13 Jul 2018

Drama Cinta Tiada Ganti & Sanay Wala Nang Wakas




Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Filipina, Sanay Wala Nang Walas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Watak Asal, Ara, Arabella, Christian Soriano, Mary Ann, Leo, Pelakon Asal Drama Sanay Wala Nang Wakas, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz,
Drama Cinta Tiada Ganti Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas

Drama Monalisa telah tamat episodnya dan kini diganti dengan drama Cinta Tiada Ganti yang mempunyai 100 episod. Drama Cinta Tiada Ganti ini adalah adaptasi daripada drama popular Filipina iaitu Sanay Wala Nang Wakas. Drama Cinta Tiada Ganti ini akan disiarkan di Slot Tiara Astro Prima / Maya HD setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang dan ulangannya pada 12 tengah malam. Biasanya aku memang akan menonton siaran ulangannya pada pukul 12 tengah malam. 
Watak - Watak Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti
Nelydia Senrose sebagai Arabella / Ara / Bella
Aedy Ashraf sebagai Mukhriz
Hafidz Roshdi sebagai Nazim
Ben Amir sebagai Khairil
Emelda Rosemila sebagai Helena
Marisa Yasmin sebagai Eliza/Raihana
Rusdi Ramli sebagai Atan
Fizz Fairuz sebagai Raizal
Shah Rezza sebagai Dato Azizan
Nafiz Muaz sebagai Reza



Dari segi pemilihan pelakon, aku memang suka sangat Nelydia Senrose yang melakonkan watak Ara tu, nama watak pun sama macam dalam drama Filipina. Aedy Ashraf tu pun okey saja jadi hero drama ini, cuma aku tak berapa suka dengan rambut panjangnya tu, kalau rambut pendek lagi okey, sebab watak Christian dalam drama Sanay Wala Nang Wakas tu pun rambut maintain pendek. Tapi tak kisahlah janji lakonan mantap. Ben Amir akan membawakan watak Khairil yang merupakan watak Leo dalam drama Filipina itu. Apa pun bila sebut pasal Drama Sanay Wala Nang Wakas ini siapa yang dapat lupa watak - watak seperti Arabella Grace Garcia / Ara yang dilakonkan oleh Kristine Hermosa, Watak Christian yang dilakonkan oleh Jericho Rosales, watak Leo lakonan Diether Ocampo dan watak Mary Ann lakonan Angelika dela Cruz. Drama Sanay Wala Nang Wakas ini memang menimbulkan fenomena di Malaysia ketika ianya disiarkan di Astro pada tahun 2004/2005, kemudian diulang tayang di RTM TV2 sebelum ditayangkan kembali di Astro Bella pada tahun 2013 yang lalu.
Cinta Tiada Ganti, Drama Cinta Tiada Ganti, Drama Melayu, Drama Bersiri, Drama Adaptasi, Slot Tiara, Astro Prima, Astro Maya HD, Drama Filipina, Sanay Wala Nang Walas, Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, Drama Melayu Adaptasi Drama Filipina Sanay Wala Nang Wakas, 2018, Poster Drama Cinta Tiada Ganti, OST Cinta Tiada Ganti, Lagu Jodohku nyanyian Khai Bahar, Watak Asal, Ara, Arabella, Christian Soriano, Mary Ann, Leo, Pelakon Asal Drama Sanay Wala Nang Wakas, Kristine Hermosa, Jericho Rosales, Diether Ocampo, Angelika Dela Cruz, Cinta Tiada Ganti Cast, Pelakon Drama Cinta Tiada Ganti, Nelydia Senrose, Aedy Ashraf, Hafidz Roshdi, Ben Amir, Syamim Farid, Sweet Qismina, Marisa Yasmin, Rusdi Ramli, Emelda Rosemila, Shah Rezza, Nafiz Muaz, Wan Sharmila, Octovia Manrose, Dian P Ramlee, Fizz Fairuz,
Aku menonton drama Filipina ini ketika ianya disiarkan di Malaysia buat pertama kalinya di Astro dan paling menarik ketika itu, penonton Malaysia boleh memilih ending yang disukai dengan mengundi sama ada nak Ara / Grace / Gracy dengan Leo mahu pun Ara dengan Christian Soriano di episod akhir / ending drama Sanay Wala Nang Wakas itu. Ketika itu aku memang lagi suka kalau Ara dengan Leo, manakala Christian pula dengan Mary Ann kan lebih happy ending gitu. Berbanding Ara dengan Christian dan membuatkan Leo dan Mary Ann patah hati di penghujungnya. Namun nasib baik Astro ketika itu menayangkan kedua - dua ending drama ini dimana ending pertama Ara dengan Christian Soriano dan second ending Ara dengan Leo. Bagi aku ending Ara kahwin dengan Leo lebih meriah gitu. Manakala ending bagi drama Cinta Tiada Ganti ini aku tak pastilah kan sebab baru episod awal tapi mestilah watak hero dapat heroin nanti kan hehe. Selain itu Lagu Tema / OST Drama Cinta Tiada Ganti ini dinyanyikan oleh Khai Bhar yang bertajuk Jodoh ku.

2 ulasan:

  1. ohh.. baru tau.. kalau layan cerita sanay wala ng wakas tu mesti best tgk ni.. hehe

    Jemput singgah entry terkini ejulz :
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/pengalaman-pertama.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/halamak-x-sempat-nak-wefie.html
    http://ejulz.blogspot.com/2018/07/entry-yang-menyumbang-pageviews-paling.html

    Jemput join segmen ejulz jika belum join :)
    https://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

    BalasPadam
  2. watak mary ann tu siapa pelakon versi malaysia ya?

    BalasPadam



My Random Post