23 Jul 2021

Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Astro Prima)



Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Drama Suara Hati Episod 1 Hingga 13 Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela (Full Episode) Di Astro Prima

Drama Suara Hati akan disiarkan di slot Tiara Astro Prima mulai 19 Julai 2021 bagi menggantikan Drama Derita Untuk Bahagia lakonan Amar Baharin dan Azar Azmi yang telah tamat episodnya. Drama ini adalah adaptasi daripada Novel Suara Hati karya Anis Ayuni dan mempunyai 13 episod serta disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang di Astro Prima. Antara pelakon drama Suara Hati ini adalah Hanna Aqeela, Syafiq Kyle, Aidil Aziz, Fazlina Ahmad Daud, Dato Seri Rezza Shah, Liza Rafar, Afzan A Rahman, Zera Hariz, Qistina Khaled, Syahir Shafein dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Emy Suffian (Pyan Screw) dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, rasanya ni pertama kali tengok gandingan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela ini. Apa pun aku memang suka dengan novel - novel karya Anis Ayuni ni. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Suara Hati di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Syafiq Kyle sebagai Harris
Hanna Aqeela sebagai Hani
Aidil Aziz sebagai Naim
Zera Hariz sebagai Suraya
Afzan A Rahman sebagai Amir
Qistina Khaled sebagai Sarah
Syahir Shafein sebagai Ramzi
Liza Rafar sebagai Sha
Fazlina Ahmad Daud sebagai Khaty
Shah Rezza sebagai Jo




Sinopsis Penuh Drama Suara Hati Lakonan Syafiq Kyle dan Hanna Aqeela - Slot Tiara Astro Prima

Mengisahkan Hani, seorang pelajar universiti bercinta dengan Harris yang juga aktif dalam aktiviti sukan. Hani kemudian diperkenalkan ibu bapanya dengan Naim, seorang pensyarah sambilan di universitinya. Hani dan Naim mula mesra apabila Naim mula menolong Hani untuk projek universiti Hani. Tetapi Hani hanya menganggap Amirul Naim hanyalah kawan biasa kerana Hani tahu, Naim dalam ada cita-cita untuk melamar teman wanitanya sebagai isteri. Kebahagian Hani dengan Harris tidak berpanjangan apabila Harris dengan tiba-tiba menghilangkan diri tanpa khabar berita, dan terus membuatkan Hani kecewa. Hani yang kesedihan kerana kecewa dengan Harris, kemudian mula membuka pintu hatinya kepada Naim, yang juga baru gagal dalam percintaan. Harris muncul semula, tetapi sudah terlewat kerana Hani sudah pun menerima cinta Naim. Perkahwinan Hani dan Naim bahagia untuk beberapa ketika, namun tragedi yang menimpa perkahwinan Hani dan Naim telah mula mematahkan semangat Hani untuk terus hidup. Di saat itu, Harris tiba-tiba muncul semula di dalam hidup Hani.
Drama Suara Hati, Drama Astro Prima, Slot Tiara, Drama Suara Hati Slot Tiara Astro Prima, Drama Suara Hati Full Episode, Info dan Sinopsis Drama Suara Hati, Drama Suara Hati Online, Drama Adaptasi Novel, Novel Suara Hati Karya Anis Ayuni, Drama Baru Syafiq Kyle, Drama Baru Hanna Aqeela, Drama Baru Aidil Aziz, Poster Drama Suara Hati, Pelakon - Pelakon Drama Drama Suara Hati,
Lagu Tema / OST Drama Suara Hati
💋 Biar Aku Simpan nyanyian Bimasakti dan Oktovia Manrose

 ⏩⏩ Drama Ayahanda Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3

Read More

19 Jul 2021

Info dan Sinopsis Telefilem Sebelum Pulang Lakonan Nad Zainal (TV2)



Telefilem Sebelum Pulang, Telemovie Sebelum Pulang, Poster Telefilem Sebelum Pulang, Sinopsis Telefilem Sebelum Pulang, Telefilem Sebelum Pulang TV2, Telefilem Raya, Pelakon - Pelakon Telefilem Sebelum Pulang,
Info dan Sinopsis Telefilem Sebelum Pulang Lakonan Nad Zainal (TV2)

Telefilem Khas sempena Aidiladha bertajuk Sebelum Pulang akan disiarkan pada 19 Julai 2021, jam 9 malam di Tv2. Telefilem Sebelum Pulang ini dibintangi oleh Nad Zainal, Dato Jalaludin Hassan, Wan Maimunah Aziz, Amyza Adnan, Emilia Hanif, Kamal Rezuan, Ayu Ayuni dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sebelum Pulang ini diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan diterbitkan oleh Switch On Entertainment. Nampak menarik kan telefilem ini, barisan pelakon juga best - best belaka. Jadi jom tengok sinopsis telemovie Sebelum Pulang di bawah ini ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Sebelum Pulang Lakonan Nad Zainal (TV2)

Amira dilahirkan di dalam sebuah keluarga miskin. Dia mempunyai seorang abang dan seorang kakak. Sejak kecil Amira menghidap penyakit Asthma dan dianggap membawa nasib malang kerana berbagai kejadian buruk menimpa keluarga mereka sejak kelahirannya. Dia tidak disayangi oleh ayah, abang dan kakaknya Liza. Mereka sering menghina dan mencari salahnya. Apa yang berlaku seterusnya?? 

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ayat - Ayat Halal Lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa (TV2)

⏩⏩ Drama Black Season 2 Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (VIU Malaysia)

💟💟 Drama Ayahanda Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3

Read More

Drama Ayahanda Episod 1 Hingga 13 (Full Episode) Di Slot Lestary TV3



Drama Ayahanda, Drama Ayahanda Slot Lestary TV3, Sinopsis Penuh Drama Ayahanda, Drama Melayu TV3, Poster Drama Ayahanda, Pelakon - Pelakon Drama Ayahanda, Drama Baru Jalil Hamid, Drama Baru Fauziah Ahmad Daud, Fikri Ibrahim, Noorkhiriah, Hairi Safwan,

Drama Ayahanda sudah pun bersiaran sejak 10 Julai yang lalu di slot Lestary TV3, setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam bagi menggantikan Drama Budak Tebing 2 yang telah tamat episodnya. Antara pelakon - pelakon drama Ayahanda ini adalah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah, Shahz Jaszle, Rita Nadira, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Anuar Hamizan, Sobri Anuar, Nurmiziana Rosli dan ramai lagi. Wow para pelakonnya best - best belaka, gandingan pelakon senior yang berpengalaman dan baru gitu. Drama Ayahanda ini diinspirasikan daripada Novel terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka karya Allahyarham Azizi Hj Abdullah. Selain itu drama Ayahanda ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar dan diterbitkan oleh Zeel Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus jalan ceritanya yang banyak pengajaran dan bertemakan kekeluargaan gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ayahanda di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey.

Jalil Hamid sebagai Haji Abdullah (Tok Imam)
Fauziah Ahmad Daud sebagai Hajah Noriah
Fikry Ibrahim sebagai Aziz
Noorkhiriah sebagai Halimah
Shahz Jaszle sebagai Ramli
Rita Nadira sebagai Mazni
Hairi Safwan sebagai Ahmad
Sherry Ibrahim sebagai Aishah
Mimi Ernida sebagai Rahayu
Sobri Anuar sebagai Mat Diah
Nurmiziana Rosli sebagai Piah
Anuar Hamizan sebagai Usin




Sinopsis Penuh Drama Ayahanda Slot Lestary TV3

Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, juru nikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu. Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam. Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai 4 orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung. 
Drama Ayahanda, Drama Ayahanda Slot Lestary TV3, Sinopsis Penuh Drama Ayahanda, Drama Melayu TV3, Poster Drama Ayahanda, Pelakon - Pelakon Drama Ayahanda, Drama Baru Jalil Hamid, Drama Baru Fauziah Ahmad Daud, Fikri Ibrahim, Noorkhiriah, Hairi Safwan,
Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad tetapi Ahmad belum bersedia. Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juru teknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya. Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggung jawabnya sebagai imam, namun semua anak-anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli. Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikan mereka tentang pengorbanan seorang ayah?

Lagu Tema / OST Drama Ayahanda
💙💚 Coretan Pilu nyanyian Dato Awie


Read More

16 Jul 2021

Drama Black Season 2 Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (VIU Malaysia)



Drama Black Season 2, Adaptasi Drama Korea Black, Poster Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Info dan Sinopsis Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Pelakon - Pelakon Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Drama Black Season 2 Viu Malaysia Full Episode, Drama Black Season 3 Viu Malaysia,

Drama Black  merupakan siri original Viu Malaysia yang juga merupakan adaptasi daripada drama Korea Black (2017) lakonan Song Seung Heon, Go Ara dan Lee El manakala versi Malaysia pula dilakonkan oleh Kamal Adli, Siti Saleha dan Nabila Huda. Di platform VIU, drama Black ni dah masuk 2 season dah, setiap season ada 8 episod. Pelakon - pelakon lain yang turut membintangi drama Black Season 2 ini terdiri daripada Khir Rahman, Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Rusdi Ramli, Zain Hamid dan ramai lagi. Tak silap aku drama Black versi Malaysia untuk musim kedua ni hanya 10 episod, so dah habislah kan. Ending drama Black Season 2 ni tak ikut sebijik macam drama Korea, sebab macam happy ending juga sebab Sofia dan 444 / Malik buat keputusan untuk bersama. Tapi stil open ending jugalah sebab kita tak tahu apa yang terjadi pada mereka seterusnya. Cuma yang pasti diorang akan terus diburulah kan.  Ikutkan aku dah tengok pun drama Black versi Korea so aku dah tahu jalan cerita beserta endingnya sekali hehe. Tapi saja aku nak tengok macam mana diorang nak buat versi Malaysia pula hehehe. Korang boleh baca review drama Korea Black yang aku buat di blog satu lagi disini okey 👉👉 Review Drama Korea Black By Miss Banu
Drama Black Season 2, Adaptasi Drama Korea Black, Poster Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Info dan Sinopsis Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Pelakon - Pelakon Drama Black Season 2 Viu Malaysia, Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Drama Black Season 2 Viu Malaysia Full Episode, Drama Black Season 3 Viu Malaysia,
Bagi aku hampir sama saja drama Black versi Malaysia atau Korea, sampai warna baju pun nak sama okey. Cuma kalau versi Malaysia diorang sesuaikan dengan situasi dan budaya Malaysialah kan. Apa yang aku suka dengan drama Black versi Malaysia yang disiarkan di platform VIU ni adalah barisan pelakonnya. Pemilihan pelakon memang terbaik, semuanya best - best belaka dan hebat. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Black season 2 di bawah ini okey beserta sinopsisnya sekali.

Kamal Adli sebagai Detektif Malik / Black / 444
Siti Saleha sebagai Sofia Farid
Nabila Huda sebagai Dr. Aisya
Khir Rahman sebagai Detektif Borhan
Zoey Rahman sebagai Lokman Nazir
Pablo Amirul sebagai Middle Finger Man 
Azman Hassan sebagai 007
Juzzthin sebagai 416
Namron sebagai Captain Amirul
Adlin Aman Ramlie sebagai Captai Zaid
Josiah Hogan sebagai Leo Raja Vokal
Luqman Hafidz sebagai Ilya Hamid 
Riz Amin sebagai Rahman 
Amir Ameeza sebagai Daud 
Aleza Shadan sebagai Dr Rozana 
Airil Hafiz sebagai Leo Manager 
Nada syuhada sebagai Tiffany 
Hashim Osman sebagai Nazir 
Rusdi Ramli sebagai Pak Hassan 
Zain Hamid sebagai Karim 
Derrick sebagai Steven Wan 
Shekean Waida sebagai Norliza 
Fauzi Nawawi sebagai Chief Mazlan 
Silfeny Osman sebagai Newcaster




Sinopsis Drama Black Season 2 Lakonan Kamal Adli dan Siti Saleha (VIU Malaysia)

Menceritakan tentang Black atau 444 (Kamal Adli) yang merupakan makhluk Bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya iaitu 419 yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia. Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia (Siti Saleha). Malah Black / 444 juga tidak tahu perkaitan sebenar antara dirinya dengan detektif Malik sehingga dia tidak boleh keluar dari badan detektif Malik sesuka hatinya. Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Doktor Aisya (Nabila Huda), kekasih Detektif Malik. Aisya cuba menyembunyikan rahsia silamnya dari semua orang dan hidup dalam ketakutan. Namun sedikit demi sedikit rahsia silamnya mula terbongkar dan detektif Borhan mengetahui rahsia tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?..


Read More

8 Jul 2021

Drama Ayat - Ayat Halal Lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa (TV2)



Drama Ayat - Ayat Halal, Drama TV2, Poster Drama Drama Ayat - Ayat Halal, Info dan Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal, Pelakon - Pelakon Drama Ayat - Ayat Halal, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Mia Nasir, Drama Ayat - Ayat Halal Full Episode,

Bermula 2 Julai 2021, drama Ayat - Ayat Halal telah pun mula disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam. Antara pelakon drama Ayat - Ayat Halal ini adalah Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikhree Bakar, Shah Rezza, Fadilah Mansor, Lan Siro, Adam Malek dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Ayat - Ayat Halal karya novelis terkenal Syamnuriezmil. Rasanya ni first time tengok gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa, kira macam gandingan fresh gitu. Selain itu drama Ayat - Ayat Halal ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh MP Roslin MD Shariff dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Dalam drama ini Amar Baharin akan bercakap dalam loghat utara gitu. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Ayat - Ayat Halal ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
Chiwan Chilok sebagai Hazmon
Mia Nasir sebagai Murni
Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
Shah Rezza sebagai Pak Ali




Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal Lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa (TV2)

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia. Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.
Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!
Drama Ayat - Ayat Halal, Drama TV2, Poster Drama Drama Ayat - Ayat Halal, Info dan Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal, Pelakon - Pelakon Drama Ayat - Ayat Halal, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Mia Nasir, Drama Ayat - Ayat Halal Full Episode,
Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala. Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya? Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

Lagu Tema / OST Drama Ayat - Ayat Halal
⏩ Dup Dup nyanyian Aizat Amdan

Tonton Drama Ayat - Ayat Halal (TV2) Full Episode
Drama Ayat - Ayat Halal boleh ditonton secara online di laman web rasmi RTM di https://rtmklik.rtm.gov.my/

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Read More

6 Jul 2021

Drama Ratu Ten Pin Episod 1 Hingga 16 (Full Episode) Di Astro Ria



Drama Ratu Ten Pin, Astro Ria, Drama Astro Ria, Poster Drama Ratu Ten Pin, Info dan Sinopsis Drama Ratu Ten Pin, Pelakon - Pelakon Drama Ratu Ten Pin, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Baru Fify Azmi, Drama Baru Nazim Othman,

Drama Ratu Ten Pin adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan drama Scammer lakonan Kamal Adli, Fasha Sandha dan Siti Saleha yang tamat episodnya. Bermula 28 Jun 2021, drama Ratu Ten Pin akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam di Astro Ria. Antara pelakon drama Ratu Ten Pin ini adalah Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Nazim Othman, Sheila Rusly, Hazeeq Dean, Nasz Sally, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim, Esma Daniel, Lisdawati dan ramai lagi. Drama 16 episod ini diarahkan oleh Azman Yahya (Jinggo) dan diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd. Antara keunikan drama ini bila ianya mengangkat tema sukan Boling gitu. Dah lama tak tengok drama - drama yang bertemakan sukan, selalunya pasal cinta saja kan. Jadi memang menariklah drama ini kan, so jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Ratu Ten Pin ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..
  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Fify Azmi sebagai Reezs
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Hazeeq Dean sebagai Khalid
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Esma Daniel sebagai Razak
  • Lisdawati sebagai Maznah
  • Dato' Sri Eizlan Yusof sebagai Dato' Idris
  • Aleeza Kassim sebagai Datin Marissa
  • Sheila Rusly sebagai Maria
  • Dazrin Kamarudin sebagai Iskandar
  • Akhmal Nazri sebagai Fendi
  • Shalin Zulkifli sebagai Dirinya Sendiri (Penampilan Khas)




Sinopsis Penuh Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Mengisahkan tentang tiga wanita muda yang berasal dari latar belakang keluarga yang berbeza, mengejar gelaran Ratu Tenpin Negara. Walaupun datang dari keluarga berpendapatan rendah, zaman kanak-kanak Norma penuh dengan botol kaca kosong dan buah kelapa yang dijadikan sebagai alat permainan boling. Disebabkan selalu dan pandai bermain boling, dia dikenali sebagai pemain boling yang sangat berbakat di kalangan kawan-kawannya di kampung. Apabila sudah dewasa, dia berpindah ke Kuala Lumpur bersama sahabat baiknya dan mula bekerja untuk membantu keluarga dalam menampung perbelanjaan di kampung. Nasib Norma berubah apabila dia menjejakkan kakinya buat pertama kali di pusat permainan boling. Reesz yang datang dari keluarga sederhana, dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur. Sebagai anak perempuan bekas juara boling, Maznah menaruh harapan tinggi agar Reesz mengikuti jejak langkahnya. Namun, Reesz lebih berminat dalam bidang reka bentuk grafik dan permainan mudah alih. 
Drama Ratu Ten Pin, Astro Ria, Drama Astro Ria, Poster Drama Ratu Ten Pin, Info dan Sinopsis Drama Ratu Ten Pin, Pelakon - Pelakon Drama Ratu Ten Pin, Drama Baru Elisya Sandha, Drama Baru Fify Azmi, Drama Baru Nazim Othman,
Di rumah, Reesz berhadapan dengan keganasan rumah tangga apabila bapanya masih sukar untuk menerima hobi ibunya dalam sukan boling sehingga merasakan dirinya diabai. Pergaduhan itu berlarutan sehingga melibatkan penderaan fizikal. Reesz membuat keputusan untuk belajar bermain boling untuk menggembirakan ibunya. 
Dilatih secara professional, Sandra mempunyai pengalaman yang paling banyak di antara mereka bertiga dan pernah memenangi kejohanan boling bawah umur peringkat kebangsaan. Dibesarkan dalam gaya hidup serba mewah, dia sudah terbiasa untuk mendapatkan apa yang dia inginkan. Dia merasakan yang dia berhak dipilih untuk skuad kebangsaan boling walaupun prestasinya tidak konsisten. Sikap dan agendanya yang tersembunyi ini boleh menjadi halangan untuk merosakkan prestasinya dalam skuad kebangsaan boling nanti. Untuk memenangi gelaran “Ratu Ten Pin Negara” bukan lah sesuatu yang mudah seperti yang disangkakan. Ketiga-tiga wanita muda itu bertanding walaupun terpaksa berhadapan dengan konflik sendiri dalam masa yang sama.

Lagu Tema / OST Drama Ratu Ten Pin
💟 Kuasa Juara nyanyian KRU
💟 Gemuruh nyanyian Faizal Tahir


Read More

5 Jul 2021

Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose (TV3)



Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Slot Akasia TV3, Drama TV3, Info dan Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju, Poster Drama Hatimu Sedingin Salju, Tonton Online Drama Hatimu Sedingin Salju, Pelakon - Pelakon Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Aprena Manrose, Drama Baru Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episode,

Drama Hatimu Sedingin Salju sudah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 24 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Masih Ada Rindu lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini adalah Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Bahri Uma dan diterbitkan oleh Orangetree Production. Wah nampak menarik drama ini kan, plus aku suka juga dengan gandingan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Aprena Manrose ni, korang boleh baca sini  Biodata Terkini Aprena Manrose. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Hatimu Sedingin Salju beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 




Sinopsis Penuh Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang. Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu. Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania. Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Lagu Tema / OST Drama Hatimu Sedingin Salju
👄 Andaikan nyanyian Sarah Suhairi

Read More

4 Jul 2021

Giveaway Aku Dan Kamu



Giveaway Aku Dan Kamu, Blogger Giveaway,

Jom Join Ramai - Ramai..
Due Date - 31 Julai 2021
Nak Join boleh klik Banner diatas ye..
Happy Anniversary buat As dan Aliff #asaliff, moga sentiasa ceria, happy dan bahagia selalu
Ucapan Happy Anniversary, Happy Anniversary Wish,


Read More


My Random Post