8 Jul 2021

Drama Ayat - Ayat Halal Lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa (TV2)



Drama Ayat - Ayat Halal, Drama TV2, Poster Drama Drama Ayat - Ayat Halal, Info dan Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal, Pelakon - Pelakon Drama Ayat - Ayat Halal, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Mia Nasir, Drama Ayat - Ayat Halal Full Episode,

Bermula 2 Julai 2021, drama Ayat - Ayat Halal telah pun mula disiarkan di TV2 setiap Isnin hingga Sabtu, jam 8 malam. Antara pelakon drama Ayat - Ayat Halal ini adalah Amar Baharin, Nadiya Nisaa, Razak Ahmad, Chiwan Chilok, Mia Nasir, Fikhree Bakar, Shah Rezza, Fadilah Mansor, Lan Siro, Adam Malek dan ramai lagi. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Ayat - Ayat Halal karya novelis terkenal Syamnuriezmil. Rasanya ni first time tengok gandingan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa, kira macam gandingan fresh gitu. Selain itu drama Ayat - Ayat Halal ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh MP Roslin MD Shariff dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Dalam drama ini Amar Baharin akan bercakap dalam loghat utara gitu. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Ayat - Ayat Halal ini dibawah beserta sinopsisnya sekali okey..

Amar Baharin sebagai Ebrahim Al Farez
Nadiya Nisaa sebagai Ulya Ayani
Razak Ahmad sebagai Pak Ayop
Chiwan Chilok sebagai Hazmon
Mia Nasir sebagai Murni
Fikhree Bakar sebagai Ustaz Hassan
Shah Rezza sebagai Pak Ali




Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal Lakonan Amar Baharin dan Nadiya Nisaa (TV2)

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia. Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.
Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal, Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya, Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya, rupanya tidak. Ulya lurus bendul!
Drama Ayat - Ayat Halal, Drama TV2, Poster Drama Drama Ayat - Ayat Halal, Info dan Sinopsis Drama Ayat - Ayat Halal, Pelakon - Pelakon Drama Ayat - Ayat Halal, Drama Baru Amar Baharin, Drama Baru Nadiya Nisaa, Drama Baru Mia Nasir, Drama Ayat - Ayat Halal Full Episode,
Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim, Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala. Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya? Kerana cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

Lagu Tema / OST Drama Ayat - Ayat Halal
⏩ Dup Dup nyanyian Aizat Amdan

Tonton Drama Ayat - Ayat Halal (TV2) Full Episode
Drama Ayat - Ayat Halal boleh ditonton secara online di laman web rasmi RTM di https://rtmklik.rtm.gov.my/

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

1 ulasan:



My Random Post