5 Jul 2021

Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose (TV3)



Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Slot Akasia TV3, Drama TV3, Info dan Sinopsis Drama Hatimu Sedingin Salju, Poster Drama Hatimu Sedingin Salju, Tonton Online Drama Hatimu Sedingin Salju, Pelakon - Pelakon Drama Hatimu Sedingin Salju, Drama Baru Hisyam Hamid, Drama Baru Aprena Manrose, Drama Baru Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Drama Hatimu Sedingin Salju Full Episode,

Drama Hatimu Sedingin Salju sudah pun disiarkan di slot Akasia TV3 bermula 24 Jun 2021 yang lalu setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Masih Ada Rindu lakonan Farid Kamil dan Mimi Lana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini adalah Hisyam Hamid, Apreena Manrose, Hafeez Mikail, Bella Dowanna, Mustafa Kamal, Maria Farida, Rahim Jailani, Zila Bakarin, Khaty Azian, Scha Eliana, Zaefrul Nordin, Aleza Shadan, Fadlan Hazim, Idzham Ismail, Mathni Razak, Ziema Din, Liza Semron dan ramai lagi. Selain itu drama 28 episod ini diarahkan oleh Bahri Uma dan diterbitkan oleh Orangetree Production. Wah nampak menarik drama ini kan, plus aku suka juga dengan gandingan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose ni. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Aprena Manrose ni, korang boleh baca sini  Biodata Terkini Aprena Manrose. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon drama Hatimu Sedingin Salju beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Hisyam Hamid sebagai Arman
Apreena Manrose sebagai Rania 
Hafeez Mikail sebagai Nabil 
Bella Dowanna sebagai Syena
Fadlan Hazim sebagai Haikal
Mustafa Kamal sebagai Datuk Jamal
Maria Farida sebagai Datin Mimi
Rahim Jailani sebagai Mahfuz
Zila Bakarin sebagai Noraini
Khaty Azian sebagai Normala
Scha Eliana sebagai Melissa 
Zaefrul Nordin sebagai Datuk Hisyam
Aleza Shadan sebagai Datin Afifa
Idzham Ismail sebagai Huzair 
Mathni Razak sebagai Rizki 
Ziema Din sebagai Sarah
Liza Semron sebagai Mira 




Sinopsis Penuh Drama Hatimu Sedingin Salju Lakonan Hisyam Hamid dan Aprena Manrose - Slot Akasia TV3

Mengisahkan tentang Arman (Hisham Hamid) sanggup korbankan cintanya terhadap Rania lakonan Aprena Menrose selepas mengetahui rakan baiknya, Haikal (Fadlan Hazim) menaruh harapan kepada wanita itu. Sejak daripada itu, Arman hanya mampu memendamkan perasaannya sehingga pada satu tahap dia sudah berputus asa untuk bercinta lebih-lebih lagi apabila mengetahui Rania dan Haikal sudah bertunang. Arman kemudian mula menyibukkan dirinya dengan mengurus syarikat yang diwarisi daripada bapanya, Datuk Jamal. Hal ini membuatkan Datuk Jamal (Mustafa Kamal) dan isterinya, Datin Mimi (Maria Farida) bimbang dengan kehidupan peribadi anak lelaki mereka itu yang sudah mencecah usia 33 tahun tapi masih belum fikirkan soal cinta kerana sibuk bekerja.

Pada suatu hari, Datin Mimi, Datuk Jamal dan adik Arman iaitu Nabil (Hafeez Mikail) mulakan ‘plan’ untuk mempertemukan Arman dengan bakal isterinya. Untuk menyempurnakan rancangan tersebut, Nabil telah memujuk Arman menemaninya bercuti ke sebuah resort di Langkawi. Di sana, Arman tidak sangka dia akan bertemu semula dengan Rania iaitu wanita yang pernah dicintainya pada suatu ketika dahulu. Arman dan Rania mula rapat dan siapa sangka, dalam diam sebenarnya Nabil telah menaruh hati kepada Rania. Sejak itu, hubungan Arman dan Nabil mula dingin. Malah pelbagai dugaan dan rintangan yang datang dalam kehidupan Arman, Nabil dan Rania. Adakah Arman akan korbankan cintanya sekali lagi ataupun Nabil yang akan beralah? Siapakah yang berjaya memiliki hati Rania? Mampukah mereka hidup dalam satu keluarga yang aman dan harmoni?

Lagu Tema / OST Drama Hatimu Sedingin Salju
👄 Andaikan nyanyian Sarah Suhairi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post