17 Feb 2018

Review Filem Kolestrol VS Cinta

Filem Kolestrol Vs Cinta, Malay Movie, Movie, Filem Melayu, Romantik Komedi, 2017, Pelakon Filem Kolestrol Vs Cinta, Tiz Zaqyah, Kamal Adli, Vicha Saywho, Ardell Aryana, Anam Azizani, Dayang Areeda, Cameo, Siti Elizad, Faradhiya, Achong Sweetchild, Lawak, Sweet, Romantik, Pickup Lines, Cinta, First Love, Cinta Pandang Pertama, MIG, Pengarah, Eyra Rahman,
Review Dan Sinopsis Filem Kolestrol VS Cinta Lakonan Tiz Zaqyah & Kamal Adli

Pada 10 Januari 2018 yang lalu, aku sempat menonton Filem Kolestrol Vs Cinta lakonan Tiz Zaqyah dan Kamal Adli di Astro Citra & Mustika HD. Agak terkejut juga bila filem ini dah disiarkan di TV, sedangkan ianya baru di tayangkan di pawagam pada 14 September 2017 yang lalu. Lepas 3 atau 4 bulan filem ini release, terus dah disiarkan di kaca TV. Apa pun aku mestilah suka filem ini kan sebab ada 2 pelakon best yang aku minat iaitu Kamal Adli dan Tiz Zaqyah. Gandingan diorang berdua memang nampak serasi dan sepadan, kiranya boleh dikatakan perfect couple gitu dalam movie ini. Antara Pelakon lain yang turut berlakon dalam filem Kolestrol VS Cinta ini adalah Vicha Saywho, Ardell Aryana, Anam Azizani, Dayang Areeda dan lain - lain lagi. Manakala Pelakon Undangan untuk filem ini adalah Siti Elizad, Achong Sweetchild dan Faradhiya. Filem ini bergenre romantik komedi, jadi mestilah ada banyak scene - scene yang sweet dan juga kelakar, plus jalan cerita movie ini juga agak kelakar bila lelaki kacak sukakan wanita yang berbadan besar, sedangkan realitinya memang agak sukar nak jumpa jenis lelaki yang sukakan perempuan yang berisi / chubby/ berbadan besar atau bahasa kasarnya gemuk.

Tiz Zaqyah yang melakonkan watak Krisya, memang nampak cantik sangat dalam filem ini. Tambahan lagi wataknya itu merupakan seorang wanita yang mementingkan kecantikan dan mempunyai penampilan yang menarik serta merupakan seorang fashion designer yang berjaya dan mempunyai butiknya sendiri. Sebelum ini aku dah biasa melihat Tiz Zaqyah melakonkan watak - watak serius, watak yang penuh airmata, jadi boleh dikatakan ini kali pertama aku melihat Tiz Zaqyah melakonkan watak yang santai, happy go lucky, lawak, sweet dan sedikit gedik hehehe. Paling menarik bila watak Tiz Zaqyah tu memang ratu ayat pickup lines hahaha, asyik dok bagi ayat pickup line je kat Kamal Adli itu yang melakonkan watak Irfan. Kiranya Krisya yang cuba mengorat Irfan dulu hehehe. Manakala Kamal Adli memang tak ada masalah nak bawa watak Irfan itu, memang watak tu makanan dia saja hihi. Apa pun agak terkejut tengok Dayang Areeda dalam filem ini sebab berambut kerinting dan jadi kelakar pula muka dia bila make up macam itu. Tapi semua pun tahu Dayang Areeda tu pun lawa, cuma dalam filem ini dia biasa - biasa saja.



Siti Elizad hanya pelakon undangan / cameo dalam filem ini, tapi walaupun muncul hanya sekejap, tapi wataknya sebagai Fazira memang main peranan penting dalam filem ini
, sebab dia adalah cinta pertama Irfan dan dia jugalah yang berjaya menyedarkan Irfan. Apa pun memang okey jugalah filem ini, sweet, kelakar semua ada dan aku bagi 6.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini, jadi jom tengok juga sinopsis filem ini di bawha ye..

Sinopsis Filem Kolestrol VS Cinta

Mengisahkan Krisya yang terlampau mementingkan kecantikan, dan ramai lelaki yang tergila - gilakannya. Krisya memiliki segala - galanya, kecantikan, kekayaan cuma tiada lelaki yang mampu membuatkan dia benar - benar jatuh cinta, sehinggalah dia bertemu Irfan. Awalnya Krisya agak marah dan benggang dengan sikap Irfan namun tidak menyangka yang Irfan juga adalah clientnya. Krisya mendapat job untuk design baju - baju Irfan yang merupakan seorang CEO di sebuah Syarikat Besar. Melihatkan sikap dan personaliti Irfan yang baik, gentleman dan merendah diri membuatkan Krisya jatuh cinta pandang pertama pada Irfan. Keesokkannya Krisya datang ke pejabat Irfan dan terus meluahkan rasa cintanya pada Irfan. Irfan agak terkejut dengan pengakuan Krisya namun tidak begitu mempedulikan Krisya. Akhirnya setiausaha Irfan berterus - terang pada Krisya bahawa sudah ramai wanita cantik di luar sana yang tergila - gilakan Irfan. Namun semuanya telah direject oleh Irfan kerana Irfan lebih sukakan wanita yang berbadan besar, simple and sweet.

Krisya agak terkejut mengetahui citarasa / taste Irfan seperti itu, akhirnya Krisya nekad untuk berubah demi Irfan. Krisya mula mengubah penampilan dirinya menjadi lebih simple dan turut memutuskan untuk menaikkan berat badannya bagi membuatkan Irfan suka pada dirinya. Krisya turut meminta Irfan supaya memberinya masa dan juga peluang. Krisya sentiasa mencari jalan dan peluang untuk keluar bersama dengan Irfan, Krisya juga terpaksa menebalkan mukanya untuk mengorat Irfan terlebih dahulu dan kelihatan Irfan cuba memberi Krisya peluang. Ketika semuanya berjalan dengan baik, sesuatu telah berlaku dan membuatkan Irfan marah dengan Krisya dan memutuskan hubungan mereka. Kemudian Irfan juga turut berjumpa dengan Fazira yang merupakan cinta pertamanya, apa yang berlaku seterusnya?.

Poster filem di atas credit to Cinema Online

7 ulasan:

  1. Ika dah tengok cerita ni. Not bad la untuk movie cinta. Cumanya mcm ada part sedih yg masa Kamal marah Tiz. Phew yg tu tacing sangat haha.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/02/book-review-kau-sayangku-by-bikash-nur.html?m=1

    BalasPadam
  2. ada jugak nampak movie ni tapi takut tak best hahaha nanti lah nak try tengok. :D

    BalasPadam
  3. Saya dari indonesia .Saya mw tanya soundtrack film ini apa judul lagu dan siapa penyanyinya soalnya saya fans film ini dari indonesia

    BalasPadam
    Balasan
    1. OST Filem Kolestrol Vs Cinta Nyanyian Mimi Nazrina Bertajuk Cinta

      Padam
  4. Saya dari indonesia .Saya mw tanya soundtrack film ini apa judul lagu dan siapa penyanyinya soalnya saya fans film ini dari indonesia

    BalasPadam
  5. Apa judul lagu yang pertamanya

    BalasPadam



My Random Post