1 Feb 2018

Review Filem Hospital 2017

Hospital (2017), Filem Hospital, Filem Melayu, Movie, Malay Movie, Review By Miss Banu, Review Filem Hospital, Sinopsis Filem Hospital, Pelakon Filem Hospital, Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz, MIG, Poster Filem Hospital, Astro,
Review Dan Sinopsis Filem Hospital 2017

Filem Hospital ini sudah ditayangkan di pawagam pada 13 April 2017 yang lalu, Antara Pelakon Filem Hospital ini adalah Fatin Afeefa, Shima Anuar, Nina Iskandar, Fizz Fairuz dan ramai lagi. Filem Hospital ini diarahkan oleh Azaromi Ghozali dan diterbitkan oleh MIG Pictures Sdn Bhd. Boleh dikatakan filem ini masih baru juga tapi sudah pun disiarkan di Astro Citra dan Mustika HD pada 28 Januari 2018 yang lalu. Memang teruja juga nak tengok filem ini sebab dah lama tak tengok filem melayu yang berunsurkan seram kan, plus para pelakonnya juga dikenali ramai. Lepas tengok filem ini, ternyata filem ini tidaklah seram mana pun, jadi pada yang takut nak tengok filem Seram, jangan risau okey sebab filem ini seram biasa - biasa saja. Awalnya aku ingatkan jalan cerita filem ini direct to the point saja, tapi tak sangka pula ada plot twist pula di hujung - hujungnya. Masa tengok filem ini memang sedikit keliru dengan watak Amira itu sebab tak tahu yang mana fantasi mahu pun realiti, sekejap dia jadi nurse, sekejap dia jadi pesakit hehehe. 

Apa pun agak kesian juga dengan watak Amira itu sebab asyik kena ganggu dengan makhluk halus di mana - mana saja, sama ada di tempat kerja, di rumah kawannya dan juga di rumah sewanya. Aku suka tengok watak Dahlia yang dilakonkan oleh Nina Iskandar itu, dari awal memang nampak seram je wataknya itu tapi ada plot twistnya juga dekat wataknya itu hahaha. Cuma alangkah baiknya kalau watak Erin itu dikembangkan lagi sebab aku tertanya - tanya juga kenapa dia boleh jadi sampai macam tu sekali di penghujung cerita. Tapi bila aku dah tahu plot twistnya serta seluruh jalan cerita filem ini membuatkan aku rasa nak tergelak pula. Aku rasa idea filem ini serta plot twistnya menarik sebenarnya tapi ada sedikit kekurangan di sana sini. Apa pun aku bagi 5.5 Bintang dari 10 Bintang untuk filem ini. Apa pun jom tengok sinopsis malay movie ini di bawah ye. Selamat Membaca.



Sinopsis Filem Hospital 2017

Mengisahkan tentang Amira (lakonan Fatin Afeefa) yang merupakan gadis kampung yang datang ke bandar untuk mencari kerja. Amira menumpang di rumah kawannya yang bernama Farah (lakonan Julia Farhana Marin). Ketika hendak menghadiri temuduga di sebuah hospital, Amira telah tersesat dan hampir berputus asa, ketika menunggu teksi di perhentian bas yang terletak di kawasan yang terpencil itu. Dahlia (lakonan Nina Iskandar) tiba - tiba muncul di situ dan menolong Amira kerana dia juga bekerja di hospital yang sama. Dengan bantuan Dahlia, akhirnya Amira diterima bekerja di situ. Dahlia turut mengajak Amira untuk tinggal di rumah sewanya kerana rakan serumahnya yang lama telah berpindah dari situ. Amira akhirnya bersetuju. Amira kemudiannya memulakan tugasnya sebagai jururawat di hospital berkenaan, semakin lama Amira bekerja di Hospital tersebut, pelbagai perkara pelik dan menakutkannya yang dialaminya. Dirinya juga turut ternampak kelibat seorang perempuan yang sering menganggunya.

Doktor Farid (lakonan Fizz Fairuz) perasan yang Amira sering ketakutan cuba menenangkan Amira dan Amira juga senang menceritakan masalahnya pada Dr. Farid itu, namun kemesraan Amira dan Dr Farid telah membuatkan Dahlia menjadi marah kerana Dahlia ada hubungan dengan Dr Farid. Lama - kelamaan gangguan yang dialami Amira menjadi semakin teruk, Amira semakin tidak dapat nak membezakan antara fantasi dan realiti, dia juga tidak sedar apa yang dilakukannya sebelum ini. Amira kemudian menceritakan masalahnya pada kawan baiknya Farah. Farah dan juga tunangnya Fahmi mula curiga dengan tempat kerja Amira itu lalu cuba pergi ke hospital tersebut. Apa yang berlaku seterusnya?. Siapa Amira sebenarnya? dan siapakah yang sering mengganggunya?.

Gambar di atas credit to Cinema Online

3 ulasan:

  1. macam best je cerita ni tapi tu lah cerita melayu sesah sikit nak stream online. Tak tahu nak cari kat mana. Nak tengok astro, memang xde =(

    p/s:nice review ^^

    BalasPadam
  2. cikyan pernah tgk crita nih...asyik terkejut ja... hahaha.. lma dah kan keluar.. bila direview bru ingat pnah tgk rupanya cerita ni. hahhaha

    BalasPadam
  3. Ada part seram dalam cerita ni. And also plot twist. Ending dia mcm eh tak sangka dia macamni haha. Viadapnyewww plot twist cmtu. Tapi, ada je yang part klise yang tak boleh dielakkan. Overall, okay je la movienya.

    BalasPadam



My Random Post