Memaparkan catatan dengan label Malay Movie. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malay Movie. Papar semua catatan

1 Nov 2022

Info dan Sinopsis Filem Halimun (Astro First)



Filem Halimun, Movie Halimun, Filem Halimun Astro First, Sinopsis Filem Halimun, Halimun Cast, Pelakon - Pelakon Filem Halimun, Poster Filem Halimun, Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen, OST Filem Halimun,

Filem Halimun bakal menemui penonton di Astro First bermula 5 November 2022 ini. Filem bergenre seram ini dilakonkan oleh Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed, Chubb-E, Harun Hashim, Puteri Balqis Azizi, Hafidzuddin Fazil, Lim Mei Fen dan ramai lagi. Selain itu filem Halimun ini diarahkan oleh Muzzamer Rahman dan diterbitkan oleh Azura Pictures Sdn Bhd. Nampak menarik kan telefilem Halimun ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka gitu. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam dalam filem Halimun dibawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Halimun

Beto Kusyairy sebagai Zahir
Nabila Huda sebagai Laila
Kodi Rasheed sebagai Adi
Chubb-E sebagai Ashif




Sinopsis Filem Halimun Lakonan Beto Kusyairy dan Nabila Huda

Zahir bertemu dengan Laila ketika sebuah insiden yang tidak dijangka. Tidak lama kemudian Zahir berkahwin dengan Laila tanpa mengetahui latar belakang Laila. Setelah berkahwin, Zahir mengalami beberapa peristiwa aneh dan membuatkannya meminta bantuan sahabat lamanya, Adi iaitu seorang penyelesai masalah paranormal. Namun setelah Adi membantu Zahir dan Laila, keadaan menjadi lebih tidak terjangka. Apa sebenarnya yang berlaku?..

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Telefilem Nyang Lakonan Emma Maembong (Astro Citra)

Read More

27 Okt 2022

Info dan Sinopsis Filem Talbis Iblis (2022)



Filem Talbis Iblis 2022, Talbis Iblis Movie, Malay Movie Talbis Iblis, Sinopsis Filem Talbis Iblis, Poster Filem Talbis Iblis, Talbis Iblis Full Movie, Talbis Iblis Cast, Pelakon - Pelakon  Filem Talbis Iblis, Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir,

Filem Talbis Iblis ini tengah hangat ditayangkan di pawagam bermula 20 Oktober 2022 yang lalu. ‘Talbis Iblis’ membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia. Antara pelakon filem Talbis Iblis ini adalah Azira Shafinaz, Nasha Aziz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Daniella Sya, Izzy Reef dan ramai lagi. Selain itu movie Talbis Iblis ini diarahkan oleh Kabir Bhatia, apa pun nampak menarik kan filem ini, para pelakon pun mantap gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon filem Talbis Iblis beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Filem Talbis Iblis

Azira Shafinaz sebagai Hajar
Nasha Aziz sebagai Junaidah
Zul Ariffin sebagai Nasir
Amir Nafis sebagai Arshad
Jay Iswazir sebagai Zaini
Zaftfarrel Mikhael Felton sebagai Hazim
Sherie Merlis sebagai Bomoh
Izzy Reef sebagai Nasir Muda
Daniella Sya sebagai Junaidah Muda
Putri Syahadah Nurjannah sebagai Hajar Muda




Sinopsis Filem Talbis Iblis Lakonan Azira Shafinaz, Nasha Aziz dan Zul Ariffin (2022)

Mengisahkan tentang Hajar (Azira Shafinaz), yang memutuskan untuk melarikan diri dari Kuala Lumpur untuk melahirkan anak luar nikah bagi mengelakkan orang ramai mengetahui dia hamil. Arshad (Amir Nafis) menghantar Hajar tinggal bersama Mak Ju (Nasha Aziz), seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan terbaik dan sulit sebelum dan selepas kehamilan. Mak Ju memberikan penjagaan, pertimbangan, kasih sayang ibu kepada Hajar, dan yang paling penting, pemahaman yang tidak pernah dialami daripada ibunya. Tetapi Hajar tidak sedar bahawa Mak Ju sedang mencari wadah jiwa yang sempurna untuk arwah anaknya, dan anak Hajar yang dalam kandungan boleh membantu menghidupkan kembali arwah anaknya.

Lagu Tema / OST Filem Talbis Iblis

💋💋 Harapan Penyambung Mimpi nyanyian Indah Ruhaila

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama One Cent Thief Lakonan Syafiq Kyle (Astro Ria)

Read More

12 Okt 2022

Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)



Filem Kan Cheong (2022), Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022), Movie Kan Cheong, Malay Movie Kan Cheong, Poster Filem Kan Cheong, Info dan Sinopsis Filem Kan Cheong, Kan Cheong Cast, Pelakon - Pelakon Filem Kan Cheong, Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar,

Filem Kan Cheong dah ditayangkan di Astro First saluran 480, sejak 11 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kan Cheong ini adalah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Selain itu movie Kan Cheong ini diarahkan oleh Noor Azlan Shah dan diterbitkan oleh Thinkerbell Studios. Agak unik tajuk filem ini kan, awalnya aku ingatkan Nora Danish ni berlakon filem Cina ke apa ke, sekali filem melayu laaa hehehe, pelakon utama filem Kan Cheong ini cuma 3 orang je iaitu Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi. Shima Anuar macam cameo dalam filem ni sebab watak dia sekejap saja muncul sebab wataknya nanti akan kena bunuh. Pastu ada sorang lagi pelakon yang muncul di hujung cerita tapi aku tak berapa kenal lah, mungkin pelakon baru kot. 

Kebiasaannya kalau genre filem tu thriller so haruslah best kan, jalan cerita filem Kan Cheong ni not bad gak, dari awal kita dok rasa curiga pada Aman dan Saiful ni, dok berteka - teki siapa dia antara mereka berdua ni yang jahat. Plus personaliti Aman ni nampak macam psiko gak suka mengusik dan gila - gila. Tapi dalam masa yang sama nampak macam baik pun ada juga. Apa pun nanti ada plot twist gitu, so jom tengok sinopsis filem Kan Cheong ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode Di Astro Prima

Read More

9 Sep 2022

Filem Abang Long Fadil 3



Abang Long Fadil 3, Filem Abang Long Fadil 3, Movie Abang Long Fadil 3, Filem Abang Long Fadil 3 Menggandingkan JOZAN, Jozan Dalam Filem Abang Long Fadil 3, Abang Long Fadil 3 Cast, Info dan Sinopsis Filem Abang Long Fadil 3, Pelakon - Pelakon Filem Abang Long Fadil 3, Abang Long Fadil 3 Review,

Filem Abang Long Fadil 3 akan ditayangkan di pawagam bermula 8 September 2022 ini. Aku rasa filem ni mesti box office punya sebab barisan pelakon pun dah best, plus promosi untuk filem ini juga nampak meriah. Poster - poster filem dan trailer filem ini dah ada kat pawagam, plus para pelakon filem ni pun dah promosikan filem ini walaupun belum ditayangkan lagi. Tambahan lagi ada comeback Jozan dalam filem ini, dah lama tak tengok diorang berlakon sekali kan. Antara pelakon filem Abang Long Fadil 3 ini adalah Johan, Zizan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, dan Siraj dan ramai lagi. Selain itu movie Abang Long Fadil 3 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions & Astro Shaw. Nampak menarik kan filem ini, jadi jom tengok sinopsis movie Abang Loang Fadil 3 di bawah ini okey..




Sinopsis 
Filem Abang Long Fadil 3

Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. Apa yang berlaku seterusnya?...

Lagu Tema / OST Filem Abang Long Fadil 3

👄👄 Payung nyanyian Elizabeth Tan dan Zizan Razak

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Read More

3 Sep 2022

Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa



Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Movie Review Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Air Force The Movie Cast, Pelakon - Pelakon Air Force The Movie Selagi Bernyawa, Aiman Hakim Ridza, Dato Adi Putra, Nas-T, Azira Shafinaz, Scha Alyahya, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan Asa'ari, Fezrul Khan, Esma Daniel,

Pada 29 Ogos 2022 yang lalu aku sempat menonton filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di panggung wayang. Not bad gak jalan ceritanya, bila menonton di panggung wayang ni lebih feel, berbanding menonton di rumah. Awalnya skeptikal juga sebab aku tak begitu minat menonton filem - filem pasal perang, tembak - menembak, bom mengebom ni semua. Namun begitu aku rasa syok jugak menonton filem ini, sebab jalan ceritanya menarik dan mudah difahami. Scene - scene perang tu semua kira okeyla bagi aku, pastu rasa kesian juga pada mereka yang terkorban dalam tu. Plus para pelakonnya juga hebat - hebat belaka dan lakonan mereka berkesan dan menyakinkan. Kat sini aku tak nak bagi review panjang - panjang, just aku suka dengan movie ni dan aku bagi 8/10 bintang untuk filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa. Antara pelakon - Pelakon filem Air Force The Movie ini adalah Aiman Hakim, Adi Putra, Nas T, Sara Ali, Jack Tan, Pablo Amirul, Luqman Hafidz, Johan As'ari, Azira Shafinaz, Anas Ridzuan, Iman Corrine, Carmen Soo, Scha Alyahya, Fezrul Khan, Esma Daniel, Aqasha dan ramai lagi. Jadi apa pun jom tengok sinopsis filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa di bawah ini okey..




Sinopsis Filem Air Force The Movie Selagi Bernyawa

Mengisahkan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) yang diketuai oleh Kapten Adib (Nas-T) dan mentornya, Mejar Adnan (Adi Putra) yang bertugas dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi, iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan. Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas. Mengetahui akan perkara itu, Tentera Udara Diraja Malaysia telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Zafran (Aiman Hakim), bakal abang ipar kepada Adib dan juga seorang pilot SUKHOI berusaha untuk menyelamatkan mereka. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Review Drama Korea The Red Sleeve


👉👉 Telefilem Sanggah (TV1)

Read More

4 Jun 2022

Cerekarama Dendam Penunggu TV3



Filem Dendam Penunggu, Dendam Penunggu Movie, Movie Dendam Penunggu Cerekarama TV3, Dendam Penunggu Cast, Sinopsis Dendam Penunggu TV3, Pelakon - Pelakon Filem Dendam Penunggu, Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Atiq Azman, Shasha Abedul,

Dendam Penunggu adalah filem asli pertama tonton CINEMA dan merupakan sebuah filem seram gitu yang telah ditayangkan pada 5 November 2021. Antara pelakon filem Dendam Penunggu ini adalah Ismail IzzaniShalma ElianaBella DowannaAtiq AzmanShasha Abedul, Imran Aqil, Sherry Alhadad, Hasnul Rahmat, Amerul Affendi dan ramai lagi. Movie Dendam Penunggu ini diarahkan oleh Faizul Jais dan diterbitkan oleh Parallax Pictures Sdn Bhd. Filem Dendam Penunggu ini akan disiarkan di slot Cerekarama TV3 pada 4 Jun 2022 ini, jam 10 malam. Aku sebenarnya dah tengok pun filem Dendam Penunggu ni, tapi serius langsung tak seram hahaha, jalan ceritanya lebih pada isu buli contohnya pelajar senior buli pelajar junior. Cikgu pula langsung tak ambil berat pasal kes buli di sekolah walaupun nampak apa yang terjadi. Pelajar yang mati dibuli tulaa yang menghantui sekolah tersebut. Bagi aku movie ni biasa - biasa saja, bolehlah nak tengok kalau tak ada apa nak buat kan. Jom tengok sinopsis movie Dendam Penunggu di bawah ini okey.




Sinopsis Filem Dendam Penunggu - Slot Cerekarama TV3

Mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?



Read More

18 Mac 2022

Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)



Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Filem Renjana akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 bermula 17 Mac 2022 ini. Antara pelakon filem Renjana ini adalah Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed, Sefik Khair, Emma Latah, Kamal Bakar, Ainin Batrisya dan ramai lagi. Filem Renjana ini mengisahkan tentang perjuangan seorang wanita yang menjadi guru pada tahun 1907. Nampak menarik kan filem Renjana ini, sebab lain dari lain gitu. Selain itu filem Renjana ini diarahkan oleh Mohd Fazli Yahya dan diterbitkan oleh Mache All Star United Sdn Bhd. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Renjana Lakonan Nabila Huda dan Saharul Ridzwan (Astro First)

Pada tahun 1907, seorang guru dari Pulau Pinang, Che Aminah datang ke Kedah. Che Aminah dikritik dan dianggap terlalu kebaratan oleh penduduk kampung apabila cuba meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak perempuan mereka ke sekolah dan diberikan pendidikan. Pada mulanya, hanya 5 orang gadis yang hadir ke sekolah Jawi & Al-Quran, keazamannya untuk melihat lebih ramai pelajar mendaftar ke sekolah tersebut. Dia telah mencipta sejarah sebagai guru pertama di sekolah perempuan.

Filem Renjana, Renjana Movie, Filem Astro First, Filem Renjana 2022, Renjana Full Movie, Renjana Cast, Sinopsis Filem Renjana, Poster Filem Renjana, Pelakon - Pelakon Filem Renjana, Nabila Huda, Saharul Ridzwan, Fauzi Nawawi, Aida Aris, Hasnul Rahmat, Nadia Aqilah, Zamarul Hisham, Kodi Rasheed,

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Kerana Dia Suka Lakonan Fikry Ibrahim dan Rita Nadira (TV3)

👉👉 Drama Sayang Tak Dikenang Episod 1 Hingga 28 Di Slot Akasia TV3

⏩⏩ Drama Hindi Meri Gudiya - Slot Sonia TV3

Read More

3 Nov 2021

Info, Sinopsis dan Review Filem Hantu Ke Lima (Astro First)



Filem Hantu Ke Lima, Movie Hantu Ke Lima, Filem di Astro First, Sinopsis Penuh Filem Hantu Kelima, Hantu Kelima Cast, Pelakon - Pelakon Filem Hantu Ke Lima, Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Adibah Noor,

Filem Hantu Ke Lima sudah pun ditayangkan di Astro First bermula 7 Oktober yang lalu. Filem seram komedi ini dibintangi oleh ramai pelakon popular. Antara pelakon filem Hantu Ke Lima ini adalah Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein, Shiha Zikir, Aisar Khaled, Danish Daniel @ Coki, PU Azman, Adibah Noor, Azman Ahmad dan ramai lagi. Selain itu filem Hantu Ke Lima ini diarahkan oleh Azhari Zain dan diterbitkan oleh AT Movies Sdn Bhd. Nampak macam best je kan filem ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam filem Hantu Ke Lima di bawah ini beserta sinopsisnya sekali. 

Raysha Rizrose sebagai Auni Qaisara Putri
Izzue Islam sebagai Kent
Elly Mazlein sebagai Kam
Shiha Zikir sebagai Dya
Aisar Khaled sebagai Taufiq
Danish Daniel @ Coki sebagai Ashman
PU Azman sebagai Iskandar Shah
Adibah Noor sebagai Puan Sri Zaleha
Azman Ahmad sebagai Bakhtiar 




Sinopsis Filem Hantu Ke Lima Lakonan 
Izzue Islam, Raysha Rizrose, Elly Mazlein dan Shiha Zikir (Astro First) 

Mengisahkan tentang Auni Qaisara Putri (Raysha Rizrose) mencari perlindungan setelah dianiaya oleh ibu tirinya Puan Sri Zaleha (Adibah Noor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan. Puncak Mahligai kediaman mewah peninggalan arwah ayah Auni yang dipelihara oleh Iskandar Syah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan seribu satu misteri. TKO Studio yang diusahakan Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) sedang dalam kejatuhan dan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. Auni Qaisara Putri akan mempertahankan satu-satunya kenangan bersama arwah ayah dan ibunya di Puncak Mahligai.

Sejujurnya aku dah menonton filem Hantu Ke Lima ini, rasanya expectation aku ni tinggi sangat ke apa pun tak tahulah, tapi filem ni agak membosankan. Agak rugi juga bila filem ini dibarisi oleh pelakon - pelakon terkenal dan best, tapi jalan ceritanya entah apa - apa. Kalau korang baca komen kat youtube official trailer filem ini, ramai yang bagi review negatif pada filem ini. Jalan cerita kurang mantap dan longgar sana sini, pendek kata membosankan dan aku bagi 3/10 bintang untuk filem ini.

Read More

22 Okt 2021

Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin dan Tony Eusoff



Filem Penunggang Agama 2, Movie Penunggang Agama 2, Filem Penunggang Agama 2 Astro First, Penunggang Agama 2 Synopsis, Penunggang Agama Cast, Poster Filem Penunggang Agama 2, Info dan Sinopsis Filem Penunggang Agama 2, Pelakon - Pelakon Filem Penunggang Agama 2, Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi,

Setelah suskses dengan filem Penunggang Agama sebelum ini, kini muncul pula sequelnya iaitu Penunggang Agama 2 yang menemui penonton bermula 19 Oktober ini, di Astro First, saluran 480. Antara pelakon filem Penunggang Agama 2 ini adalah Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Tony Eusoff, Salina Saibi, Nasir Bilal Khan, Johan As’ari, Dato’ Rahim Razali, Anna Jobling, Puteri Nurqaseh, Burhan Sidqi, Sharifah Aisyarha dan ramai lagi. Selain itu filem Penunggang Agama 2 ini diarahkan oleh Syafiq Yusof dan diterbitkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd. Nampak menarik kan filem ini, jadi jom tengok watak -watak pelakon dalam movie Penunggang Agama 2 ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Zul Ariffin sebagai Amir 
Tony Eusoff sebagai Father Micheal 
Azira Shafinaz sebagai Ana 
Johan As’ari sebagai Hafiz 
Puteri Nurqaseh sebagai Sarah 
Salina Saibi sebagai Huda 
Dato’ Rahim Razali sebagai Datuk Fawwas 
Anna Jobling sebagai Anak Datuk Fawwas 
Burhan Sidqi sebagai Bakhtiar 
Sharifah Aisyarha sebagai Anim




Sinopsis Penuh Filem Penunggang Agama 2 Lakonan Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan Tony Eusoff (Astro First)

Mengisahkan tentang kesinambungan kisah Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama. Dalam pada masa yang sama, seorang anak murid Anna bernama Anim hilang secara tiba-tiba sejurus pulang dari kelas mengaji yang dikendalikan oleh Anna. Kedua ibu bapa Anim meminta bantuan Amir dan Anna untuk mencari anak mereka. Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima. Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz. Bukan itu sahaja, tetapi Amir mengubah penampilannya dengan sentiasa mengenakan jubah putih serta berkopiah. Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael yang turut sama mencari Anim yang hilang itu, telah mencabar ego dan kredibiliti Amir. Amir mencurigai Father Michael dan percaya lelaki itu mempunyai agenda tersembunyi. Apakah kaitan kehilangan anak kecil ini dengan dendam lama Huda? Segalanya bakal terjawab dalam filem Penunggang Agama 2.

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Tahyul Slot Samarinda TV3


Read More

22 Nov 2019

Sinopsis Filem Wira Lakonan Hairul Azreen (2019)




Wira, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Wira (2019), Wira Movie, Aksi, Sinopsis Filem Wira, OST Filem Wira, Poster Filem Wira, Senarai Pelakon Filem Wira, Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii, Arahan Adrian Teh,
Sinopsis Filem Wira (2019)

Filem Wira sudah mula ditayangkan di pawagam bermula 21 November 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Wira ini adalah Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii dan ramai lagi. Filem Wira ini diarahkan oleh Adrian Teh yang sebelum ini sukses dengan filem Paskal The Movie yang juga merupakan arahannya. Selain itu filem ini diterbitkan oleh Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas dan Astro Shaw. Lebih menarik bila filem Wira ini turut menampilkan pelakon aksi terkenal dari Indonesia, Yayan Ruhian yang pernah muncul dalam filem 'The Raid' dan 'John Wick 3'. Lagu tema / OST Filem Wira ini dinyanyikan oleh Ara Johari featuring Waris bertajuk Penindas. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem Wira

Mengisahkan Hassan (Hairul Azreen) yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil dan kemudian menyertai tentera kerana tidak sanggup melihat keluarga serta orang sekelilingnya dikawal oleh Raja (Dain Said). Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali ke pangkuan keluarga demi menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan MMA yang dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain perlu bertanding sekali lagi dengan anak-anak Raja, iaitu Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan). Apa yang berlaku seterusnya?..
Wira, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Wira (2019), Wira Movie, Aksi, Sinopsis Filem Wira, OST Filem Wira, Poster Filem Wira, Senarai Pelakon Filem Wira, Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Josiah Hogan, Dain Said, Yayan Ruhian, Henley Hii, Arahan Adrian Teh, Filem Baru Hairul Azreen,

Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem KL Vampires (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

17 Nov 2019

Sinopsis Filem KL Vampires (2019)




KL Vampires, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem KL Vampires, KL Vampires Movie, Sinopsis KL Vampires, Malay Movie 2019, Filem Melayu 2019, Poster Filem KL Vampires, OST KL Vampires, Info Mengenai Filem KL Vampires, Senarai Pelakon Filem KL Vampires, Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar,
Sinopsis Filem KL Vampires Lakonan Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel dan Reen Rahim

Filem KL Vampires dah mula ditayangkan di pawagam bermula 14 November 2019 yang lalu. Antara pelakon filem KL Vampires ini adalah Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar dan ramai lagi. Filem yang bergenre aksi dan fiksyen ini turut menampilkan pelakon dari Indonesia iaitu Donny Alamsyah. Selain itu filem KL Vampires ini diarahkan oleh Daven Raghavan dan diterbitkan oleh Cinemaya Studios Sdn Bhd. Manakala OST KL Vampires ini dinyanyikan oleh SOG (Sekumpulan Orang Gila) featuring Shila Amzah bertajuk Pelukan Angkasa. Nampak menarik filem ini kan sebab ianya lari dari kebiasaan, lain dari yang lain dan unik. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem KL Vampires (2019)

Mengisahkan tentang dua kumpulan pontianak (vampire) yang merupakan keturunan kepada Raja Bersiong. Mereka tidak lagi menghisap darah manusia, sebaliknya menggunakan darah sintetik sebagai pengganti kepada darah. Kerajaan pontianak yang paling kuat ketika itu diketuai oleh seorang Ratu Vampire iaitu Ratu Citra Sari (Raja Ilya) dan dibantu ketua komander iaitu Shah (Josiah Hogan). Manakala sebuah lagi kumpulan diketuai Argus (Donny Alamsyah) yang merupakan anak kepada Panglima Adi Wijaya yang telah mengkhianati Raja Bersiong iaitu bapa kepada Ratu Citra Sari. 
KL Vampires, Filem, Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem KL Vampires, KL Vampires Movie, Sinopsis KL Vampires, Malay Movie 2019, Filem Melayu 2019, Poster Filem KL Vampires, OST KL Vampires, Info Mengenai Filem KL Vampires, Senarai Pelakon Filem KL Vampires, Raja Ilya, Josiah Hogan, Aeril Zafrel, Reen Rahim, Donny Alamsyah, Yuzz Mohd Nor, Mustaqim Bahadon, Pablo Amirul, Saiful Apek, Ismi Melinda, Jeff Omar, Denes Kumar, Cecep Arif, Wan Hanafi Su, Azri Iskandar,
Kira-kira 200 tahun yang lalu, Raja Bersiong telah membunuh Adi Wijaya serta bala tenteranya dengan menimbus mereka di dalam tanah menerusi manteranya. Argus cuba membangkitkan semula tentera-tentera tersebut dan ia hanya boleh dilakukan dengan sebilah `pisau bersiong` bersama mantera istimewa. Dalam hal yang lain Indera (Aeril Zafrel) yang merupakan ahli pasukan komander Shah bercinta dengan manusia bernama Reem Najwa (Reen Rahim) dan Reem Najwa ini pula adalah seorang wartawan. Apa yang berlaku seterusnya?..


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

13 Nov 2019

Sinopsis Filem Motif Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani




Motif, Filem,Movie, Filem Melayu, Malay Movie, Filem Motif, Motif The Movie, Sinopsis Filem Motif, Watak, Filem Baru Rosyam Nor, Filem Baru Sharifah Amani, Poster Filem Motif, Senarai Pelakon Filem Motif, Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh, Filem Melayu 2019,
Sinopsis Filem Motif (2019)

Filem Motif sudah pun ditayangkan di pawagam pada 26 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Motif ini adalah Sharifah Amani, Rosyam Nor, Khayrani Kemal, Taqim Zaki, Azhan Rani, Fadhli Masoot, Sherie Merlis, Iedil Putra, Emma Tosh, Mamu Vies, Khalid Salleh dan ramai lagi. Filem Motif ini diarahkan oleh Nadiah Hamzah dan diterbitkan oleh Wayang Works & Ore Struck Media. Kalau tengok dari trailer dan sinopsis filem ini, memang nampak menarik filem Motif ini kan. Apa pun jom tengok sinopsis filem ini di bawah ye..




Sinopsis Filem Motif (2019) Lakonan Rosyam Nor dan Sharifah Amani

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna (Khayrani Kemal) di Tanah Merah, sebuah pekan terpencil.  Kehadirannya tidak disenangi penduduk pekan, termasuklah rakan setugasnya Inspektor Rizal (Taqim Zaki), dan menerima tentangan hebat dari bapa remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang juga merupakan orang kaya Tanah Merah, yang benar-benar tidak mempercayai kebolehan Dewi dalam menjalankan tugasnya. Ramai orang disyaki menjadi dalang sebalik kehilangan Anna - semua dengan motif mereka yang tersendiri.  Adakah ianya Kamal (Azhan Rani) seorang ah long, atau bekas teman lelaki Anna, Azlan (Fadhli Masoot)? Ataupun, adakah ibu Anna (Sherie Merlis) yang sanggup merancang menggadai nyawa anaknya sendiri? Dapatkah Dewi merungkai misteri kehilangan Anna apabila dia mula dihimpit dengan konflik dalaman yang semakin menghantui dirinya?
 Sharifah Amani Dalam Filem Motif
Jom Baca Ini juga ➔ Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019)

~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More

12 Nov 2019

Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019)




Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Melayu, Filem Melayu 2019, Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem Suatu Ketika (2019), Poster Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Suatu Ketika The Movie, Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019), Senarai Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan,

Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu telah pun mula ditayangkan di pawagam pada 12 September 2019 yang lalu. Antara pelakon filem Suatu Ketika ini adalah Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan dan ramai lagi. Filem Suatu Ketika yang bergenre sejarah, drama dan sukan ini diarahkan oleh Prakash Murugiah dan diterbitkan oleh Kash Pictures Network. Aku ada tengok trailer filem ni hari tu, memang best. Ini ditambah lagi dengan review - review positif yang diberikan oleh penonton filem ini selepas menontonnya di pawagam. Apa pun jom tengok sinopsis filem Suatu Ketika : Langitkan Impianmu dibawah ini ye..




Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019) Lakonan NamRon dan Pekin Ibrahim

Sebuah cerita berlatarkan era sebelum merdeka tahun 1952, kisah tentang persahabatan, perpaduan dan mengejar impian. Pada tahun 1952 sebelum Merdeka di Ujong Pasir, Melaka, filem ini menceritakan kisah budak-budak lelaki sekolah kampung berumur hampir 12 tahun dari pelbagai latar belakang yang membentuk satu pasukan bola sepak, supaya dapat memasuki JG Davidson, kejohanan piala remaja tempatan. Biarpun tiada latihan betul, seragam ataupun bola sepak sebenar, tetapi mereka ini adanya semangat dan azam. Dengan bantuan guru dan seorang pekebun sekolah sebagai jurulatih, mereka melatih dan belajar semangat setia kawan. Sekarang skuad ini perlu melawan dengan juara bertahan, pasukan pelajar dari sekolah British, St James untuk layak masuk ke perlawanan seterusnya. Mampukah mereka menerus dalam kejohanan ini?
Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem, Movie, Malay Movie, Filem Melayu, Filem Melayu 2019, Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Filem Suatu Ketika (2019), Poster Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Suatu Ketika The Movie, Sinopsis Filem Suatu Ketika (2019), Senarai Pelakon Filem Suatu Ketika - Langitkan Impianmu, Namron, Pekin Ibrahim, Din Tamam, Syafnida Shuhaimi, Naza Manas, Farah Ahmad, Armand, Danial Akmal, Kuhan Divagaran, Lim Xuan,
Watak - Watak Pelakon Filem Suatu Ketika

  • Namron sebagai Pak Sa'ad
  • Pekin Ibrahim sebagai Cikgu Sulaiman
  • Armand sebagai Usop
  • Danial Akmal Fariz sebagai Syukri
  • Farez Iqmal sebagai Atan
  • Kuhan Divagaran sebagai Guna
  • Dheva Naish sebagai Suresh
  • Daniel Syahidan sebagai Husin
  • Putera Syazwan sebagai Bakri
  • Lim Xuan sebagai Lee Meng
  • Azlan Raihan sebagai Dol
  • Danial Iman sebagai Tuah
  • Ahmas sebagai Panjang
  • Adeq Jiey sebagai Kudin
  • Farah Ahmad sebagai Latipah
  • Syafnida Suhaimi sebagai Cikgu Rokiah
  • Dintamam sebagai Selamat

Jom Baca Ini juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Kids Nowadays


~ Blog Dari Hati Miss Mulan ~
Read More


My Random Post