Memaparkan catatan dengan label Niezam Zaidi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Niezam Zaidi. Papar semua catatan

15 Dis 2022

Drama Luka Di Hati Diya Lakonan Isyariana dan Niezam Zaidi Di TV1



Drama Luka Di Hati Diya, Drama Luka Di Hati Diya Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Luka Di Hati Diya, Luka Di Hati Diya Cast, Drama Luka Di Hati Diya Full Episode, Drama Luka Di Hati Diya Episod 1 Hingga 26, Pelakon - Pelakon Drama Luka Di Hati Diya, Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Drama Adaptasi Novel, Novel Luka Di Hati Diya,

Drama Luka Di Hati Diya adalah drama terbaru di slot Widuri TV1 yang disiarkan bermula 28 November 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama Tunggu Dulu Cinta yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Luka Di Hati Diya ini adalah Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Luka Di Hati Diya karya Hasliza Ismail. Drama Luka Di Hati Diya ini mempunyai 26 episod dan diarahkan oleh Eyra Rahman serta diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik kan drama ini, para pelakon juga best - best belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Luka Di Hati Diya ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Luka Di Hati Diya

  • Isyariana sebagai Diya Mirza
  • Niezam Zaidi sebagai Remy
  • Fauzi Nawawi sebagai Datuk Mikail
  • Lisdawati sebagai Datin Dian
  • Sheila Mambo sebagai Rohani
  • Sherry Ibrahim sebagai Sahara
  • Fikhree Bakar sebagai Syukri
  • Kodi Rasheed sebagai Megat
  • Nonny Nadirah sebagai Natrah
  • Sanjna Suri sebagai Suzy
  • Lia Natalia sebagai Ariani
  • Azlan Komeng sebagai Sabree
  • Fad Anuar sebagai Adam




Sinopsis 
Drama Luka Di Hati Diya Lakonan Isyariana dan Niezam Zaidi Di Slot Widuri TV1

Mengetengahkan tentang ketabahan wanita dalam berdepan cabaran dan kisah hidupnya bersama lelaki yang dicintainya. Diya Mirza, gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah muncul Remmy, staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan. Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?

Lagu Tema / OST Drama Luka Di Hati Diya

💖💖 Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Ending Drama Kampung People 3

Read More

12 Okt 2022

Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)



Filem Kan Cheong (2022), Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022), Movie Kan Cheong, Malay Movie Kan Cheong, Poster Filem Kan Cheong, Info dan Sinopsis Filem Kan Cheong, Kan Cheong Cast, Pelakon - Pelakon Filem Kan Cheong, Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar,

Filem Kan Cheong dah ditayangkan di Astro First saluran 480, sejak 11 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kan Cheong ini adalah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Selain itu movie Kan Cheong ini diarahkan oleh Noor Azlan Shah dan diterbitkan oleh Thinkerbell Studios. Agak unik tajuk filem ini kan, awalnya aku ingatkan Nora Danish ni berlakon filem Cina ke apa ke, sekali filem melayu laaa hehehe, pelakon utama filem Kan Cheong ini cuma 3 orang je iaitu Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi. Shima Anuar macam cameo dalam filem ni sebab watak dia sekejap saja muncul sebab wataknya nanti akan kena bunuh. Pastu ada sorang lagi pelakon yang muncul di hujung cerita tapi aku tak berapa kenal lah, mungkin pelakon baru kot. 

Kebiasaannya kalau genre filem tu thriller so haruslah best kan, jalan cerita filem Kan Cheong ni not bad gak, dari awal kita dok rasa curiga pada Aman dan Saiful ni, dok berteka - teki siapa dia antara mereka berdua ni yang jahat. Plus personaliti Aman ni nampak macam psiko gak suka mengusik dan gila - gila. Tapi dalam masa yang sama nampak macam baik pun ada juga. Apa pun nanti ada plot twist gitu, so jom tengok sinopsis filem Kan Cheong ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode Di Astro Prima

Read More


My Random Post