12 Okt 2022

Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022)



Filem Kan Cheong (2022), Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish (2022), Movie Kan Cheong, Malay Movie Kan Cheong, Poster Filem Kan Cheong, Info dan Sinopsis Filem Kan Cheong, Kan Cheong Cast, Pelakon - Pelakon Filem Kan Cheong, Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi, Shima Anuar,

Filem Kan Cheong dah ditayangkan di Astro First saluran 480, sejak 11 Ogos 2022 yang lalu. Antara pelakon telefilem Kan Cheong ini adalah Nora Danish, Jay Iswazir, Niezam Zaidi dan Shima Anuar. Selain itu movie Kan Cheong ini diarahkan oleh Noor Azlan Shah dan diterbitkan oleh Thinkerbell Studios. Agak unik tajuk filem ini kan, awalnya aku ingatkan Nora Danish ni berlakon filem Cina ke apa ke, sekali filem melayu laaa hehehe, pelakon utama filem Kan Cheong ini cuma 3 orang je iaitu Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi. Shima Anuar macam cameo dalam filem ni sebab watak dia sekejap saja muncul sebab wataknya nanti akan kena bunuh. Pastu ada sorang lagi pelakon yang muncul di hujung cerita tapi aku tak berapa kenal lah, mungkin pelakon baru kot. 

Kebiasaannya kalau genre filem tu thriller so haruslah best kan, jalan cerita filem Kan Cheong ni not bad gak, dari awal kita dok rasa curiga pada Aman dan Saiful ni, dok berteka - teki siapa dia antara mereka berdua ni yang jahat. Plus personaliti Aman ni nampak macam psiko gak suka mengusik dan gila - gila. Tapi dalam masa yang sama nampak macam baik pun ada juga. Apa pun nanti ada plot twist gitu, so jom tengok sinopsis filem Kan Cheong ini di bawah okey..




Sinopsis Filem Kan Cheong Lakonan Nora Danish, Jay Iswazir dan Niezam Zaidi (2022)

Mengisahkan tentang Ayu yang tinggal sendirian mendengar berita mengenai empat orang pesakit mental yang lari dari hospital. Tidak lama kemudian, seorang lelaki bernama Aman muncul di luar pintu yang datang untuk menghantar barang yang ditempah Nurul. Ayu memberitahu bahawa tiada Nurul  dan Aman mungkin tersalah rumah. Ayu meminta Aman segera pergi namun kerana hujan lebat, Aman meminta tumpang berteduh. Ayu tidak tenang kerana Aman kerap mengganggunya dengan mengetuk tingkap dapur untuk meminta makanan dan merayu supaya diizinkan masuk kerana sejuk berada di luar. Apabila petir tiba- tiba berdentum kuat dan rumah blackout, Ayu hilang kawalan kerana terlalu takut lalu berlari keluar. 

Melihatkan sikap Aman yang tidak stabil menyebabkan Ayu ketakutan dan mengesyaki dia salah seorang pesakit mental yang terlepas lari. Apabila Aman memegang pisau atas alasan membantunya memasak, ketakutan Ayu memuncak dan cuba melarikan diri. Namun apabila dia membuka pintu rumah, Saiful pula muncul di situ. Saiful ingin meminjam telefon kerana keretanya rosak dan handphonenya pula mati. Ayu terpaksa mengizinkan. Namun, mereka terkejut apabila mendapati wayar telefon telah dipotong dan kucing keluarga Ayu telah dibunuh! Ayu pula segera lari bersembunyi. Siapakah Saiful dan mampukah Ayu menyelamatkan diri?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Takdir Cinta Dhia Full Episode Di Astro Prima

2 ulasan:

  1. tengok haritu berdebar lah jugak sebab seram tengok rumah besar tapi duduk sorang. Dah la ramai orang gila terlepas tu

    BalasPadam



My Random Post