28 Okt 2022

Drama Sentuhan Najwa Episod 1 Hingga 13 Di Slot Lestary TV3



Drama Sentuhan Najwa TV3, Drama Slot Lestary TV3, Sinopsis Drama Sentuhan Najwa TV3, Poster Drama Sentuhan Najwa, Drama Sentuhan Najwa Cast, Drama Sentuhan Najwa Full Episode, Drama Sentuhan Najwa Episode 1 Hingga 13, Pelakon - Pelakon Drama Sentuhan Najwa TV3, Alif Muhaimin, Afifah Nasir, Ryun Ryry, Jasper Supayah, Aleza Shadan,


Drama Sentuhan Najwa adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan Drama Adakah Engkau Menungguku yang telah tamat episodnya. Drama ini sudah bersiaran di TV3 sejak 26 Oktober 2022 yang lalu setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Antara pelakon drama Sentuhan Najwa ini adalah Afifah Nasir, Ryun Ryry, Alif Muhaimin, Jasper Supayah, Aleza Shadan, Faiz Izzat, Zila Bakarin, Roy Azman, Ako Mustapha, Zack Zabhas dan ramai lagi. Selain itu drama Sentuhan Najwa ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli serta diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Ryun Ryry tu dulu pelakon kanak - kanak, lani dah besar dah dia gitu. Apa pun memang nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon drama Sentuhan Najwa ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Sentuhan Najwa

Afifah Nasir sebagai Najwa
Ryun Ryry sebagai Raihana
Alif Muhaimin sebagai Arman
Faiz Izzat sebagai Yazi
Jasper Supayah sebagai Easther
Aleza Shadan sebagai Mak Jenab
Zila Bakarin sebagai Datin Kamala
Roy Azman sebagai Datuk Marzuki
Ako Mustapha sebagai Zakaria
Zack Zabhas sebagai Judi




Sinopsis 
Drama Sentuhan Najwa Lakonan Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryun Ryry Di Slot Lestary TV3 

Mengisahkan tentang Najwa, seorang gadis remaja yang mengidap HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya. Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya.Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana. Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?

Lagu Tema / OST Drama Sentuhan Najwa

👄👄 Sentuhan nyanyian Kael

Jom BaCa Ini Juga 👉👉 Drama Suri Hati Episod 1 Hingga 20 Di Slot Samarinda TV3

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post