5 Okt 2022

Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria



Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Drama Tiada Maaf Buatmu Full Episode, Poster Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24, Tiada Maaf Buatmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff,

Drama Tiada Maaf Buatmu adalah drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Ash dan Aish lakonan Meerqeen dan Siti Khadijah yang telah tamat episodnya. Drama Tiada Maaf Buatmu adalah adaptasi daripada Novel Maaf, Saya Tak Sengaja karya Akira Dorayaki dan mula disiarkan di Astro Ria pada 28 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Antara pelakon drama Tiada Maaf Buatmu ini adalah Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff dan ramai lagi. Selain itu drama Tiada Maaf Buatmu ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Idora Abdul Rahman serta diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, plus ada gandingan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson gitu yang sebelum ini sukses dengan drama Curi Curi Cinta. Apa pun jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tiada Maaf Buatmu ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu

 Aiman Hakim Ridza sebagai Faiz Iqbal

Zahirah Macwilson sebagai Aina Cempaka

Hafreez Adam sebagai Mohsin

Sofia Dendroff sebagai Suzy

Watie Sadali sebagai Mariam

Wan Raja sebagai Burn

Haleeda sebagai Mak Safiah

Josiah Hogan sebagai Rashid

Dato Jalaludin Hassan sebagai Tan Sri Berahim

Hilal Azman sebagai Pak Malek

Wanns Ahmad sebagai Black

Ummar Dzariff sebagai Faiz
Zamarul Hisham sebagai Dato Mazlan




Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson - Astro Ria

Mengisahkan seorang gadis bernama Aina Cempaka yang pernah menjadi mangsa serangan seksual lima tahun dahulu, akibat daripada kegagalan abangnya dalam melangsaikan hutang dengan Black, seorang pemilik kelab malam. Disebabkan kejadian itu, Aina Cempaka menjadi depresi selama berbulan-bulan. Dia berlari ke sebuah jambatan untuk melepaskan geram tetapi terjatuh ke bawah dan terhentak di permukaan batu. Kehilangan Aina Cempaka menghasilkan khabar angin bahawa dia membunuh diri dan sudah meninggal. Tanpa pengetahuan sesiapa pun, Aina Cempaka sebenarnya koma dan keguguran. Dia juga hilang kesemua ingatannya. Selepas kejadian itu, Aina Cempaka pergi ke Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan yang baharu dan tinggal bersama Suzy. 
Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Slot MegaDrama Astro Ria, Drama Slot MegaDrama Astro Ria, Sinopsis Drama Tiada Maaf Buatmu Astro Ria, Drama Adaptasi Novel, Drama Tiada Maaf Buatmu Full Episode, Poster Drama Tiada Maaf Buatmu, Drama Tiada Maaf Buatmu Episod 1 Hingga 24, Tiada Maaf Buatmu Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tiada Maaf Buatmu, Aiman Hakim Ridza, Zahirah Macwilson, Wan Raja, Hafreez Adam, Josiah Hogan, Datuk Jalaluddin Hassan, Watie Sadali, Sofia Dendroff, Zamarul Hisham, Wanns Ahmad, Ummar Dzariff,
Dia juga menerima tawaran untuk bekerja di Ibunda Corporation sebagai pembantu peribadi Faiz Iqbal. Sejak itu, kerja-kerja Faiz Iqbal menjadi semakin terurus, membuatkan dia lebih bersemangat untuk ke pejabat. Lama-kelamaan, Faiz Iqbal menaruh hati kepadanya kerana dia berasa selamat apabila Aina Cempaka menjaganya memandangkan Aina Cempaka mempunyai perwatakan yang lasak dan ada ilmu mempertahankan diri. Bukan itu sahaja, Aina Cempaka juga menjaga solatnya. Secara tidak langsung Faiz Iqbal semakin tertarik dengannya tanpa mengetahui hubungan kisah silam dan kaitan antara mereka berdua sebelum ini. Siapakah Faiz Iqbal sebenarnya kepada Aina? Mampukah mereka bersama di sebalik sejarah hitam masing-masing?

Lagu Tema / OST Drama Tiada Maaf Buatmu

👄👄 Sama Seperti Dulu nyanyian Hael Husaini

Baca Online Novel Maaf, Saya Tak Sengaja Bab 1 Hingga 10 karya Akira Dorayaki Disini 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post