7 Okt 2022

Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26 Di Slot Widuri TV1



Drama Tunggu Dulu Cinta, Drama Tunggu Dulu Cinta Slot Widuri TV1, Drama Slot Widuri TV1, Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta TV1, Tunggu Dulu Cinta Cast, Pelakon - Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta, Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Alidrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Drama Tunggu Dulu Cinta Full Episode, Drama Tunggu Dulu Cinta Episod 1 Hingga 26, Ending Drama Tunggu Dulu Cinta,

Drama Tunggu Dulu Cinta telah mula bersiaran di slot Widuri TV1 sejak 14 September 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6 petang. Antara pelakon drama Tunggu Dulu Cinta ini adalah Hafreez Adam, Sarah Hildebrand, Hazman Al Idrus, Izzy Reef, Wan Aqim, Fifi Laura Olivia, Kay Maria, Hannah Halim, Nasz Sally, Shasha Edora, Syafiq Aiman, Aryan Naim, Badrul Muhayat, Azman Jantan, dan Amar Asyraf. Drama ini juga adalah adaptasi daripada novel Tunggu Dulu Cinta karya Ayu Emelda dan mempunyai 26 episod. Selain itu drama ini diarahkan oleh Zamri Zakaria dan diterbitkan oleh Juita Viden Sdn. Bhd. Drama ini juga merupakan drama terakhir lakonan Sarah Hildebrand sebelum dia bersara sebagai pelakon. Apa pun nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Tunggu Dulu Cinta ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Watak dan Barisan Pelakon Drama Tunggu Dulu Cinta

Hafreez Adam sebagai Kamal
Sarah Hildebrand sebagai Nur Aivy Sofea
Hazman Al idrus sebagai Khairy
Kay Maria sebagai Puan Aini 
Hannah Halim sebagai Siti
Nasz Sally sebagai Jinny
Shasha Edora sebagai Fifa
Syafiq Aiman sebagai Mika 
Aryan Naim sebagai Rayyan Ismail
Badrul Muhayat sebagai Ibrahim 
Azman Jantan sebagai ayah Din
Amar Asyraf sebagai Shark
Fifi Laura Olivia sebagai Yaya




Sinopsis Drama Tunggu Dulu Cinta Lakonan Hafreez Adam dan 
Sarah Hildebrand - Slot Widuri TV1

Mengisahkan tentang Kamal dan Aivy yang dengan rela hati berkahwin walaupun antara keduanya tidak menjalinkan hubungan cinta. Mereka juga telah berjanji untuk bercinta selepas nikah dan berbahagia seperti pasangan suami isteri yang lain. Namun, Kamal tidak menunaikan janjinya kepada Aivy. Semuanya kerana dia masih belum mampu melupakan Suraya, bekas kekasihnya yang sudah lama pergi. Jauh di sudut hati Kamal masih mengharapkan cinta daripada gadis itu. Sementara itu Aivy pula dalam diam sudah jatuh cinta kepada Kamal. Dia mula menyayangi suaminya itu meskipun Kamal tidak menyedarinya. Aivy tetap bersabar walaupun tahu yang Kamal masih belum melupakan Suraya. Kemunculan Khairy sebagai orang ketiga dan agenda jahat yang dirancang oleh abang tiri Aivy telah menyebabkan Kamal menghalau Aivy yang ketika itu sudah mengandungkan anaknya. Campur tangan dari ahli keluarga Kamal yang tidak menyebelahi dirinya menyebabkan Aivy mengambil keputusan untuk membawa diri ke kampung. Lalu apakah kesudahannya? Dapatkah mereka kembali membina mahligai bahagia bersama?

Lagu Tema / OST Drama Tunggu Dulu Cinta

👄👄 Angau nyanyian Sam Suhaid

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Tiada Maaf Buatmu Lakonan Aiman Hakim dan Zahirah Macwilson Episod 1 Hingga 24 Di Astro Ria

👉👉 Drama Bukan Pi Mai Pi Mai Episod 1 Hingga 12 Di Astro Ria

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post