30 Jan 2021

Info dan Sinopsis Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)



Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Telemovie 44 Hari Bangkitnya Pocong, Sinopsis Penuh Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Poster Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Pelakon Utama Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong, Astro Citra,

Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong akan disiarkan pada Sabtu ini, iaitu pada 30 Januari 2021, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini adalah Kodi Rasheed, Ellie Suriaty, Riezman Khuzaimi, Anne Abdullah, Raja Syahiran, Amalina Yusof, Deyana Desa dan ramai lagi. Manakala pengarah telemovie  44 Hari Bangkitnya Pocong ini adalah Azmir Affandi dan diterbitkan oleh Heritage Movies Sdn Bhd. Wah telefilem seram gitu di Astro Citra, nampak menarik juga telefilem ini. Dikatakan lokasi rumah yang diorang gunakan untuk shooting telefilem ini juga agak keras dan menyeramkan, banyak kisah seram yang dialami oleh pelakon dan krew produksi. Hal ini dikongsikan sendiri oleh pelakon utama Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong ini iaitu Kodi Rasheed menerusi Twitternya. Kalau nak tahu lebih details pasal pengalaman seram diorang, korang bolehlah pi baca kat twitter Kodi Rasheed okey. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye.




Sinopsis Penuh Telefilem 44 Hari Bangkitnya Pocong (Astro Citra)

Mengisahkan pasangan suami isteri di sebuah kampung iaitu Anjang dan Maimun, mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama Aizat yang bekerja di Singapura. Maimun seorang isteri yang dehaka, dia sanggup menggunakan ilmu hitam untuk menundukkan suaminya. Selain itu Maimun juga suka bergaduh dengan jiran - jiran dan dibenci oleh orang kampung. Suatu hari Maimun meninggal dunia dan rohnya tak tenteram, dia menjadi Pocong dan mengganggu semua penduduk kampung. Apa yang berlaku seterusnya?..

Read More

26 Jan 2021

Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Full Episode Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee (TV3)



Drama Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu, Poster Drama Melastik Ke Hatimu, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Andi Bernadee, Drama Baru Hafidz Roshdi, Pelakon - Pelakon Drama Melastik Ke Hatimu, Melastik Ke Hatimu Cast, Melastik Ke Hatimu Full Episode,

Drama Melastik Ke Hatimu Online Episod 1 Hingga Episod 13 (Full Episode) Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee Di Slot Lestary TV3

Drama Melastik Ke Hatimu adalah drama terbaru di slot Lestary TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Hadiah Dari Tuhan yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Melastik Ke Hatimu ini adalah Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Kayrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Wanna Ali, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan dan ramai lagi. Drama Melastik Ke Hatimu ini mempunyai 13 episod dan mula bersiaran di slot Lestary TV3 sejak 21 Januari 2021 yang lalu, setiap Rabu hingga Sabtu, jam 9 malam. Selain itu drama ini diarahkan oleh Azmi Hatta dan diterbitkan oleh OrangeTree Production Sdn Bhd. Lebih menarik bila drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Melastik Ke Hatimu karya novelis Aqma Dee. Best tengok drama ni sebab santai saja, pelakon pun best. Lagi syok bila korang boleh baca beberapa bab awal novel ini secara online saja, caranya hanya klik link di bawah ini okey.
Drama Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu, Poster Drama Melastik Ke Hatimu, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Andi Bernadee, Drama Baru Hafidz Roshdi, Pelakon - Pelakon Drama Melastik Ke Hatimu, Melastik Ke Hatimu Cast, Melastik Ke Hatimu Full Episode,
Jom tengok juga sinopsis serta Senarai Pelakon dan watak - watak mereka dalam Drama Melastik Ke Hatimu ini.
  • Janna Nick sebagai Haura Annisa
  • Andi Bernadee sebagai Ziyyad Nazhan
  • Hafidz Roshdi sebagai Naim Johari
  • Norman Hakim sebagai Jeffri
  • Wani Kayrie sebagai Fatin
  • Puteri Sarah Liyana sebagai Faida
  • Azrel Ismail sebagai Azzam Daniel
  • Idzham Ismail sebagai Loqman
  • Ridzuan Hashim sebagai Kadir
  • Aleza Shadan sebagai Sofia
  • Azizah Mahzan sebagai Mak Limah
  • Jalaluddin Hassan sebagai Wan Asri
  • Wanna Ali sebagai Natasya
  • Afifah Nasir sebagai Ain
  • Cassia Iman sebagai Inayah
  • Ezzrin Loy sebagai Nadim
  • Noniswara sebagai Nik Shaima




Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu 
Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee Di Slot Lestary TV3

Mengisahkan Haura, seorang gadis kilang yang kononnya 'gangster' tapi hidupnya dikawal oleh ibunya yang mahukan menantu kaya. Haura bercinta dengan Naim tetapi hubungan mereka ditentang kerana Naim hanyalah seorang posmen. Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, seorang tauke kilang di tempat dia dan kakaknya Faida bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura. Apa yang berlaku seterusnya?..

Lagu Tema / OST Drama Melastik Ke Hatimu

💓 Pencinta Setiamu nyanyian Usop

Drama Melastik Ke Hatimu, Sinopsis Penuh Drama Melastik Ke Hatimu, Poster Drama Melastik Ke Hatimu, Drama Baru Janna Nick, Drama Baru Andi Bernadee, Drama Baru Hafidz Roshdi, Pelakon - Pelakon Drama Melastik Ke Hatimu, Melastik Ke Hatimu Cast, Melastik Ke Hatimu Full Episode,
Tonton Online Drama Melastik Ke Hatimu Episod 1 Hingga Episod 13 (Akhir)

Drama Melastik Ke Hatimu Episod 7
Melastik Ke Hatimu Episod 8
Melastik Ke Hatimu Episod 9
Melastik Ke Hatimu Episod 10
Melastik Ke Hatimu Episod 11
Melastik Ke Hatimu Episod 12
Melastik Ke Hatimu Episod 13

Read More

25 Jan 2021

Drama Takdir Yang Tertulis Slot Samarinda TV3 Tonton Episod 1 Hingga 15 (Full Episode)



Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis,

Drama Takdir Yang Tertulis sudah pun mula bersiaran di Slot Samarinda TV3 pada 21 Januari 2021 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Bougainvillea lakonan Beto Kusyairy, Nora Danish dan Intan Ladyana yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Takdir Yang Tertulis ini adalah Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan dan ramai lagi. Selain itu drama 15 episod ini diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan diterbitkan oleh Radius One. Apa pun memang nampak menarik drama ini kan, plus karya - karya Shahrulezad Mohameddin ni memang selalunya best - best. Jadi haruslah tengok drama ini kan, okey itu serba sedikit mengenai info drama Takdir Yang Tertulis ini.Apa pun jom tengok - watak pelakon dalam drama Takdir Yang Tertulis ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Barisan Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis


Nazim Othman sebagai Azlan
Nad Zainal sebagai Juweta
Elvina Mohamad sebagai Ruhila
Alvin Chong sebagai Ean
Didie Alias sebagai Che Salmah
Muaz Fitri sebagai Hakim
Uchee Fukada sebagai Kak Jo
Iman Suhana sebagai Ruzita 
Isaac Iman sebagai Mika




Sinopsis Penuh Drama 
Takdir Yang Tertulis Lakonan Nazim Othman dan Nad Zainal, Alvin Chong dan Elvina Mohamad - Slot Samarinda TV3

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi, manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik keluarganya. Kadang kala ketegangan antara mereka turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka. Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Bukan itu sahaja yang diadukan kepada Ruhila, kebanyakan perihal Mika (Isaac Iman), anak Azlan dan Juweta juga telah diserahkan kepada Ruhila. Kebergantungan menyeluruh Juweta kepada Ruhila adalah kerana kesibukan Juweta dengan hal syarikatnya. Azlan akhirnya tidak tahan lagi dengan Juweta yang tidak pernah menghormatinya sebagai suami, telah melafazkan cerai terhadap Juweta. Sebuah lagi pertengkaran besar tercetus antara mereka sehingga dipanjangkan ke pengetahuan Mika. Berasa dikhianati, Juweta nekad untuk ke pejabat dan memecat Azlan. Tetapi, tibanya Juweta di pejabat, Juweta terkejut saat melihat kehadiran peguam syarikat untuk membawa khabar buruk. Apakah khabar buruk tersebut yang ingin disampaikan peguam syarikat Juweta? Apa berlaku seterusnya?
Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis, Pelakon - Pelakon Drama Takdir Yang Tertulis, Info dan Sinopsis Drama Takdir Yang Tertulis, Poster Drama Takdir Yang Tertulis, OST Drama Drama Takdir Yang Tertulis, Tonton Full Episode Drama Takdir Yang Tertulis,
Lagu Tema / Lagu Sisipan / OST Drama Takdir Yang Tertulis
    👄 Karma nyanyian Kaka dan Jaz Hayat
    👄 Cinta Denganmu nyanyian Aishah Retno
    👄 Kendati nyanyian Amylea
    👄 Putus nyanyian Vanessa
    👄 Kendati (Male Version)
    - Version 1 nyanyian Rian Shain
    - Version 2 nyanyian Megat Mentor
    👄 Mencintaimu nyanyian Alvin Chong
    👄 Siapa Diriku nyanyian Amylea dan Nadia Aqilah
    👄 Juwita nyanyian Here Comes July

    Tonton Online Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 (Akhir)


    - Drama Takdir Yang Tertulis Episod 6
    - Drama Takdir Yang Tertulis Episod 7
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 8
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 9
    Takdir Yang Tertulis Episod 10

    (Coming Soon)

    Read More

    22 Jan 2021

    Drama Slot Akasia Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir) Di TV3



    Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,

    Drama Rahimah Tanpa Rahim adalah drama terbaru di slot Akasia TV3 yang disiarkan bagi menggantikan drama Bidadari Salju lakonan Sweet Qismina dan Adam Lee yang telah tamat episodnya. Drama Rahimah Tanpa Rahim ini akan mula bersiaran pada 22 Januari 2021 setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan mempunyai 28 episod. Antara pelakon drama Rahimah Tanpa Rahim ini adalah Azlee Khairi, Puteri Aishah, Hafidz Roshdi, Ezzaty Abdullah, Liza Abdullah, Amelina, Mustaqim Bahadon, Sera Melissa, Anne Abdullah, Diana Dee, Badrul Muhayat, Farhan Asri, Azri Iskandar, Che Kem dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Tajuk drama ini agak unik, jadi sebab tu ada bertindak mempersendakan tajuk drama ini. Sedangkan drama ini mengangkat isu sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH), dimana ada wanita yang dilahirkan tanpa rahim. Apa pun nampak best drama ini kan, jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Rahim Tanpa Rahim di bawah ini okey beserta sinopsisnya sekali.
    Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,
    Azlee Khairi sebagai Jauhar
    Puteri Aishah sebagai Rahimah
    Hafidz Roshdi sebagai Adli
    Ezzaty Abdullah sebagai Nurul
    Liza Abdullah sebagai Mak Ani
    Amelina sebagai Puan Sakinah
    Mustaqim Bahadon sebagai Ramzi
    Sera Melissa sebagai Rozana
    Anne Abdullah sebagai Puan Faridah
    Diana Dee sebagai Shidah
    Badrul Muhayat sebagai Pak Akob
    Farhan Asri sebagai Idin
    Azri Iskandar sebagai Tuan Rosdi
    Che Kem sebagai Tuan Firdaus




    Sinopsis Penuh Drama Rahimah Tanpa Rahim 
    Lakonan Puteri Aishah, Azlee Khairi dan Ezzaty Abdullah Di TV3

    Mengisahkan Rahimah (Puteri Aishah), seorang gadis kampung tinggal bersama ibunya, Mak Ani (Liza Abdullah) dan bapanya, Pak Akob (Badrul Muhayat). Sengsara telah lama menemani Rahimah bila dirinya selalu dipersalahkan dan dibenci oleh ibubapanya sendiri. Hasutan dan penipuan adiknya, Rozana (Sera Melissa) adalah punca Rahimah selalu ditimpa malang. Adli (Hafidz Rosdi) ada menyimpan perasaan terhadap Rahimah tetapi perasaan itu semakin menyakitkan bila Rahimah temui seorang jejaka bernama Jauhar (Azlee Khairi). Jauhar mengambil keputusan untuk memperisterikan Rahimah dan Rahimah mengikut suaminya pulang ke bandar. Nurul (Ezzaty Abdullah) merupakan gadis yang disukai Ramzi (Mustaqim Bahadon) tetapi Nurul hanya cintakan Jauhar. Nurul hanya anggap Ramzi sebagai kawan untuk mengadu segala masalahnya. Satu hari, Rahimah ditimpa satu penyakit sindrom dan disebabkan itu, Rahimah mengetahui bahawa sejak lahir lagi, dia memang tiada rahim dalam perutnya. Dia tidak akan mendapat zuriat sepanjang hayatnya. Rahimah berfikir bagaimanakah kehidupannya sebagai seorang isteri yang tidak mampu memberi zuriat pada suaminya. Dengan rela hatinya untuk mengekalkan kebahagian rumah tangganya, Rahimah mengizinkan suaminya berkahwin sekali lagi, dengan Nurul. Akhirnya, Jauhar dijodohkan dengan Nurul. Namun timbul pelbagai konflik yang menimpa Rahimah supaya Rahimah berpisah dengan Jauhar. Satu persatu perkara akan terbongkar dan adakah kebahagiaan akan menemui Rahimah.Lahirkah bahagia yang didambakan??

    Lagu Tema / OST Drama Rahimah Tanpa Rahim
    👄 Lara nyanyian Hael Husaini, Naim Daniel dan Haqiem Rusli
    Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Slot Akasia TV3, Info dan Sinopsis Drama Rahimah Tanpa Rahim, Tonton Full Episode Drama Rahimah Tanpa Rahim, Pelakon - Pelakon Drama Rahimah Tanpa Rahim, OST Drama Rahimah Tanpa Rahim, Drama Baru Puteri Aishah, Drama Baru Azlee Khairi, Drama Baru Ezzaty Abdullah, Drama Baru Hafidz Roshdi,
    Tonton Episod Penuh Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 Hingga Episod 28 (Akhir)
    Kalau terlepas menonton di TV, korang juga boleh menonton online di aplikasi iQIYI Malaysia gitu. Tapi aku akan sertakan link - linknya di entry ini dan akan kemaskininya dari masa ke semasa.

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 1 https://www.iq.com/play/1sxf36pcar0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 2 https://www.iq.com/play/139pc2zq5m0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 3https://www.iq.com/play/rdcjidklag?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 4https://www.iq.com/play/1w5j49132w8?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 5 https://www.iq.com/play/1ojttm1l0p8?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Rahimah Tanpa Rahim Episod 6https://www.iq.com/play/ffsxk1dvt0?frmrp=album&frmb=album_information&frmrs=1

    Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 7

    Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 8

    Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 9

    Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 10

    Drama Rahimah Tanpa Rahim Episod 11

    (Coming Soon)

    Jom Baca Ini Juga 👉👉 Info dan Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! (Slot Sonia TV3)

    ⏩ Tonton Drama Tercipta Satu Ikatan Full Episode Lakonan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha Di Astro Ria

    Read More

    21 Jan 2021

    Info dan Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! (Slot Sonia TV3)



    Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,

    Setelah beberapa kali ulang siar drama Hindi yang terdahulu di TV3, kini muncul dah drama Hindi terbaru di TV3 bertajuk Yehh Jadu Hai Jinn Ka!. Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka! boleh dikatakan fresh dari India gitu sebab last episode drama ini baru saja habis ditayangkan di India pada 14 November 2020 yang lalu dan kini sudah disiarkan di Malaysia gitu. Antara pelakon drama hindi Yehh Yehh Jadu Hai Jinn Ka ini adalah Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma, Smita Bansal, Arhaan Behll, Shruti Sharma, Saloni Daini, Vaibhavi Kapoor dan ramai lagi. Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka ini disiarkan di slot Sonia TV3 setiap Isnin hingga Khamis, jam 4 petang. Selain itu drama ini mempunyai 2 musim dan mempunyai 218 episod serta diarahkan oleh Atif Khan dan diterbitkan oleh Gul Khan dan Karishma Jain. 
    Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,
    Tajuk drama ini bermaksud This magic is of the jinn! dan bergenre fantasi gitu. Pelakon utama drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! ini adalah Vikram Singh Chauhan yang akan melakonkan watak sebagai Aman Junaid Khan manakala heroin drama ini iaitu Aditi Sharma pula akan melakonkan watak sebagai Roshni Ahmed. Dikatakan drama ini juga sangat popular di India, no wonderlah pelakon - pelakonnya juga hensem dan cantik - cantik belaka hahaha. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..




    Sinopsis Drama 
    Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka Lakonan Vikram Singh Chauhan dan Aditi Sharma (TV3)

    Aman Junaid Khan dan Roshni Ahmed adalah pasangan terpisah dan kehidupan mereka terhubung melalui takdir dan sihir. Aman merupakan seorang pemerintah yang disumpah oleh kuasa gelap Jin, sementara Roshni adalah anak kepada seorang Tawaif, yang memiliki hati yang murni. Parveen, ibu kepada Aman berada dalam keadaan bahaya akibat kuasa sihir dan hanya boleh diselamatkan jika Aman mengahwini seorang gadis yang berhati murni. Salma, ibu angkat kepada Roshni, berpura-pura sakit demi mendapatkan wang. Perkara ini memaksa Roshni untuk berkahwin dengan Aman. Namun, Aman menyangka Roshni berniat jahat dan melakukan semuanya demi wang. Roshni sudah mula jatuh hati pada Aman tapi dia sangat terluka dengan cara Aman melayannya. Kabir, abang sulung Aman yang hilang dan dia merupakan jin yang ingin membunuh Aman. Roshni mati ketika menyelamatkan Aman dari Jin. Aman menyedari perasaannya terhadap Roshni dan patah hati. Menggunakan ilmu hitam, Kabir kembalikan Roshni dan berniat memisahkan Aman dan Roshni.Dia memadamkan semua memori Roshni bersama Aman. Apa yang berlaku seterusnya?..
    Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Hindi Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Drama Hindi TV3, Slot Sonia TV3, Sinopsis Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Pelakon - Pelakon Drama Hindi Yehh Jadu Hai Jinn Ka!, Vikram Singh Chauhan, Aditi Sharma,
    Tonton Drama Yehh Jadu Hai Jinn Ka! Episod 1 Hingga Episod Akhir 👉 https://www.xtra.com.my/live-tv/ Tonton Live hanya boleh ditonton mulai siaran jam 4.00 - 5.00 petang sahaja.

    Jom Baca Ini Juga 👉👉 Tonton Drama Melastik Ke Hatimu Full Episode Lakonan Janna Nick dan Andi Bernadee (TV3)

    Read More

    20 Jan 2021

    Episod Akhir Drama Bougainvillea (TV3)



    Drama Bougainvillea, Final Episod, Poster Drama Bougainvillea, Watak Pelakon, Info dan Sinopsis Drama Bougainvillea, Drama Baru Beto Kusyairy, Drama Baru Nora Danish, Drama Baru Intan Ladyana, Drama Slot Samarinda TV3,

    Diam tak diam dah masuk episod akhir drama Bougainvillea ini kan, dari awal aku memang dah suka dengan semua pelakon - pelakon drama Bougainvillea ini seperti Beto Kusyairy, Nora Danish, Intan Ladyana, Hanna Aqeela, Ameerul Asyraf, Jasper Supayah dan ramai lagi. Di episod yang sebelum ini iaitu episod 14 drama Bougainvillea ini, rahsia Mimie (Nora Danish) dah pecah, suaminya Adrian (Beto Kusyairy) dah tahu yang Mimie tak mengandung dan berpura - pura saja. Tak lama pastu Mimie kena cerai pula tu, manakala dalam masa yang sama kawan baik Mimie iaitu Ali (Ameerul Asyraf) dah nak kahwin dengan Ilyana (Jasper Supayah). Jadi Mimie makin tertekan dan kecewa dengan keadaan dan orang sekelilingnya. Namun dalam masa yang sama ibu kandung Mimie muncul di depannya, jadi adakah hal tersebut akan sedikit sebanyak mengubat kelukaan Mimie?. 



    Tak sangka ada plot twist dekat watak Hazira lakonan Hanna Aqeela, ingatkan dia memang ikhlas dan berniat baik pada keluarga Adrian dan Aryanna (Intan Ladyana) rupanya sebaliknya. Apa yang akan berlaku nanti kan?, adakah Adrian dan Yana akan sedar mengenai niat sebenar Hazira. Tak silap aku Hazira ni sakit juga kan, tapi sakit apa tu tak tahulah pula?. Jadi adakah Mimie akan move on dan akhirnya bertemu pengganti Adrian? bagaimana pula Mak Ngah Mimie iaitu Bibah lakonan Ziema Din, adakah dia akan sedar dan insaf, serta tidak berdendam lagi? jadi sama - sama kita tunggu episod 15 (episod akhir) Drama Bougainvillea di Slot Samarinda TV3 nanti okey.

    Read More

    17 Jan 2021

    Telefilem Diva Dari Jakarta Lakonan Sherry Al Hadad dan Ruhainies (Astro Citra)



    Telefilem Diva Dari Jakarta, Telemovie Diva Dari Jakarta, Poster Telefilem Diva Dari Jakarta, Info dan Sinopsis Telefilem Diva Dari Jakarta, Sherry Al Hadad, Ruhainies,

    Telefilem Diva Dari Jakarta telah pun disiarkan di Astro Citra pada hari Sabtu, 16 Januari 2021 jam 9 malam. Antara pelakon telefilem Diva Dari Jakarta ini adalah Sherry Al Hadad, Ruhainies, Umairah, Zarynn Min, Tengku Zara, Syaff Azahan dan ramai lagi. Selain itu telemovie Diva Dari Jakarta ini diarahkan Faliq Sharif dan diterbitkan MIG Productions Sdn Bhd. Apa pun nampak menarik telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis telefilem ini di bawah ye. 




    Sinopsis Penuh Telefilem Diva Dari Jakarta Lakonan Sherry Al Hadad dan Ruhainies (Astro Citra)

    Mengisahkan Eryn seorang kanak-kanak yang lagaknya seperti seorang Diva dari Jakarta. Eryn bertemu dengan Ejot yang berbadan besar dan Eryn merasakan Ejot langsung tidak layak menjadi sahabatnya. Suatu hari berlaku kejadian dimana Eryn tersedar dari koma dan dia sudah dewasa! Segalanya berubah, Eryn menjadi besar Ejot pula menjadi persis seorang Diva. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Eryn akan sedar dengan kesilapannya?..

    Jom Baca Ini Juga 👉👉 Telefilem Dia Abangku Lakonan Aedy Asyraf, Saidi Sabri dan Melanie Tan (RTM TV1)

    ⏩⏩ Info dan Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha (Astro Citra)

    Read More

    16 Jan 2021

    Sinopsis Telefilem Dia Abangku Lakonan Aedy Asyraf (TV1)



    Telefilem Dia Abangku, Telemovie Dia Abangku, Info dan Sinopsis Telefilem Dia Abangku, Poster Telefilem Dia Abangku,

    Telefilem Dia Abangku akan disiarkan pada hari Sabtu 16 Januari 2021, jam 10 malam di TV1. Antara pelakon telefilem Dia Abangku ini adalah Aedy Ashraf, Saidi Sabri, Melanie Tan, Sabri Yunus, Angeline Tan, Jesse Lim dan ramai lagi. Selain itu telemovie Dia Abangku ini diarahkan oleh Sabri Yunus dan diterbitkan oleh Red Bean Production. Wah nampak menarik telefilem ini kan, jadi jom tengok sinopsis telefilem Dia Abangku ni di bawah ye..




    Sinopsis Penuh Telefilem Dia Abangku Lakonan Aedy Asyraf, Saidi Sabri dan Melanie Tan (RTM TV1)

    Majlis perkahwinan baharu selesai, Qori terpaksa tinggalkan isterinya, Fariha demi janji yang telah dibuat bersama Naim. Menjadi tanda tanya kepada mama dan papa Fariha, mengapa majlis sambut menantu dibuat dirumah Pak Su bukan dirumah keluarga Qori dan konflik bermula apabila Qori terpaksa menyembunyikan status perkahwinannya daripada Naim. Namun, sehingga bila Qori perlu sembunyikan semuanya daripada Naim, sampai bila pula Fariha perlu berkorban kasih? Apa sebenarnya yang terjadi kepada Naim?


    Read More

    14 Jan 2021

    Resepi Kek Cawan Yang Mudah Dan Gebu



    Resepi Kek Cawan Yang Mudah Dan Gebu, Resepi Cupcake, Cara Penyediaan Kek Cawan,

    Siapa yang tak suka makan Kek Cawan / Cupcake kan, ni tengok gambar kek cawan kat atas ni dah rasa lapar dah. Kalau ada depan mata memang dah habis dah semua aku makan hahaha. Resepi Cupcake ni serta gambar diatas credit pada ownernya. Musim PKP 2.0 ni bolehlah cuba resepi Kek Cawan di rumah nanti kan. Jadi jom tengok resepinya di bawah okey. 

    Bahan - Bahan Untuk Membuat Kek Cawan Yang Mudah dan Gebu
    200gm gula pasir (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
    4 biji telur gred A
    1 sudu besar baking powder
    180gm tepung gandum
    35gm minyak masak/minyak jagung
    Secubit garam
    1 sudu kecil esen vanila
    (atau secubit serbuk vanila)




    Cara Penyediaan Kek Cawan Yang Mudah dan Gebu
    1) ayak tepung gandum bersama baking powder. Kemudian ketepikan.
    2) pukul gula, telur, esen vanilla dan garam dalam satu bekas besar hingga gebu, putih dan sebati (saya guna hand mixer anggaran 15 minit)
    3) kemudian masukkan bahan2 yang diayak tadi sedikit - sedikit hingga habis, ke dalam adunan yang dipukul tadi sambil di kaup balik mengunakan spatula.
    4) akhir sekali masukkan minyak dan gaul sebati menggunakan kaedah kaup balik.
    5) masukkan adunan ke dalam cawan kertas.
    6) bakar selama 20 minit dalam oven bersuhu 180°C yang telah dipanaskan terlebih dulu. Ikut oven masing - masing yer.
    (Saya bakar dengan suhu 170°C selama 25 minit)
    Kredit : Naazira Parveen

    Read More

    9 Jan 2021

    Telefilem Sihir Pemisah Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha (Astro Citra)



    Telefilem Sihir Pemisah, Telemovie Telefilem Sihir Pemisah, Bahaya Sihir Pemisah, Info dan Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah, Pelakon - Pelakon Telefilem Sihir Pemisah, Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Poster Telefilem Sihir Pemisah, Telefilem Arahan Osman Ali,

    Telefilem Sihir Pemisah akan disiarkan pada hari Sabtu, 9 Januari 2020 ini, jam 9 malam di Astro Citra. Antara pelakon telefilem Sihir Pemisah ini adalah Beto Kusyairy, Fasha Sandha, Sri Idrina, Shahidan Izwan, Eddy Effrimz, Zack Zabhas, Shamer Rashid, Shah Kimin, Zaid Aswan, Naza Manas dan ramai lagi. Selain itu telemovie Sihir Pemisah ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Wah nampak menarik telefilem ini kan yang memfokuskan tentang sihir, penonton dapat melihat betapa bahaya sihir pemisah ni. Ditambah lagi dengan adanya pelakon - pelakon terbaik Malaysia seperti Beto Kusyairy dan Fasha Sandha dalam telefilem ini. Apa pun jom tengok Sinopsis Penuh Telefilem Sihir Pemisah ini di bawah okey.




    Sinopsis Telefilem Sihir Pemisah 
    Lakonan Beto Kusyairy dan Fasha Sandha Siaran Astro Citra

    Kebahagiaan sepasang suami isteri, Mursyid dan Aryani dicemburui seseorang. Dengan rasa benci, dia nekad menggunakan ilmu hitam untuk meruntuhkan rumahtangga Mursyid dan Aryani. Murshid dan Aryani hidup bahagia dan kekal romantis, Aryani juga rajin mengupload gambar - gambarnya bersama suami di media sosial. Dalam masa yang sama, rakan sekerja Aryani kecewa bila dapat tahu Aryani dah berkahwin dengan orang lain. Tak lama kemudian Murshid dan Aryani mula diganggu dan mereka berdua juga kerap bergaduh. Sehingga ke satu tahap Murshid cuba membunuh Aryani, tak lama kemudian Murshid dan Aryani sedar yang mereka kena ilmu hitam dan cuba mencari jalan untuk memulihkan segalanya. Namun hal tersebut tidak mudah kerana orang yang menggunakan ilmu hitam tersebut sangat dekat dengan mereka. Siapa yang membenci mereka? apa yang berlaku seterusnya?
    Read More

    8 Jan 2021

    Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat Lakonan Dayang Areeda (TV2)



    Telefilem Gadis Muka Surat, Telemovie Gadis Muka Surat, Poster Telefilem Gadis Muka Surat, Dayang Areeda, Pelakon Utama Telefilem Gadis Muka Surat, TV2, RTM, Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat, Info Telefilem Gadis Muka Surat,

    Telefilem Gadis Muka Surat akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 8 Januari, Jumaat, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2. Menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah, telemovie terbitan Skyline Pro ini diarahkan oleh Abdul Hadi Yusof. Antara pelakon Telefilem Gadis Muka Surat ini adalah Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelviana Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha dan ramai lagi. Wah nampak menarik telemovie Gadis Muka Surat ini, jadi jom tengok sinopsis penuh telefilem ini dibawah ye..




    Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat Lakonan Dayang Areeda dan Mustaqim Bahadon (TV2)

    Aina Sofea yang baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia yang masih bersedih dengan kehilangan itu dan sentiasa dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya. Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal. Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha. Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini. Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. 
    Telefilem Gadis Muka Surat, Telemovie Gadis Muka Surat, Poster Telefilem Gadis Muka Surat, Dayang Areeda, Pelakon Utama Telefilem Gadis Muka Surat, TV2, RTM, Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat, Info Telefilem Gadis Muka Surat,
    Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha.Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia. Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini?

    Read More


    My Random Post