6 Jan 2021

Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga Episod 13 (Tonton Full Episode) Di TV3



Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,

Drama Hadiah Dari Tuhan adalah drama terbaru di Slot Lestary yang disiarkan bagi menggantikan drama Sang Pewaris lakonan Ben Amir dan Amyra Rosli yang telah tamat episodnya. Drama ini menelusuri realiti kehidupan termasuk petugas barisan hadapan pada era pandemik Covid-19. Antara pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan ini adalah Syafi Tee, Riena Diana, Sophia AlBarakbah, Puteri Rafasya, Amy Mastura, Fezrul Khan, Dynas Mokhtar, Ummar Dzariff, Aryana Amani dan ramai lagi. Drama Hadiah Dari Tuhan ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Fairuz Loy serta diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd. Manakala lagu tema / OST Drama Hadiah Dari Tuhan ini bertajuk Barisan Hadapan nyanyian Azlan & The Typewriter serta lagu Muhasabah nyanyian Alfie Zumi. Nampak menarik kan drama ini, jalan ceritanya lain daripada yang lain gitu. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Hadiah Dari Tuhan ini serta sinopsisnya sekali di bawah ini okey.

Syafi Tee sebagai Qul
Riena Diana sebagai Ika
Sophia AlBarakbah sebagai Bella
Puteri Rafasya sebagai Fatin
Amy Mastura sebagai Jannah
Fezrul Khan sebagai Dr Zabidi
Dynas Mokhtar sebagai Khatty
Ummar Dzariff sebagai Adli
Aryana Amani sebagai Pika




Sinopsis Penuh Drama Hadiah Dari Tuhan Lakonan Syafi Tee dan Riena Diana di Slot Lestary TV3

Mengisahkan pergolakkan hidup tiga remaja dari latar belakang taraf kehidupan berbeza menempuh kehidupan suka duka ketika Malaysia berdepan dengan wabak Covid19. Qul Fattah lahir dalam keluarga kategori B40, Ika Nabila lahir dalam keluarga kategori M40 dan Bella Roselina lahir dalam keluarga kategori T20. Qul telah kematian ibu bapanya sejak lima tahun yang lalu disebabkan kemalangan jalan raya, dia selaku anak sulung lelaki adalah ketua keluarga kepada seorang adik perempuan yang bernama Qas Fatin yang masih bersekolah rendah.
Mereka tinggal bersama nenek bernama Siti Ainum yang kini terlantar sakit tua serta mengalami komplikasi pelbagai penyakit.
Drama Hadiah Dari Tuhan, Drama Bersiri, Slot Lestary TV3, Poster Drama Hadiah Dari Tuhan, Info dan Sinopsis Drama Hadiah Dari Tuhan, Pelakon - Pelakon Drama Hadiah Dari Tuhan,
Sebelum wabak COVID-19 menular, Qul bekerja sambilan di sebuah pasar raya dan menetap di rumah pangsa. Ika pula anak tunggal kepada Jannah yang bertugas sebagai ketua jururawat di sebuah hospital kerajaan, Ika mempunyai bapa, tetapi kedua ibu dan ayahnya sudah bercerai ketika dia masih kecil. Bella pula dilihat paling bernasib baik, dilahirkan serba mewah, mempunyai ayah dan ibu yang berpendapatan besar, serta lengkap mempunyai datuk dan nenek. Bella membesar di dalam rumah banglo mewah yang serba lengkap. Apabila wabak COVID-19 menular, kehidupan Qul, Ika dan Bella berubah dan terpaksa mengharungi pelbagai ujian dan dugaan. Apa yang berlaku seterusnya?.

Tonton Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 Hingga 13 (Akhir)


Live Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Full Episode) --> https://www.xtra.com.my/live-tv/

Tonton Online Full Episod Drama Hadiah Dari Tuhan Episod 1 - Episod 13 (Akhir)  --> https://www.iq.com/play/2894nwnhwtl?&lang=ms_my&sh_pltf=4

1 ulasan:



My Random Post