8 Jan 2021

Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat Lakonan Dayang Areeda (TV2)



Telefilem Gadis Muka Surat, Telemovie Gadis Muka Surat, Poster Telefilem Gadis Muka Surat, Dayang Areeda, Pelakon Utama Telefilem Gadis Muka Surat, TV2, RTM, Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat, Info Telefilem Gadis Muka Surat,

Telefilem Gadis Muka Surat akan disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 8 Januari, Jumaat, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2. Menjalani penggambaran sepenuhnya di Sabah, telemovie terbitan Skyline Pro ini diarahkan oleh Abdul Hadi Yusof. Antara pelakon Telefilem Gadis Muka Surat ini adalah Dayang Areeda, Mustaqim Bahadon, Ebi Kornelis, Adin Hans, Shelviana Josh, Zuzela Mohamed, Clarice John Matha dan ramai lagi. Wah nampak menarik telemovie Gadis Muka Surat ini, jadi jom tengok sinopsis penuh telefilem ini dibawah ye..




Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat Lakonan Dayang Areeda dan Mustaqim Bahadon (TV2)

Aina Sofea yang baru sahaja kematian suaminya, Talha. Dia yang masih bersedih dengan kehilangan itu dan sentiasa dibayangi dengan kehadiran Talha di rumahnya. Demi meluahkan rasa rindunya terhadap Talha, Aina mengirimkan surat kepada suaminya itu. Baginya dengan cara itu dia dapat melepaskan rasa rindu terhadap Talha yang masih menebal. Pada awalnya, Aina tahu bahawa surat yang dikirimnya tidak akan mendapat balasan. Namun sebaliknya berlaku, setiap surat dikirimkan mendapat balasan beserta tandatangan Talha. Disebabkan itu, Aina mula obses mengirimkan surat kepada Talha demi melepaskan rindunya. Dia percaya suratnya itu pasti akan berbalas seperti sebelum ini. Kemunculan Am, seorang posmen pula sentiasa dinantikannya untuk mendapatkan surat dikirim suaminya. 
Telefilem Gadis Muka Surat, Telemovie Gadis Muka Surat, Poster Telefilem Gadis Muka Surat, Dayang Areeda, Pelakon Utama Telefilem Gadis Muka Surat, TV2, RTM, Sinopsis Penuh Telefilem Gadis Muka Surat, Info Telefilem Gadis Muka Surat,
Aina juga seringkali meminta bantuan Am untuk mengirim surat balasan kepada Talha.Hubungan keduanya mulai rapat kerana Am percaya sepenuhnya dengan kata-kata Aina bahawa suaminya telah meninggal dunia. Pada masa sama Am juga curiga dengan Aina dan mahu mencari kebenaran siapakah pengirim sebenar surat yang diberikan oleh Aina kepada Talha kerana mana mungkin orang yang telah meninggal dunia mampu membalas surat. Apa yang berlaku seterusnya?. Bagaimanakah kesudahan kisah misteri Aina Sofea yang sering mengirim surat dan menerima surat dengan penuh tanda tanya ini?

1 ulasan:



My Random Post