Drama Komedi Potong Lakonan Hazama dan Kazar Saisi sudah pun disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Warna. Drama Potong ini sudah mula bersiaran di Astro Warna sejak 29 Disember yang lalu dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Potong ini adalah Hazama, Kazar Saisi, Dalimawati, Lan Siro, Syazlin Zainal serta ramai cameo dalam drama ini seperti Rosyam Nor, Jurey Rosli, Black Hanafiah, Along Eyzendy, Neera Azizi, Daler Yusof, Kamarul Hj Yusof, Wafariena, Erul AF, Mubarak Majid, Hamdan Senario, Nor Albaniah, Reza Hasbi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Manakala lagu tema / OST Drama Potong ini bertajuk Adinda nyanyian Hazama, nampak menarik kan drama Potong ni. Apa pun jom tengok watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..
Watak Pelakon
Hazama sebagai Midun
Kazar Saisi sebagai Mustafa
Dalimawati sebagai Mak Midun
Lan Siro sebagai Jeman
Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur
Sinopsis Penuh Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna)
Ahmad Hamidun pulang ke kampung di Lenggong kerana ayahnya sakit. Sampai dirumah , ayahnya yang mengerang kesakitan memanggil Midun dan meminta Midun belikan Chicken Chop 2. Satu untuknya dan satu untuk isterinya. Ayah nya suruh pergi beli segera kerana risau tak sempat makan. Selepas makan Chicken Chop ayah Midun memberi pesanan agar Midun menerima warisan keluarga mereka pada Midun kerana Midun lah pewaris paling layak menerima warisan tersebut hingga ke anak cucu.
Midun yang mendengar perkara tersebut terus keluar pergi mengambil tangga di rumah jiran dan masuk ke dalam rumah. Dia ingin membuka bumbung rumah supaya saka ayahnya tidak diwarisi olehnya. Emak Midun menjelaskan tiada saka yang dibela ayahnya. Belum pernah keluarganya membela saka.Ayah Midun menyurus isterinya membawakan nya bag hitam yang disimpan. Ayah Midun mengeluarkan seilah pisau lecil yang digunakan untuk menyunatkan budak-budak di kampung. Ayah Midun mahu Midun meneruskan tradisi keluarganya menyambung kerja sebagai Tok Mudim di kampung tersebut. Sebaik sahaja Midun mengangguk setuju ayahnya meninggal dunia. Kini Midun sudah bergelar Tok Mudim kampung. Dengan dibantu oleh Abang Mus mereka menawarkan khidman berkhatan berserta dengan tempoh warranty. Sebaik seleasai menjalankan tugas Midun akan memberi beberapa nasihat pada pelanggan nya bagaimana cara menjaga luka berkhatan.
Hari itu ketika dalam perjalanan pulang dari mengkhatan kan anak salah seorang pendduk kampung , mereka ditahan oleh Jeman. Jeman meminta wang pada Midun. Midun tak nak memberikan wang pada Jemandan melarikan bag Midun. Begitulah Jeman yang kerap menganggu sesiapa saja di kampung tersebut. Dia juga selalu mengambil wang penduduk kampung. Jeman yang sedang menunggang Motorsikal bertembung dengan sebuah kereta. Dia terjatuh ketika mengelak dilanggar kereta tersebut. pemilik kereta keluar untuk melihat keadaan Jeman. Jeman jatuh cinta melihat wajah gadis tersebut. Rupanya dia seorang doktor. Dia mempelawa Jeman ke klinik nya untuk merawat Jiman. Di klinik dia berkenalan dengan doktor tersebut. Jeman meminta suntikan pada doktor, tapi doktor kata tak perlu suntikan.
Midun dan abang Mus singgah di Warong Tok Jidin. Midun melihat anak-anakmuda disitu semuanya hanya melihat smartphone. Dia memberitahu pemduduk sekarang dah jadi anti sosial. Tok Jidin memberitahu Midun yang dekat kampung mereka sudah ada klinik yang menyediakan khidmat berkhatan. Abang Mus dan Midun tidak risau kerana mereka yakin orang kampung tetap akan menggunakan khidmat khatan secara tradisional. Jeman mula dilanda angau. Dia asyik teringatkan doktor wanita yang diatemui tadi. Dia kembali semula ke klinik Dr Nur . Dia memberitahu yang lukanya sudah tidak sakit. Cuma dia berasa ada sakit baru dibahagian dadanya. Dadanya berdegup kencang dan Doktor Nur la Puncanya. Dia memberitahu yang dia ingin menjemput Dr Nur untuk candle light diner bersamanya.
Masuk waktu solat Zohor, sewaktu bilal mula hendak azan Bilal dan imam terkejut melihat tabung dan mikrofon masjid sudah hilang. Mereka dapat merasakan tbung dan Mikrofon sudah hilang di kebas pencuri. Bila mereka memeriksa cctv masjid mereka melihat Jeman yang mengambil barang-barang masjid. Orang-orang masjid terus pergi mencari Jeman dan meminta Jeman mengembalikan semula barang-barang masjid yang diambil Jeman. Jeman tak mengaku walaupun sudah jelas dalam video cctv dia yang mengambil barang-barang tersebut. Jeman sempat melarikan diri dengan motorsikalnya. Midun yang sedang menunggang motorsikal tiba-tiba ternampak Dr Nur dihadapan rumah sedang memotong rumput. Midun tak lepas memandang Dr Nur. Dia tersenyum malu melihat Dr Nur walaupun Dr Nur langsung tak mempedulikan nya.
Di warong Tok Jidin memberitahu Midun dan Abang Mus bahawa Jeman kerap meminta wang orang kampung. menurut Abang Mus sejak Jeman masuk kumpulan gengstar lambang ikan pari lah Jeman berubah menjadi jahat. Tok Jidin meminta Midun agar menasihatkan Jemankerana keluarga Midun sangat dihormati orang kampung. Midun menolak dan tak mahu masuk campur dalam urusan Jeman...
Okey tu sinopsis episod 1 drama Potong ni, kalau nak tahu apa yang terjadi seterusnya, kenalah tengok drama ni ye.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan