Memaparkan catatan dengan label Hazama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Hazama. Papar semua catatan

20 Ogo 2022

Telefilem Rumah Tok Wie (Awesome TV)



Telefilem Rumah Tok Wie, Telemovie Rumah Tok Wie, Telemovie Awesome TV, Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie, Rumah Tok Wie Cast, Poster Telefilem Rumah Tok Wie, Pelakon - Pelakon Telefilem Rumah Tok Wie, Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani,

Telefilem Rumah Tok Wie akan diulang siar di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV pada hari Ahad ini, 21 Ogos 2022, jam 9.30 malam. Antara pelakon telefilem Rumah Tok Wie ini adalah Awie, Roy Azman, Hazama, Sharwani NS, Vivienna Alfred, Pak Abu, Saiful Ghaz dan ramai lagi. Selain itu telemovie Rumah Tok Wie ini diarahkan oleh Razif Ajiboy Rashid dan diterbitkan oleh Rumah Produksi Merah Sdn Bhd. Nampak menarik dan macam best je kan telefilem ni, jadi jom tengok sinopsis ringkas telemovie Rumah Tok Wie di bawah ini okey..




Sinopsis Telefilem Rumah Tok Wie Lakonan Hazama dan Dato Awie (Awesome TV)

Tok Wie memiliki sebuah rumah agam. Rumah tersebut dibina sebagai tempat untuk Tok Wie menyimpan segala barang-barang berharga miliknya. Kodi, Fuad dan Amir merancang untuk merompak rumah Tok Wie. Apa yang berlaku seterusnya? adakah Kodi, Fuad dan Amir berjaya merompak rumah Tok Wie?..





Read More

11 Ogo 2022

Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)



Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Awesome TV, Drama Awesome TV, Drama Epilog 3 Naga Episod 1 Hingga 24, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Epilog 3 Naga Cast, Pelakon - Pelakon Drama Epilog 3 Naga, Drama Epilog 3 Naga Full Episode, Hazama, Juliana Evans, Drama Adaptasi Novel Epilog 3 Naga,

Drama Epilog 3 Naga sudah mula disiarkan di Awesome TV bermula 3 Ogos 2022 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis jam 7 malam. Drama ini boleh ditonton di Awesome TV saluran 123 Astro atau saluran 112 MyTV. Antara pelakon drama Epilog 3 Naga ini adalah Hazama, Syarul Ezani, Shafiq ‘Stu’ Rosli, Juliana Evans, Atyka Jalil, Katalina, Faizal Hussein, Ridzuan Hashim, Marissa Yasmin, Sahronizam Noor, Along Eyzendy, Aman Nassim dan ramai lagi. Drama ini merupakan adaptasi daripada Novel Epilog 3 Naga karya Kaz Ishak yang mengangkat genre aksi tentang dunia gengsterism. Selain itu drama Epilog 3 Naga ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Razif Ajiboy serta diterbitkan oleh Layar Sutra Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Epilog 3 Naga ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..


Watak dan Barisan Pelakon Drama Epilog 3 Naga 

Hazama Azmi sebagai Khalid
Syarul Ezani sebagai Fazarul
Shafiq ‘Stu’ Rosli sebagai Sean Abdullah
Juliana Evans sebagai Natasha
Atyka Jalil sebagai Sazlina
Katalina sebagai Sofea Ahmad
Faizal Hussien sebagai Azroy
Ridzuan Hashim sebagai Uncle Hussien
Marissa Yasmin sebagai Makcik Asmah
Sahronizam Noor sebagai Pakcik Zulkarnain
Along Eyzendy sebagai Black
Aman Nassim sebagai Chris




Sinopsis Drama Epilog 3 Naga Lakonan Hazama dan Juliana Evans (Awesome TV)

Mengisahkan tentang kisah tiga sahabat karib yang hanyut dalam memilih jalan hidup sehingga terjerumus dengan kancah jenayah kongsi gelap. Fazarul, Khalid and Sean merupakan sahabat karib sejak kecil. Persahabatan, kisah cinta dan kasih sayang keluarga, disulam dengan kenakalan remaja yang mula membawa padah tatkala batas dilangkah. Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri. Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama. Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Murder By Moonlight Episod 1 Hingga 8 Di Astro Citra


Read More

25 Jun 2022

Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah (TV1)



Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Telemovie Tilam Kekabu Kampung Berserah, Slot Panggung RTM TV1, Info dan Sinopsis Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Pelakon - Pelakon Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah, Tilam Kekabu Kampung Berserah Cast,

Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah akan disiarkan di slot panggung RTM TV1 pada hari Sabtu, 25 Jun 2022, jam 10 malam. Antara pelakon telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah ini adalah Hazama, Bella Dowanna, Bohari Ibrahim, Mohd Latif Zami, Nico G, Ezud RIC, Azza Elite, Mohd Haminder Singh dan ramai lagi. Selain itu telemovie Tilam Kekabu Kampung Berserah ini diarahkan oleh Opie Zami dan diterbitkan oleh Opyglobal Pictures Sdn Bhd. Nampak macam menarik je telemovie ni kan, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Tilam Kekabu Kampung Berserah - Slot Panggung RTM TV1

Kerana sekeping tilam, Pak Malim menjadi resah hingga sanggup mencari semula tilam yang telah dibuang oleh anak saudaranya, Nor. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah rahsia disebalik tilam itu?

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Episod Akhir dan Ending Drama Bisik - Bisik Gelora (TV3)


Read More

18 Dis 2021

Telefilem Bayang Lakonan Hazama (Astro Citra)



Telefilem Bayang, Telemovie Bayang, Info dan Sinopsis Telefilem Bayang, Poster Telefilem Bayang, Telefilem Astro Citra, Pelakon - Pelakon Telefilem Bayang, Hazama, Ayie Elham, Cik Manggis, Cliff Umar, Syean Mokhtar,

Telefilem Bayang akan disiarkan pada hari Sabtu ini, 18 Disember 2021, jam 9 malam di slot Citra Exclusive Astro Citra. Antara pelakon telefilem Bayang ini adalah Hazama, Ayie Elham Floor 88, Cik Manggis, Boy Clifford, Syed Nahar dan ramai lagi. Nampaknya ramai penyanyi yang berlakon dalam telemovie Bayang ini. Selain itu telemovie ini diarahkan oleh Idril Mihat dan Irwan Rauf serta diterbitkan oleh Motion Studio dan SilentKaiju Studio. Nampak menarik kan telefilem ini, jadi jom tengok sinopsis ringkas telefilem ini di bawah ye..




Sinopsis 
Telefilem Bayang Lakonan Hazama, Ayie Floor 88 dan Cik Manggis (Astro Citra)

Seorang jurugambar jenayah sering terambil gambar penampakan entiti aneh seperti memberi gambaran kepada satu kes lama yang masih tergantung misteri tanpa jawapan. Mengisahkan tentang kehilangan Lisa, seorang penyiasat yang menjadi misteri kerana berkait rapat dengan kes-kes pembunuhan yang sedang disiasatnya bersama seorang rakannya, Azam. Seorang jurugambar amatur bernama Joni, menjadi petunjuk kepada misteri kehilangan Lisa.Apa yang berlaku seterusnya?..

Jom Baca Ini Juga 👉👉 Drama Dukun Diva (Astro Citra)


Read More

5 Jan 2021

Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna)



Drama Potong Astro Warna, Drama Lakonan Hazama, Drama Komedi Astro Warna, Poster Drama Potong, Info dan Sinopsis Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna), Pelakon - Pelakon Drama Potong,

Drama Komedi Potong Lakonan Hazama dan Kazar Saisi sudah pun disiarkan setiap Selasa, jam 9 malam di Astro Warna. Drama Potong ini sudah mula bersiaran di Astro Warna sejak 29 Disember yang lalu dan mempunyai 15 episod. Antara pelakon drama Potong ini adalah Hazama, Kazar Saisi, Dalimawati, Lan Siro, Syazlin Zainal serta ramai cameo dalam drama ini seperti Rosyam Nor, Jurey Rosli, Black Hanafiah, Along Eyzendy, Neera Azizi, Daler Yusof, Kamarul Hj Yusof, Wafariena, Erul AF, Mubarak Majid, Hamdan Senario, Nor Albaniah, Reza Hasbi dan ramai lagi. Selain itu drama ini diarahkan oleh Dato Jurey Latiff Rosli dan diterbitkan oleh World Evolution Brain. Manakala lagu tema / OST Drama Potong ini bertajuk Adinda nyanyian Hazama, nampak menarik kan drama Potong ni. Apa pun jom tengok watak pelakon beserta sinopsis drama ini di bawah ye. Selamat membaca..

Watak Pelakon

Hazama sebagai Midun
Kazar Saisi sebagai Mustafa
Dalimawati sebagai Mak Midun
Lan Siro sebagai Jeman
Syazlin Zainal sebagai Dr. Nur




Sinopsis Penuh Drama Potong Lakonan Hazama dan Kazar (Astro Warna)

Ahmad Hamidun pulang ke kampung di Lenggong kerana ayahnya sakit. Sampai dirumah , ayahnya yang mengerang kesakitan memanggil Midun dan meminta Midun belikan Chicken Chop 2. Satu untuknya dan satu untuk isterinya. Ayah nya suruh pergi beli segera kerana risau tak sempat makan.  Selepas makan Chicken Chop ayah Midun memberi pesanan agar Midun menerima warisan keluarga mereka pada Midun kerana Midun lah pewaris paling layak menerima warisan tersebut hingga ke anak cucu.
Midun yang mendengar perkara tersebut terus keluar pergi mengambil tangga di rumah jiran dan masuk ke dalam rumah. Dia ingin membuka bumbung rumah supaya saka ayahnya tidak diwarisi olehnya. Emak Midun menjelaskan tiada saka yang dibela ayahnya. Belum pernah keluarganya membela saka.Ayah Midun menyurus isterinya membawakan nya bag hitam yang disimpan. Ayah Midun mengeluarkan seilah pisau lecil yang digunakan untuk menyunatkan budak-budak di kampung. Ayah Midun mahu Midun meneruskan tradisi keluarganya menyambung kerja sebagai Tok Mudim di kampung tersebut. Sebaik sahaja Midun mengangguk setuju ayahnya meninggal dunia. Kini Midun sudah bergelar Tok Mudim kampung. Dengan dibantu oleh Abang Mus mereka menawarkan khidman berkhatan berserta dengan tempoh warranty. Sebaik seleasai menjalankan tugas Midun akan memberi beberapa nasihat pada pelanggan nya bagaimana cara menjaga luka berkhatan.

Hari itu ketika dalam perjalanan pulang dari mengkhatan kan anak salah seorang pendduk kampung , mereka ditahan oleh Jeman. Jeman meminta wang pada Midun. Midun tak nak memberikan wang pada Jemandan melarikan bag Midun. Begitulah Jeman yang kerap menganggu sesiapa saja di kampung tersebut. Dia juga selalu mengambil wang penduduk kampung. Jeman yang sedang menunggang Motorsikal bertembung dengan sebuah kereta. Dia terjatuh ketika mengelak dilanggar kereta tersebut. pemilik kereta keluar untuk melihat keadaan JemanJeman jatuh cinta melihat wajah gadis tersebut. Rupanya dia seorang doktor. Dia mempelawa Jeman ke klinik nya untuk merawat Jiman. Di klinik dia berkenalan dengan doktor tersebut. Jeman meminta suntikan pada doktor, tapi doktor kata tak perlu suntikan. 
Midun dan abang Mus singgah di Warong Tok Jidin. Midun melihat anak-anakmuda disitu semuanya hanya melihat smartphone. Dia memberitahu pemduduk sekarang dah jadi anti sosial. Tok Jidin memberitahu Midun yang dekat kampung mereka sudah ada klinik yang menyediakan khidmat berkhatan. Abang Mus dan Midun tidak risau kerana mereka yakin orang kampung tetap akan menggunakan khidmat khatan secara tradisional. Jeman mula dilanda angau. Dia asyik teringatkan doktor wanita yang diatemui tadi. Dia kembali semula ke klinik Dr Nur . Dia memberitahu yang lukanya sudah tidak sakit. Cuma dia berasa ada sakit baru dibahagian dadanya. Dadanya berdegup kencang dan Doktor Nur la Puncanya. Dia memberitahu yang dia ingin menjemput Dr Nur untuk candle light diner bersamanya.

Masuk waktu solat Zohor, sewaktu bilal mula hendak azan Bilal dan imam terkejut melihat tabung dan mikrofon masjid sudah hilang. Mereka dapat merasakan tbung dan Mikrofon sudah hilang di kebas pencuri. Bila mereka memeriksa cctv masjid mereka melihat Jeman yang mengambil barang-barang masjid. Orang-orang masjid terus pergi mencari Jeman dan meminta Jeman mengembalikan semula barang-barang masjid yang diambil JemanJeman tak mengaku walaupun sudah jelas dalam video cctv dia yang mengambil barang-barang tersebut. Jeman sempat melarikan diri dengan motorsikalnya. Midun yang sedang menunggang motorsikal tiba-tiba ternampak Dr Nur dihadapan rumah sedang memotong rumput. Midun tak lepas memandang Dr Nur. Dia tersenyum malu melihat Dr Nur walaupun Dr Nur langsung tak mempedulikan nya.
Di warong Tok Jidin memberitahu Midun dan Abang Mus bahawa Jeman kerap meminta wang orang kampung. menurut Abang Mus sejak Jeman masuk kumpulan gengstar lambang ikan pari lah Jeman berubah menjadi jahat. Tok Jidin meminta Midun agar menasihatkan Jemankerana keluarga Midun sangat dihormati orang kampung. Midun menolak dan tak mahu masuk campur dalam urusan Jeman...

Okey tu sinopsis episod 1 drama Potong ni, kalau nak tahu apa yang terjadi seterusnya, kenalah tengok drama ni ye.

Read More


My Random Post