7 Dis 2021

Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)



Drama I Promise Janji Anaqi, Info dan Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi, Poster Drama I Promise Janji Anaqi, I Promise Janji Anaqi Cast, Pelakon - Pelakon Drama I Promise Janji Anaqi, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Talha Harith, Dayana Roza,
Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Drama I Promise Janji Anaqi adalah drama terbaru di Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Sihir lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem yang telah tamat episodnya. Drama ini mula bersiaran di Astro Ria bermula 6 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 11 malam. Antara pelakon drama I Promise Janji Anaqi ini adalah Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith, Dayana Roza, Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman, Izuan Razali, Ikhwan Khairudin dan ramai lagi. Selain itu drama I Promise Janji Anaqi ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Hadith Omar serta diterbitkan oleh Juita Viden Sdn Bhd. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel I Promise karya Acik Lana. Nampak menarik kan drama ini jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama I Promise Janji Anaqi di bawah ini beserta sinopsisnya sekali okey..

Sharnaaz Ahmad sebagai Anaqi
Emma Maembong sebagai Hayla
Talha Harith sebagai Zafran
Alicia Amin sebagai Intan
Dayana Roza sebagai Aisyah
Ellyas Abdullah sebagai Luthfi 
Ferqisha sebagai Julia




Sinopsis Penuh Drama I Promise Janji Anaqi Lakonan Sharnaaz Ahmad dan Emma Maembong (Astro Ria)

Sepanjang Hayla berkahwin, dia sering hidup dalam ketakutan apabila menjadi mangsa keganasan rumahtangga. Percubaannya untuk melarikan diri dari suaminya dan memulakan kehidupan baru telah menemukannya dengan Anaqi, seorang pembunuh upahan yang diburu akibat kisah silam.Hayla dan Anaqi jatuh cinta, namun begitu Anaqi sentiasa mempersoalkan sama-ada dirinya itu layak menerima kasih sayang Hayla. Risau akan Hayla sekiranya hubungan mereka diteruskan, Anaqi berjanji untuk memastikan keselamatan Hayla terjamin. Mampukah dia mengotakan janjinya itu? Adakah nasib Hayla akan berterusan sebagai mangsa keganasan?
Drama I Promise Janji Anaqi, Info dan Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi, Poster Drama I Promise Janji Anaqi, I Promise Janji Anaqi Cast, Pelakon - Pelakon Drama I Promise Janji Anaqi, Drama Baru Emma Maembong, Drama Baru Sharnaaz Ahmad, Talha Harith, Dayana Roza,
Bergelar isteri sejak berusia sembilan belas tahun, Hayla tak pernah bahagia. Malah cukup terseksa tatkala menjadi mangsa keganasan suaminya sendiri. Perbezaan usia yang ketara membuatkan Zafran begitu keras menjunjung ego. Gila kuasa! Semua mahu diatur suaminya dari A to Z. Lima tahun menadah sepak terajang, Hayla tekad untuk melarikan diri. Beberapa siri pertemuan dengan seorang pemuda 'tak berperasaan', perlahan-lahan telah mengubah rentak hidupnya. Dan siapa sangka 'tuan' yang mentadbir rumah agam tempat dia menumpang adalah orang yang sama. Pemuda tak ada perasaan itulah! Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu 'tiket' untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama. "Kalau ini yang terbaik untuk kau dan aku, then let's love each other. Tapi sekali kau datang pada aku dengan cinta, selama-lamanya kau tersekat bersama aku. I will never let you go, I promise." ~Anaqi -Tapi, mudahkah perjalanan mereka semudah melafaz satu janji?


Lagu Tema / OST Drama I Promise Janji Anaqi
👄👄 Janji Sampai Mati nyanyian Hasif



Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post