23 Dis 2021

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (TV3)



Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021,
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa (Slot Samarinda TV3)

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah drama terbaru di slot Samarinda TV3 yang disiarkan bermula 20 Disember 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam. Drama ini disiarkan bagi menggantikan drama Cukup Derita Itu yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Saat Kau Takluk Cinta Ini adalah Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena Roslan, Shakilla Khoriri, Syazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Qazem Nor, Raja Baizura, Sri Idrina, Raja Azmi dan ramai lagi. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini mempunyai 15 episod dan diarahkan oleh Zamri Zakaria serta diterbitkan oleh Kembara Sufi Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Saat Kau Takluk Cinta Ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
Wafariena Roslan sebagai Kamelia
Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
Farhan Asri sebagai Rafael
Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
Edika Yusof sebagai Dato Zhar
Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
Qazem Nor sebagai Hamad
Raja Baizura sebagai Puan Sally
Jeri Ariffin sebagai Dato Harlan
Zul Salleh sebagai Tuan Ariffin
Raja Azmi sebagai Mak Jah




Sinopsis Penuh Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Lakonan Idris Khan dan Intan Najuwa -Slot Samarinda TV3

Mengisahkan Haira Melissa telah dibuang keluarganya apabila dituduh merampas tunang kepada adik tirinya. Dia membawa diri ke sebuah kampung mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. Rahhal seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu. Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya.Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai cinta yang dibina oleh Rahhal dan Haira? Apa yang berlaku seterusnya?
Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Info dan Sinopsis Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Poster Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini, Saat Kau Takluk Cinta Ini Cast, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode, Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3, Drama Baru Intan Najuwa, Drama Baru Idris Khan, Drama Slot Samarinda TV3 2021, Drama Adaptasi Novel,
Sinopsis Novel Saat Kau Takluk Cinta Ini Karya Sara Hezra

Rahhal yang tak ada pilihan, perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung apabila emaknya jatuh sakit. Namun kepulangannya tidak disenangi Fakhril. Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya. Rahhal tidak mudah mengalah. Tetap kental, dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan. Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula disapa cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh. Sedang mereka didakap hangat asmara, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang memugar di hatinya berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira. Namun kata Haira, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya. Rahhal memutuskan untuk berhenti menyinta. Haira berikrar untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira terus sulit memendam. Jiwa dan raga terpisah namun saat takdir mempertemukan mereka kembali, tegakah mereka bersua untuk kali kedua? Mampukah Rahhal menghulur maaf atau dia dia yang perlu meraih sebuah kemaafan seorang Haira Melissa?

Lagu Tema / OST Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

๐Ÿ‘„Takluk Cinta nyanyian Hafiz Suip
๐Ÿ‘„Takdir nyanyian Aliff Iskandar
๐Ÿ‘„Hebatnya Rasa Bercinta nyanyian Lakaa Idris

Tonton Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Full Episode

Jangan risau jika terlepas menonton drama ini di kaca tv, korang boleh menonton drama Saat Kau Takluk Cinta Ini dari Episod 1 hingga episod 15 di aplikasi ๐Ÿ‘‰ iQIYI

Jom Baca Ini Juga ๐Ÿ‘‰๐Ÿ‘‰ Review dan Sinopsis Drama Korea Dali and Cocky Prince


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post