13 Dis 2021

Drama Dukun Diva (Astro Citra)



Drama Dukun Diva, Poster Drama Dukun Diva, Info dan Sinopsis Drama Dukun Diva, Sinopsis Penuh Drama Dukun Diva, Dukun Diva Cast, Drama Dukun Diva Full Episode, Pelakon - Pelakon Drama Dukun Diva,

Drama Dukun Diva adalah drama terbaru di Astro Citra yang disiarkan bagi menggantikan Drama I- Tanggang yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Dukun Diva ini adalah Nadia Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Siti Khadijah Halim, Kahoe Hon, Adlin Aman Ramlie , Aloy Paradoks, Che Puan Juliana Evans dan ramai lagi. Drama Dukun Diva ini mula bersiaran di Astro Citra sejak 6 Disember 2021 yang lalu, setiap hari Isnin, jam 9 malam. Idea asal dan lakon layar drama ini adalah daripada Alfie Palermo dan diarahkan oleh Ariff Zulkarnain. Drama 8 episod Dukun Diva ini Dukun Diva merupakan drama tempatan pertama yang membawakan kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes' gitu.Memang nampak menarik kan drama ini, para pelakon pun mantap - mantap belaka. Jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Dukun Diva ini beserta sinopsisnya juga di bawah ini okey..

Nadia Aqilah sebagai Che Yah (Rubiah Samsudin)
Eyka Farhana sebagai Lola (Norlela Binti Hashim) 
Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD (Dahlia Deela Binti Idrus) 
Tony Eusoff sebagai Zul (Zulkarnain Lim Abdullah) 
Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena (Sabriena Lim Binti Zulkarnain Lim) 
Kahoe Hon sebagai Daniel (Daniel Lim Bin Zulkarnain Lim) 
Adlin Aman Ramlie sebagai Dato’ Saddiq (Muhd Saddiq Bin Jermal)
Aloy Paradoks sebagai Sarjan Anep (Hanif Bin Zulkifli)




Sinopsis Drama Dukun Diva Lakonan Nadia Aqilah dan Eyka Farhana (Astro Citra)

Mengisahkan tentang Rubiah Samsudin atau dengan gelaran popularnya Che Yah gagal menjadi pelakon terkenal dan kini bekerja sebagai wanita pelayan pelanggan (GRO) di sebuah kelab malam. Hakikat tersebut menyebabkan Che Yah sangat malu untuk pulang menemui keluarganya di kampung. Satu hari, Che Yah menerima panggilan daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Di sini bermulanya perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola seorang remaja yang bermasalah. Ketegangan mula berlaku di antara Che Yah dan Lola. Dalam pada masa yang sama mereka telah didatangi didatangi oleh Abang Long yang mengugut untuk membunuh Che Yah jika tidak membayar hutangnya. Mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang Che Yah serta menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea. Jadi apakah yang mereka lakukan? ...‘They Put The Sham In Shaman’.
Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 
Episod 2 (Happy, Together, Forever)
Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)
Episod 4 (Kita Family)
Episod 5 (Camp Cinta Abadi)
Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)
Episod 7 (You, Me and Jeju)
Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Lagu Tema / OST Drama Dukun Diva

👄👄 Jangan Terlepas Pandang nyanyian Wani Kayrie



1 ulasan:



My Random Post