6 Dis 2021

Drama Jangan Ganggu Jodohku Episod 1 Hingga 24 (Akhir) Di Astro Ria



Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Adaptasi Novel, Novel Jangan Ganggu Jodohku Karya Umie Nadzimah, Poster Drama Jangan Ganggu Jodohku, Info dan Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku, Drama Jangan Ganggu Jodohku Full Episode, Jangan Ganggu Jodohku Cast, Pelakon - Pelakon Drama Jangan Ganggu Jodohku,

Drama Jangan Ganggu Jodohku adalah drama terbaru di slot MegaDrama Astro Ria yang disiarkan bagi menggantikan Drama Jiwa Yang Kau Puja : The Hotel 2. Drama ini mula bersiaran pada 29 November 2021, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria. Selain itu drama ini adalah adaptasi daripada Novel Jangan Ganggu Jodohku karya Umie Nadzimah. Antara pelakon drama Jangan Ganggu Jodohku ini adalah Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Aloy Paradoks, Amerul Affendi, Norreen Iman, Salina Saibi, Shah Iskandar, Sabhi Saddi, Hasnul Rahmat, Azizah Mahzan, Ku Fridah, Sherry Ibrahim, Fazlina Ahmad Daud, Rosli Rahman Adam, Syafi Tee dan ramai lagi. Selain itu drama Jangan Ganggu Jodohku ini mempunyai 24 episod dan diarahkan oleh Jamal Khan serta diterbitkan oleh Orangetree Production Sdn Bhd. Nampak menarik kan drama yang bergenre komedi seram ini, jadi jom tengok watak - watak pelakon dalam drama Jangan Ganggu Jodohku ini beserta sinopsisnya sekali di bawah ini okey..

Yusuf Bahrin sebagai Dr Imran
Shaza Bae sebagai Aliza 
Aloy Paradoks sebagai Abu
Amerul Affendi sebagai Penjelmaan Abu
Norreen Iman sebagai Shahida
Shah Iskandar sebagai Kamal Hassan
Sabhi Saddi sebagai Ustaz Hadhari
Ku Fridah Ku Shafie sebagai Makcik Ratu Lempeng
Salina Saibi sebagai Saka Ratu Lempeng 
Azizah Mahzan sebagai Mak Nah
Hasnul Rahmat sebagai Paksu
Fazlina Ahmad Daud sebagai Mak Piah
Sherry Ibrahim sebagai Kak Saleha
Syafi Tee sebagai Penjelmaan Abu
Farid sebagai Hantu Keding
Rosli Rahman Adam sebagai Hantu Tok Nek




Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku Lakonan Yusuf Bahrin dan Shaza Bae Di Slot MegaDrama Astro Ria

Kisah saka yang menghantui hidup Aliza dan Imran. Aliza dirundung sumpahan akan disusahkan usaha berkahwin selagi dia tidak mewarisi saka dari keturunan nenek saudaranya. Aliza boleh berinteraksi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Aliza jatuh cinta pada Doktor Imran yang mana tidak disukai oleh Abu. Doktor Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak. Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun selepas berubah dia mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu. 

Sinopsis Novel Jangan Ganggu Jodohku

Aliza tak pernah suka pada mana-mana lelaki walaupun tak putus-putus orang datang meminang. Jauh dalam sudut hati, dia juga seperti gadis-gadis lain, ada keinginan untuk punya pasangan dan berumah tangga. Namun, setiap kali hal kahwin disebut, emosinya akan berkecamuk dan jatuh sakit. Dan penyakitnya pula sangat aneh! Entah macam mana, Aliza boleh jatuh cinta sakan pada Imran dan berkobar-kobar hendak berkahwin dengan lelaki pujaannya itu. Pelbagai cara dia cuba untuk memikat Imran supaya memberi perhatian kepadanya, walaupun penyakit anehnya semakin menjadi-jadi setiap kali dia cuba mendekati Imran. Sayang sekali, cinta Aliza dipandang sepi. Malah Imran membalas dengan hinaan dan herdikan. Imran menuduh penyakit Aliza tak masuk akal dan Aliza sekadar berpura-pura untuk mengambil kesempatan terhadap keluarganya. Aliza dikatakan sakit mental! Sombong, berlagak, bajet bagus, poyo dan ego, gelaran yang sinonim dengan Imran.

Mentang-mentang la tunangnya orang bandar. Lawa dan pandai pula tu. Siapa sangka, wanita yang disayangi pergi meninggalkan dia ketika dia ditimpa musibah? Dan siapa sangka hatinya terbuka untuk mengahwini Aliza? Tapi, Aliza tiba-tiba tidak mahu berkahwin dengan pujaan hatinya itu.Tak sudah-sudah Imran yang sudah berubah menjadi lelaki baik itu dikutuk dan dimaki. Calang-calang orang, sudah lama angkat kaki. Namun, Imran tetap bersabar. Penyakit Aliza mesti dirawat. Itu tekad Imran. Apa sebenarnya penyakit aneh yang dialami Aliza sehingga dia seolah-olah disumpah tidak boleh berkahwin? Setelah mengharungi pelbagai halangan, berjayakah Imran menikahi dan mengubati penyakit Aliza?

Lagu Tema / OST Drama Jangan Ganggu Jodohku
👄👄 Hendaklah Cari Pengganti nyanyian Arief




Tiada ulasan:

Catat Ulasan



My Random Post